The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by froelich, 2023-05-17 00:40:14

E-Majalah: Semangat Cintakan Negara

MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia

PENGENALAN Froelich Epah Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu semangat patriotik dalam kalangan rakyat semakin kurang dititikberatkan. Isu semangat patriotik yang kurang disemai sering menjadi bualan masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil serius oleh semua pihak dan cara mengatasi harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan akan menyebabkan isu ini semakin menjadi. Oleh itu, semua pihak harus terlibat dalam memupuk semangat cintakan negara yang semakin menipis dalam kalangan rakyat pada masa kini. BAPA KEMERDEKAAN KITA YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dianugerahkan dengan gelaran 'Bapa Kemerdekaan Tanah Air' pada 29 Ogos 1957. TUGU NEGARA/ TUGU PAHLAWAN


P U N C A S e m a n g a t P a t r i o t i s m e S e m a k i n L u n t u r @F r o e li chEp ah


Budaya barat banyak mempengaruhi remaja dan pemikiran mereka. Mereka mengikut dengan gaya pemakaian, pergaulan bebas dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius Tiada Perasaan Cinta Akan Negara Leka Dengan Lambakan Hiburan Banyak hiburan yang melalaikan mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan aktivitiaktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. 6 PUNCA SEMANGAT PATRIOTISME SEMAKIN LUNTUR Sikap Individualistik Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata Terpengaruh Dengan Budaya Barat Kurang Menghayati Perjuangan TokohTokoh Tempatan Pemuda hari ini tidak merasa kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan, jadi generasi kini kurang menghayati semangat patriotisme Pengaruh Media Massa Media yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya seperti media cetak, media massa dan juga Internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotisme terhadap Malaysia. FROELICH EPAH


@WilmaLuhong Cara Mengatasi Masalah


Cara Mengatasi Masalah 1. 3. 2. 4. Melibatkan diri dalam aktiviti Mengadakan Rumah Terbuka Mewujudkan filem yang mengandungi unsur patriotisme atau tokoh-tokoh pejuang tempatan Mengetatkan Undang-Undang Wilma Luhong William Kita dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar berbilang kaum yang diadakan di sekolah. Contoh aktiviti yang diadakan di sekolah ialah aktiviti sukaneka, membuat persembahan sempena hari istimewa. Dengan ini, mereka dapat menambah kenalan baru dan bergaul dengan orang lain. Kita dapat melawat atau mengadakan rumah terbuka semasa musim perayaan Dengan ini, kita dapat mempelajari adat dan budaya sesebuah kaum Kita juga dapat merapatkan hubungan antara kaum. Filem yang berunsurkan patriotisme mahupun tokoh-tokoh pejuang masalah dapat menarik perhatian penonton untuk menonton. Malah bukan itu sahaja, mereka juga dapat menimba ilmu berkaitan dengan sejarah negara dan tokoh-tokoh pejuang tempatan. Kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang berkaitan dengan isu perkauman dan mengenakan hukuman kepada pihak tersebut. Dengan ini, keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan.


Wilma Luhong William Berlaku masalah sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghormati bendera negara Malaysia seperti mengibarkan bendera secara terbalik dan melukis bendera dengan tidak menepati bucu yang betul. Cara Mengatasi Masalah Pihak kerajaan boleh menggubal undang-undang yang khas untuk melindungi bendera Malaysia. Dengan ini, perlakuan yang kurang ajar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan. Antara akta-akta yang diggubal ialah Akta Lambang dan Nama 1963 dan Akta Lambang Kebangsaan 1949. Masyarakat haruslah peka akan tatatertib cara pemasangan dan pengibaran bendera Malaysia yang betul agar tidak dikenakan tindakan undang-undang. Antara cara pengibaran Jalur Gemilang yang betul ialah memastikan bendera dalam keadaan baik dan tidak terbalik sebelum dinaikkan. Seterusnya, penggunaan Jalur Gemilang haruslah dipasang secara melintang . Tambahan pula, penggunaan bendera Malaysia dalam perkara yang boleh merendahkan martabat Jalur Gemilang adalah tidak dibenarkan. Sebagai contoh, kain tudung, tuala mandi dan sebagainya. Mengenakan tindakan tegas Tatertib Pemasangan atau Pengibaran Bendera


CARA MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA KATHALYNA OHENG PIHAK KERAJAAN, PIHAK MEDIA MASSA, PIHAK SEKOLAH DAN PIHAK IBU BAPA TIFFANY ELISHA


Pihak kerajaan mengadakan lebih banyak aktiviti pada hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia CARA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA Pihak kerajaan mengadakan Festival Makanan pada hari Kebangsaan Malaysia. Makanan yang dibenarkan dijual hanyalah makanan tempatan seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagi. Pihak kerajaan mengadakan marathon sambil kuiz. Cara main: Pelari perlu berhenti setiap stesen untuk jawab soalan yang berkaitan dengan negara, seperti sejarah negara kita. Setelah menjawab dengan betul pelari boleh sambung berlari Yang gagal akan ditahan di stesen untuk beberapa minit. Pihak kerajaan mengadakan konsert. Pihak kerajaan mengadakan uji bakat terlebih dahulu. Peserta mencipta lagu sendiri bertemakan patriotisme dan peserta terpilih akan mengikuti konsert sebagai penyanyi. Pihak kerajaan boleh menjemput penyanyi. Lagu yang dipilih adalah lagu yang berkaitan dengan semangat cintakan negara. KATHALYNA OHENG


