MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI MENENTUKAN
FUNCTIONAL GROUP MENGGUNAKAN VIDEO
INTERAKTIF DALAM APLIKASI EDPUZZLE
Wan Zai Azlin Wan Aziz
Kolej Matrikulasi Pahang
[email protected]
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
MENENTUKAN FUNCTIONAL GROUP MENGGUNAKAN VIDEO INTERAKTIF
DALAM APLIKASI EDPUZZLE
Wan Zai Azlin Wan Aziz
[email protected]/my
ABSTRAK
Kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar menentukan Functional
Group bagi topik Introduction of Organic Chemistry dengan bantuan video interaktif dalam
aplikasi EdPuzzle. Kumpulan sasaran iaitu pelajar Program Matrikulasi Sistem Dua Tahun (SDS)
Modul 3 seramai 12 orang yang memperolehi skor antara 10 hingga 60 peratus pada tugasan 1
dalam subtajuk Functional Group. Reka bentuk kajian Experimental dengan satu kumpulan, ujian
Pasca iaitu Ujian Akhir manakala rawatan dalam bentuk pendekatan E-Learning pada video
interaktif menggunakan aplikasi Edpuzzle serta menggunakan Model Melalui Pembelajaran
Penemuan oleh pelajar dengan menyediakan video pendek bagi menjelaskan Functional Group
pada struktur organik yang ada di sekeliling atau kegunaan dalam kehidupan seharian. Kaedah
pengumpulan data secara kuantitatif bagi menguji kefahaman konsep melibatkan analisa markah
pelajar pada aktiviti video interaktif, video pembentangan pelajar, ujian akhir iaitu Ujian
Penguasaan menggunakan aplikasi pada google forms serta analisis kekerapan kesilapan pada
beberapa Functional Group yang terpilih. Kajian diperkukuhkan dengan dapatan keperluan kajian
menggunakan soal selidik kepada rakan pensyarah berkenaan video interaktif dalam pengajaran.
Hasil daripada kajian ini, didapati peningkatan pencapaian jumlah skor pencapaian yang berjaya
mendapat markah yang cemerlang iaitu melebihi 80% markah dengan memperolehi sijil digital
dalam aplikasi certifi’em dan intervensi ini juga memberi alternatif kepada tenaga pengajar yang
lain dalam penggunaan video yang lebih interaktif selari dengan keperluan pengajaran
menggunakan teknologi pendigitalan.
Kata kunci: EdPuzzle, Program Matrikulasi, Video Interaktif, Functional Group
1.0 PENDAHULUAN
Menyedari keperluan pendidik menggunakan kaedah pendigitalan bagi penyampaian pengajaran
serta perbincangan isi kandungan mata pelajaran bersama para pelajar iaitu di era pandemik
COVID-19 ini, pengkaji mengambil inisiatif menggunakan bahan bantu mengajar menggunakan
video bagi menyampaikan isi kandungan mata pelajaran. Pengkaji berpengalaman selama 18 tahun
dalam institusi pendidikan dalam bidang Kimia dan telah setahun ataupun telah terlibat selama
satu sesi pengajaran yang melibatkan pengajaran dalam talian sepenuhnya serta pengajaran secara
hibrid dalam Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar Program
Matrikulasi menjalankan pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka sepanjang sesi 2020/21.
Pandemik COVID-19 dilihat masih lagi perlu diambil kira serta keperluan untuk penguasaan
pendigitalan iaitu Era Revolusi Industri 4.0 (R.I 4.0), pengkaji memikirkan perlu mengambilkira
kaedah atau alternatif yang bersesuaian bagi kesinambungan pembelajaran pada pelajar ini.
Pengkaji menggunakan alternatif iaitu medium video untuk penyelesaian bagi sesi pengajaran dan
pemudahcaraan dalam talian (PdPc).
Penggunaan video juga dilihat adalah pilihan utama semua pendidik hari ini. Ia boleh
dilihat pada semua peringkat sama ada sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. Keperluan
penggunaan video pengajaran dikatakan sebagai satu alat bantu mengajar yang dapat membantu
tenaga pengajar menyampaikan bahan pengajaran dengan berkongsi pautan Youtube misalnya
memandangkan tempoh pembelajaran yang tidak dapat bersemuka di samping boleh
meningkatkan persediaan pelajar sebelum kelas bermula misalnya melalui kaedah pengajaran
secara Flipped Learning. Namun, penggunaan video yang lebih interaktif menjadi pilihan
pengkaji. Ini kerana, ia adalah salah satu pilihan bagi memastikan semua pelajar menonton dan
melihat isi kandungan yang ingin disampaikan di dalam video pengajaran tersebut. Penglibatan
sepenuhnya pelajar memainkan peranan yang penting dalam memastikan penguasaan bahan atau
objektif pembelajaran yang ingin disampaikan. Video bercirikan menonton dan membuat aktiviti
penyelesaian bagi menguji beberapa item dalam subtajuk merupakan pendekatan yang
diperkenalkan. Kefahaman pelajar boleh dilihat terus berdasarkan pencapaian pada aktiviti uji diri
pada video interaktif ini.
