The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lampiran - Contoh Penulisan Kajian Tindakan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleesyaqaisara7, 2023-03-18 20:15:52

Lampiran - Contoh Penulisan Kajian Tindakan

Lampiran - Contoh Penulisan Kajian Tindakan

Tahap Penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan pelajar di SMK Kinarut: Satu Kajian Kes Zuridah@Zuraidah binti Harith Noraimah binti Julah Rosnazarizah A Rahman Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, 89600 Papar,Sabah [email protected] Abstrak Kajian ini adalah tentang tahap penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan pelajar di SMK Kinarut. Kajian ini dilaksanakan untuk menfokuskan tahap penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan pelajar SMK Kinarut. Ini dilihat dengan beberapa pendapat yang mengatakan bahawa penggunan pusat sumber sekolah tidak memenuhi matlamat kerana penggunaan tidak menyeluruh disebabkan para pelajar mungkin tidak menyedari tentang peri pentingnya penggunaan pusat sumber dan tidak mendapat pendedahan awal tentang pusat sumber sekolah. Sampel kajian ialah seramai 150 orang pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam yang sedang belajar di SMK Kinarut di mana 75 orang pelajar perempuan dan 75 orang pelajar lelaki. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A ialah demografi pelajar dan bahagian B ialah untuk mengetahui tahap penggunaan pusat sumber melalui Data deskriptif dalam bentuk peratus, kekerapan dan min. Dapatan Kajian mendapati masih dalam kajian. Dengan adanya maklumat ini, diharap dapat membantu pihak yang berkaitan untuk mengenalpasti strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di sekolah ini.


1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan bahawa setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan pada masa hadapan. Menurut Siti Hajar (1998), Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan salah satu antara aspek penting dalam sesebuah institusi pendidikan. Fungsi utama PSS bukan hanya berfungsi sebagai gedung ilmu atau pusat pengumpulan serta penyebaran pelbagai sumber ilmu pengetahuan serta maklumat namum mampu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengguna khususnya pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi. Seterusnya, PSS juga berperanan untuk membina dan mengukuhkan kemahiran mencari maklumat dan seterusnya melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif. PSS yang berkesan dapat mengukuhkan kemahiran belajar iaitu kemahiran mencari maklumat sekaligus menjadikan warga pelajar sebagai kreatif dan kritis. PSS yang baik dan berkesan akan dapat menjadi satu perkhidmatan yang penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan pelajar untuk menghadapi zaman maklumat, membina budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat serta memperkembangkan potensi para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perkara ini disetujui oleh Hamidah (1999), yang mengatakan bahawa PSS merupakan sebahagian daripada rangkaian maklumat dunia (global information network) yang dapat memperluaskan maklumat yang boleh diakses dan pertukaran data maklumat secara lebih cepat dan tepat. Selain itu, beliau berpendapat bahawa jika sekolah diiktiraf sebagai organisasi pembelajaran dan pengajaran (organisation of learning), PSS pula perlu dijadikan tiga pusat iaitu pusat kecemerlangan (centre of excellence), pusat maklumat (centre of knowledge) dan pusat tindakan (centre of action) Pembelajaran merupakan perubahan kepada diri seseorang sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun kemudaratan. Pembelajaran adalah pemerolehan maklumat dan pengetahuan, kemahiran, tabiat serta sikap. Terdapat pelbagai definisi mengenai pembelajaran mengikut pandangan ahli psikologi. Menurut Anita E. Woolfolk (2004), pembelajaran merupakan proses di mana pengalaman yang menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan juga tingkah laku yang kekal. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi fokus kepada isu pelajar Tingkatan Satu sehingga pelajar paling senior iaitu Pelajar Tingkatan Enam tentang kepentingan pusat sumber sekolah kepada mereka. Kajian ini dilaksanakan pada awal bulan Ogos iaitu 10hb Ogos 2022 sehingga kini, Pengkaji memfokuskan kajian ini kepada tahap penggunaan pusat sumber sekolah sekaligus mengaitkan amalan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran sekolah adalah lebih berkesan kerana tiada halangan untuk belajar dan dapat menumpukan pelajaran sepenuhnya semasa di kelas sekaligus mencari maklumat dengan


