The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Report KIK_group KIA - NORHASNI BINTI JAMALUDIN BM (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Madam Fariha (bm-2148), 2022-03-11 09:31:34

Report KIK_group KIA - NORHASNI BINTI JAMALUDIN BM (1)

Report KIK_group KIA - NORHASNI BINTI JAMALUDIN BM (1)

‘CCV’ DALAM AMALI KIMIA

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

1Norhasni Jamaludin, 2Faizah Mohd Yasin, 3Syahida Adila Mohd Alba,
4Nor Hisham Ahmad, 5Chan Ji Ting

1,2,3,4,5Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

ABSTRAK

Inovasi ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
dalam melaksanakan amali Calorimetry, serta meningkatkan teknik
pengajaran pensyarah. Kumpulan sasaran adalah 13 orang pelajar kelas
tutorial 2M3DS08. Pengumpulan data awal dilakukan melalui temu bual
(aplikasi Google Meet) dan ujian pra (aplikasi Google Form). Hasil temu bual,
pelajar mengatakan mereka sukar memahami prosedur amali dengan hanya
membaca Buku Panduan Amali. Ujian pra mendapati hanya 3 pelajar (38.5%
pelajar) mendapat skor 80% dan ke atas. Inovasi ini mengaplikasikan kaedah
demonstrasi menggunakan video dengan memperkenalkan ‘CCV’ sebagai
bahan bantu mengajar. Pelaksanaannya melibatkan dua peringkat. Peringkat
pertama adalah penghasilan video (CCV). Penghasilannya tidak melibatkan
kos yang tinggi dan dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Peringkat kedua
adalah pelaksanaan CCV semasa sesi PdP. Sesi PdP dijalankan secara dalam
talian menggunakan Google Meet dan menggunakan CCV sebagai BBM. Hasil
ujian pos (aplikasi Google Form) mendapati 10 pelajar (76.9% pelajar)
mendapat skor 80% dan ke atas. Pelajar menunjukkan minat pada aktiviti PdP
yang bersifat lebih interaktif yang selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK-21) berbanding secara konvensional dan didapati terdapat peningkatan
terhadap tahap penguasaan dan kefahaman pelajar.

Kata kunci: meningkatkan kefahaman pelajar, ‘CCV’, amali kimia, tiada kos tinggi,
kaedah demonstrasi menggunakan video, ujian pra dan ujian pos.

1.0 PENDAHULUAN

Subjek Kimia merupakan subjek wajib bagi pelajar aliran sains di Program
Matrikulasi, sama ada bagi pelajar Sistem Dua Semester (SDS) atau Sistem Empat Semester
(SES). Projek inovasi ini berfokuskan amali kimia bagi pelajar SDS bagi Topik 2
(Thermochemistry) iaitu subtopik 2.2 (Calorimetry). Subtopik ini turut diuji dalam kertas
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Subtopik Calorimetry sering dilaporkan sukar untuk difahami oleh pelajar kerana
penguasaan konsep yang agak lemah serta pelajar keliru dalam mengenalpasti haba yang
dibebaskan dan haba yang diserap. Zakiah binti Abu Bakar dan Norhanida binti Elias (2017)
melaporkan pelajar tidak dapat menunjukkan formula yang betul dan seterusnya gagal
menghitung nilai entalpi tindak balas sesuatu bahan dengan tepat. Kaedah ini memerlukan
pelajar memahami konsep asas kalorimeter dan perlu mengenalpasti ciri-ciri alat
kalorimeter yang menyumbang kepada pembentukan formula. Khairul Anuar Bin Abdul
Rahman (2016) mengatakan kaedah demonstrasi menggunakan video dalam PdP
merupakan alternatif sebagai persediaan, pengulangan, pengukuhan dan pengkayaan
kepada pelajar.