Seterusnya kajian dijalankan bagi menyahut keperluan pensyarah matrikulasi dalam
Program STEMatric Aspire 2021-2025 yang dilancarkan pada 6 Februari 2021. Program tersebut
merupakan inisiatif terkini dalam usaha memperkasakan pendidikan STEM Program Matrikulasi,
KPM. Inisiatif utama program tersebut adalah untuk meningkatkan kompetensi pensyarah bidang
STEM Matrikulasi dan memantapkan pembelajaran STEM secara real-based context. Antara
intervensi dalam kajian ini iaitu pelajar perlu menyediakan video dengan mengaitkan pilihan
struktur Organik yang ada di sekeliling atau yang digunakan dalam kehidupan seharian boleh
meningkatkan ciri-ciri penyelesaian kognitif iaitu Self-Paced Learning dan mengaitkan Model
Pembelajaran Melalui Penemuan untuk mendapatkan penyelesaian. Penyelidik menggunakan
model kajian Kemmis & McTaggart (1988) pada perihal Plan, Do, Check, Action melibatkan dua
kitaran bagi melihat pengukuhan dapatan dan pencapaian pelajar dalam subtajuk yang dipilih.
Seterusnya, penggunaan video dalam aplikasi Edpuzzle dipilih kerana terdapat ciri-ciri yang
interaktif yang melibatkan pelajar untuk membuat penyelesaian dan seterusnya mengukuhkan
kefahaman dalam penentuan Functional Group bagi subtajuk Introduction of Organic Compound
(SK025). Hasil dapatan daripada Mischel (2019) dalam Quah (2020) telah menunjukkan bahawa
maklum balas yang positif dan penggunaan aplikasi Edpuzzle daripada pelajar dapat membantu
pelajar lebih fokus pada aspek penting dalam video dan pelajar lebih yakin akan pembelajaran
setelah dimasukkan dengan kuiz. Penggunaan video dalam aplikasi Edpuzzle ini juga dilihat
membolehkan kumpulan pelajar yang berprestasi pencapaian rendah mengembangkan kemahiran
belajar kendiri kerana platform ini menyediakan persekitaran yang fleksibel.
2.0 REFLEKSI PdP LALU
Pemerhatian penyelidik pada beberapa sesi perkongsian PdPc kelas dalam talian pada pelajar sesi
ini iaitu pada semester satu sesi 2020/21, iaitu semasa aktiviti perbincangan untuk penyelesaian
soalan, didapati ramai atau majoriti pelajar langsung tidak memberi respon pada persoalan
pensyarah semasa persoalan penyelesaian diajukan. Selain itu, pelajar didapati tidak membuka
paparan kamera dalam aplikasi Google Meet dan pensyarah tidak dapat melihat riak wajah atau
mimik muka pelajar yang menunjukkan mereka faham atau sebaliknya dalam kelas tersebut.
Pelajar juga didapati sukar berkongsi penyelesaian semasa aktiviti pensyarah meminta untuk
membuat penerangan ringkas pada hasil kerja yang telah dihantar oleh mereka. Terdapat pelajar
hanya diam membisu, jika ada hanya dua atau tiga pelajar sahaja yang memberi respon daripada
keseluruhan pelajar di dalam kelas. Perkara ini dilihat menyukarkan pensyarah untuk mendapat
maklumbalas secara terus dari pelajar sewaktu kelas berjalan. Rajah 1 menunjukkan respon dan
perihal penglibatan pelajar dalam beberapa kelas Google Meet yang telah dijalankan oleh
penyelidik
JADUAL 1: Respon dan perihal penglibatan pelajar (kelas dalam talian _Google Meet) dan
perkongsian pautan yang dikongsi dalam aplikasi WhatsApp kumpulan kelas.
Tarikh Penglibatan Pelajar
27 Nov 2020 Pelajar: Tiada respon dari pelajar ketika soalan ditanya.
https://meet.google.com/gev-
Pensyarah: Tiada aktiviti yang lebih interaktif dari
jamp-dyn pensyarah yang membolehkan pelajar terlibat secara
aktif.
30 Nov 2020 Pelajar: Apabila disoal pada beberapa persoalan, sukar
https://meet.google.com/mzo- mendapat respon pelajar.
disr-peo Pensyarah: Pengajaran sehala, penerangan tertumpu
oleh pensyarah.
1 Dis 2020 Pelajar: Hanya seorang pelajar memberi respon pada
https://meet.google.com/qjh- beberapa pennyataan/ penyelesaian.
ukrn-wqi Pensyarah: Penyelesaian hanya terhad kepada soalan
berbentuk subjektif yang telah diberikan kepada pelajar.
