The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Madam Fariha (bm-2148), 2022-03-15 07:06:18

KT_KIMIA_RABIAAH BT ABDULLAH

KT_KIMIA_RABIAAH BT ABDULLAH

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MANIPULATIF PELAJAR PROGRAM

MATRIKULASI DALAM MENGUASAI TEKNIK
PENTITRATAN MENGGUNAKAN KAEDAH FLIPPED

CLASSROOM.

Ra’biaah Abdullah
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

[email protected]
Noor Syarehim Che Mohd Yusof
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang
[email protected]

Suhaila Awi
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang
[email protected]

1

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI DALAM MENGUASAI TEKNIK PENTITRATAN

MENGGUNAKAN KAEDAH FLIPPED CLASSROOM.
Ra’biaah Abdullah1

Noor Syarehim Che Mohd Yusof2
Suhaila Awi3

[email protected]
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menguasai teknik pentitratan di dalam
makmal kimia serta meningkatkan prestasi pelajar dalam penilaian berterusan. Kumpulan
sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar modul 1 dari kelas 11M1DS39, Sistem
Dua Semester sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi Pahang. Dapatan awal daripada temubual
tidak berstruktur dan pemerhatian pengkaji menunjukkan ramai pelajar tidak menguasai
teknik-teknik dalam proses pentitratan dengan betul. Ujian Pra menunjukkan hanya 30%
pelajar lulus dan 70% pelajar gagal. Berdasarkan analisis Ujian Pra, semua pelajar
mendapat skor yang rendah dalam empat teknik yang diuji dalam proses pentitratan. Maka,
kaedah flipped classroom telah diperkenalkan. Setelah intervensi dijalankan, semua pelajar
lulus dalam Ujian Pasca dan analisis menunjukkan, semua pelajar menunjukkan peningkatan
dalam mengusai kesemua teknik yang diuji dalam proses pentitratan. Hasil temubual tidak
berstruktur, pelajar memberikan respon positif terhadap pelaksanaan kaedah flipped
classroom.

Kata kunci : flipped classrom, kemahiran manipulatif, teknik pentitratan,makmal kimia, penilaian
berterusan

2

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi
pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia dan menghadapi norma
baharu selepas berlakunya wabak pandemik covid-19, Malaysia perlu membawa suatu
perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, penggunaan
teknologi dalam pendidikan perlu diterapkan secara berperingkat sebagai pemangkin kepada
perubahan dalam sistem pendidikan yang merentasi sempadan. Dalam memenuhi keperluan
pembelajaran bagi memperkasa pelajar dalam dunia digital, dua elemen utama, iaitu
pendidikan dan teknologi perlu digabungkan untuk mencapai matlamat pembelajaran (Spector,
2012).

Pensyarah berperanan sebagai agen perubahan dalam menyampaikan maklumat.
Golongan pensyarah juga perlu memastikan walau secanggih mana teknologi yang diguna
pakai, kaedah pengajaran mereka perlu menepati kualiti pembelajaran di samping memenuhi
matlamat dan halatuju sistem pendidikan negara (Mohd Zin et al., 2012).

Subjek Kimia SK015 di bawah topik 1.0 Matter dan subtopik 1.3 Stoichiometry telah
dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini. Amali bagi subtopik ini merupakan eksperimen kedua
dalam semester 1 Program Matrikulasi iaitu Acid base titration. Objektif pembelajaran bagi
amali ini adalah pelajar dapat menyediakan larutan standart bagi asid, memperoleh teknik
pentitratan yang betul di antara tindak balas asid dan alkali. Tujuan pengkaji memilih
eksperimen 2 ini adalah kerana eksperimen ini memerlukan banyak teknik pengendalian amali
yang perlu diterapkan kepada pelajar dan teknik-teknik tersebut adalah sangat penting untuk
mereka aplikasikan dalam eksperimen seterusnya termasuk eksperimen dalam semester II
nanti. Selain itu, eksperimen ini digunakan untuk menilai pelajar dalam ‘Practical Test’ yang
menyumbang 10% daripada markah penilaian berterusan (PB) pelajar. Laporan amali
berdasarkan ‘Practical Test’ berkenaan menyumbang 15% markah PB. Ini menjadikan jumlah
keseluruhan markah adalah 25% daripada 60% markah PB pelajar.