3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. 3.1 Objektif Umum Mengetahui PSS sebagai pusat pembelajaran yang diamalkan oleh semua pelajar di SMK Kinarut. 3.2 Objektif Khusus I. Mengenalpasti tahap penggunaan PSS dalam kalangan pelajar di SMK Kinarut II. Menambahbaik peranan dan strategi yang telah dirancang oleh PSS dalam menanm minat membaca dalam kalangan pelajar di SMK Kinarut 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 308 pelajar orang pelajar dari Tingkatan Satu sehinggalah Tingkatan Enam SMK Kinarut. Pelajar ini terdiri daripada 75 orang pelajar lelaki dan 57 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan Perancangan dan tempoh pelaksanaan kajian ditunjukkan dalam Jadual 1 Jadual 1 : Perancangan dan Tempoh Perlaksanaan Kajian Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1 Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awal Jun 2022 2 Menulis proposal kajian Ogos 2022 3 Merancang tindakan – (kumpulan) Julai- Ogos 2022 4 Menjalankan pemerhatian Julai- Ogos 2022 5 Menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik Julai- Ogos 2022 6 Pengumpulan Data Ogos 2022 7 Menulis laporan kajian Ogos- Sept 2022 8 Menghantar dapatan kajian Sept-Oktober 2022


5.2 Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan instrumen borang soal selidik. Borang soal selidik ini diisi oleh pelajar untuk melhat instrumen yang telah disediakan iaitu Kesediaan belajar semasa PKP, aspirasi belajar, pengurusan masa, kemahiran belajar dan kemahiran mencari maklumat. Pemerhatian dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan atas talian. Daripada pemerhatian di sekolah pelajar menghantar tugasan apabila diberikan tempoh untuk menghantar. Tetapi apabilan pengajaran dan pembelajaran dijalankan atas talian kebanyakan pelajar tidak mengikut masa yang ditetapkan apabila menghantar tugasan. Hal ini sedemikian disebabkan oleh amalan pembelajaran konstruk pengurusan masa yang di tahap sederhana. 5.3 Analisis Amalan Pembelajaran menggunakan borang Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar semua pelajar dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam untuk mendapat maklum balas berkenaan tahap penggunaan pusat sumber dalam kalangan pelajar di SMK Kinarut. Jadual 2 Demografi responden berdasarkan kelas dan jantina,. Demografi N Faktor Frekuensi Peratus Jantina 308 Lelaki Perempuan 111 197 36.01 63.96 Kelas 1 2 3 4 5 6 Satu Dua Tiga Empat Lima Enam 100 48 23 26 71 40 32.47 15.58 74.68 84.41 23.05 12.99 Berdasarkan jadual diatas, didapati bahawa pelajar lelaki seramai 111 orang (36%) manakala pelajar perempuan seramai 197 orang (63%). ISecara tidak langsung, ini jelas membuktikan bahawa pelajar perempuan yang paling ramai mengunjungi pusat sumber sekolah berbanding dengan pelajar lelaki. Dari segi kelas pula, kelas Tingkatan Satu lebih ramai menjawab borang soal selidik iaitu 100 orang manakala Kelas Tingkatan Tiga paling sedikit iaitu 23 orang. Ini juga membuktikan bahawa pelajar dari tingakatan 1 merupakan pengunjung yang paling ramai ke pusat sumber sekolah. Jadual 3 menunjukkan corak dan faktor penggunaan pusat sumber sekolah Kekerapan Tingkatan 1 kali 2 kali 3 kali 4 kali 5 kali Tingkatan 1 51 23 20 4 2 Tingkatan 2 22 14 4 6 3 Tingkatan 3 14 8 1 0 0


