The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fifahzizan, 2022-06-10 22:50:45

NAIKTARAF PSS (1)

NAIKTARAF PSS (1)

WAKAF
NAIKTARAF

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT

https://t.me/pssskts https://www.facebook.com/PusatSumberSKTanjungSepat https://sites.google.com/view/pusatsumbersktanjungsepat skts.tv [email protected]

PENDAHULUAN 01

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebagai tempat untuk
memperoleh sumber maklumat yang cepat dan tepat. PSS bukan
sahaja menyediakan bahan bacaan berbentuk buku tetapi bahan
bukan buku juga dijadikan sumber maklumat yang amat berguna.

Memandangkan murid dan guru pada masa kini perlu memiliki
ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, maka pusat sumber
SK Tanjung Sepat memerlukan nafas baharu bagi menepati
kehendak semasa. Aspek keselesaan, kebersihan dan keselamatan
menjadi aspek utama yang perlu diambil berat memandangkan
pusat sumber sekolah adalah tempat tumpuan murid dan guru
untuk membuat rujukan, ulang kaji, perbincangan, malah mereka
turut diberi ruang untuk bermain permainan dalaman di satu
ruang yang disediakan dalam pusat sumber.

Perpustaan SK Tanjung Sepat terletak di bangunan Blok
Kiambang yang mana merangkumi 2 bilik darjah yang
digabungkan. Bangunan yang telah dibina pada sejak awal 1990-
an ini telah menempatkan PSS SK Tanjung Sepat pada aras 1.
Faktor dimakan masa dan penyelenggaraan telah mengakibatkan
kemudahan PSS SK Tanjung Sepat semakin hari semakin kurang
memuaskan.





ALIRAN
PENGUDARAAN

Pengudaran yang tidak lancar kerana tingkap yang telah
rosak dan uzur tidak dibuka. Setiap kali tingkap dibuka
pasti ada cermin yang jatuh melorot ke bawah. Hal ini amat
mebahayakan keselamatan warga SK Tanjung Sepat yang
berada di tingkat bawah.

Bagi murid yang berada pada bahagian tepi dinding berasa
bahang kepanasan.

BANYAK BAHAGIAN TINGKAP YANG ROSAK DAN PECAH
MEMUDAHKAN BURUNG MASUK BERSARANG

NET TELAH DIPASANG REPUT DAN DIBUKA SEMASA ARAHAN
PEMBUKAAN SEKOLAH

2022

PERMUKAAN

LANTAI JUBIN

Permukaan jubin di pusat sumber banyak yang telah rosak. Ini amat
membahayakan kepada semua pengguna yang hadir ke pusat sumber. Hal ini
menyebabkan timbulnya keadaan yang kurang selesa malah sesetengah
murid dan guru tidak dapat masuk ke pusat sumber kerana banyak kawasan
yang tidak boleh di duduki kerana jubin yang timbul menggelembung.
Jumlah murid yang dihadkan ini telah mengakibatkan ketidak fungsian
penggunaan pusat sumber sepenuhnya.

2000

BANYAK MOZEK YANG TERANGKAT DAN
MULA MEREBAK MEMBAHAYAKAN MURID



PSS ABAD KE-21 BUKAN TERTUMPU

KEPADA BACAAN SAHAJA
MURID BEBAS MENEROKA MEMBACA

SAMBIL BERMAIN

10 MASALAH

BURUNG

Kami juga berdepan dengan masalah burung yang sentiasa
masuk ke pusat sumber melalui tingkap yang telah uzur dan
membuang najis di dalam pusat sumber serta membuat
sarang di dalam ini pada setiap hari. Hal ini akan
mengundangkan masalah kesihatan terutamanya kepada
murid yang mempunyai masalah kesihatan. Banyak tingkap
yang tidak boleh dibuka kerana telah berkarat dan rosak.
Hal ini menyebabkan aliran udara kurang selesa.

Bagi memenuhi keperluan ini perbelanjaan yang banyak
diperlukan. Memandangkan PSS tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi bagi menjalankan renovasi ini,
maka menjadi harapan pihak sekolah sekiranya ada pihak
luar yang dapat memberi sumbangan dalam usaha
meningkatkan tahap perkhidmatan pusat sumber seterusnya
memberi keselesaan kepada murid dan guru di sekolah ini.

