The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hariridaud, 2021-05-25 01:17:11

FAQ SOP AKTIVITI KEAGAMAAN TEMPOH PKP

FAQ SOP AKTIVITI KEAGAMAAN TEMPOH PKP

SOALAN LAZIM (FAQ)

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM

AKTIVITI KEAGAMAAN

12 MEI – 7 JUN 2021

Diterbitkan Oleh : 1
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

1. 2

Adakah aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau termasuk
Solat Jumaat dibenarkan sepanjang tempoh PKP?

Ya. Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat
dibenarkan KECUALI bagi masjid dan surau yang diarahkan tutup oleh
pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu.

2.

Berapa Jumlah Kapasiti Jemaah Yang Dibenarkan Hadir ?

Secara umumnya, pihak kerajaan telah menetapkan SOP umum
mengenai jumlah kehadiran jemaah ke masjid dan surau seperti berikut :

i. Masjid / surau dengan kapasiti 1000 jemaah ke atas dibenarkan
kehadiran jemaah seramai 50 orang;
ii. Masjid / surau dengan kapasiti bawah 1000 jemaah dibenarkan
kehadiran jemaah seramai 20 orang.

Orang ramai dimohon untuk merujuk pihak berkuasa agama negeri
masing-masing bagi mengetahui SOP khusus berkaitan aktiviti masjid
dan surau di tempat masing-masing.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

3. Kenapa kerajaan menghadkan jumlah jemaah antara 20 ke 50
orang sahaja walaupun masjid dan surau mampu memuatkan
lebih jemaah dengan penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter?

Pertimbangan utama pada masa kini ialah usaha untuk melandaikan kes positif
COVID-19 dengan mengelakkan risiko melalui perkumpulan atau perhimpunan
ramai. Justeru, aktiviti berjemaah di masjid perlulah dalam jumlah yang minima
sebagai memenuhi tuntutan syiar Islam yang wajar untuk dizahirkan.

4. Kenapa SOP di masjid dan surau terlalu ketat sedangkan SOP di
pusat membeli belah tidak terlalu ketat?

Dalam keadaan COVID-19 yang semakin meruncing, SOP di semua 3
sektor perlu diperketatkan mengikut pertimbangan dan kewajaran
tertentu. Pusat kegiatan ekonomi seperti pusat membeli belah perlu
dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat kerana ia menjadi
keperluan kepada masyarakat untuk membeli barang-barang
keperluan dan sumber pendapatan. Masjid dan surau masih
dibenarkan beroperasi dengan SOP tertentu serta jemaah yang tidak
dapat hadir ke masjid dan surau masih boleh berjemaah di rumah.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

5. Bukankah aktiviti berjemaah di masjid dan surau suatu yang 4
dituntut oleh Islam? Sekiranya kita ikut tuntutan Islam,
insyaAllah, Allah akan selamatkan kita semua.

Tidak dinafikan aktiviti berjemaah di masjid dan surau merupakan suatu
tuntutan. Namun dalam keadaan yang boleh membawa kepada kemudaratan,
maka aktiviti berjemaah di masjid dan surau harus ditangguhkan. Aktiviti
berjemaah boleh dilaksanakan di rumah atau seumpamanya.

6.

Mengapa kerajaan menutup masjid dan surau? Sedangkan di
masjid dan suraulah tempat untuk kita bermunajat supaya
Allah mengangkat bala dan wabak?

Dalam keadaan mudarat yang lebih besar, sukar dikawal dan tidak
diketahui keberadaanya, maka SOP ketat bagi semua aktiviti
termasuk di masjid dan surau terpaksa dilaksanakan. Masjid dan
surau tidak ditutup, cuma dihadkan bilangan jemaah sahaja. Aktiviti
bermunajat dan berdoa bolehlah sama-sama dilakukan di rumah
masing-masing atau di mana sahaja yang boleh dan sesuai.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

7. 5

Apa hukum sekiranya saya tidak menunaikan Solat Jumaat
tiga kali berturut-turut? Adakah saya berdosa dan perlu
menunaikan Solat Taubat?

Para ulama’ berpandangan bahawa harus dan tidak dikira berdosa
sekiranya meninggalkan Solat Jumaat tiga kali berturut-turut atas faktor
mudarat yang dibimbangi seperti takut dijangkiti atau menjangkiti dengan
wabak COVID-19 ini. Solat Jumaat perlulah digantikan dengan Solat
Zohor di rumah atau seumpamanya.

8.

Bagaimana kaedah pengurusan kehadiran jemaah ke masjid
dan surau yang paling baik supaya tidak wujud sikap pilih
kasih dalam penentuan kehadiran jemaah?

Perkara ini terpulang kepada pertimbangan dan kebijaksanaan
pentadbir masjid dan surau dalam menguruskan mekanisme
kehadiran jemaah ke masjid. Perlu ada sifat saling faham
memahami, bertimbang rasa dan bertolak ansur antara pentadbir
dengan jemaah masjid atau surau dalam menguruskan perkara ini.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

9.