Inovasi ini menggalakkan aktiviti berpusatkan pelajar, manakala guru sebagai
pembimbing atau pemudahcara dalam aktiviti . Ini merupakan ciri-ciri Pembelajaran Abad
Ke-21 (PAK-21). Keberkesanan PAK-21 ini bukan sekadar tertumpu kepada prasarana dan
susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti PdP yang berpusatkan
pelajar. Selain itu, Zawiah Binti Bahrom (2020) menyatakan bahawa pengendalian proses
pembelajaran dan pengajaran perlulah dikekalkan secara kreatif dan diberi suntikan inovatif
sepanjang sesi interaksi bersama pelajar dijalankan. Maka, guru berperanan penting sebagai
pemudahcara dalam menentukan hasil Pembelajaran Abad Ke-21 ini. Menurut Norazlin
Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali (2019), Kementerian Pendidikan Malaysia
menggalakan para guru mengambil inisiatif dalam pembangunan kendiri bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikan amalan pengajaran baru yang mampu
memenuhi keperluan Pembelajaran Abad ke-21 seperti yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

2.0 REFLEKSI PdP YANG LALU

Kumpulan inovasi ini telah mengajar kursus Kimia di Kolej Matrikulasi Pahang
antara 8-18 tahun. Sepanjang kerjaya, masalah tahap penguasaan pelajar sentiasa menjadi
fokus utama dan memerlukan kaedah pengajaran yang lebih spesifik. Perbincangan awal
antara lima ahli kumpulan mendapati PdP subtopik Calorimetry agak sukar difahami dan
dikuasai oleh pelajar. Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar sukar memahami prosedur
amali dengan hanya membaca Buku Panduan Amali kerana mereka tidak dapat
menggambarkan situasi sebenar pelaksanaan amali di dalam makmal. Maka, ada pelajar
mengalami kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dan kurang yakin dalam
melaksanakan prosedur amali. Keadaan ini menyebabkan perjalanan proses amali menjadi
lambat dan tergendala. Hasil perbincangan ini mencetuskan idea awal pengkaji untuk
menjalankan inovasi yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan potensi pelajar
serta menambahbaik kaedah pelaksanaan PdP.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Projek inovasi ini bertujuan membantu pengkaji mencari kaedah pengajaran yang
sesuai untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang pelaksanaan amali
Calorimetry. Akhirnya ini akan membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka

terhadap konsep haba yang dibebaskan dan haba yang diserap. Inovasi ini mengaplikasikan
kaedah demonstrasi menggunakan video, di mana pengkaji telah memperkenalkan
Chemistry Calorimetry Video (CCV) sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang mampu
memberi kefahaman kepada pelajar dalam masa yang singkat dan juga merupakan suatu
kaedah perkongsian amalan pedagogi dan pengajaran di kalangan pensyarah.

Christopher Lu Wei Wang (2012) mengatakan kaedah pembelajaran visual
(gambar, video klip, powerpoint slides dan sebagainya) merupakan satu strategi
pembelajaran yang lebih berkesan dalam mengajar topik sains. Cara ini dijalankan dengan
berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak dan
mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik. Manakala,
Jane Wortlitz (2016) menyatakan video pengajaran sesuai digunakan sebagai bahan
pengajaran tambahan kerana membawa impak positif dari segi menarik minat dan prestasi
pelajar terhadap pembelajaran.

Oleh itu, projek ini penting bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar iaitu
dengan menjentik minda pelajar terhadap isi pembelajaran agar motivasi dan perasaan ingin
tahu pelajar terhadap sesi pembelajaran meningkat. Projek inovasi ini juga merupakan titik
permulaan bagi pensyarah dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan mudah bagi meningkatkan kualiti dan teknik pengajaran. Pendedahan
inovasi ini dianggap menjadi daya tarikan untuk belajar bagi suatu bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang terkini dan memudahkan semua pihak iaitu pelajar, pensyarah, ahli unit
dan jabatan Sains.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam
melaksanakan amali Calorimetry, serta meningkatkan teknik pengajaran pensyarah.

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Pelajar dapat memahami prosedur amali dengan baik.
4.2.2 Pelajar dapat melaksanakan prosedur amali dengan betul.
4.2.3 Pensyarah dapat meningkatkan teknik pengajaran.
4.2.4 Pensyarah dapat menjalankan proses pengajaran dengan mudah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Modul Tiga SDS kelas 2M3DS08 dipilih sebagai kumpulan sasaran
melibatkan 13 orang pelajar (12 perempuan dan 1 lelaki) yang kesemuanya berbangsa
Melayu. Kumpulan ini juga di kategorikan sebagai kumpulan sederhana jika dilihat kepada
pencapaian Ujian Pra dan hasil temu bual yang dijalankan.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Carta Gantt Perancangan & Pelaksanaan Tindakan

