ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Apa itu K awal Mimpi.
K awal mimpi adalah satu situasi yang mana kita dapat
mengawal mimpi yang sedang kita bermimpi. Ada beberapa
perbezaan atau peringkat mengawal mimpi. Sebelum kita
dapat mengawal mimpi sepenuhnya, biasanya kita melalui
beberapa peringakt proses kepada mengawal mimpi total.
Peringkat pertama biasanya, setelah kita membuat sedikit
latihan, kita dapati mimpi‐mimpi kita menjadi jelas, terang
dan mudah diingati. T etapi mimpi tadi masih belum lagi
boleh dikawal. Peringkat kedua mimpi kita menjadi jelas dan
kita sedar yang kita sedang bermimpi. Mimpi masih belum
dapat dikawal. Peringkat ketiga mimpi menjadi jelas, kita
sedar kita sedang bermimpi dan kita dah mula boleh
mengawal kepada setengah‐setengah situasi mimpi kita tadi,
dan selebihnya kita terpaksa mengikut rentak mimpi.
Peringkat keempat pula semua diatas kita dapat rasa dan
ditambah lebih banyak situasi‐situasi yang dapat kita kawal.
T etapi ingat! tak semua mimpi‐mimpi berikutnya hasilnya
sama. Maksudnya mungkin mimpi malam ni kita dapat stage
pertama, mimpi malam esok dapat pula stage ketiga dan
macam‐macam dan seterusnya. Dalam prosesnya kita dapati
macam‐macam situasai yang berlaku. Bolehlah kita catat
pada dairi setiap hari untuk mengetahui perkembangannya...
untuk belajar mengawal mimpi melalui ebook peringkat satu
sila kelaman web kawal mimpi.
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 1
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
K ali ini saya akan menyambung apa yang akan berlaku
seterusnya. T elah dijelaskan pada tulisan yang terdahulu.
Setiap kali kita bermimpi tak semestinya mendapat hasil
yang sama. Atau kita tidak dapat tahu sama ada kita akan
mula bermimpi diperingkat satu, dua, atau sterusnya. Ini
biasa berlaku kepada pemula (pelatih baru). L ama kelamaan
kita boleh ciptakan suasana untuk mendapatkan K M (K awal
Mimpi) diperingkat sempurna. Atau peringakt melepasi
trance.
Sebenarnarnya untuk mendapat K M kita perlu melalui
keadaan trance dahulu sepertimana untuk bermeditasi.
T etapi trance K M ada sedikit perbezaan dengan trance
meditasi. Orang yang separuh mahir akan tahu adakah tidur
kali ini mendapat K M atau tidak. Biasanya suasana ini terjadi
sebelum terlelap. Ada satu stage lagi sebelum terlelap yaitu
stage hypnogogik. Selepas stage hypnogogik inilah kita akan
dapat tahu sama ada kita mendapat K M atau sebaliknya. Ok!
apa pula akan terjadi setelah stage atau mimpi peringkat
keempat terjadi. Peringkat inilah sering dicari‐cari oleh
penggemar K M. Peringkat ini kita dapat mengawal mimpi
secara total. Alangkah seronoknya berada distage ini. T ak
dapat diceritakan melainkan orang yang mengalaminya.
Seperti orang berkata buah manggis sungguh sedap. K ita
tahu sedap tapi macam mana rasa sedap itu. T idak boleh
dihuraikan macammana rasa sedap itu, kecuali dia juga ikut
merasa atau mencuba. Samalah dengan pengalaman anda
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 2
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
kali pertama untuk mendapat K M distage ini. Sebenarnya
tidaklah susah sangat..kena cara..buat sedikit latihan..nah!
terbanglah kau…
Jom! Manfaatk an Mimpi.
Setiap orang didunia ini tidur kan? K alau ada yang tak tidur
pun tak sampai 1% . Biasanya orang yang tidak tidur, mereka
itu bermasalah. Bila kita tidur tentu kita bermimpi kan? Apa
kata kita sama‐sama ambil tahu pasal mimpi.
K ita dah sedia maklum, topik paling polular berkaitan
dengan mimpi ialah T afsir Mimpi. Betul kan? Nah kali ini kita
tukar topik pula. Daripada T afsir Mimpi kita sama‐sama
meneroka Mengusai Mimpi pula. T ak salah
memperbanyakkan ilmu pengetahuan, betul tak?
K ita tahu T afsir Mimpi sudah diguna pakai sejak zaman
berzaman dan banyak sekali manfaatnya. Itu tidak dapat
dipertikaikan lagi. Dan Mengusai Mimpi pun apa kurangnya.
Mengusai Mimpi pun ada kelebihannya tersendiri. Itu pun
jika kita tahu applykan/ gunakan untuk kehidupan kita.