PERANAN MEDIA MASSA KATHALYNA OHENG Pihak media massa menyiarkan lebih banyak cerita atau filem yang berkaitan dengan sejarah negara Sebagai contoh, Leftenan Adnan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior. Pihak media massa bukan sahaja boleh menyiarkan filem dan segmen ini dalam bentuk lakonan tetapi mereka juga boleh membuat animasi untuk menceritakan kisah-kisah tersebut. Ini dapat menarik perhatian penonton yang muda dan bagi yang berminat terhadap animasi. Pihak media massa juga boleh membuat satu segmen khas untuk bercerita lebih mendalam tentang sejarah. Ini boleh membantu lebih ramai orang terutama pelajar untuk memahami sejarah Malaysia, di samping memupuk semangat patriotisme.


SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA Pihak sekolah dapat melahirkan semangat cintakan negara dalam diri murid melalui program yang diadakan. Misalnya, semua murid harus menyertai program Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah diadakan. MENGADAKAN PROGRAM MATA PELAJARAN Para cikgu dapat mewujudkan semangat cintakan negara dalam diri murid melalui mata pelajaran yang diajar. Contohnya, cikgu yang mengajar mata pelajaran Sejarah harus mengajar murid-murid tentang sejarah Tanah Melayu dalam proses mencapai Kemerdekaan. PIHAK SEKOLAH Disediakan Oleh: Tiffany Elisha Anak Liman MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH Pihak sekolah dapat menganjurkan program Melawat Sambil Belajar di tempat bersejarah agar murid-murid rasa lebih semangat untuk mempelajari dan membina semangat cintakan negara dalam diri mereka.


Peranan Ibu Bapa Menunjukkan Contoh Yang Baik Menyertai Program Kenegaraan Melawat tempat-tempat bersejarah Ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak seperti menghormati lagu Negaraku dan menghormati Perdana Menteri. Ibu bapa dapat membawa anak-anak melawat tempat yang bersejarah. Selain tempat bersejarah, ibu bapa juga dapat membawa anak-anak menonton cerita tentang kenegaraan. Ibu bapa harus mengajak anak-anak untuk menyertai program kenegaraan agar anak-anak dapat bercampur dan bergaul dengan mereka yang berlainan budaya, agama yang berbeza dan berbilang kaum. Disediakan Oleh: Tiffany Elisha Anak Liman


Semangat Patriotisme Kesan-Kesan Memupuk COREENA BAUN RENNIE HACEL


HUBUNGAN PEMIMPIN DAN RAKYAT TIDAK BERSATU POLITIK NEGARA TIDAK STABIL Kesan negatif jika tidak memupuk semangat cintakan negara. KEDAULATAN NEGARA TERGUGAT PERPADUAN RAKYAT SEMAKIN LUNTUR Keharmonian negara akan terjejas. Keamanan negara akan terjejas Masyarakat lebih pentingkan kerjaya,sibuk dengan urusan harian mereka sehingga ramai masyarakat yang lupa untuk mengetahui tentang pentingnya semangat cintakan negara. Tidak mengamalkan kehidupan bersatu padu Disediakan oleh:Coreena Baun


Ini disebabkan negaraMalaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat.Maka , tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Hal ini dapat mengelakkan generasi muda melibatkan diri dengan aktiviti yang negatif seperti gejala sosial dan vandalisme SIAPA SANGKA, NEGARA YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG KAUM MAMPU UNTUK MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN SETERUSNYA MELANGKAH MAJU KE HADAPAN BERSAING DENGAN NEGARA MEMBANGUN YANG LAIN. semangat patriotisme ini dapat membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Oleh itu, semangat cinta akan negara mampu menjadi penyumbang perpaduan antara masyarakat tempatan. Menjadi Teladan Kepada Generasi Muda Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara. Hal ini juga dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara. Kesanpositifdalam memupuksemangat patriotisme Mewujudkan Suasana Harmoni Menaikkan Imej Negara Memupuk Perpaduan Kaum DISEDIAKAN OLEH : RENNIE HACEL


KESIMPULAN : Semangat patriotisme amat penting untuk semua warganegara Malaysia bagi menstabilkan sesebuah negara. Perasaan cinta akan negara ini adalah satu keutamaan yang dapat mempengaruhi pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan haruslah memupuk semangat patriotisme dalam setiap rakyatterutamanya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang insan yang cinta akan negara dan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang. Rennie Hacel


Sumber Rujukan https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Leftenan_Adn an_(filem https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilau:_K ebangkitan_Pahlawan https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kanang_anak_ Langkau:_The_Iban_Warrior http://www.arkib.gov.my/web/guest/tunkuabdul-rahman-dikurniakan-gelaran-bapakemerdekaan2#:~:text=YTM%20Tunku%20Abdul%20R ahman%20Putra,Air'%20pada%2029%20Ogos%201957 . Laman Web


www.NilaiMasyarakatMalaysia.com MPU23042


Click to View FlipBook Version