Bulan Dis Jan Feb Mac
Minggu 2020 2021 2021 2021

34 12 341234 12 3 4

Mengenalpasti masalah dan
mencari idea

Merancang tindakan dan
penyediaan proposal inovasi

Pembentangan proposal
peringkat unit

Penyediaan bahan CCV

Pelaksanaan PdP
menggunakan CCV

Pengumpulan data

Analisis data dan penulisan
laporan

6.2 Pengumpulan Data Awal

Pengumpulan data awal dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah temu bual
tidak berstruktur dan juga kaedah ujian pra. Pengkaji telah melakukan temu bual secara
dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Hasilnya, pelajar mengatakan mereka
sukar memahami prosedur amali Calorimetry dengan hanya membaca Buku Panduan Amali.
Pelajar juga banyak bertanya sesama rakan dan juga pensyarah kerana kurangnya
pemahaman terhadap prosedur amali. Rujuk rajah 1.

Rajah 1 : Sesi temu bual menggunakan aplikasi Google Meet.

Selain itu, Ujian Pra dengan menggunakan aplikasi Google Form juga telah
dijalankan, berfokuskan prosedur amali Calorimetry yang terdapat di dalam Buku Panduan
Amali. Sebanyak 10 soalan disediakan. Keputusan ujian ini mendapati hanya 5 pelajar
mendapat skor 80% dan ke atas. 8 pelajar mendapat skor kurang daripada 80%. Daripada
jumlah ini, 2 orang pelajar telah gagal iaitu mendapat skor 40% sahaja. Rujuk rajah 2.

SKOR (%) UJIAN PRA

1324958617000000000000

Rajah 2 : Graf keputusan Ujian Pra

Skor kurang daripada 80% menandakan bahawa aras kefahaman pelajar terhadap
prosedur amali Calorimetry masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Manakala skor
80% dan ke atas pula menandakan bahawa aras kefahaman pelajar telah berada di tahap yang
baik. Berdasarkan carta pai di bawah, peratus pelajar yang mendapat skor kurang daripada
80% adalah lebih tinggi berbanding peratus pelajar yang mendapat skor 80% dan ke atas. Ini
menunjukkan pemahaman pelajar terhadap prosedur amali Calorimetry adalah lemah. Rujuk
rajah 3.

Skor 80% Skor kurang
dan ke atas 80%

(38.5%) (61.5%)

Rajah 3: Carta pai keputusan Ujia Pra

6.3 Pelaksanaan Tindakan

6.3.1 Penghasilan Chemistry Calorimetry Video (CCV)

Kesemua 5 ahli kumpulan inovasi ini telah mengadakan perbincangan untuk mencari
penyelesaian bagi masalah ini. Ianya dimulakan dengan pemilihan kaedah penyelesaian, iaitu
penghasilan video amali bagi topik Calorimetry. Topik dan kaedah ini dipilih setelah
perbincangan dan pengumpulan data awal dilakukan.

Terdapat dua proses dalam penghasilan Chemistry Calorimetry Video (CCV) iaitu
proses rakaman video dan proses suntingan video. Proses rakaman video telah dijalankan
selama 2 hari menggunakan aplikasi kamera telefon bimbit iPhone 11. Bagi proses suntingan
video yang mengambil masa 5 hari pula, ianya menggunakan aplikasi Final cut Pro x, Clips
dan Imovies yang terdapat di dalam macbook dan iPad Pro. Tiada sebarang kos dikeluarkan
kerana semua peranti yang digunakan adalah milik persendirian pengkaji. Alat radas dan

bahan kimia yang digunakan ketika sesi rakaman juga adalah percuma kerana ianya telah
disediakan oleh makmal kolej.

6.3.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan CCV

Pengkaji III (guru kelas) telah menerangkan kepada semua pelajar yang terlibat
berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Tiga aktiviti yang dilaksanakan adalah
Aktiviti 1 (Penerangan oleh Pensyarah), Aktiviti 2 (Aktiviti Pelajar – tayangan video) dan
Aktiviti 3 (Aktiviti Pelajar – penilaian keberkesanan)

Aktiviti 1: Penerangan oleh Pensyarah (10 Minit).

Aktiviti 1 melibatkan penerangan dan perbincangan secara ringkas oleh pensyarah
berdasarkan Buku Panduan Amali. Pelajar diberikan penerangan langkah demi langkah bagi
pelaksanaan amali Calorimetry. Rujuk rajah 4.