Tingkatan 4 15 5 4 2 0 Tingkatan 5 40 19 10 0 2 Tingkatan 6 10 8 18 0 4 Berdasarkan analisis, majoriti pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah dalam seminggu ialah hanya sekali sahaja iaitu seramai 51 orang pelajar dari tingkatan 1, 22 orang dari Tingkatn 2, 14 orang dari Tingkatan 3, 15 orang dari tingkatan 4, 40 orang dari tingakatan 5 dan 10 orang dari tingkatan 6. Kunjungan minoriti pula bagi 5 kali seminggu hanya terdapat 14 orang sahaja yang mengunjungi pusat sumber dalam seminggu. Ini menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah dikunjungi oleh pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam ialah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jadual 4: Bahan bacaan yang anda baca Bahan Bacaan Tingkatan Genre: Umum Genre: Novel Genre: Ilmiah Genre: Fiksyen Tingkatan 1 22 30 3 50 Tingkatan 2 17 12 0 19 Tingkatan 3 7 4 0 5 Tingkatan 4 10 5 0 11 Tingkatan 5 40 19 10 0 Tingkatan 6 22 11 3 4 Analisis dapatan secara umum mendapati bahawa pelajar membaca bahan bacaan genre umum iaitu seramai 118 orang, diikuti dengan genre novel iaitu seramai 81 orang, genre ilmiah seramai 16 orang dan genre fiksyen seramai 89 orang. Analisis juga mendapati bahawa seramai 40 orang dari tingkatan 5 yang merupakan pelajar yang paling ramai membaca bahan genre umum dan pelajar Tingkatan Tiga pula tidak menggemari bahan bacaan genre umum di mana hanya 7 orang pelajar sahaja yang membacanya. Genre novel digemari oleh pelajar Tingkatan 1 iaitu seramai 30 orang yang membaca bahan tersebut dan ianya tidak digemari oleh pelajar tingkatan 4 iaitu hanya 4 orang sahaja yang membaca bahan genre novel. Bahan genre Ilmiah merupakan bahan yang paling sedikit dibaca oleh pelajar dari semua tingkatan. Walaubagaimanapun terdapat 10 orang pelajar dari Tingkatan 5 yang paling ramai membaca bahan genre ilmiah. Bagi genre fiksyen, pelajar Tingkatan Satu yang paling menggemari membacanya iaitu seramai 50 orang , diikuti oleh pelajar Tingkatan Dua sebanyak 19 orang , 11 orang daripada Tingkaan Empat, 4 orang daripada pelajar Tingkatan 6 manakala pelajar Tingkatan lima tidak menggemari genre fiksyen. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan pelajar lebih menggemari membaca bahan bacaan dari genre umum , genre novel, dan genre fiksyen berbanding dengan genre ilmiah. Oleh itu enre ilmiah perlu ditingkatkan lagi pembacaannya di kalangan semua pelajar.


Jadual 5: Faktor yang menyebabkan pelajar suka ke pusat sumber Faktor Tingkatan Cantik Ada Penghawa dingin Banyak bahan rujukan Tempat duduk mencukupi Tingkatan 1 23 18 58 4 Tingkatan 2 12 6 29 1 Tingkatan 3 5 2 15 1 Tingkatan 4 9 10 14 4 Tingkatan 5 18 23 14 5 Tingkatan 6 17 4 15 4 Kajian mendapati majoriti pelajar suka ke pusat sumber ialah faktor banyaknya bahan rujukan iaitu seramai 145 orang diikuti pusat sumber yang cantik iaitu 84 orang dan ada penghawa din iaitu 63 orang, serta terakhir sekali pusat sumber mempunyai tempat duduk yang mencukupi iaitu 19 orang. Ini menunjukkan bahawa faktor banyak bahan rujukan merupakan faktor yang menyebabkan pelajar paling suka ke pusat sumber. Jadual 6 : Tujuan ke pusat sumber sekolah Tujuan Tingkatan Menyiapkan kerja sekolah Menyiapkan projek sekolah Menyiapkan kerja kursus sekolah Menambah ilmu pengetahuan Tingkatan 1 23 18 58 4 Tingkatan 2 18 2 4 24 Tingkatan 3 15 0 0 8 Tingkatan 4 13 5 3 14 Tingkatan 5 28 14 2 56 Tingkatan 6 22 6 4 8 Berdasarkan jadual di atas, majoriti pelajar ke pusat sumber adalah bertujuan untuk menyiapkan kerja sekolah iaitu seramai 119 orang diikuti dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan iaitu seramai 114 orang dan menyiapkan kerja kursus 71 orang. Pelajar yang bertujuan ke pusat sumber untuk menyiapkan projek sekolah pula adalah yang paling sedikit iaitu seramai 45 orang.


