The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN EMAHABBAH PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleesyaqaisara7, 2022-07-27 14:05:41

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN EMAHABBAH PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2022

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN EMAHABBAH PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2022

Aturcara Majlis

7.00 pagi Ketibaan AJk Pelaksana
7.30 Pagi Ketibaan Murid, Guru dan Pegawai
8.30 pagi Ketibaan Jemputan Khas

9.00 pagi Ketibaan Perasmi
• Nyanyian Lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku
• Bacaan Doa • Gimik Perasmian
• Persembahan oleh Johan eTaranum eMahabbah • Tayangan Montaj Perasmian
• Ulasan Ketua Jemaah Hakim eMahabbah
Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2021 Pendidikan Khas Negeri Sabah 2022

• Ucapan Alu-Aluan
Pn Piluh @ Mathilda Usong
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah

• Ucapan Perasiman Penutupan
YBHG Dato’ Armizan Bin Mohd Ali
Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah

Aturcara Majlis

1.00 ptg  Pengumuman & Penyampaian hadiah pemenang setiap acara pertandingan eMahabbah
Peringkat Negeri Sabah 2022

e-Tarannum
e-Hafazan
e-Bercerita (Sekolah Rendah)
e-Syarahan (Sekolah Menengah)
e-Nyanyian Solo Lagu Dakwah
e-Deklamasi Sajak
e-Azan Subuh

• Penyampaian Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan Pengelola eMahabbah 2022
Sijil Penghargaan Jemaah Hakim
Sijil penghargaan Pengelola Acara

 Penyampaian Cenderahati Perasmi
 Tayangan Rakaman Video Pemenang Terbaik
 Sesi Bergambar
 Jamuan

Bersurai

Pendahuluan

Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2022 adalah kesinambungan dari karnival yang
telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021. Karnival ini dilaksanakan secara dalam talian sebagai
salah satu aktiviti koakademik yang bermatlamat memperkasakan kecemerlangan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) dalam bidang kurikulum.

Disamping itu, ianya juga memberi peluang kepada MBPK daripada pelbagai kategori untuk
mempertingkatkan potensi diri. Melalui aktiviti ini, murid-murid berkeperluan pendidikan khas akan
dapat turut serta di dalam pertandingan sama seperti pelajar-pelajar normal yang lain di peringkat
kebangsaan.

Bagi tahun 2022 Pejabat Pendidikan Daerah Papar telah diberi mandat oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah untuk mengelolakan karnival ini bersama dengan Sektor Pendidikan Khas.

Sasaran:

Semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah
Pendidikan Khas (SKPK) dan yang berada di aliran perdana (Sekolah tanpa PPKI).

Tujuan

Mengembangkan potensi diri MBPK serta membawa MBPK untuk lebih dekat kepada
aspek-aspek keagamaan, adab dan nilai bagi membentuk insan yang mempunyai jati diri
yang utuh.

1. Mencungkil bakat Murid Berkeperluan Khas dalam aktiviti e-Tarannum, e-Hafazan,
e-Bercerita Kisah Dari Al-Quran, e-Syarahan Agama, e-Nyanyian Solo Dakwah, e-
Deklamasi Sajak dan e-Azan Subuh.

2. Memberi ruang dan peluang kepada MBPK untuk menampilkan potensi diri di
peringkat tertinggi.

3. Memilih peserta untuk mewakili Negeri Sabah ke Karnival eMahabbah Peringkat
Kebangsaan.

Ucapan Perasmi

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah
YBHG Dato’ Armizan Bin Mohd Ali