Aktiviti 2: Rajah 4 : Prosedur amali di dalam Buku Panduan Amali
Aktiviti Pelajar – Tayangan Video (20 Minit).

Aktiviti 2 memerlukan pelajar menonton Chemistry Calorimetry Video (CCV) yang
telah dibangunkan oleh kumpulan inovasi ini. Sesi soal jawab antara pelajar dan pensyarah
turut dilaksanakan selepas tayangan video. Rujuk rajah 5.

Rajah 5: Antara paparan yang terdapat dalam CCV

Aktiviti 3: Aktiviti Pelajar – Penilaian Keberkesanan (15 Minit).

Pensyarah menemu bual pelajar bagi mengetahui sejauh mana pemahaman serta
perasaan mereka setelah menonton Chemistry Calorimetry Video (CCV). Pelajar juga
dikehendaki menjawab soalan yang diberikan secara individu. Soalan adalah berkenaan
pelaksanaan amali Calorimetry berdasarkan tayangan video tersebut. Rujuk rajah 6.

Rajah 6 : Sesi temu bual menggunakan aplikasi Google Meet.

Berikut adalah refleksi bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.

Refleksi Aktiviti 1:
Pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap penerangan guru. Berlaku sesi

soal jawab yang positif antara pensyarah dan pelajar. Pelajar terlibat secara aktif semasa PdP
berlangsung. Pelajar juga memberikan respon bahawa mereka semakin memahami prosedur
amali ini.

Refleksi Aktiviti 2:
Setelah menonton Chemistry Calorimetry Video (CCV), berlaku sesi soal jawab yang

aktif antara pensyarah dan pelajar. Pelajar juga memberikan respon bahawa mereka
mendapat gambaran yang jelas tentang pelaksanaan amali ini.

Refleksi Aktiviti 3:
Hasil temu bual mendapati pelajar seronok dan teruja untuk melaksanakan amali

nanti. Pelajar menyatakan soalan ini mudah untuk dijawab kerana mereka mulai faham
tentang prosedur amali.

7.0 PENILAIAN

7.1 Penilaian Pelajar

Penilaian terhadap pelajar telah dijalankan melalui Ujian Pos menggunakan aplikasi
Google Form. Sebanyak 10 soalan telah disediakan. Keputusan ujian ini mendapati 10 pelajar
mendapat skor 80% dan ke atas. Daripada jumlah tersebut, seorang pelajar mendapat markah
100%. Manakala hanya 3 pelajar sahaja mendapat skor 70%. Rujuk rajah 7.

SKOR (%) UJIAN POS

120
100

80
60
40
20

0

Rajah 7: Graf keputusan Ujian Pos

Berdasarkan carta pai di bawah, peratus pelajar yang mendapat skor 80% dan ke atas
adalah lebih tinggi berbanding peratus pelajar yang mendapat skor kurang daripada 80%.
Jika dibandingkan dengan Ujian Pra, Ujian Pos menunjukkan perubahan yang sangat
memberangsangkan. Peratus pelajar mendapat skor kurang daripada 80% telah menurun
daripada 61.5% dalam Ujian Pra kepada 23.1% sahaja dalam Ujian Pos. Manakala peratus
pelajar yang mendapat skor 80% dan ke atas pula telah melonjak daripada 38.5% dalam
Ujian Pra kepada 76.9% dalam Ujian Pos. Ini menunjukkan penggunaan Chemistry
Calorimetry Video (CCV) membantu meningkatkan penguasaan pelajar. Rujuk rajah 8.

Skor kurang 80%
(23.1%)

Skor lebih 80%
(76.9%)

Rajah 8: Carta pai keputusan Ujian Pos

7.2 Penilaian Pensyarah

Penilaian terhadap pensyarah pula dilakukan secara refleksi. Kesemua 5 ahli
kumpulan inovasi telah mengadakan perbincangan untuk membuat refleksi terhadap projek
inovasi yang telah dijalankan. Pengkaji III selaku pensyarah kelas yang terlibat dengan
inovasi ini menyatakan bahawa sesi taklimat pelaksanaan amali menjadi sangat mudah. Ini
kerana pensyarah tidak perlu lagi menggunakan kaedah konvensional iaitu membuat
demostrasi amali secara fizikal bagi setiap kelas yang diajar. Oleh itu, proses taklimat
pelaksanaan amali juga tidak lagi mengambil masa yang lama.