Kajian juga mendapati bahawa pelajar Tingkatan 5 yang paling ramai ke pusat sumber dengan tujuan menyiapkan kerja sekolah iaitu seramai 28 orang dan seramai 56 orang pelajar dari tingakatan 5 juga ke pusat sumber untuk menambah ilmu pengetahuan. Pelajar Tingkatan 1 pula adalah yang paling ramai mengunjungi pusat sumber dengan tujuan menyaipkan kerja kursus iaitu seramai 58 orang dan pelajar dari Tingkatan 1 juga yang paling ramai ke pusat sumber dengan tujuan menyiapkan projek sekolah iaitu seramai 18 orang. Jadual 7 Pusat Sumber Menyediakan Bahan Yang Sesuai Item Frekuensi (Ya) Peratus, %(Ya) Frekuensi (Tidak) Peratus, %(Tidak) PSS menyediakan bahan yang sesuai 280 90.90 28 9.09 T Tingkatan 1 91 29.54 9 2.92 T Tingkatan 2 47 15.25 1 0.32 T Tingkatan 3 13 4.22 10 3.25 T Tingkatan 4 25 8.11 1 0.32 T Tingkatan 5 65 21.11 6 1.96 T Tingkatan 6 39 12.66 1 0.32 Kajian mendapati seramai 280 orang pelajar iaitu bersamaan dengan 90.90% yang bersetuju mengatakan ‘Ya’ bahawa Pusat Sumber Sekolah menyediakan bahan yang sesuai. Pelajar dari Tingkatan 1 merupakan yang paling ramai bersetuju iaitu seramai 91 orang dan bersamaan dengan 29.54%. Pelajar dari Tingkatan 2 dan Tingkatan 6 pula merupakan pelajar yang paling sedikit mengatakan ‘Tidak’ bahawa Pusat Sumber Sekolah menyediakan bahan yang sesuai iaitu masing-masing hanya seramai 1 orang yang bersamaan dngan 0.32%. Ini jelas membuktikan bahawa sememangnya PUSat Sumber Sekolah menyediakan bahan yang sesuai untuk para pelajar. Jadual 8 Pusat sumber menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pengurusan Item Frekuensi (Ya) Peratus, %(Ya) Frekuensi (Tidak) Peratus, %(Tidak) PSS menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan 255 87.79 53 12.21 Tingkatan 1 86 29.61 14 3.23 Tingkatan 2 43 14.80 5 1.14 Tingkatan 3 14 4.82 9 2.07 Tingkatan 4 21 7.23 5 1.14 Tingkatan 5 58 19.97 13 2.99 Tingkatan 6 33 11.36 7 1.61 Pengkaji juga mendapati seramai 255 orang pelajar iaitu 87.79 % bersetuju dengan mengatakan ‘Ya’ bahawa Pusat Sumber Sekolah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan manakala hanya seramai 53 orang pelajar yang bersamaan dengan 12.21% sahaja yang tidak setuju bahawa Pusat Sumber Sekolah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Jumlah pelajar dan peratus yang paling sedikit tidak bersetuju adalah dari Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 iaitu seramai 5 orang dengan peratus 1.14%. Ini menunjukkan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa Pusat Sumber Sekolah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan.