BURUNG SERING KELUAR MASUK KE DALAM PSS
MEMBUANG NAJIS DAN MEMBUAT SARANG

MEMBAHAYAKAN KESIHATAN GURU DAN MURID

2022

MASALAH

BUBUK

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat juga mengalami masalah
bubuk pada bingkai tingkap dan pintu. Hal ini membuatkan habuk sentiasa
ada mengganggu keselesaan murid dan guru yang masuk ke pusat sumber
ini. Ini juga menyebabkan keadaan kayu tingkap dan pintu mula reput dan
tidak berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa pintu yang telah tercabut
dan hanya disokong dengan almari supaya tidak jatuh atau roboh. Keadaan
ini amat membahayakan terutamanya kepada murid yang sering lalu di
kawasan ini. Kesannya, rak-rak buku juga banyak yang telah uzur dan rosak
dimakan bubuk

2000

2022 keadaan pintu uzur yang tercabut akibat bubuk pada bingkai pintu
dan tingkap.

Besi tingkap yang reput tidak dapat memegang cermin.

BUBUK

MASALAH BUBUK
BERLELUASA SEHINGGA

BINGKAI PINTU DAN
TINGKAP TIDAK SELAMAT

MEMBAHAYAKAN
KESELAMATAN MURID

2022

SISTEM
PENDAWAIAN

ELEKTRIK

Memandang blok Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat
merupakan blok lama. Sistem pendawaian amat uzur. Terdapat banyak suis
yang tidak boleh dipakai. Hal ini amat membimbangkan apabila PSS banyak
menggunakan sumber elektrik untuk mengejar pembangunan PSS abad ke-
21.

2000

KEHADIRAN PENGAWAS
BERTUGAS MENGGUNAK CAP
JARI DIHENTIKAN TERLEBIH

DAHULU

PENGGUNAAN SISTEM AUTOMASI PENGGUNAAN EXTENSION
TARANTULA MEMERLUKAN KOMPUTER KERANA BANYAK SUIS YANG
AGAK TERHAD DAN BANYAK
DAN INTERNET
PEMINJAMAN DARIPADA MAKMAL YANG ROSAK

KOMPUTER
BANYAK KOMPUTER RIBA YANG
ROSAK DI MAKMAL PEMINJAMAN

DIHENTIKAN

RAK BUKU

Almari tidak mampu menampung buku yang banyak di Pusat
Sumber. Alamari juga dimakan bubuk mengeluarkan habuk
yang tidak disenangi oleh pengguna PSS.

Ini akan mengundang masalah kesihatan kepada golongan
yang berisiko terutamnya berkaitan dengan pernafasan dan
kulit yang sensitif

KEPERLUAN

LANTAI PENGHAWA DINGIN CERMIN & PINTU RAK BUKU

Menggantikan lantai Memberi keselesaan Penggantian cermin Menampung buku di
yang lebih selesa dan kepada murid dan pintu yang uzur Pusat Sumber
Sekolah.
selamat kepada menarik minat murid demi menjaga
murid. untuk masuk ke keselamatan murid Penggantian almari
Pusat Sumber yang uzur
Fungsi Pusat Sumber Sekolah
Sekolah bukan hanya

tempat bermain
tetapi murid
meneroka

KEPERLUAN

KOMPUTER MEJA KAUNTER SIRKULASI RUANG KERJA

Mewujudkan ruang Meja kerja melancarakan Ruang yang agak
akses kendiri kepada Meja ulang kaji pada peminjaman dan sempit bagi guru dan
pemulangan buku
murid untuk bahagian tepi pengawas pusat
meneroka. dinding sumber untuk
tidak kebergantungan melaksanakan kerja.
dengan gadjet guru. Memberi lebih
Sistem automasi
TARANTULA boleh privasi
digunakan jika guru

tiada

LAMPIRAN

ANTARA CONTOH
PSS ABAD KE-21



















Kelebihan Berwakaf



Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri
kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.



Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran
pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.



Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi
mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi
) , diwarisi dan dipusakai.



Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan
memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
﴾ ‫﴿ َّم َثُل ٱَّلِذيَن ُينِف ُقوَن َأۡم َوٲَلُه ۡم ِفى َس ِبيِل ٱلَّلِه َكَم َثِل َحَّبٍة َأۢنَبَتۡت َس ۡبَع َس َناِبَل ِفى ُكِّل ُس ۢنُبَلٍة ِّم ْاَئٍُة َحَّبٍ۬ةۗ‌ َوٱلَّلُه ُيَض ٰـِع ُف ِلَم ن َيَش آُء‌ۗ َوٱلَّلُه َوٲِس ٌع َع ِليٌم‬
۲٦١ : ‫سورة البقرة‬
Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh
tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan

Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261


Click to View FlipBook Version