T entu tidak menjadi satu kesalahan, jika kita luaskan skop
ilmu pengetahuan berkait dengan Mimpi, kan? Malah ianya
memberi lebih banyak kegunaan untuk kita manfaatkan.
Mimpi, asalnya daripada mainan tidur, lalu ditafsirkan dan
kini kita terokai pula untuk manfaat kepada kehidupan
melalui Mengusai Mimpi atau Mengawal Mimpi.
Banyak perkara positif boleh kita lakukan melalui keadah
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 3
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Mengusai Mimpi. Dan yang lebih utamanya, kita buat semata
mata untuk kemajuan diri kita juga,kan?
Oleh itu jika anda ingin mengetahui serba sedikit berkenaan
Mimpi, sering‐seringlah kunjungi blog saya yang mana
mungkin ada update terbaru. Saya berkongsi sekadar apa
yang diizinkan Allah swt untuk saya kongsikan disini. Dan
sekelumit ilmu dariNya jua.
Dan ajaklah rakan‐rakan berkunjung kesini. Moga‐moga
sama sama kita mendapat sedikit manfaat. Jangan lupa
ajaklah rakan‐rakan kita yang belum tahu hal ini. Mungkin
rakan kita minat, cuma mereka tidak tahu perkara ini.
Antar a K ehebatan Mengusai Mimpi.
Sebenarnya dalam blog saya dah banyak kali saya huraikan
tentang kelebihan mengusai mimpi. Saya ulang balik disini
untuk memudahkan anda rujuk. Dan lagi pula setiap kali
saya bercerita tentang kelebihan mengusai mimpi memang
tak sama, memang ada tambahannya. Sebab Mengusai
Mimpi sangat banyak manfaatnya.
K ali ini pun tidak mampu saya ceritakan semuanya. Saya
ambil ringkas saja dan mungkin dilain kali bolehlah saya
huraikan satu persatu.
Diantaranya manfaatnya, sebagai contoh Aplikasi Untuk
K ehidupan Seharian seperti: Menyelesaikan pelbagai
masalah kehidupan, mencipta daya kreativiti, mengasah
kemahiran, Mencari formula baru, mencipta nada atau seni
lukisan, menulis buku, mencari rahsia, mind power atau
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 4
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
minda separa sedar, hipnosis dan lain‐lain...
Menyelesaikan pelbagai masalah salah satu tool yang sangat
berguna dan sangat berkait rapat dengan kehidupan. Setiap
orang memerlukannya. Dan setiap individu ada cara
tersendiri untuk mengatasi masalah masing‐masing. Ada
pelbagai cara dan pelbagai kaedah, melalui mimpi adalah
salah satu kaedahnya.
Cuma memerlukan sedikit pemahaman bagaimana ianya
berfungsi dan macammana cara untuk menggunakannya.
Atau bagaimana untuk diapplykan ke dalam kehidupan..
Mimpi Dan Minda.
Minda mengawal mimpi ke? atau Mimpi mengawal minda?
Sebenarnya minda boleh mengawal mimpi. Dan Mimpi juga
boleh mengawal minda. Masing ‐masing berfungsi mengikut
keadaan atau situasi.
Contoh minda mengawal mimpi. Jika minda sarat atau penuh
dengan perkara berkaitan apa yang kita inginkan, makan
minda akan mengusai mimpi. Jesteru minda membawa
perkara tersebut kedalam mimpi kita.
Contoh mimpi mengawal minda pula. Mimpi boleh
mengawal minda jika sekiranya kita boleh mengawal atau
mengusai mimpi. T etapi dalam pada itu juga, kadang‐kadang
mimpi biasa pun bole mempengaruhi/ mengusai minda.
Contohnya mimpi seram, bila kita terkejut dari tidur disaat
itu, atau kadang‐kadang terbawa‐bawa sehingga keesokan
harinya perasaan takut yang kita alami dikala bermimpi . Ini
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 5
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
dinamakan mimpi mengusai minda.
Tahukah anda kita boleh mengusai minda melalui mimpi.
Mimpi Adalah Spir itual.
Sebenarnya pengalaman mimpi adalah pengalaman
spiritual. T ahukah anda,bermimpi bukanlah sekadar
pengalaman,tetapi anda telah pun mengalami sendiri
perjalanan spiritual. Yang hebatnya setiap orang
mengalaminya tanpa perlu belajar.
Mimpi akan datang kepada setiap orang, cuma antara sedar
dengan tidak saja. Bagi mereka yang selalu didatangi mimpi
adalah bertuah. Bermimpi pula banyak kategorinya.
Ada orang selalu mendapat mimpi yang clear/ jelas. Ada
orang bermimpi real seolah‐olah benar, sehingga sukar
untuk mengetahui ianya reality atau sekadar mimpi.