Pengkaji memikirkan perlu penglibatan pelajar yang menjadi faktor penting tercapainya
objektif pembelajaran pada sesi PdPc yang dijalankan. Pengkaji juga maklum yang pendidik
merupakan pembimbing atau fasilitator untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti yang
dirancang di dalam kelas. Seterusnya pendidik perlu mengambilkira pembelajaran yang bercirikan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang memerlukan penglibatan pelajar sepenuhnya pada
waktu PdPc dan seterusnya mengambilkira penglibatan pelajar secara terus serta aktif adalah
menjadi keperluan dalam memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Menurut Rahim (2020)
menyatakan penglibatan pelajar dapat membantu pelajar jarak jauh memperolehi kemahiran
khusus dan menyedari nilai pengalaman pendidikan mereka yang bermanfaat. Hal ini
menunjukkan penglibatan memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar untuk
mendapat pendidikan yang lebih bermanfaat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Pengkaji seterusnya melihat analisis dapatan pencapaian pelajar dalam tugasan 1 yang
diberikan kepada pelajar ini bagi subtajuk Functional Group. Tugasan dengan bantuan video
pengajaran menggunakan aplikasi Youtube beserta nota tambahan dikongsi pada aplikasi Google
Classroom. Analisis keperluan ini menunjukkan skor markah pelajar hanya 10 hingga 60 peratus
sahaja pada Latihan 1 walaupun bahan pembelajaran ada atau telah dibekalkan. RAJAH 1 di bawah
menunjukkan dapatan analisis keperluan bagi tinjauan awal dan LAMPIRAN 1 adalah dirujuk
bagi data analisis dalam paparan aplikasi Google Classroom. Ini menunjukkan kumpulan pelajar
ini perlu diambil tindakan sewajarnya oleh penyelidik memandangkan terdapat keperluan bagi
penguasaan subtajuk untuk persediaan tugasan dalam markah penilaian berterusan.
Analisis Pencapaian responden dalam Tugasan 1
Functional Group (Google Classroom)
70 60 60
60
50 40 40 40
40 30
Markah 30 20 30
20 20 20
20 10
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Responden
RAJAH 1: Analisis Skor Markah dalam Tugasan 1.
Pengkaji juga melihat perubahan dalam penggunaan alat teknologi bagi keperluan untuk
pembelajaran secara digital pada era pandemik COVID-19 yang memerlukan penjarakan fizikal
atau tidak bersemuka. Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan tenaga pengajar untuk melihat
respon pelajar semasa kelas dijalankan. Seperti yang sedia maklum, pelajar tiada di depan mata
untuk mendapat maklumbalas daripada mereka tentang perbincangan yang diadakan. Oleh itu,
dengan adanya perkongsian pendekatan pengajaran secara digital ini dapat membantu PdPc yang
lebih bermakna dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas dalam talian. Pengkaji juga
maklum yang sebilangan besar pelajar ini sangat mahir menggunakan teknologi misalnya aplikasi
Telegram kerana mereka lahir pada zaman generasi Z yang celik dengan teknologi. Pengkaji
mengambil peluang mengetengahkan aktiviti PdPc yang lebih menarik seterusnya bertujuan utama
untuk menarik penglibatan semua pelajar di dalam kelas.
3.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN
Kajian dijalankan agar pelajar dapat menguasai sepenuhnya menentukan Functional Group dalam
topik Introduction of Organic Chemistry (SK025) bagi persediaan dan penguasaan dalam topik
Kimia Organik yang seterusnya. 10 kumpulan Functional Group yang terdapat dalam subtajuk ini
dan pelajar akan mengkaji lebih mendalam pada sepuluh tajuk seterusnya dalam silibus SK025. Ia
merupakan subtajuk yang sangat memerlukan penguasaan pelajar serta tenaga pengajar
memainkan peranan agar dapat memaksimumkan penguasaan pelajar dalam subtajuk ini. Tajuk
Introduction of Organic Chemistry yang melibatkan subtajuk Functional Group ini juga
diperuntukan sebanyak 15% markah atau 15 markah bagi markah berterusan pelajar Program
Matrikulasi Semester 2. Ini menunjukkan subtajuk yang sangat memerlukan penguasaan pelajar
dan tenaga pengajar memainkan peranan agar dapat memaksimumkan penguasaan pelajar dalam
subtajuk ini.
Kajian yang dijalankan melibatkan konsep E-Learning dan bercirikan Pembelajaran
Melalui Penemuan iaitu pelajar menyediakan video bagi tugasan yang diberikan. E-learning
dikatakan satu keperluan utama bagi pembelajaran tidak bersemuka serta intervensi dijalankan ini
bagi memaksimumkan penglibatan pelajar dalam aktiviti PdPc dan pengukuhan subtajuk pada
pengalaman pembelajaran yang diterokai.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif umum:
(a) Meningkatkan penguasaan pelajar menentukan Functional Group bagi topik Introduction
of Organic Chemistry dengan bantuan video interaktif dalam aplikasi Edpuzzle.
(b) Membantu tenaga pengajar membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran
yang melibatkan keperluan untuk penggunaan pendigitalan dalam pengajaran.
4.2 Objektif khusus:
(a) Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam subtajuk Functional Group dengan
bantuan video interaktif.
(b) Pelajar dapat menentukan Functional Group yang terpilih dengan bantuan video
interaktif pada aplikasi Edpuzzle.
(c) Mencadangkan alternatif pengajaran subtajuk Functional Group kepada tenaga pengajar
dalam penggunaan video interaktif dalam PdPc.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran melibatkan 12 orang pelajar SDS Program Matrikulasi, Kolej Matrikulasi
Pahang (KMPh) yang dikategorikan kumpulan pelajar sederhana serta lemah. Hal ini berdasarkan
kepada analisis hasil kerja pada tugasan 1 yang dikongsi pada kumpulan kelas di aplikasi Google
Classroom. Responden ini pada awalnya telah diberi perkongsian video pengajaran subtajuk 4.2
Functional Group beserta nota tambahan (modul) bagi rujukan untuk latihan ini. Namun, analisis
pada hasil kerja tugasan 1 ini menunjukkan skor pencapaian keseluruhan adalah antara 10 hingga
60% sahaja. Kesemua responden adalah berbangsa melayu yang terdiri daripada seorang
responden lelaki dan 11 orang responden perempuan. 83% responden dalam kelas ini hanya
mengunakan telefon pintar yang menghadkan paparan bahan pembelajaran serta seorang
responden kebiasaannya menghadapi masalah pada gajet iaitu telefon pintar dan kebiasaanya
responden ini akan berkongsi gajet dengan rakan sewaktu PdPc dijalankan.