Pengalaman ketiga-tiga pengkaji adalah antara 11 hingga 17 tahun mengajar subjek
kimia dalam Program Matrikulasi membuatkan pengkaji merasakan pelajar perlu membuat
perubahan terutama sikap mereka yang terlalu berteraskan sistem peperiksaan semata-mata
tanpa menerapkan kemahiran manipulatif dalam diri mereka. Kemahiran manipulatif adalah
sangat penting bagi pelajar sains di mana mereka memerlukan kemahiran tersebut untuk
diaplikasikan di universiti dan di bidang kerja masing-masing pada masa hadapan. Maka,
pengkaji telah bercadang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar
Program Matrikulasi dalam menguasai teknik pentitratan di dalam makmal kimia dengan
melaksanakan kaedah flipped classroom.

Flipped classroom (Baker, 2000) atau inverted classroom (Lage et al., 2000)
merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang telah mula diperkenalkan
pada tahun 2000. Kaedah flipped classroom membantu mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif (Siegle, 2013a). Kaedah ini mula mendapat perhatian setelah dipopularkan oleh dua
orang guru sekolah iaitu Bergmann dan Samms (2009) menerusi penggunaan video dan aktiviti
pembelajaran dalam talian. Kelebihan kaedah flipped classroom ialah kaedah ini mempunyai
dua fasa yang memberi ruang kepada pelajar belajar secara kadar kendiri dan belajar membina
pengetahuan melalui pengalaman atau melalui bimbingan guru dan rakan (Lowell et al., 2013).
Penggunaan teknologi dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom bukan sahaja dapat
membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar

3

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

dalam mata pelajaran yang sukar sekiranya diguna secara tepat dan bersistematik (Abu Bakar,
2013)

Pengkaji mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah ini kerana ianya sesuai
dengan peredaran semasa di mana selepas berlakunya wabak pandemik covid-19, sistem
pengajaran dalam talian merupakan pilihan utama para pendidik. Di samping itu, manfaat
penggunaan kaedah ini membolehkan pendidik memindahkan bilik darjah mereka di mana
sahaja dengan menghubungkan bilik darjah mereka ke bilik darjah lain di seluruh dunia melalui
perkongsian kandungan dan aktiviti tugasan dalam talian. Pengkaji juga berpendapat bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada kurang sesuai dengan situasi pandemik dimana
waktu bersemuka dengan pelajar adalah terhad. Kaedah flipped classroom ini dapat membantu
pelajar mendapatkan maklumat menerusi telefon pintar, komputer, laptop, tablet dan
sebagainya. Oleh itu, kaedah pembelajaran digital ini adalah bersesuaian dengan situasi
pandemik hari ini.

Kaedah flipped classroom dibuktikan oleh hasil dapatan kajian ini sebagai sebuah
kaedah yang sesuai di implementasikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
manipulatif pelajar. Pelajar dapat melihat pertalian pengalaman di dalam makmal dan luar
makmal menerusi kaedah flipped classroom. Kaedah flipped classroom ini menyediakan
persekitaran pembelajaran digital kepada pelajar dalam fasa pra-kelas dan fasa pasca-kelas.
Pelajar mempunyai akses kepada kandungan pembelajaran atas talian yang dibekalkan oleh
pengajar dan belajar serta membuat persediaan sebelum fasa dalam-kelas. Dengan adanya
persediaan awal ini, pelajar dapat menfokuskan perkembangan dan pengukuhkan pengetahuan
yang diperolehi sebelum fasa dalam-kelas. Semua ini hanya mampu mengambil tempat dengan
hadirnya teknologi kerana teknologi merupakan elemen yang tidak dapat diabaikan dalam
kaedah flipped classroom dan teknologi menjamin kejayaan pelaksanaan kaedah flipped
classroom (Bransford, Brown &Cocking,2000).

Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah digunakan bagi pelaksanaan kajian
tindakan ini yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi dalam sitem
kitaran yang saling berkait.