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita bersama-
sama menjayakan Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2022. Semoga
dengan keberkatan majlis ini, kita akan dianugerahkan oleh Ilahi dengan limpahan rahmat serta kesejahteraan di
dunia dan akhirat. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat
Pendidikan Daerah Papar yang telah menyahut cabaran pada tahun ini sebagai tuan rumah sekaligus berusaha
menjayakan program ini. Tahniah dan Syabas saya ucapkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sepertimana semua sedia maklum,kita sekarang masih dalam situasi norma baharu disebabkan negara
dilanda wabak Covid-19. Oleh demikian, norma baharu dan pematuhan SOP perlu dipatuhi dalam penganjuran
sesuatu program ketika ini. Namun perkara tersebut bukanlah menjadi penghalang bagi kita sebagai warga
pendidik unutk merancang dan melaksanakan sesuatu program bagi kelangsungan anak-anak didik kita

Ucapan Perasmi

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah

khususnya murid berkeperluan Pendidikan Khas ini. Saya amat bersyukur kita semua masih dapat bersama-
sama berkumpul di dalam majlis yang diadakan pada hari ini.

Saya difahamkan, perjalanan program kali ini sama seperti tahun lalu iaitu aktiviti-aktiviti yang
dipertandingkan adalah dinilai melalui sesi rakaman video daripada setiap peserta yang mengambil bahagian.
Pastinya semua itu memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari setiap aspek. Tahniah kepada semua pihak
yang terlibat bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik walaupun berdepan dengan
pelbagai kekangan dan kesukaran sepanjang pelaksanaannya.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya yakin dan percaya bahawa kepentingan pertandingan yang diadakan ini dapat memperkukuh dan
menyemarakkan lagi ukhwah antara satu sama lain. Saya berharap nilai ini akan terus dipupuk dan
ditingkatkan ke arah membina ummah yang bersatu padu, dinamik dan progresif. Sesungguhnya program ini
amat bermanfaat dan menjadi salah satu tunjang kepada kaedah penyebaran dakwah islamiah yang
dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W bagi memastikan risalahnya sampai kepada semua
peringkat.

Ucapan Perasmi

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah

Penganjuran program seperti ini dapat memberi lebih pemahaman dan penghayatan kepada nilai-nilai hidup
serta pengisian rohani kepada semua peserta mahupun panel penilai yang terlibat. Setiap aktiviti yang
dipertandingkan sudah semestinya mampu memberikan banyak manfaat dan kebaikan serta penghayatan
kepada nilai murni serta amalan hidup yang baik. Program ini juga mampu memberi inspirasi dan galakkan
untuk lebih giat mencintai ilmu pengetahuan dan kemahiran khususnya kepada peserta yang terlibat dalam
kalangan murid berkeperluan Pendidikan khas ini. Sesungguhnya, tanggungjawab yang besar ini tergalas di
bahu para pendidik di sekolah dan ianya juga mustahil berlaku tanpa melibatkan sokongan daripada pihak
ibu bapa murid berkeperluan Pendidikan Khas secara keseluruhanya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Adalah diharapkan progam keagamaan seumpama ini akan dijadikan sebagai wadah oleh setiap
individu dalam mendepani cabaran hidup yang semakin sukar dan menekan dengan isu-isu semasa yang
saban hari menghiasi dada-dada akhbar dan media elektronik. Semoga dengan penganjuran aktiviti-aktiviti

Ucapan Perasmi

Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah

yang terdapat di dalam Karnival eMahabbah Pendidikan Khas ini mampu mengisi ruangan dan santapan
rohani serta sedikit sebanyak memberikan pentunjuk juga jalan kepada segala kesulitan dan kesukaran yang
dihadapi.

Usaha-usaha murni sedemikian perlu diteruskan bukan hanya dalam Karnival e-Mahabbah Pendidikan
Khas ini tetapi untuk sebarang program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Dalam hal ini pihak
JPN Sabah dan PPD bersama-sama dengan keseluruhan warga pendidik harus sentiasa berkerjasama dalam
memastikan segala perancangan program yang telah disusun dapat dilaksanakan pada masa-masa akan
datang dengan jayanya.