Selain itu juga, kesemua ahli kumpulan inovasi turut bersetuju bahawa penghasilan
Chemistry Calorimetry Video (CCV) ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan hanya
mengambil masa 7 hari sahaja untuk disiapkan.

Melalui projek inovasi ini juga, para pengkaji telah berjaya menguasai satu
pengetahuan yang baru iaitu kemahiran penghasilan video. Secara tidak langsung ianya telah
menggalakkan para pengkaji untuk sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran

untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya proses PdP yang dijalankan sentiasa
relevan dengan arus permodenan.

8.0 KESIMPULAN

Inovasi ini dijalankan berdasarkan ujian pra yang mendapati 61.5% pelajar mendapat
skor kurang daripada 80%. Hanya 38.5% pelajar sahaja mendapat skor 80% dan ke atas. Ini
menunjukkan pemahaman pelajar terhadap prosedur amali Calorimetry adalah lemah.
Pelajar sukar memahami prosedur amali dengan hanya membaca Buku Panduan Amali.
Pelajar memerlukan lebih banyak penerangan.

Tindakan penyelesaian kepada masalah ini telah diambil melalui penerangan oleh
guru menggunakan Chemistry Calorimetry Video (CCV) yang telah dihasilkan. Hasil ujian
pos mendapati peratus pelajar mendapat skor kurang daripada 80% telah menurun kepada
23.1% sahaja. Manakala peratus pelajar yang mendapat skor 80% dan ke atas pula telah
melonjak kepada 76.9%. Ini menunjukkan penggunaan ‘CCV’ membantu meningkatkan
penguasaan dan kefahaman pelajar.

Pelajar menunjukkan minat pada aktiviti PdP yang bersifat lebih interaktif
berbanding kaedah secara konvensional. Ini kerana pelajar boleh belajar secara individu atau
berkumpulan dan pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan sebelum pelaksanaan amali
sebenar di dalam makmal. Selain itu, penggunaan ‘CCV’ ini dapat menjimatkan masa, tenaga
dan perbelanjaan kerana video ini boleh dicapai secara percuma di laman sesawang. Proses
pengajaran menjadi lebih mudah kerana elemen-elemen imej, muzik dan suara latar dapat
menarik perhatian dan memberi penerangan kepada pelajar.

Dicadangkan agar kaedah demonstrasi menggunakan video dalam PdP seperti ini
dapat diperluaskan untuk amali kimia yang lain, dan juga diperluaskan ke kolej-kolej
matrikulasi lain di Malaysia. Penggunaan medium dalam talian juga adalah selari dengan
ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Ianya membantu pensyarah dan pelajar
mengadaptasi PdP yang berfokuskan self-directed (proses pembelajaran atas kehendak
pelajar), Multi-sources (menggunakan pelbagai sumber, media dan saluran pembelajaran),
Life-long learning (pembelajaran sepanjang hayat), ICT-base (pembelajaran teknologi
informasi), memiliki motivasi, sikap yang mudah mengadaptasi akan perubahan serta
memiliki growth mindset dan bukannya fixed mindset (Wibawa, 2018)

RUJUKAN

Christopher Lu Wei Wang (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam
Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL.

Khairul Anuar Bin Abdul Rahman (2016), Konstruk Model Video Pembelajaran
Berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek Dan
Pendidikan Berasaskan Keterampilan Dalam Pendidikan Teknikal, Universiti
Teknologi Malaysia.

Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali (2019), Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management. Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA), e-ISBN 978-976-2231-26-4.

Wibawa.S. (2018). Pendidikan dalam Era Revolusi Industri 4.0. Yogyakarta: UST.

Wortlitz, J., stabler, A., Peplowsky, S. & Woll, R. (2016). Video Tutorials: An Appropriate
Way of Teaching Quality Management Tools Applied with Software. Quality
Innovation Proseperity. 20(2):169-184.

Zakiah binti Abu Bakar, Norhanida binti Elias (2017), Kaedah CCCL-STAD Membantu
Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Menghitung Haba Pembakaran Bahan
Melalui Kalorimeter, Konvensyen Penyelidikan Pendidikan Kali Ke-9 Program
Matrikulasi KPM.

Zawiah Binti Bahrom (2020), Pedagogi Norma Baharu : Cabaran dan Hikmah. Jurnal
Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020 (ISSN 2636-9885).


Click to View FlipBook Version