2.0 REFLEKSI PDP YANG LALU
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian pengkaji terhadap pelajar ambilan terdahulu,
kebanyakan pelajar tidak yakin dan kurang mahir dalam teknik pengendalian kerja amali di
dalam makmal. Pelbagai mimik muka dan tingkah laku dapat diperhatikan semasa sesi amali
dijalankan. Terdapat pelajar yang bersungguh-sungguh menyiapkan eksperimen yang
diberikan sehingga sanggup mengulang prosedur bagi mendapatkan bacaan seperti teori.
Namun, terdapat juga pelajar yang kelihatan tidak berminat untuk menghabiskan eksperimen
malah kebanyakan daripada mereka ini tidak faham dengan jelas arahan prosedur di dalam lab
manual yang dibekalkan.

Apabila pengkaji mendapatkan maklum balas daripada pelajar mengenai pengendalian
amali di dalam makmal, kebanyakan mereka mengatakan bahawa teknik-teknik pengendalian
amali amat sukar diingati dan difahami dengan jelas. Tambahan pula, ianya tidak ditanya di
dalam peperiksaan akhir semester. Malah, ianya sudah menjadi satu pegangan yang kuat bagi
mereka sejak turun temurun. Maka, mereka mengambil jalan mudah dengan tidak
mengendahkan teknik –teknik yang sepatutnya mereka kuasai semasa peringkat matrikulasi.

4

Skor MarkahKonvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

Faktor rakan sebaya dan persekitaran pembelajaran juga mempengaruhi gaya
pembelajaran individu pelajar. Sikap dan pemerhatian ini memberi cabaran kepada pengkaji
untuk mengubah amalan serta pendekatan sebelum ini kepada pembelajaran yang lebih
menarik supaya pelajar lebih berminat dan mempunyai sikap positif terhadap pengendalian
kerja amali di dalam makmal.

Pengkaji juga telah mengadakan ujian amali berkaitan teknik pengendalian alat radas
dan penyediaan larutan dan tindak balas pentitratan terhadap pelajar modul II sesi 2019/2020
yang lepas, analisis menunjukkan tiada pelajar mendapat markah penuh iaitu 20 markah dalam
ujian tersebut dan terdapat 4 orang pelajar mendapat markah di bawah 15. (Rujuk rajah 1 di
bawah). Ini menunjukkan pelajar tidak menguasai kemahiran manipulatif dengan betul

Analisis Markah Ujian Amali sesi 2019/2020

20

0
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12

Pelajar

RAJAH 1: Analisis markah ujian amali pelajar modul II sesi 2019/2020

Berdasarkan analisis, pengkaji telah mengenalpasti kelemahan teknik yang pelajar tidak
kuasai semasa eksperimen ini. Antara masalah tersebut adalah :
i) Pelajar gagal menyediakan larutan standard bagi penyediaan analyte kerana tidak tahu

teknik pencairan sebenar.
ii) Pelajar tidak menyukat larutan asid dengan betul disebabkan tidak mahir dalam teknik

pengendalian pipet.
iii) Pelajar tidak dapat merekod bacaan awal dan akhir pada buret dengan tepat kerana

pengendalian buret yang tidak betul.
iv) Pelajar tidak menguasai teknik pentitratan yang betul.
v) Kesannya, pelajar tidak dapat mengira nilai kepekatan asid dan alkali seperti nilai teori

disebabkan data keputusan yang tidak tepat.

Pengkaji juga membuat refleksi pengajaran terdahulu di mana pengkaji akan meminta
pelajar membuat jotter book bagi persediaan sebelum menjalankan eksperimen. Pengkaji juga
mengadakan sesi demonstrasi sebelum eksperimen dimulakan bagi menerangkan teknik yang
perlu ditekankan semasa eksperimen dijalankan. Tidak dinafikan bahawa kaedah lama ini
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran, namun terdapat banyak kelemahan dalam
kaedah ini seperti pelajar hanya meniru jotter book daripada rakan yang lain tanpa memahami
prosedur yang sepatutnya mereka jalankan di dalam makmal nanti. Pelajar juga tidak fokus
semasa sesi demonstrasi dijalankan di dalam makmal. Jika ada pelajar yang tidak dapat hadir
pada sesi demonstrasi tersebut, pelajar tersebut akan ketinggalan teknik sebenar yang mereka
perlu kuasai.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Mohamed Amin dan Ebrahim (2014)
serta Lai dan Hwang (2016), mereka menyatakan bahawa pengajaran flipped Classroom telah
diterapkan dalam pelbagai peringkat bidang pendidikan. Kaedah pengajaran ini adalah
berpusatkan murid dan telah diterima pakai dengan meluas dalam pelbagai bidang di luar