Bagi pihak JPN Sabah, saya sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa Karnival eMAHABBAH Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah tahun 2022 yang telah
bertungkus lumus semata-mata ingin menjayakan pelaksanaan program ini meskipun dalam keadaan norma
baharu. Mudahan-mudahan usaha yang disumbangkan ini akan mendapat ganjaran dan menjadi pemangkin
kepada program-program yang akan menyusul kelak. Dengan ini, sukacitanya dengan lafaz
Bismillahirrahmannirrahim saya merasmikan dan menutup Karnival eMAHABBAH Pendidikan Khas
Peringkat Negeri Sabah 2022.

Sekian dan Terima Kasih.

Terima kasih pengacara majlis, Ucapan Alu-aluan
Yang berbahagia, Dato’ Armizan Bin Mohd Ali
Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah
Yang berusaha Encik Suhaimi@Suhaini Hj Matsah Pn Piluh @ Mathilda Usong
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Papar,

Yang dihormati, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Sabah
Pengetua-pengetua, Guru-Guru Besar, Guru-guru Pendidikan Khas
Tuan-tuan, Puan-puan serta anak didik yang saya kasihi sekalian.

Salam sejahtera, Salam Sepakat Sabah Hebat dan Salam Sabah Maju Jaya saya ucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Tuhan dan kepada
semua guru-guru pendidikan Khas Negeri Sabah, kerana dapat kita berkumpul di dewan yang berbahagia ini,
setelah hampir 2 tahun kita tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti secara bersemuka. Saya juga ingin

Ucapan Alu-aluan

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Pendidikan Khas Daerah Papar yang telah menjadi
tuan rumah dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Pelaksana khususnya
kepada semua Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Papar kerana telah berjaya merancang dan
mengelolakan Karnival E-Mahabbah pada tahun ini dengan jayanya. Syabas saya ucapkan.

Hadirin sekalian,
Pendidikan khas merupakan program yang tidak asing kita dengar dalam bidang pendidikan pada masa kini.
Sebagai sebahagian daripada masyarakat, kita perlulah memainkan peranan lebih berkesan dan memberi
perhatian yang khusus dalam membantu pelajar pendidikan khas agar mereka tidak tercicir dalam arus
pembangunan negara. Ramai daripada kita terlepas pandang atau mungkin tidak menyedari bahawa satu
peratus penduduk negara adalah kanak-kanak berkeperluan khas dan memerlukan perhatian khusus
terutamanya dalam aspek pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, pelajar-pelajar pendidikan khas tidak
boleh disisihkan malah memerlukan layanan pendidikan yang sempurna demi masa depan yang terjamin.

Ucapan Alu-aluan

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah

Hadirin sekalian,
Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat negeri adalah satu aktiviti ko-akdemik untuk
memperkasakan kecemerlangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam bidang kurikulum.
Pertandingan ini juga merupakan satu tuntutan dalam menyediakan pentas pendidikan atas prinsip
kesamarataan dan menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan kemenjadian murid istimewa mencapai
tahap yang tinggi mengikut kemampuan mereka. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada murid
MBPK daripada pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah mereka bagi memenuhi tuntutan
rohani. Malah melalui program ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid MBPK berkaitan aspek-
aspek keagamaan, adab dan nilai selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Melalui program ini juga kita dapat mencungkil bakat murid berkeperluan Pendidikan khas
terutamanya dalam aktiviti e-Tarannum, e-Hafazan, e-Bercerita, e-Azan dan sebagainya. Selain itu juga, ia
dapat memberi ruang dan peluang kepada MBPK untuk menampilkan kecemerlangan dan potensi diri mereka

Ucapan Alu-aluan

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah

diperingkat tinggi dalam aktiviti kokurikulum. Melalui program-program sebegini juga kita dapat
meningkatkan hubungan silaturrahim antara warga guru pendidikan khas. Malah kita dapat menerapkan
budaya harmoni sesama kaum dan budaya antara MBPK. Siapa lagi yang akan memartabatkan pendidikan
khas kalau bukan kita sebagai guru-guru pendidikan khas.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada ahli
jawatankuasa penganjur Karnival E-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Tahun 2022 kali ini.
Sesungguhnya semangat seperti inilah yang kita perlukan untuk memantapkan lagi program-program
pendidikan khas yang akan diadakan pada masa-masa yang akan datang. Diharap segala usaha yang telah
disumbangkan akan mendapat ganjaran dan menjadi pemangkin pada masa akan datang. Syabas saya ucapkan
sekali lagi.