6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Pengumpulan Data Sebelum Intervensi
(a) Tinjauan awal
Tinjauan awal perihal Functional Group dalam kumpulan responden ini menunjukkan kedua belas
pelajar menyatakan setuju iaitu mengalami masalah dalam menentukan Functional Group
(JADUAL 1). Pengkaji menggunakan aplikasi Poll dalam aplikasi Telegram bagi mendapatkan
respon yang dengan lebih cepat. Pengkaji juga dalam masa yang sama menguji sampel Functional
Group iaitu OH atau hydroxy dan mendapati masih terdapat tiga orang responden yang tidak dapat
memberikan jawapan yang tepat (RAJAH 2) manakala apabila diuji pada Functional Group pada
kumpulan Carboxylic Acid masih terdapat lapan atau 67% responden yang memberikan jawapan
yang salah (RAJAH 3). Hal ini menunjukkan responden kumpulan ini masih mempunyai masalah
menentukan Functional Group dan perlu tindakan intervensi yang sewajarnya untuk membantu
kumpulan ini menguasai subtajuk Functional group.
JADUAL 1: Tinjauan awal perihal terdapat masalah dalam subtajuk Functional Group.
Responden Ya Tidak Responden Ya Tidak
1 / - 7 / -
2 / - 8 / -
3 / - 9 / -
4 / - 10 / -
5 / - 11 / -
6 / - 12 / -
Carta bagi Penentuan Functional Group Alcohol
untuk Alcohol 25%
Hydroxyl
75%
Alcohol Hydroxyl
RAJAH 2: Penentuan Functional Group untuk Alcohol (25% jawapan adalah tidak tepat).
RAJAH 3: Tinjauan awal dalam masalah pada subtajuk Functional Group (67% atau 8 orang
pelajar menyatakan pilihan jawapan yang salah).
Selain itu, pengkaji cuba mendapatkan respon dan maklumbalas perihal video interaktif
daripada rakan unit pensyarah Unit Kimia. Dapatan daripada 19 responden kumpulan pensyarah
ini menyatakan kesemuanya menggunakan video dalam sesi PdPc dan daripada jumlah itu,
terdapat 63.2% (RAJAH 4) menyatakan pelajar tidak memberi kerjasama menonton video yang
dikongsi manakala 94.7% (RAJAH 5) menyatakan video PdPc yang dikongsi kepada pelajar perlu
mengandungi aktiviti interaktif. Antaranya, bertujuan memastikan pelajar tersebut dapat
menerokai sepenuhnya bahan atau isi kandungan pembelajaran. Dapatan ini juga diambilkira
pengkaji untuk mengadakan video bercirikan interaktif dalam kajian ini. Lampiran 10 bagi soal
selidik yang dijalankan adalah dirujuk. Soal selidik ini juga menunjukkan tiada rakan pensyarah
yang menggunakan video interaktif bagi penyediaan video pengajaran (soalan nombor 4). Dengan
itu, diharapkan kajian ini akan memberi alternatif kepada rakan pensyarah untuk menyediakan
video yang bercirikan interaktif dan sesuai digunakan dalam PdPc.
RAJAH 4: Analisis pelajar yang tidak RAJAH 5: Analisis keperluan mengadakan
memberi kerjasama. video interaktif.
6.2 Intervensi dan Aktiviti PdPc yang dijalankan
Kaedah intervensi yang dijalankan diringkaskan pada RAJAH 6 seperti yang di bawah.
Kitaran 1
12 orang responden
Aktiviti 1
Video Interaktif I: Responden terokai video yang disediakan dan penilaian pada aktiviti.
(Aplikasi Edpuzzle)
Aktiviti 2
Tugasan Kendiri: Pembelajaran Melalui Penemuan.
Projek Video: Pelajar diberi aktiviti (pembentangan Functional Group_video) dengan
memilih stuktur oragnik yang terdapat disekeliling atau kegunaan dalam kehidupan
sehariandan penilaian pada video tugasan yang dihasilkan.
(aplikasi Edpuzzle)
Pengumpulan data selepas intervensi
Responden diberi soalan ujian penguasaan dan analisis Google
Forms untuk pencapaian akhir pelajar (Ujian Penguasaan).
Kitaran 2
(kumpulan responden mendapat skor 70% dan
kebawah.
2 orang pelajar terlibat
Intervensi :
Video Interaktif I & II: Responden terokai video, ada penilaian pada aktiviti yang
disertakan pada video pengajaran (aplikasi EdPuzzle)
Aktiviti I
Responden diminta sediakan risalah secara dalam talian dengan mengenalpasti Functional
Group yang ada pada sampel stuktur organik yang berada di persekitaran dan penilaian
oleh pensyarah.