Ada orang bermimpi biasa sahaja. Ingat sekejap dan terus
lupa. Mimpi biasa hampir setiap malam berlaku kepada
setiap individu.
Dan banyak lagi jenis mimpi seperti contohnya: mimpi
mengarut, mimpi yang tak tahu hujung pangkal, mimpi yang
samar‐samar dan lain‐lain. Setiap jenis mimpi mempunyai
tahap pengertian yang berbeza. K alau dianalisa kepada
pelbagai jenis mimpi‐mimpi, maka terhasil pula berbagai
natijahnya. Mimpi anda macammana pula?
Mimpi Sebagai Mata DIRI
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 6
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
T ahukah anda fungsi mimpi yang sebenar? Adakah Allah swt
mencipta mimpi saja‐saja? T idak ada seorang pun yang tahu
secara detail fungsi mimpi sepenuhnya.
T api sekurang‐kurangnya kita tidak membiarkan ianya
berlalu begitu sahaja. Ambillah sedikit faedah daripadanya.
Asalkan untuk tujuan baik dan bermanfaat.
Mimpi ingin memberitahu sesuatu kepada kita, samaada
secara simbolik atau terang.
Semua orang sebut pasal mimpi, semua orang tahu
kewujudan mimpi. T api adakah semua orang ambil tahu,
atau ambil kisah pada mimpi? Inilah persoalannya..
Mimpi juga menjadi teman kita paling rapat, apa tidaknya.
Setiap malam ia akan menemani kita kan?
Mimpi adalah mata diri, mimpi juga berfungsi seperti
kompas, boleh juga jadi antena kita.. Daripada mimpilah
gelombang‐gelombang isyarat menyentuh diri kita, sama ada
simbolik atau nyata. Sama ada kita sedar atau tidak...
Alam Ghaib Disebalik Alam Nyata
Setiap kali kita T IDUR kita pasti melalui alam GHAIB.
Apabila kita BERMIMPI itulah kita melalui alam ghaib.
Perkara ini tidak menjadi pelik bagi setiap orang. Sebab kita
selalu melaluinya,
Yang PEL IK nya, kita tidak pernah mengambil peduli tentang
perkara ini. Bagi mereka yang cakna dan minat alam GHAIB
inilah masanya peluang untuk meneroka alam ghaib
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 7
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
dengan lebih mendalam.
Anda tak perlu belajar atau berlatih pelbagai ilmu untuk
mendapat kemahiran atau pengalam dialam ghaib. Dengan
tidur dan mimpi saja, kita sudah pun melalui dan
menempuh alam ghaib.
Alam ghaib sangat dekat dengan kita, bila kita ber mimpi
kita sudah berada dialam ghaib yang kita sedar. Disini
macam macam perkara yang sangat ajaib dan aneh kita
boleh renungi. Renungi dan ambillah iktibar atau pengajaran
daripadanya.
Jadi apa SAJA
T ajuk diatas "Jadilah Apa Saja" ya betul. Anda dapat jadi apa
yang anda inginkan. Contohnya semasa ber mimpi anda
adalah manusia, tiba‐tiba terfikir nak jadi seekor arnab.
Sepontan saja anda bertukar jadi arnab dan anda boleh
lakukan apa yang arnab lakukan. Macam saya, satu kali tu
saya teringin rasa nak jadi burung. T iba2 saya jadi burung,
dan saya lakukan seperti burung lakukan. T erbang dan
sebagainya.
Dan kita dapat lihat yang diri kita benar‐benar burung.
L epas tu bertukarlah balik jadi manusia biasa. T ak jadi
masalah. Sama jugak jika kita rasa nak jadi orang hebat, kuat,
jadi raja InsyaAllah anda dapat rasa semua itu. Satu lagi saya
nak cerita. K atakan anda tak pernah memandu kereta yang
sangat anda idam‐idamkan. Masa inilah kita boleh lakukan
dan rasakan. Pandu kapal terbang, helikopter, jet, kapal. Dan
apa‐apa aje yang anda inginkan Hebat bukan...tapi banyak
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 8
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
lagi kekebihannya nanti kita sambung lagi.
http:/ / www.freewebs.com/ kawalmimpi
Car a Ber tuk ar Bentuk ...
Bila kita berada dalam situasi K M k awal mimpi, mudah saja
jika kita ingin mengubah bentuk fizikal kita. K atakan anda
sekarang berada dalam bentuk manusia. Jika kita ingin ubah
diri kita jadi arnab, kita cuma niat saja. K emudian proses
perubahan fizikal akan berlaku. K adang2 step by step.
K adang2 terus jadi saja.
Itulah kelebihan jika kita dapat k awal mimpi. Ingin saya
jelaskan disini. Alam mana‐mana sekalipun, semuanya
berlaku atas izin Allah swt. semata‐mata. Cuma sifat Alam
mimpi ni biasanya memang macam tu. Itu salah satu
sunnatullah.