Sekian dan terima kasih.

Acara yang

dipertandingkan

Jadual pelaksanaan

TARIKH /HARI TEMPAT MASA ACARA
25 JULAI 2022 /ISNIN BILIK KEDAYAN 9.00 PAGI SARINGAN (JIKA PERLU
BILIK KEDAYAN 8.00 PAGI – 12.00 TGH
26 JULAI 2022 E TARANUM
/SELASA BILIK BRUNEI 1.00 – 5.00 PETANG
BILIK BAJAU 8.00 PAGI -12.00 TGH E HAFAZAN
27 JULAI 2022 / RABU BILIK KADAZAN 1.00 – 5.00 PETANG E BERCERITA KISAH AL QURAN
28 JULAI 2022 / 8.00 PAGI -12.00 TGH
KHAMIS 1.00 – 5.00 PETANG E SYARAHAN
E DEKLAMASI SAJAK
8.00 PAGI – 5.00
PETANG E NYANYIAN SOLO
E AZAN
8.00 – 5.00 PETANG
PENGURUSAN MAJLIS PENUTUPAN
9.00 PAGI – 1.00
TGHARI MAJLIS PENUTUPAN

Jawatankuasa Pengelola

Penaung YBrs Puan Tah Nia binti Haji Jaman A.M.N A.S.D.K
Penasihat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Pengerusi
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Timbalan Pengerusi Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Puan Piluh@Mathilda Binti Osong
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

En. Suhaimi @ Suhaini bin Hj Matshah
Pegawai Pendidikan Daerah Papar

Jawatankuasa Pengelola

Naib Pengerusi 1 En. Mohamad Sufri Bin Salim
Ketua Penolong Pengarah
Setiausaha Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Penolong setiausaha En Jeffrey Bin Sarikul
Penolong Pengarah
Bendahari Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Urusetia : Puan Aspah binti Salam
Penolong PPD, PPD Papar

Akauntan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sektor Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Penolong PPD, Pegawai Unit Pendidikan Khas
24 Daerah Negeri Sabah

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat Puan Piluh Mathilda Osong
Pengerusi KPPK Sektor Pendidikan Khas
Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Pengerusi 2 En Suhaimi @ Suhaini bin Hj Matshah
Setiausaha 1 Pegawai Pendidikan Daerah Papar

En Asnie bin Marjan
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

En Bakri bin Sudin
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Pn Aspah binti Salam
Unit Pendidikan Khas

Jawatankuasa Pelaksana

Bendahari Unit Kewangan
Pegawai Teknikal PPD Papar

Ustazah Siti Hajar binti Ahmad Sabari
SKPK Tuaran (Putatan) / JU eMahabbah Negeri Sabah

AJK
Unit Pendidikan Islam, PPD Papar

Dr Roslita binti Haji Madon
Pegawai SISC+

En Sudin bin Mohd Kasim
Penolong PPD Unit Pembangunan Murid

En Muhamad Hafizudin bin Abd Latif
Unit ICT, PPD Papar

Pn Nooriah binti Salim
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

Tuan Haji Abd Aziz Mohamed Zain
Pengetua Cemerlang Jusa C, SMK Majakir

Datin Masniah binti Mohd Tarah Jawatankuasa Pelaksana
Pengetua SMK Bongawan II
Puan Isah binti Sulong
En. Zamharir bin Hj Ahmad Guru Besar SK Surati
Pengetua Cemerlang SMK Kinarut
Puan Dg Fatimah binti Awang
Puan Zarida binti Hj Mohd Junaidi Hamzah @ Ampuan Hamzah
Pengetua SMK Pengalat Guru Besar SK Benoni