RAJAH 6: Ringkasan kaedah intervensi yang dijalankan.
Pelaksanaan intervensi pada kajian mengikut Model Kemmis dan McTarggart (1988) yang
dijalankan berdasarkan diringkaskan pada RAJAH 7 di bawah.
Week 30/4/21 Kitaran 1:Week 19-21/2/21
8. Penilaian Project Video 1. Analisis Keperluan
(Self-Pace Learning).
Soalan tugasan 1; Google
Week 25-28/2/21 Kitaran 1 Classroom_hasil perkongsian
Video 4.2 Functional Group
7. Aktiviti 2: Pelajar & Nota tambahan (Modul).
diberi aktiviti
pembentangan 2. Analisis Temubual
Functional Group. ringkas Poll_aplikasi
learning. Telegram _ permasalahan
Week 25/2/21 untuk subtajuk.
6. Penilaian video 3. Uji tentang 2 sampel
interaktif_Aktiviti 1. Functional Group terpilih.
Week 24-28 /2/21 Kitaran 2 Week 22/2/21
5. Aktiviti I: Video 4. Pencapaian Analisis
interaktif (ada penilaian Tugasan 1.
penilaian pada aktiviti
yang disertakan pada Soal selidik keperluan
video pengajaran). video interaktif dalam
kalangan pensyarah.
Kitaran 2 :
Week 30/4 (1) Week 30/4/21
Responden yang 9. Pelajar diberi soalan ujian
mendapat skor markah akhir dan Analisis Google
kurang daripada 80%. Forms untuk pencapaian akhir
pelajar (Ujian Penguasaan).
Menonton dan
menyelesaikan aktiviti Kitaran 2 :
pada video interatif Week 30/4 (2)
dalam aplikasi (Tempoh masa seminggu)
EdPuzzle. Aktiviti
menonton sambil Responden diminta sediakan
beraktiviti risalah secara dalam talian dengan
(pembelajaran kendiri) mengenalpasti Functional Group
yang ada pada sampel stuktur
organik yang berada di
persekitaran atau kegunaan harian.
RAJAH 7: Pelaksanaan Interversi pada Model Kemmis dan McTaggart (1988).
Penggunaan aplikasi Edpuzzle ada salah satu alternatif dalam penyediaan video interaktif
dalam PdPc dalam talian (E-Learning), menggunakan aplikasi yang sama iaitu pada kelas yang
di’create pada aplikasi Edpuzzle, responden juga boleh memuatnaik hasil kerja untuk dinilai oleh
pensyarah. Responden boleh menggunakan e-mel pada akaun Moe dalam Portal Delima yang
dibekalkan kepada semua pelajar secara percuma oleh KPM. Responden ini diberi peluang untuk
adakan Self-Paced Learning memandangkan kebolehan mereka pada kategori yang berbeza iaitu
ada yang cepat boleh memahami atau sebaliknya berdasarkan pengalaman pensyarah dengan
kumpulan responden ini. Bahan dalam video ini dalam masa yang sama responden boleh merujuk
atau menonton berulang kali untuk rujukan. Tambahan pula, hasil kajian daripada Giyanto,
Heliawaty & Rubini (2020) menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan aplikasi EdPuzzle
adalah sangat signifikan dalam peningkatan kemahiran menyelesaikan masalah oleh pelajar dan
berkesan dalam pembelajaran dalam talian.
7.0 PEMERHATIAN
7.1 Aktiviti 1: Analisis aktiviti pada Video dalam aplikasi Edpuzzle
Analisis menunjukkan hanya 65 % pelajar iaitu tujuh orang responden berjaya mendapat skor
markah 60% dan ke atas, ini termasuk responden 12 yang tidak berjaya untuk terokai video ini
menggunakan akaun e-mel sendiri kerana kekangan masalah pada telefon pintar tetapi responden
ini berkongsi dengan rakan kelas untuk menonton video tersebut dan menyatakan mendapat skor
60%. Lima orang responden seterusnya mendapat skor kurang daripada 60%. Analisis skor markah
dalam aplikasi EdPuzzle dilampirkan pada LAMPIRAN 5 dan diringkaskan pada RAJAH 8 di
bawah.
RAJAH 8: Paparan markah pada aplikasi Edpuzzle (Grade).
Analisis menunjukkan responden masih memerlukan bimbingan serta perlu menonton
serta mencuba aktiviti yang disediakan dalam aplikasi EdPuzzle berulang kali sebagai
pengukuhan. Penyelidik menyarankan responden agar menontonnya berulang kali. Temubual
spontan tidak berstruktur responden teruja dengan video interaktif yang disediakan dan
menyatakan pertama kali mencuba aplikasi EdPuzzle ini.
7.2 Aktiviti 2: Analisis Pembelajaran Melalui Penemuan (pembentangan video)
Analisis skor markah menunjukkan 11 daripada 12 (92%) responden berjaya mendapat skor
markah 100% pada jenis Functional Group yang dinyatakan dan hanya responden 3 mendapat
skor markah 80%. Seorang pelajar tidak berjaya memuat naik pada aplikasi Edpuzzle dan
menghantar melalui tugasan aktiviti 2 dalam aplikasi Telegram. Lampiran 3 adalah dirujuk
menunjukkan skor markah pada paparan analisis skor dalam aplikasi EdPuzzle dan diringkaskan
pada RAJAH 9 di bawah.
