The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myzaidy27701, 2023-01-01 23:32:34

Pemplet TS25 SMKK 2022 Jadi

Pemplet TS25 SMKK 2022 Jadi

SMK KEMAHANG
Tanah Merah
Kelantan

PROGRAM
TRANSFORMASI SEKOLAH

2025 (TS25)
KOHORT 7

PROGRAM TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu

Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

-Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;

-Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan

-Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid.

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah
menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di
Malaysia pada tahun 2025, iaitu

1.Memantapkan kepimpinan sekolah

2.Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pembelajaran dan pengajaran

3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid

KERANGKA TS25
KERANGKA SEKOLAH BERKUALITI

KERANGKA KEMENJADIAN MURID

HALATUJU SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang komited
untuk membangunkan insan yang seimbang
merangkumi kemenjadian sahsiah, akademik dan
kokurikulum, diterajui kepimpinan yang berkesan dan
berwawasan melalui pembelajaran yang aktif lagi
bermakna oleh guru yang berkualiti dan persekitaran
yang kondusif dan inovatif, disokong oleh penglibatan
ibubapa dan komuniti yang padu.

PENYEBARAN INFO PROGRAM

KE ARAH PEMBELAJARAN ABAD 21

KE ARAH KEMENJADIAN MURID


Click to View FlipBook Version