Adakah musafir atau jemaah dari luar seperti penghantar
makanan dan lain-lain dibenarkan untuk singgah solat di
masjid dan surau?

Ya. Pentadbir masjid dan surau dibenarkan untuk menyediakan ruang
solat khusus bagi musafir atau jemaah lain dari luar kawasan untuk
menunaikan solat dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

10.

Adakah jemaah dibenarkan untuk menunggu di masjid atau
surau di antara waktu solat?

Tidak. Jemaah tidak dibenarkan untuk menunggu di masjid atau
surau di antara waktu solat. Jemaah hendaklah meninggalkan
masjid dan surau sejurus aktiviti solat berjemaah selesai.

Diterbitkan Oleh : 6
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
SOLAT BERJEMAAH

11.

Adakah surau di pusat membeli belah, Hentian R&R dan
seumpamanya dibenarkan untuk dibuka?

Ya. Surau di pusat membeli belah, Hentian R&R dan seumpamanya
dibenarkan untuk dibuka dengan kawalan pematuhan SOP berada di
bawah tanggungjawab pihak berkuasa premis-premis tersebut.

12.

Kenapa di negara lain umat Islam boleh hadir berjemaah di
masjid dan surau tanpa ada had kapasiti dan mereka boleh
merapatkan saf solat?

Pada masa ini situasi COVID-19 di negara kita berada dalam
keadaan amat kritikal. Justeru, pihak pemerintah Negara kita
dengan pertimbangan sewajarnya telah membuat ketetapan SOP
berdasarkan situasi di Negara kita dan bukan berdasarkan situasi di
Negara lain. Kita sebagai rakyat, wajib patuh kepada ketetapan
pihak pemerintah demi kebaikan diri kita dan semua pihak.

Diterbitkan Oleh : 7
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU
MAJLIS ILMU

1.

Adakah pihak masjid dan surau dibenar untuk menganjurkan
majlis ilmu seperti tazkirah, kuliah, ceramah dan forum?

Buat masa ini, aktiviti keilmuan seperti tazkirah, kuliah, ceramah, forum
dan seumpamanya tidak dibenarkan diadakan secara fizikal di masjid dan
surau. Pihak masjid dan surau digalakkan mengadakan majlis keilmuan
secara dalam talian.

2.

Bagaimana dengan aktiviti kelas pengajian Al-Quran di masjid
dan surau?

Kelas pengajian al-Quran di masjid dan surau secara fizikal
hendaklah ditangguhkan buat masa ini.

Diterbitkan Oleh : 8
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PENGURUSAN JENAZAH MUSLIM
BUKAN COVID19

1.

Sekiranya ada kematian dalam tempoh PKP ini, di manakah
tempat yang sesuai untuk mengurusnya?

Pengurusan jenazah normal dalam tempoh PKP masih boleh diuruskan
seperti biasa di masjid atau surau dengan berpandukan kepada SOP
yang ditetapkan.

2.

Bolehkah jenazah diuruskan di masjid atau surau atau di rumah?

Ya. Jenazah boleh diuruskan di masjid atau surau yang tidak dikenakan perintah
penutupan akibat dikesan terdapat kes COVID-19 atau berlaku pelanggaran SOP.
Jika masjid atau surau ditutup, jenazah perlu diuruskan di rumah waris dengan
penyeliaan oleh pegawai/AJK masjid/surau kariah berkaitan.

3. Berapakah kapasiti petugas pengurusan jenazah
yang dibenarkan?

Petugas pengurusan jenazah hendaklah tidak melebihi lima (5)
orang petugas dalam satu masa ATAU sebagaimana yang
ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Diterbitkan Oleh : 9
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PENGURUSAN JENAZAH MUSLIM
BUKAN COVID19

4.

Berapakah kapasiti pelawat dibenarkan menziarahi jenazah?

Pelawat yang dibenarkan menziarah jenazah disarankan tidak melebihi 20
orang ATAU sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

5.

Berapakah kapasiti jemaah yang boleh menunaikan Solat Jenazah?

Jemaah solat jenazah yang dibenarkan hadir menunaikan solat jenazah
adalah 20 orang ATAU sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Agama Negeri.

6.

Berapakah kapasiti yang dibenarkan mengiringi jenazah ke
tanah perkuburan?

Hanya 5 orang dibenarkan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan
ATAU sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama
Negeri.

Diterbitkan Oleh : 10
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PENGURUSAN JENAZAH MUSLIM
BUKAN COVID19

7.

Berapa lama masa dibenarkan untuk urusan pengkebumian di
tanah perkuburan?

Masa yang disyorkan untuk urusan pengkebumian di antara 15-20 minit
bermula dari jenazah dimasukkan ke dalam kubur ATAU sebagaimana
yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

8.

Adakah bacaan Talqin dan doa di tanah perkuburan dibenarkan?

Talqin dan doa masih dibenarkan dengan ringkas dalam tempoh masa 15-20
minit yang ditetapkan. Sebaiknya utamakan berdoa untuk si mati berbanding
bacaan talqin ATAU sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Agama Negeri.