RAJAH 9: Analisis Skor Markah Video pembentangan Responden
Responden menghasilkan video pembentangan dengan cara yang sangat kreatif
menunjukkan kesungguhan untuk berkongsi hasil tugasan yang diberikan, sebilangan besar atau
92% pelajar berjaya memberikan jenis Functional Group yang tepat dalam pembentangan ini.
7.3 Analisis Ujian Akhir (Ujian Penguasaan)
Analisis pada ujian akhir menggunakan aplikasi Google Forms dalam menguji Functional Group
yang terpilih menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu semua responden mendapat skor markah
70% dan ke atas. RAJAH 10 di bawah menunjukkan graf pencapaian pelajar bagi ujian ini seperti
yang berikut:
RAJAH 10: Graf Pencapaian Ujian Akhir (Ujian Penguasaan)
Sebagai penghargaan, kumpulan responden yang berjaya mendapat skor markah 80% dan
ke atas berjaya mendapat sijil penghargaan (RAJAH 11). Penghargaan juga menunjukkan pelajar
berjaya terokai aktiviti dalam aplikasi Edpuzzle termasuk berjaya menyediakan video bagi aktiviti
Self-Pace Learning yang dijalankan. Beberapa Sijil penghargaan responden ditunjukkan pada
RAJAH 11 di bawah.
Responden 3 Responden 6 Responden 9
RAJAH 11: Antara sijil penghargaan yang diterima oleh responden (aplikasi certify’em).
Penyediaan sijil ini berada terus pada pautan Google Forms soalan ujian akhir yang
dijawab oleh responden. Sijl ini juga terus di e-mel kepada responden yang berjaya. Penyediaan
sijil adalah percuma melalui pautan certify’em pada aplikasi Google Forms. 10 daripada 12
responden berjaya mendapat sijil penghargaan ini manakala dua orang responden hanya mendapat
70% skor markah seterusnya dibimbing oleh penyelidik dalam tindakan pada kitaran kedua
intervensi.
Berdasarkan ujian akhir responden 7 masih tidak dapat membezakan Functional Group
pada stuktur Benzene Ring. Struktur Benzene Ring ini terdapat ulangan ikatan berganda pada
struktur dan ikatan ini juga terdapat pada kumpulan Alkene. Hal ini menunjukkan responden 7 ini
masih keliru dengan Functional Group bagi ikatan berganda sama ada ia mewakili kumpulan
Benzene ataupun kumpulan Alkene. Seterusnya bagi responden 10 termasuk responden 7 didapati
keliru dengan Functional Group pada Alkoxy dan Carboalkoxy iaitu jenis Functional Group bagi
kumpulan derivatives kumpulan Carboxylic Acid iaitu salah pada pilihan jawapan yang diberikan.
Dua responden ini walau bagaimanapun betul ataupun tepat menyatakan Functional Group bagi
Carboxylic Acid.
7.4 Kitaran 2
Responden 7 dan 10 yang mendapat skor kurang daripada 70% ini diminta sekali lagi untuk
menonton dan menjalankan aktiviti pada video Edpuzzle dengan bantuan penyelidik. Responden
diberi aktiviti ringkas untuk menyediakan risalah secara dalam talian untuk memperihalkan lima
Functional Group yang terdapat dalam sampel struktur organik yang terdapat di sekeliling atau
kegunaan seharian responden. Responden ini berjaya menunjukkan ke lima-lima Functional
Group dengan betul dan tepat serta mengambil masa selama seminggu untuk aktiviti penyelesaian
pada kitaran 2 ini kerana terdapat kekangan dengan tugasan yang lain yang perlu didahulukan.
8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
8.1 Pelajar
Penggunaan video menggunakan aktiviti penyelesaian masalah meningkatkan penglibatan pelajar
dari segi pembelajaran kognitif. Aktiviti secara santai melalui video pengajaran bersama aktiviti
penyelesaian menjadikan PdPc yang bermakna dan pengalaman secara langsung dapat dilihat
dalam penggunaan video pengajaran pada aplikasi EdPuzzle ini. Melalui intervensi yang
dijalankan, responden dilihat lebih kreatif menghasilkan persembahan hasil penyelesaian pada
tugasan. Responden menggunakan pelbagai aplikasi untuk membuat video hasil kerja mereka
seterusnya boleh meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Pelbagai
aktiviti PdPc yang dirancang dapat berjalan dengan lancar serta sistematik seterusnya dapat
merealisasikan hasrat pendidik agar memaksimumkan penglibatan pelajar semasa kelas berjalan
secara dalam talian. Minat pelajar juga boleh dipertingkatkan sebagaimana yang semua sedia
maklum, pembelajaran dalam talian adalah sangat memerlukan disiplin pelajar untuk turut serta
dalam perbincangan bagi setiap penyelesaian untuk memastikan mereka faham serta tenaga
pengajar mendapat maklumbalas atau respon terhadap pengajarannya. Intervensi yang
diperkenalkan ini akan membuka ruang kepada pelajar akan merasa pembelajaran lebih mudah
dan menyeronokkan dengan aktiviti yang lebih interaktif melalui pengalaman sendiri.