En. Safri bin Jeeri En Ismail bin Pani
Pengetua SMK Takis Guru Besar SK Pekan Bongawan

Pn Zuraidah binti Salleh En Asman Hanapi
Pengetua SMK Benoni SMK Benoni

Tuan Haji Ahamad bin Haji Jais Ustaz Abd Latif bin Hassan
Pengetua SMK Bongawan SK Pekan Bongawan

En. Ahmad Daud bin Ismail Mokhtar Pn Hidayati Suprno
Guru Besar SK Pekan Kinarut
Ustaz Wan Edrus Sah Suhaini

Jawatankuasa Pelaksana

PENYELARAS PA SISTEM /TEKNIKAL AJK SUSUN ATUR KERUSI MEJA DI DEWAN,
Aspah binti Salam (PAPARAN/TAYANGAN) PHOTO BOOTH, PENDAFTARAN, JAMUAN
(SEKTOR PEMBELAJARAN PPD PAPAR) Mohd Hafizzuddin Abd Latif
Aritah Binti Zakaria
FLOOR MANAGER (UNIT ICT PPD) Sharifa Abd Razak
Sanra binti Amilasan Sopiah Hirwana Ambo Mase
Mohd Hamzah Abd Latif (SMK KINARUT)
(SMK KINARUT) (SK PEKAN BONGAWAN)
AJK PENYAMPAIAN HADIAH
AJK SAMBUTAN DAN PROTOKOL Ahim Zanudin Dzulkaria Daud (SMK BONGAWAN)
PPD Papar (SK BENONI)
Afsah Ajun (SK PEKAN KINARUT)
En Zamharir bin Hj Ahmad LIVE STRIMING/RAKAMAN &FOTOGRAFI Dg Suhana Pg Kahar (SK SURATI)
Pengetua Cemerlang Kamarul Shafik Sitti Khadijah Adnan (SMK PENGALAT)
(SMK KINARUT) Lee Pui Siong
Inah Mahat (SMK TAKIS)
AJK PENGACARA MAJLIS Muhd Badiuzzaman
Hidayati Suparno (UNIT ICT PPD PAPAR) PENYELIA PENERIMA HADIAH
Hendrenna Fifiana Md Johan
(SK PEKAN KINARUT) AJK BUKU ATURCARA & ANYFLIP
En Ampuan Suhaini Sopiah Hirwana Ambo Mase Sharifah Abd Razak
(SEKTOR PEMBELAJARAN PPD PAPAR) (SMK KINARUT) (SMK KINARUT)

AJK BACAAN DOA AJK BANNER / POSTER / GIMIK
Ustaz Syariful Azmi bin Mat Nawi Abdul Rashid Talikun

(UNIT PENDIDIKAN ISLAM) Wan Nadia Hariani Wan Ismail
(SMK KINARUT)
SLIDE (PERGERAKAN) ACARA, SLAID PENERIMA
ANUGERAH, MONTAJ PERASMIAN DAN
PERSEMBAHAN
Nurazimah Binti Bongoh
(SMK KINARUT & SMK BENONI)

AJK SIJIL Jawatankuasa Pelaksana
USTP
AJK BAHASA ISYARAT
(SMK PENGALAT) Mohd Fatly Bin Rajak
Widawati Wasli
Masnah Yunus (SMK DPM)
(SMK MAJAKIR)
AJK JAMUAN
Maria Binti Badar Aritah binti Zakaria
(SMK BONGAWAN II/KIMANIS)
(SMK KINARUT)
AJK BAHASA ISYARAT
Mohd Fatly bin Rajak AJK PAMERAN SMK KINARUT
Yap Ket Kiun
(SMK DPM)
(SMK KINARUT)
AJK PERSEMBAHAN
Rohena (SMK TAKIS)
Nurazimah binti Bongoh

(SMK KINARUT)

Dzulkaria Daud (SMK BONGAWAN)
Ahzim Zainudin (SMK BENONI)


Click to View FlipBook Version