RESEPI TRADISI KELUARGA
SAYA
NAMA: MOHD YAZID BIN MOHD ZAIRI
KELAS: 3 THINKER
SEKOLAH: SMK PANTAI WP LABUAN IBWS
GURU PEMBIMBING: SA’ADIAH BINTI BOHARI
Sambal Tumis Ikan Bilis
(Senarai Bahan)
1. 1 mangkuk ikan bilis - basuh dan tos
2. 3 hinggs 4 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih - jangan banyak
4. 1/2 mangkuk cili kisar
5. Air asam jawa - 1 sudu kecil pes asam jawa
6. Garam
7. 3 sudu besar gula - kena ada rasa manis
8. Sedikit gula Melaka - supaya rasa lemak
Sambal Tumis Ikan Bilis
(cara-cara)
Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak
banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna.
Bila masak, boleh diceduk keluar.
Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar
masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting
untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk
menjadikan warna sambal yang merah cantik.
Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan
api perlahan.
Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika
suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan
dihidangkan.
Nasi lemak
(Senarai Bahan)
1. Beras - basuh dan tos
2. 1 helai daun pandan - carik dan simpul
3. Garam
4. 1 - 2 inci halia - hiris
5. 1 cawan santan pekat
Nasi lemak
(cara-cara)
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan
air bergantung kepada beras seperti
memasak nasi biasa. Biasanya paras air
dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan
di jari.
2. Masukkan garam dan juga daun pandan.
Masukkan dalam rice cooker dan masak
seperti biasa.
3. Bila mendidih dan air hampir kering,
masukkan hirisan halia dan santan pekat
tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi
masaK. Siap untuk dihidangkan.
Nasi lemak & sambal ikan bilis
(rujukan)
1. https://www.aziekitchen.com/2016/06/ra
hsia-menyediakan-nasi-lemak-sedap.html
Sekian & terima kasih kerana sudi menonton.