5

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

negara. penggunaaan kaedah ini yang berpusatkan pelajar boleh membantu meningkatkan
proses interaksi di antara guru dengan pelajar. Pelaksanaan flipped Classroom berupaya untuk
meningkatkan tahap pencapaian dan melibatkan para murid secara menyeluruh berdasarkan
aktiviti pembelajaran yang disedia dalam kaedah ini (Mohamed Amin & Ebrahim, 2014).

3.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk memperbaiki kaedah pengajaran pengkaji bagi meningkatkan
kemahiran manipulatif dalam menguasai teknik pentitratan di dalam makmal kimia. Pengkaji
memfokuskan kajian menggunakan pengajaran berasaskan teknologi iaitu flipped classroom
sebagai perantara untuk menghubungkan medium pengajaran dengan tajuk yang dipilih.
Pengkaji cuba memberi pendedahan mengenai amalan pengajaran dengan teknologi terkini
bersesuaian dengan keperluan semasa bagi memperkasa pelajar dalam dunia digital.

Rasional pengkaji memilih fokus kajian ini adalah kerana kemahiran manipulatif yang
melibatkan teknik dalam penyediaan analyte dan titrant dalam proses pentitratan adalah asas
di dalam makmal kimia. Tambahan pula, teknik-teknik ini akan diuji di dalam ‘Practical Test’
yang menyumbang markah terbesar dalam PB. Implikasi jika masalah pelajar ini tidak
diselesaikan, pelajar akan mendapat skor yang rendah dalam PB masing-masing serta tidak
dapat menguasai teknik pentitratan yang betul.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Meningkatkan prestasi pelajar dalam penilaian berterusan.

4.2 Objektif Khusus
i) Pelajar boleh menyediakan larutan standart dengan betul.
ii) Pelajar boleh menyukat dan merekod bacaan pada alat radas pipet dan buret dengan

tepat.
iii) Pelajar boleh mengaplikasikan teknik pentitratan yang betul semasa kerja amali

dijalankan.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 10 orang pelajar Modul 1 kelas 11M1DS39
Sistem Dua Semester (SDS) Kolej Matrikulasi Pahang. Pelajar ini terdiri daripada 4 orang
lelaki dan 6 orang perempuan serta kesemuanya berbangsa melayu.

Pemilihan pelajar ini dibuat berdasarkan pemerhatian pengkaji dalam eksperimen 1
semester 1 di mana pelajar – pelajar ini dikategorikan sebagai sederhana dan lemah dalam
pengendalian amali di dalam makmal kimia. Ini dibuktikan melalui borang senarai semak
pemerhatian yang menunjukkan pelajar-pelajar ini hanya menguasai 20-30% item yang
disenaraikan (Rujuk lampiran A). Mereka juga menunjukkan sikap sambil lewa semasa
menjalankan eksperimen di dalam makmal berbanding pelajar lain. Kebanyakan dari mereka
tidak faham prosedur eksperimen dan sikap mengharapkan bantuan pasangan untuk
menyiapkan eksperimen.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Merekod temubual tidak berstruktur
Pengkaji mengadakan temu bual spontan bersama pelajar bagi mengukuhkan refleksi PdP yang
telah pengkaji laksanakan terhadap mereka di samping mengenalpasti masalah pelajar dalam

6

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

pengendalian amali di dalam makmal. Pelaksanaan, analisis dapatan serta refleksi diringkaskan
dalam jadual 1 di bawah.