Jadual 9 Pengurusan Pusat Sumber Yang Sistematik Item Frekuensi (Ya) Peratus, %(Ya) Frekuensi (Tidak) Peratus, %(Tidak) Pengurusan PSS yang sistematik 243 78.90 65 21.10 Tingkatan 1 74 24.03 26 8.44 Tingkatan 2 43 13.96 5 1.62 Tingaktan 3 16 5.20 7 2.27 Tingkatan 4 22 7.14 4 1.31 Tingkatan 5 53 17.21 18 5.84 Tingkatan 6 35 11.36 5 1.62 Berdasarkan hasil analisis, pengkaji juga mendapati pusat sumber sekolah mempunyai pengurusan yang sistematik. Ini dibuktikan berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan iaitu seramai 243 orang pelajar iaitu bersamaan dengan 78.90 % bersetuju dengan mengatakan ‘Ya’ Pengurusan Pusat Sumber yang Sistematik manakala seramai 65 orang pelajar iaitu sebanyak 21.10% pula yang memilih tidak setuju. Walaupun majoriti yang setuju pengurusan pusat sumber yang sistematik, langkah penambahbaikan boleh diambil untuk meningkatkan lagi pengurusan pusat sumber agar lebih sistematik dan mencapai kepuasan penggunaannya. Jadual 10 Pengetahuan tentang perkhidmatan PSS membantu anda untuk menggunakan PSS secara optimum. Item Frekuensi (Ya) Peratus, %(Ya) Frekuensi (Tidak) Peratus, %(Tidak) Pengetahuan tentang perkhidmatan PSS membantu anda untuk menggunakan pss secara optimum. 254 82.47 54 17.53 Tingkatan 1 79 25.65 21 6.82 Tingkatan 2 42 13.64 6 1.95 Tingkatan 3 15 4.87 8 2.60 Tingkatan 4 23 7.47 3 0.97 Tingkatan 5 58 18.83 13 4.22 Tingkatan 6 37 12.01 3 0.97 Kajian mendapati bahawa pengetahuan tentang perhidmatan Pusat Sumber Sekolah membantu pelajar untuk menggunakan PSS secara Optimum. Ini boleh dilihat dari hasil analisis iaitu seramai 254 orang pelajar bersamaan 82.47% yang bersetuju dengan memilih ‘Ya’ manakala hanya 54 orang plajar iaitu 17.53% sahaja yang tidak bersetuju. Ini bermakna Pusat Sumber Sekolah ada melakukan penyebaran maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan supaya pelajar tahu dan dapat menggunakan PSS dengan optimum.


6.0 Cadangan Kajian Seterusnya - menyediakan kemudahan internet untuk pelajar mencari maklumat. - melaksanakan penggunaan sistem barkod untuk memudahkan pemimjaman dan pemulangan buku dan merekod keluar masuk buku dari Pusat Sumber. - mengadakan pelbagai aktivti untuk pelajar seperti kuiz di pusat sumber supaya dapat menarik lagi ramai pelajar untuk mengunjungi pusat sumber sekolah. - - Kajian seterusnya akan memberi fokus kepada kajian tentang amalan pembelajaran bersandarkan kepada mata pelajaran masing-masing dan impaknya terhadap pencapaian akademik pelajar pada setiap semester. BIBLIOGRAFI 1. Anita E. Woolfolk. (2004), Educational Psychology, 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc. 2. Michael Fullan. (2015). Makna Baharu Perubahan Pendidikan. Percetakan Mihas Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan 3. Noraini Idris.(2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia)Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 4. Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedajh dan Penulisan. Freemind Horizons Sdn. Bhd.Selangor 5. Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Pelangi Publishing Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan


Click to View FlipBook Version