TAHUN BARU CINA
SEJARAH TAHUN BARU
CINA
❖ Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di
mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara
di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan
mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
INFO
❖ Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun
baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna
merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol
tradisi kemeriahan masyarakat cina.
TAHUN BARU CINA
❖ Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam
nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara
yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-
piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
❖ Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya,
tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina
Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing,
ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir
dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
MAKAN BESAR MALAM
TAHUN BARU CINA
TARIAN NAGA
MEMERIAHKAN TAHUN
BARU CINA
DISEBALIK….
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan
‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia
membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud
kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada
kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,
daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul
merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi
gendang.
CHAP GOH MEI
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak
kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan
penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek
China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu
dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan
itu.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata
dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol
dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan.
WARNA TUAH
WARNA TUAH
❖ Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah
menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam
kehidupan.
❖ Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya
kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya
warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru
Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian
warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.
SELAMAT MEMBACA
❖ Sekian Terima Kasih
❖ PSS Sekolah kebangsaan Kadok 2021