JADUAL 1: Aktiviti temu bual antara pengkaji dan pelajar

Aktiviti Pelaksanaan Analisis Dapatan Refleksi
Temu • Pelajar lemah dalam
bual Perbualan secara tidak • Pelajar tidak dapat mengenalpasti alat
spontan radas di dalam makmal – Tidak pernah pengendalian alat radas
formal antara pengkaji di dalam makmal.
menjalankan eksperimen semasa di • Pelajar lemah dalam
dan pelajar dijalankan sekolah. Guru sahaja ‘demostrate’ memahami prosedur
disebabkan bermasalah
untuk mengetahui kepada pelajar. dalam Bahasa Inggeris.
• Pelajar keliru dalam
masalah pelajar dalam • Pelajar tidak faham prosedur di dalam menentukan hasil akhir
pentitratratan
pengendalian amali lab manual terutamanya pada warna
merah jambu cair.
• Terdapat juga pelajar yang faham

prosedur tetapi panic semasa
pengendalian amali – tiada gambaran

bagaimana hasil eksperimen ini.

6.2 Merekod pemerhatian awal
Pengkaji merekod video tingkah laku pelajar menggunakan telefon bimbit selama 30 minit
semasa pelajar menjalankan amali dalam eksperimen 2 (acid base titration). Borang senarai
semak pemerhatian (Lampiran A) telah disediakan bagi menganalisa video amali pelajar.
Dapatan analisa video menunjukkan pelajar tidak membilas dan mengendalikan alat radas
dengan kaedah dan teknik yang betul. Semua pelajar gagal membuat dan merekod pemerhatian
dengan tepat. Teknik pentitratan tidak diaplikasikan dengan konsisten bagi setiap proses
pentitratan. (8 kali proses pentitratan dijalankan dalam eksperimen ini).

6.3 Mentadbir Ujian Pra
Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah mentadbir satu Ujian Pra di mana pelajar
mengendalikan amali iaitu eksperimen 2 secara individu. Teknik penyediaan larutan standart,
teknik pipet, teknik buret, dan teknik pentitratan diuji dalam Ujian Pra. Dua orang penilai telah
dilantik untuk menilai pelajar berdasarkan rubrik Ujian Pra yang telah ditetapkan. (Rujuk
Lampiran B). Tujuan Ujian Pra dilaksanakan adalah untuk memastikan keberkesanan
intervensi yang telah dirancang. Markah diberi kepada teknik yang diaplikasi dengan betul.
Hasil keputusan ujian pra ini telah digunakan sebagai dokumen kawalan bagi melihat
keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.

RAJAH 2 : Analisis Ujian Pra

Berdasarkan analisis Ujian Pra dalam Rajah 2, pengkaji telah menetapkan pelajar yang
mendapat markah 17 – 20 markah adalah lulus manakala pelajar yang mendapat markah 16
dan ke bawah adalah gagal. Hasil analisis mendapati 70% pelajar gagal dan hanya 30% pelajar
lulus.

7

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

Berdasarkan analisis mengikut empat permasalahan pula, pengkaji mendapati hanya
40% pelajar boleh menyediakan larutan standard, 50% pelajar menguasai teknik pengendalian
pipet, hanya 10% pelajar dapat menguasai teknik pengendalian buret dan teknik pentitratan
masing- masing. Ini menunjukkan ramai pelajar tidak menguasai teknik asas pengendalian
amali di dalam makmal kimia.

6.4 Intervensi Pelajar
Langkah 1 : Video dan tugasan menggunakan kaedah flipped classroom (Pembelajaran di luar
kelas)
Pengkaji berkongsi 4 video yang setiap satunya berdurasi lebih kurang 5 minit melalui aplikasi
Whats Apps dengan memberikan link youtube channel yang telah dimuatnaik seminggu
sebelum amali kimia dijalankan. (Rujuk lampiran C). Video – video ini memperkenalkan
teknik penyediaan larutan standart, teknik penggunaan pipet dengan betul, teknik asas dalam
pengendalian buret, dan teknik pentitratan yang betul. Pelajar menggunakan masa non face to
face iaitu di luar bilik darjah untuk menonton video dan mempelajari teknik-teknik yang akan
diaplikasikan di dalam makmal kimia nanti.

Video 1 : Teknik Video 2 : Teknik Video 3 : Teknik Video 4 : Teknik

penyediaan larutan penggunaan pipet pengendalian buret pentitratan

standart

Setiap pelajar perlu menyiapkan tugasan 1 selepas tontonan video. Soalan tugasan telah

di muatnaik oleh pengkaji di google classroom masing-masing. (Rujuk Lampiran D). Pelajar

perlu menyiapkan tugasan 1 dan hantar dalam tempoh 1 minggu melalui google classrom

sebelum amali kimia dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar telah menonton

video tersebut.

