Angkasawan HARAJES PARKS UKUB
negara
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al
Masrie bin Sheikh Mustapha
Biodata
NAMA:
NUR QAISARA QAIRINA BINTI MOHD HATA
KELAS
4 UPM
NAMA:
NUR QAISARA QAIRINA BINTI MOHD HATA
ALAMAT:
A145, LORONG A7,
KAMPUNG MELAYU SRI KUNDANG
48050 RAWANG, SELANGOR
EMAIL
[email protected]
Pengenalan
Saya memilih angkasawan negara Dato’ Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha
kerana beliau memberikan saya inspirasi. Saya
menjadikan beliau sebagai pembakar semangat
untuk terus berusaha. Tiada yang mustahil untuk kita
capai sesuatu kejayaan sekiranya kita berusaha dan
yakin diri.
Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang doktor
apabila saya dewasa nanti. Semoga impian saya
menjadi kenyataan.
Biodata
Nama penuh : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha.
Tarikh lahir : 27 Julai 1972
Tempat lahir : Kuala Lumpur, Malaysia.
Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-
beradik.
Kehidupan peribadi : Berkahwin dengan Datin Dr. Halina Mohd Yunos
pada 10/10/2010. Beliau bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001
sewaktu beliau merupakan pensyarah di Universiti kebangsaan
Malaysia, manakala Dr. Halina adalah pelajarnya waktu itu. Mereka
dikurniakan 2 cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella dan
Sophea Natasha.
Bapa : Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor (Kembali ke
rahmatullah pada 7 September 2012 di Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia)
Ibu : Datin Zuraidah Sheikh Ahmad
Adik-beradik :
1. Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie (Abang)
2. Sheikh Taufik Shukor Al-Masrie (Opik)
3. Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Amus)
4. Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie (Ajil) – Penulis buku “REACHING
FOR THE STARS” (Kembali ke rahmatullah pada 27 Oktober 2007
berumur 32 tahun)
5. Sheikh Arwiz Shukor Al-Masrie (Arwiz)
Biodata
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10
Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata
iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, anak kembar lelaki iaitu
Sheikh Adam dan Sheikh Noah, anak kembar lelaki dan perempuan
iaitu Sheikh Eusuff dan Sophea Emilia.
Kerjaya
Dr. Sheikh Muszaphar telah berjaya menamatkan pendidikan sekolah
tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar.
Maktab Rendah Sains MARA di Muar
Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajarannya melalui ijazah
perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Beliau menjadi doktor ortopedik dan menjadi pensyarah perubatan pelatih
di Pusat Perubatan Universiti
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban pada 1998, Hospital
Besar Kuala Lumpur pada 1999 dan Hospital Selayang (2000-2001).
Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban pada 1998, Hospital
Besar Kuala Lumpur pada 1999 dan Hospital Selayang (2000-2001).
Beliau juga merupakan seorang model di kebanyakan iklan
komersial.
Perjmaenjladai nan
ANGKASAWAN!
Karajan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan
Malaysia bagi calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11 275
calon telah mendaftar diri dengan pelbagai kelayakam akademik,
ketahanan fizikal, emosi dan mental. Mereka menjalani latihan
terakhir di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Sheikh Muszaphar
dikatakan ialah calon terakhir daripada yang memohon program
ini.
Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.
Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang
Russia bernilai AS$1 billion (RM 3.44 billion).
Sheikh Muszaphar dan tiga calon akhir lain dipilih pada awal
tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah
selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar
dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk menjalani latihan selama
18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama
Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan
calon simpanan.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar semasa dalam latihan.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed
Latmeinjahdian
ANGKASAWAN!
Program Angkasawa Negara Malaysia bermula pada
2006 untuk menghantar angkasa lepas. Pada 4
september 2007 , Dr Sheikh Muszhapar Shukor telah
dipilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama.
Dia berlepas ke stesen Angkasa Antarabangsa menaiki
soyuz TMA - 11 pada 10 oktober 2007.
Dr Sheikh Muszhapar Shukor Sheikh Mustapha
menginap di hotel cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan.
Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi
memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus
tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan.
Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan ''Misi Angkasawan
Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah
Ummah '' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari
jumaat 5 oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu
mengikut pandangan islam
Semasa berada di pusat latihan kosmonaut gagarin di star
city, moscow Dr Sheikh Muszhapar Shukor Seikh Mustapha
diberi pemeriksaan dan kajian lanjut selepas kembali ke
bumi. Latihan star city adalah berbeza dengan latihan
space tourist dimana mereka mengambil masa selama
setahun.
Perjalanan
ke
ANGKASA LEPAS!
Perjalanan bermula….
Baikonur,kazakhstan 10 oktober.DR.Sheikh Muszaphar Shukor
meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat
pukul 7.21 malam.Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50
meter.Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer
sejam.Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh
Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya
dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome.
Mendarat di ISS…..
Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang
terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa
selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka
tiba di limbungan ISS.Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada
pukul 8 malam 12 Oktober.Dua krew lain dalam Soyuz ialah Yuri
Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy
Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang
bakal mengetuai operasi di ISS.
Kembali ke bumi….
Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua
angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejakenam
bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera
penerbangan Oleh Kotov.Sheikh Muszaphar dijadualkanmeninggalkan
ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal
angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.
Pengalaman
berpuasa di
ANGKASA LEPAS!
Sebagai seorang muslim dan berpuasa diakhir Ramadhan semasa
di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah
menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa lepas.
Bukunya bertajuk perlaksanaan ibadah di stesen antarabangsa
yang mempunyai 18 muka surat. Ia menerangkan bagaimana untuk
mengenal pasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal
puasa. Orbit ISS menghasilkan satu kitaran siang dan malam
setiap 90 minit. panduan ini boleh didapati dalam bahasa Rusia,
Arab dan Inggeris. Anan C. Mohd daripada Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia menyatakan, ''Berpuasa semasa perjalanan adalah
tidak diwajibkan. Maka, Sheikh Muszhapar dibolehkan untuk
melakukan atau tidak. Sekiranya dilakukan, waktu berpuasa
adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur dimana tempat
kapsul dilancarkan". Bagi membolehkan Sheikh Muszhapar shukor
meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 13 oktober 2007 bersamaan
hari Sabtu, bekalan seperti kuih, biskut dan sate dibekalkan bagi
dimakan bersama angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas.
Sumbangan
kepada
NEGARA
Seperti yang kita ketahui Datuk Dr Sheikh Muszaphar shukor iaitu
angkasawan pertama Negara menjdi individu yang telah pergi ke
bulan untuk pertama kalinya. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al
Masrie bin Sheikh Mustapha (dilahirkan pada 27 Julai 1972)
merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan
angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah
diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi(kini
bergelar "Tun" pada 25 september 2007(selasa) tepat jam 12.00
tengah hari.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor seorang yang beragama islam
jadi dengan kejayaan DatukDr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia
Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia
yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada
di angkasa lepas.Selain itu Keputusan negara untuk menghantar
manusia ke angkasa lepas pada tahun 2007 adalah satu kejayaan
negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.Ia Jelas menunjukkan bahawa Dr. Sheikh Muszaphar
bukan sahaja membanggakan negara bahkan membanggakan
negara islam juga.
Dari sudut lain pula Datuk Dr. Sheikh Muszaphar juga
berkecimpung dalam bidang perubatan satu daripadanya potensi
sumbangan dalam ekonomi menerusi penyelidikan mikrograviti
telah membawa kepada pembangunan antibodi baru khusu untuk
industri farmaseutikal. Ia menunjukkan bahawa Datuk Dr. Sheikh
Muszaphar bukan sahaja berjaya dalam bidang angkasawan
sahaja tetapi berjaya jugak dalam bidang perubatan yang beliau
ceburi.
Penutup
Keberanian dan komitmen Datuk Dr.Muszaphar
telah menjadi pembuka minda kepada anak-anak
agar meminati bidang sains. Semoga lebih banyak
angkasawan dapat dilahirkan pada masa
hadapan.
Rujukan
https://brilliantcrewlegacy.blogspot.com/2017/02/tokoh_26.ht
ml
https://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Angkasawan_Negara_M
alaysia
https://en.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muszaphar_Shukor
http://sheikhmuszapharfc.blogspot.com/
https://www.nona.my/bangga-punya-6-anak-datuk-dr-sheikh-
muszaphar-kongsi-foto-famili-seronoknya-punya-ramai-anak/
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al
Masrie bin Sheikh Mustapha
Angkasawan Pertama Malaysia