The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Scrap Mohd Yazid bin Mohd Zairi,
Penentangan masyarakat Tempat
Tokoh: Datu Paduka Mat Salleh

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanhaziqkid, 2021-08-08 11:35:43

BUKU SCRAP MOHD YAZID, PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

Buku Scrap Mohd Yazid bin Mohd Zairi,
Penentangan masyarakat Tempat
Tokoh: Datu Paduka Mat Salleh

Keywords: #,Datuk Paduka Mat Salleh

PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN

NAMA: MOHD YAZID BIN MOHD ZAIRI
KELAS: 3 THINKER
SUBJEK: SEJARAH

TOKOH YG DIPILIH: MAT SALEH
NAMA GURU: NERWANI BINTI ASLAN

KANDUNGAN

1. Pengenalan
1.1 Biodata Datu Paduka Mat Salleh

2. Peristiwa Penentangan Mat Salleh di Sabah
2.1. Bahagian 1
2.2. Bahagian 2

3. Kepentingan menghargai perjuangan tokoh
4. Pengajaran
5. Rujukan

1. pengenalan

Biodata
Nama : Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu
Tempat lahir : Inanam
Jawatan : Pemerintah Sungai Sugut
Keturunan : Bajau dan Suluk
Sifat : Kepahlawanan dan keberanian
berperang
Nama isteri: Dayang Bandang

Peristiwa Penentangan Mat Salleh di
Sabah –

bahagian 1

 PERJUANGAN JIHAD
Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang
Sepanyol di selatan Filipin.

 PERATURAN YANG MEMBEBANKAN
Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti
amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.

 PERCUBAAN BERUNDING GAGAL
Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke
Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh. Beliau ingin berunding tentang
masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh
tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari, beliau meninggalkan Sandakan.

Peristiwa Penentangan Mat Salleh di
Sabah – sambungan

 PERKAMPUNGAN DIBAKAR
Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB. Oleh itu, SBUB
bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya. SBUB menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

 KRONOLOGI PERISTIWA
Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya
Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong
William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh. Oleh itu,
beliau menawarkan pendamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh
April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal dan Mat Salleh
dibenarkan
mentadbir daerah Tambunan

Peristiwa Penentangan Mat Salleh di
Sabah – sambungan

PERJANJIAN APRIL 1898
Antara syarat perjanjian ialah :
Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .
Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula.
Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .
Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan .
Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di Teboh,
Tambunan.
Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran.
Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh. Dalam petempuran itu, Mat Salleh telah
terkorban.
Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta.
Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan MAT SALLEH

Peristiwa Penentangan Mat Salleh di
Sabah –

bahagian 2

 Pada bulan julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di
Pulau Gaya. Beliau membina kubu di Ranau.

 Pada bulan November 1897, Mat Salleh menyerang Ambong.

 Pada tahun 1898, mengadakan rundingan dengan Mat Salleh menggatal.
Mat Salleh dibenarkan mentadbir di daerah tambunan.

 Walau bagaimanapun ,(SBUB) tidak menepati janji dan mengambil alih
pentadbiran tambunan pada tahun 1899.

 Pasukan tentera SBUB menyerang kubu mat Salleh di teboh, tambunan
secara besar-besaran.

 Pada tahun 1900, mat saleh gugur dalam petempuran di tambunan.

Kepentingan menghargai perjuangan
tokoh

A. Mempertahankan hak kedudukan pemerintah tempatan
kesan pengenalan pentadbiran barat yang yang merugikan
mereka

B. Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran
tradisional sebagaimana sedia ada.

C. Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang
membebankan kehidupan rakyat tempatan

Pengajaran

 Generasi hari ini khususnya rakyat Sabah dan rakyat
Malaysia amnya harus mengambil semangat juang yang
tinggi dan tekal ini merupakan contoh nilai terbaik yang di
tunjukan oleh pahlawan Datuk Paduka Mat Salleh yang
bangkit menentang kuasa barat.

 Sikap keberanian dan tidak gentar dengan musuh
merupakan kemuncak semangat yang ditunjukan oleh beliau
dan ini wajar menjadi pemangkin

BAHAN RUJUKAN

 Buku Teks Sejarah
 Buku Sejarah, Ranger Revisi Cepat PT3 1.2.3,

Pelangi Sdn. Bhd.
 https://www.researchgate.net/publication/3144779

88_Pemberontakan_Datu_Mat_Salleh_di_Borneo_Ut
ara_British_-_Suatu_Tinjauan

Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version