Refleksi : Pelajar menyatakan bahawa video yang diberikan sangat mudah difahami dan
memudahkan mereka membuat persediaan sebelum amali dijalankan. Ada juga pelajar
meminta pengkaji menyediakan video sebegini untuk amali berikutnya. Berdasarkan hasil
tugasan yang dihantar pula, semua pelajar menjawab soalan dengan betul. Ini menunjukkan
mereka telah menguasai teknik yang perlu diaplikasikan di dalam makmal nanti.

Langkah 2 : Pembelajaran di dalam kelas dan penglibatan pelajar.
Pada waktu 30 minit pertama waktu amali, Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan
setiap kumpulan terdiri daripada 2 - 3 orang pelajar. Pelajar berbincang di dalam kumpulan
masing-masing bagi menyiapkan tugasan 2. Tugasan 2 ini melibatkan langkah berjaga-jaga
dan perkara yang perlu ditekankan semasa mengendalikan amali. (Rujuk Lampiran E). Pelajar
juga digalakkan untuk menonton semula video yang telah diberikan oleh pengkaji sebagai
persediaan sebelum mengendalikan amali. Pengkaji bertindak sebagai fasilitator dan
pemudahcara kepada pelajar semasa sesi perbincangan dijalankan.

8

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

Refleksi : Berdasarkan pemerhatian semasa intervensi, pelajar kelihatan sangat teruja untuk
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Mereka membuat perbincangan di dalam
kumpulan secara aktif. Terdapat juga pelajar yang mengambil alat radas seperti pipet dan buret
dan mengadakan demonstrasi dalam kumpulan seperti di dalam video.

Langkah 3 : Ujian Amali Individu
Setiap pelajar menjalankan amali eksperimen 2 berpandukan lab manual masing-masing secara
individu. Rubrik Ujian Amali adalah sama seperti rubrik di dalam Ujian Pra yang telah
dilaksanakan (Rujuk Lampiran F). Dua orang penilai yang dilantik juga merupakan penilai
yang sama seperti di dalam Ujian Pra. Ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan dan
pencapaian pelajar dengan menggunakan kaedah flipped classroom.

Refleksi : Semua pelajar menunjukkan sikap positif iaitu fokus dalam membuat eksperimen.
Tiada lagi kelihatan mimik muka keliru dan tidak faham dengan prosedur di dalam lab manual.
Namun demikian, terdapat juga pelajar yang melihat dan menunggu perbuatan rakan di
sebelah. Ini berkemungkinan sikap pelajar itu sendiri yang tidak yakin untuk menjalankan
eksperimen secara individu.

7.0 HASIL PENYELIDIKAN
7.1 Temubual Tidak Berstruktur
Temubual tidak berstruktur telah dijalankan ke atas lima orang pelajar selepas intervensi
dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandangan pelajar terhadap penggunaan
kaedah flipped classroom. Hasil temubual menunjukkan semua pelajar memberikan
maklumbalas yang sangat positif. Rumusan temubual ditunjukkan dalam Jadual 2 seperti di
bawah.

JADUAL 2 : Rumusan temu bual pelajar terhadap kaedah flipped classroom.

Bil Kategori Rumusan Maklumbalas Pelajar Kekerapan

1. Kaedah flipped • Lebih jelas dan mudah difahami. 5
classroom • Sesuai untuk pelajar lemah kerana video boleh 2

2. Peningkatan diulang beberapa kali sehingga faham 3
dalam kemahiran • alternatif baharu untuk mengingati teknik
manipulatif 4
pengendalian amali di dalam makmal.
3. Peningkatan 5
dalam motivasi • memudahkan dan membantu dalam memahami 3
belajar teknik pengendalian amali 3

• menambah keyakinan dalam diri

• kaedah yang lebih menyeronokkan
• lebih bersemangat dan bermotivasi belajar

secara berkumpulan.