9.

Adakah tanah perkuburan dibenarkan untuk menerima
pelawat pada masa-masa tertentu?

Sepanjang tempoh PKP tiada sebarang aktivit ziarah kubur
dibenarkan ATAU sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Agama Negeri.

Diterbitkan Oleh : 11
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PERNIKAHAN MUSLIM

1. 12

Adakah permohonan pernikahan dibenarkan semasa PKP?

Ya. Secara umumnya permohonan pernikahan masih dibenarkan tertakluk
SOP yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

2.

Adakah upacara akad nikah dibenarkan semasa PKP?

Ya. Secara umumnya upacara akad nikah masih dibenarkan di
Jabatan atau Pejabat Agama Islam tertakluk SOP yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

3.

Adakah Kursus Pra Perkahwinan Islam dijalankan semasa PKP?

Ya. Kursus Pra Perkahwinan Islam boleh dilaksanakan secara
dalam talian tertakluk SOP yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Agama Negeri.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PERNIKAHAN MUSLIM

4.

Bolehkah upacara akad nikah diadakan di masjid atau surau?

Tidak. Upacara akad nikah tidak dibenarkan di masjid dan surau buat
masa ini tertakluk SOP yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama
Negeri.

5.

Bolehkah upacara akad nikah diadakan di rumah?

Tidak. Upacara akad nikah tidak dibenarkan di rumah atas faktor
keselamatan dan kawalan.

6.

Berapakah had bilangan kehadiran ke upacara akad nikah
yang dibenarkan?

Orang ramai boleh merujuk Jabatan / Pejabat Agama Islam di
tempat masing-masing untuk mengetahui bilangan kehadiran yang
dibenarkan ke upacara akad nikah.

Diterbitkan Oleh : 13
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP PERNIKAHAN MUSLIM

7.

Adakah semua individu yang akan hadir ke upacara akad
nikah perlu menjalani ujian saringan COVID-19?
Orang ramai boleh merujuk Jabatan / Pejabat Agama Islam di tempat
masing-masing untuk mengetahui SOP khusus mengenai ujian saringan
COVID-19 bagi tujuan upacara akad nikah.

8.

Apakah keperluan yang perlu dibawa semasa upacara akad
nikah dalam tempoh PKP?

Orang ramai boleh merujuk Jabatan / Pejabat Agama Islam di
tempat masing-masing untuk mengetahui SOP khusus mengenai
keperluan bagi tujuan upacara akad nikah.

Diterbitkan Oleh : 14
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
(KAFA)

1.

Adakah aktiviti / program Kelas al-Quran dan Fardu Ain
(KAFA) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP?

Tidak. Semua aktiviti / program KAFA tidak beroperasi sepanjang tempoh
PKP.

2.

Adakah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KAFA secara
bersemuka diteruskan semasa PKP?

Tidak. PdP KAFA secara bersemuka sepanjang tempoh PKP telah
ditangguhkan dengan mengikut ketetapan yang dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.

Bagaimanakah kaedah pelaksanaan PdP KAFA semasa
tempoh PKP?

Sepanjang tempoh PKP, PdP KAFA dilaksanakan oleh Guru KAFA
melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Diterbitkan Oleh : 15
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
(KAFA)

4.

Adakah JAKIM mempunyai garis panduan khusus mengenai
operasi KAFA dan Sekolah Agama dalam norma baharu?

Ya. JAKIM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan
Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam
Norma Baharu sebagai rujukan semua Agensi Bertanggungjawab KAFA
dan Pihak Berkuasa Agama Negeri di seluruh Malaysia.

5.

Adakah Guru KAFA layak dibayar elaun penuh dalam tempoh
PKP?

Ya. JAKIM menyedari kesukaran yang dihadapi oleh Guru KAFA
sepanjang tempoh PKP. Oleh itu, Guru KAFA layak dibayar elaun
penuh sepanjang tempoh PKP dengan mematuhi semua prosedur
kewangan sedia ada.

Diterbitkan Oleh : 16
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UMUM
AKTIVITI KEAGAMAAN

SOP KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
(KAFA)

6.

Adakah peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas al-Quran
dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Calon Tahun 2020 dan Tahun 2021
akan dibatalkan?

Ya. Guru ganti KAFA layak diberi elaun penuh sepanjang PKP sejajar
dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
yang telah melancarkan kempen musaadahcovid19 bagi membantu
mereka yang terjejas akibat COVID-19.

7. 17

Adakah peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas al-Quran
dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Calon Tahun 2020 dan Tahun 2021
akan dibatalkan?

Tidak. Peperiksaan bertulis UPKK yang dijadualkan pada 4 hingga
7 Oktober 2021 akan dilaksanakan mengikut jadual. Dalam hal ini,
JAKIM sentiasa mengambil perhatian serius terhadap
perkembangan semasa penularan pandemik COVID-19 dan
maklumat terkini mengenai status pelaksanaan peperiksaan UPKK
akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Diterbitkan Oleh :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Click to View FlipBook Version