8.2 Pendidik/Pensyarah
Penggunaan alat teknologi terkini, aplikasi yang memerlukan kos yang rendah bagi keperluan sesi
pengajaran membolehkan para pendidik memulakan kaedah yang lebih memberi impak kepada
pelajar. Pengunaan video pada aplikasi Edpuzzle merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan oleh semua para pendidik pada semua mata pelajaran dan peringkat. Penggunaannya
adalah sangat meluas. Pendidik atau pensyarah perlu menyediakan bahan atau boleh membuat
perancangan aktiviti bagi pelajar berkongsi hasil bahan (Self-Paced learning) dengan lebih
sistematik selain dapat memupuk sikap tanggung jawab pelajar terhadap pelajaran atau mata
pelajaran. Pendidik juga perlu sama-sama membuat anjakan paradigma dalam memastikan PdPc
agar lebih bermakna.
8.3 Ibubapa
Ibubapa juga boleh memantau hasil kerja anak mereka melalui paparan EdPuzzle ini, Hari ini,
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) yang menggantikan PdPc melihat tanggungjawab
dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak untuk memantau aktiviti pembelajaran di rumah
terutamanya. Pembelajaran secara dalam talian ini juga memudahkan ibubapa melihat perkongsian
bahan PdPc seterusnya dapat memantau keperluan pembelajaran anak mereka.
8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KPM merujuk kepada agensi yang bertanggungjawab dalam merealisasikan kemerjadiaan pelajar
melalui sistem pendidikan yang dilaksanakan. Penggunaan aplikasi dalam talian seterusnya
memberi impak kepada penggunaan akaun Moe misalnya yang telah disediakan oleh pihak KPM.
Pihak KPM juga ada menyediakan Portal Delima untuk para pendidik serta pelajar bagi
mendapatkan bahan, aplikasi serta pelbagai bahan pembelajaran yang dalam talian termasuk
aplikasi EdPuzzle ini. Portal Delima juga boleh digunakan bagi mendapatkan pautan atau aplikasi
Google Meet dan sebagainya bagi medium perantaraan antara pensyarah dan pelajar untuk
pembelajaran terutama keperluan dalam keadaan tidak bersemuka ini.
8.5 Budaya Pembelajaran
Kumpulan pelajar generasi Z dikatakan mendapat maklumat di hujung jari, dengan hanya menekan
atau klik pada pelbagai platform, aplikasi dan sebagainya pada telefon bimbit, tablet, laptop atau
komputer, mereka boleh mendapatkan bahan pembelajaran. Intervensi yang diperkenalkan ini juga
membolehkan pelajar mengakses bila-bila masa serta di mana sahaja (ubiquitous) dan secara tidak
langsung akan mewujudkan sikap positif terhadap pembelajaran di kalangan pelajar ini. Aplikasi
yang digunakan mudah untuk diakses dan memerlukan data yang minimum serta aplikasi ini
menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KPM melalui Portal Delima yang membolehkan
pelajar lebih mudah untuk diterokai.
Secara keseluruhan dapat disimpulkan kaedah atau pendekatan pada pembelajaran E-
Learning yang bercirikan digital ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam
subtajuk Functional Group dengan bantuan video interaktif. Responden ini seterusnya dapat
menentukan Functional Group yang terpilih dengan bantuan video interaktif dalam aplikasi
Edpuzzle dengan aktiviti yang bercirikan pembelajaran kendiri. Terdapat responden yang
mempunyai kekangan dari segi gajet atau alat teknologi yang digunakan iaitu telefon pintar yang
menyebabkan tidak mengikuti aktiviti pada Edpuzzle dan perlu meminta bantuan rakan sekelas
untuk mengikuti aktiviti 1 dalam intervensi ini. Memandangkan aktiviti dijalankan secara individu
pada responden dan diberi kelonggaran atau masa yang berpatutan dengan keperluan responden
kerana kekangan masa pada semester dua tempohari dengan tempoh masa pengajian menyebabkan
pengkaji membuat perubahan masa untuk responden menghantar hasil kerja. Pengkaji memberi
masa tambahan daripada perancangan asal dan responden mengambil tanggungjawab untuk
menyediakan video dengan cara yang sangat kreatif. Intervensi dalam kajian ini juga boleh
membantu persediaan atau rujukan kepada sepuluh topik seterusnya dalam tajuk Kimia Organik.
Penggunaan video interaktif menggunakan aplikasi EdPuzzle diharapkan atau dicadangkan
penggunaannya sebagai alternatif pengajaran dalam subtajuk Functional Group kepada tenaga
pengajar yang lain seterusnya boleh juga digunakan pada mata pelajaran yang lain dan di pelbagai
peringkat.
9.0 PENGHARGAAN
Pihak penyelidik merakamkan penghargaan terutama kepada semua pelajar kumpulan responden
yang sangat memberi bekerjasama sepanjang intervensi dijalankan. Penghargaan dan berterima
kasih kepada pihak pengurusan KMPh, Bahagian Matrikulasi (BMKPM) serta Penganjur Program
Penyelidikan KonPP1 tahun 2021 atas peluang dalam meningkatkan aktiviti kesarjanaan ini. Tidak
lupa kepada rakan Unit Kimia KMPh dalam membantu memberi maklumbalas terhadap tinjauan
awal yang dijalankan serta penghargaan kepada kumpulan penilai yang sangat berdedikasi dalam
penilaian laporan kertas kajian peringkat kolej (KMPh) dalam penambahbaikan yang berterusan
untuk kertas laporan kajian ini. Setinggi penghargaan kepada ketua ChemCoach Unit Kimia KMPh
iaitu jawatakuasa yang memantau serta berkongsi perihal makluman dan bahan yang berkenaan
kertas kajian dari semasa ke semasa.