7.2 Mentadbir Ujian Pasca
Selepas dua minggu intervensi dijalankan menggunakan kaedah flipped classroom, pengkaji
telah menjalankan Ujian Pasca bagi menilai tahap penguasaan teknik yang telah dipelajari

9

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

semasa intervensi. Pelajar ini menjalankan eksperimen 3 dimana eksperimen ini
mengaplikasikan teknik penggunaan pipet, buret, dan pentitratan. Namun demikian, pengkaji
menambah prosedur penyediaan larutan standart memandangkan teknik ini tiada diaplikasikan
dalam eksperimen 3. Ujian ini menggunakan rubrik pengendalian amali sama seperti Ujian Pra.
(Rujuk Lampiran G)

RAJAH 3 : Graf Perbandingan RAJAH 4 : Graf Perbandingan Ujian
Markah Ujian Pra dan Pos Pra dan Pos berdasarkan 4 Teknik

Berdasarkan Rajah 3, Semua pelajar mencapai markah lulus iaitu 17- 20 markah dalam
Ujian Pasca. Semua pelajar juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam
Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Peningkatan yang sangat ketara dapat dilihat pada pelajar 2,
5, 6, dan 10.

Berdasarkan Rajah 4 pula, terdapat peningkatan dalam empat teknik objektif khusus
yang ditetapkan bagi Ujian Pos berbanding Ujian Pra.

Secara keseluruhannya, peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar ini
berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan keberkesanan langkah intervensi yang
diambil bagi membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif
pelajar dalam menguasai teknik pentitratan di dalam makmal kimia melalui kaedah flipped
classroom.

Walaubagaimana pun, pengkaji mendapati terdapat 4 orang pelajar yang tidak
mendapat markah penuh iaitu 20 markah. Namun pelajar ini masih lagi mencapai markah 17
dan ke atas. Pengkaji mengandaikan terdapat kemungkinan ianya berpunca daripada sikap
negatif pelajar itu sendiri. Contohnya dapat dilihat pada pelajar 10 di mana pelajar ini kelihatan
menunggu rakan di sebelah melakukan prosedur seterusnya. Pelajar ini seolah-olah tidak yakin
dengan pengendalian amali di dalam makmal kimia. 3 orang pelajar lagi gagal mendapat
markah penuh disebabkan mereka cuai dan terlupa teknik yang ditunjukkan di dalam video.
Mereka juga mengatakan bahawa mereka berasa gementar kerana eksperimen ini dijalankan
seperti peperiksaan ‘Practical Test’ yang sebenar.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN

Penggunaan kaedah flipped classroom dalam meningkatkan kemahiran manipulatif pelajar
lebih bermanfaat kerana kaedah ini adalah lebih bersifat “hands-on” yang menyepadukan

kedua-dua elemen, teori (know-why) dan praktikal (know-how). Penguasaan dan

pengimbangan kedua-dua elemen dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan holistik. Di Malaysia, flipped classroom turut

mendapat perhatian daripada barisan perjuangan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana ia
mengurangkan “chalk and talk” dalam pengajaran, sementara memaksimumkan interaksi satu

sama lain dalam masa kelas (Brent,2013).

10

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

Kesan penyelidikan kajian ini terhadap pelajar jelas menunjukkan impak positif dalam
meningkatkan keberhasilan pelajar. Pelajar lebih yakin mengendalikan eksperimen secara
individu kerana telah menguasai teknik-teknik yang perlu diaplikasikan di dalam makmal.
Selain itu, minat pelajar juga dapat diperlihatkan apabila pelajar mula fokus dan bersungguh
dalam melakukan setiap eksperimen sepanjang semester 1 sesi 2020. Pelajar juga dapat
berkolaborasi secara berkumpulan dan ini mewujudkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar.
Oleh yang demikian, komunikasi pelajar antara bahan pembelajaran, interaksi antara pelajar
dalam kumpulan dan interaksi antara pelajar dan pensyarah menjadi elemen penting dalam
mengintegrasikan kaedah flipped classroom dalam pembelajaran.