10.0 BIBLIOGRAFI
Brame, C. J. (2016). Effective Educational Videos: Principles and Guidelines for Maximizing
Student Learning from Video Content. CBE—Life Sciences Education, 15(6), 1–6.
Quah, W. B., & Aziz, A. (2021). “Tonton dan Belajar”: Integrasi Edpuzzle dalam Subjek
Kaunter Hadapan. Journal of ICT in Education, 8(1), 1-9.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/4847.
Giyanto, Heliawaty, L., & Rubini, B. (2020). The effectiveness of online learning by EdPuzzle in
polymer materials on students’ problem-solving skills. IOP Conference Series: Materials
Science and Engineering, 959, 012006. Doi: 10.1088/1757-899X/959/1/012006
Kamlin, M. and Keong, T. (2020) “Adaptasi Video dalam Pengajaran dan
Pembelajaran”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), pp.
105 - 112. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.508.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025 (Pendidikan Tinggi). http://mohe.gov.my/muatturun/awam/penerbitan/pppm-2015-
2025-pt/3-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2015-2025-pendidikan-tinggi.
Mischel, L. J. (2019). Watch and learn? Using Edpuzzle to enhance the use of online videos.
Management Teaching Review, 4(3), 283–289. Doi: 10.1177/2379298118773418.
Rahim. N.B, (2020). Improving Student Engagement and Behavioural Outcomes via Persistence
among Distance Learners Vol 90, No 2. Journal of Southeast Asia Social Science and
Humanities. https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/39460/0%20.
Zboun, A. M. S., Al., Ghammaz, S. A. D., & Zboun, A. M. S. (2018). The Impact of the Use of
YouTube and Facebook on Students’ Academic Achievement in Geography Course at the
University of Jordan for the Bachelor's Degree. Modern Applied Science, 12(3), 164-174.
11.0 LAMPIRAN
1. Analisis keperluan: Markah pada paparan Google Classroom (Tugasan 1).
RAJAH 12: Paparan Markah pada Tugasan 1 (Analisis Keperluan).
2. Antara 2 sampel hasil kerja pelajar pada tugasan 1.
RAJAH 13: Sampel 1
RAJAH 14: Sample 2
3. Pautan yang dikongsi kepada responden sebelum intervensi (Tinjauan Penglibatan Responden
dalam kelas dalam Talian sebelum intervensi).
Modul 3 SDS
RAJAH 15: Pautan dikongsi semasa PdPc sebelum intervensi.
4. Analisis keperluan_tinjauan awal permasalah responden dalam subtajuk Functional Group
RAJAH 16: Tinjauan awal dalam masalah pada subtajuk Functional Group
5. Aktiviti 1_Video interaktif yang dikongsi dalam kelas /kumpulan responden dalam aplikasi
EdPuzzle iaitu pada pautan https://edpuzzle.com/media/603515513bfb444292854fda.
RAJAH 17: Video interaktif Aktiviti 1.
6. Analisis Skor Markah responden dalam aktiviti 1 (Aplikasi Edpuzzle).
RAJAH 18: Analisis Skor Markah Aktiviti 1.
7. Antara paparan video responden yang dimuatnaik dalam aplikasi Youtube ke dalam aplikasi
EdPuzzle.
RAJAH 19: Video pembentangan responden 3.
8. Analisis skor markah pada video pembentangan responden.
RAJAH 20: Paparan analisis markah dalam aplikasi EdPuzzle.
(Pembentangan responden secara individu)
9.Antara video yang dimuatnaik dalam aplikasi EdPuzzle oleh kumpulan responden
menggunakan aplikasi YouTube.
RAJAH 21: Antara video hasil pembentangan responden.
10. Maklumbalas daripada kumpulan rakan pensyarah Unit Kimia tentang perihal video dalam
PdPc. Analisis pada aplikasi Google Forms.
https://docs.google.com/forms/d/1HKZnf13AXletDyVbFXJzV1lDqZ65tLDIfJIFdWQtyXc/ed
it#responses.
RAJAH 22: Maklumbalas rakan pensyarah Unit Kimia perihal video dalam PdPc.
11. Analisis pencapaian ujian akhir (Google Forms): Ujian Penguasaan.
RAJAH 23: Analisis skor pencapaian pelajar dalam Google Forms bagi Ujian Penguasaan bagi
subtajuk Functional Group
12. Responden terokai aktiviti 1 dalam aplikasi EdPuzzle.
RAJAH 24: Antara gambaran penglibatan responden dalam aktiviti intervensi
(terokai aktiviti 1_aplikasi Edpuzzle)
13. Pelajar berkongsi sijil yang diperolehi dalam aktiviti akhir (Ujian Penguasaan).
RAJAH 25: Perkongsian sijil oleh responden 2.