Kesan terhadap pengkaji yang merupakan pensyarah subjek Kimia ini juga sangat
signifikan. Melalui intervensi kaedah flipped classroom ini, pengkaji dapat mengenalpasti
pendekatan, kaedah, atau strategi yang bersesuaian dalam PdPc bagi para pelajarnya. Kaedah
yang terbukti memberi impak positif ini juga dapat dikongsi bersama rakan-rakan pensyarah
semasa sesi wacana ilmu bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran aktif pelajar dalam kelas.
Perkongsian ini juga dapat mendedahkan teknik-teknik yang betul di dalam makmal kimia
kepada semua rakan pensyarah khususnya pensyarah junior.

Hasil perkongsian kaedah flipped classroom ini, semua pensyarah Unit Kimia Kolej
Matrikulasi Pahang telah menggunakan kaedah ini untuk pelajar mereka semasa sesi PdPc
sebelum pelajar menghadapi Practical Test. Kaedah ini menarik minat pensyarah kerana ianya
adalah interaktif dan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran manipulatif di dalam
makmal kimia sekaligus meningkatkan pencapaian penilaian berterusan pelajar melalui
Practical Test.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah atau kelemahan yang telah dikenalpasti dalam
kajian ini. Masalah utama pelajar adalah capaian internet yang lemah di smart phone (telefon
pintar) pelajar di mana mereka tidak dapat menonton video tersebut dengan lancar. Capaian
internet yang lemah menyebabkan video berkenaan tersekat-sekat dan menggangu proses
pembelajaran mereka di luar bilik darjah. Selain itu, sesi perbincangan di dalam kumpulan
semasa aktiviti di dalam makmal sedikit terganggu kerana bunyi bising daripada tontonan
semula video oleh setiap kumpulan. Terdapat juga pelajar melakukan demonstrasi eksperimen
di dalam kumpulan serta perbicangan yang diselingkan dengan ketawa kecil dan sorakan.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam kumpulan menjadikan keadaan makmal pada masa
itu riuh rendah.

Secara keseluruhan, kaedah flipped classroom sangat membantu dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran manipulative pelajar di dalam makmal. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan kaedah flipped classroom merupakan alternatif atau kaedah tambahan bagi
mewujudkan pembelajaran yang menarik dan authentic kepada pelajar di Malaysia. Windham
(2005) mencadangkan bahawa kurikulum pendidikan yang baru dan aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang mesti merangkumi interaksi, penerokaan, perkaitan, multimedia dan
arahan pengajaran untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran. Kesemua atribut ini dapat
ditemui dalam kaedah flipped classroom.

11

Konvensyen Penyelidikan, PLC, & Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Pertama Tahun 2021

9.0 RUJUKAN
Abu Bakar (2013). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan

Inovatif. Juku Juku, 10–18.
Baker, W. (2000). The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too Become

The Guide By The Side. Cedarville College.
Bergmann, J., dan Sams, A. (2009). Remixing chemistry class: Two Colorado teachers make

vodcast of their lectures to free up class time for hands-on activities. Learning and
Leading with Technology, (December 2008), 22–27.
Bransford, John D., Ann L. Brown and Rodney R. Cocking (eds). 2000. How People Learn:
Brain, Mind, Experience and School. Washington D.C.: National Academy Press.
pp. 3-23.
Kemmis, Stephen and Robin McTaggart. 1988. The Action Research Planner. Melbourne:
Deakin University Press. pp. 44, 5–6.
Lage, M. J., Platt, G. J., Treglia, M., dan Lage, J. (2000). Inverting the Classroom : A
Gateway to Creating an Inclusive Learning Environment, 31(1), 30–43.
Lowell, J., Utah, B., Verleger, M. A., dan Beach, D. (2013). The Flipped Classroom : A Survey
of the Research.
Mohamed Amin Embi, dan Ebrahim Panah. (2014). Blended and Flipped Learning: Case
Studies in Malaysian Higher Education Institutions. Selangor: Centre for Teaching and
Learning Technologies UKM.
Siegle, D. (2013a). Differentiating Instruction by Flipping the Classroom, 37(1), 51–56.
doi:10.1177/1076217513497579.
Windham, C. (2005). The Student's Perspective. In D. Oblinger & J. Oblinger (Eds), Educating
the Net generation (pp. 5.1–5.16). Boulder, CO: EDUCAUSE. Retrieved December
2010, from http://www.educause.edu/educatingthenetgen

12


Click to View FlipBook Version