Cuma kita yang lemah ini, cuba berikhtiar untuk mendapat
pelbagai pengalaman melalui mimpi. Serupa juga jika kita
ingin ke tempat lain. K ita cuma niat saja. K adang2 kita
gunakan teknik Frame. ianya boleh berlaku insyaAllah.
Mimpi K awal K ita atau K IT A K AWAL MIMPI
Ya biasanya mimpilah yang kawal kita. Betul tak? Apa saja
rentak, cerita, fenomina dalam mimpi, kita ikut saja mimpi.
Itu maksudnya Mimpi K awal K ita. Adakah kita boleh kontrol
mimpi mimpi kita? Ramai diantara kita sememangnya tidak
boleh control mimpi yang kita alami.
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 9
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Yang sebenarnya dengan izin Allah swt kita juga boleh kawal
mimpi kita. K emahiran ini boleh dipelajari dan dilatih.
Perubahan demi perubahan akan berlaku kalau kena cara
latihannya. Bila kita manpu mengawal mimpi, ini dinamakan
K ita K awal Mimpi.
Pelbagai teknik kita boleh pelajari, saya juga ada melatih
individu atau kumpulan yang berminat untuk mengawal
mimpi.
saya juga sediakan kursus online supaya mudah diikuti. T ak
perlu jumpa saya. K ita berhubung secara talian saja. Atau
saya juga keluarkan produk2 ebook dan buku untuk tujuan
ini.
Mimpi Dalam MIMPI
Ada orang bermimpi, lalu dalam mimpi itu, dia bermimpi
sekali lagi. Perkara macam ni bukanlah sesuatu fenomina
yang pelik. Ianya berlaku hampir kepada setiap orang.
K adangkala, semasa kita dapat kawal mimpi pun, peristiwa
seperti ini boleh berlaku. K ita boleh tidur dan bermimpi, dan
sedar dari tidur semasa bermimpi. bagi saya inilah satu lagi
keajiban dialam mimpi...
Cer ita Pasal Mimpi
Dah macam macam mimpi yang sudah kita alami. Ada yang
ingat dan ada yang lupa. Seeloknya kena ingat semua
mimpi2 kita. Sebab asas kepada K M adalah ingat mimpi, ada
pelbagai cara untuk mengingat mimpi. Dalam 7 hari kalau
kita ingat 3 mimpi dah kira bagus tu... minggu2 yg akan
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 10
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
datang mungkin kita boleh ingat lebih banyak mimpi2...
selamat bermimpi!
L UCID DREAM AT AU K AWAL MIMPI.
Sebenarnya ada sedikit perbezaan L ucid Dream dan kawal
Mimpi. T etapi biasanya anda dapat L D berkemungkinan
besar anda dapat mengawal mimpi. Alamilah keseronokan
mengawal mimpi‐mimpi anda. Bercerita pasal mimpi ni ada
banyak topik jugak. T erutamanya pasal tafsir mimpi.T api
saya minta maaflah sebab saya tidak menjurus kepada tafsir
mimpi. T api lebih kepada mengawal mimpi atau mengikut
kehendak hati apa yang kita nak buat dalam mimpi. Ada
orang berkata dia tak pernah bermimpi. Atau jarang sangat
bermimpi. Saya rasa ramai orang kata begitu. Jarang nak
jumpa orang yang bermimpi setiap malam. Pada hakikatnya
kita semua bermimpi setiap malam, tapi kita lupa mimpi kita
sejurus selepas kita bangkit. Adakah anda rasa sesuatu
perasaan setelah anda bangun dari tidur? Jika ada itu
menandakan anda baru lepas satu babak mimpi dan
perasaan dalam mimpi tu masih kita rasai walaupun kita dah
bangkit.
Untuk belajar mengawal mimpi kita misti belajar mengingat
mimpi‐mimpi kita sekurang‐kurangnya satu mimpi
sehari...ok
Belajar K M.
Apa itu mimpi? Adakah anda pernah bermimpi? Saya yakin
setiap daripada kita bermimpi, cuma mungkin kerap dan
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 11
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
mungkin sekali2 je. Mimpi adalah mainan tidur, tapi
disebalik itu ianya boleh dimanfaatkan juga. Seperti untuk
menyelesaikan masalah, mendapat idea kreatif dan
sebagainya.
Apa itu WPT dan Rupa WPT ?
Dah saya terangkan serba sedikit berkenaan dengan WPT .
Cuma kali ini saya ingin menjelaskan tentang rupa bentuk
WPT dan sedikit senario tentang WPT . Pada tulisan dalam
buku ini saya menyuruh anda memerhati beberapa ketika
sebelum terlelap. K alau anda perhatikan tentu anda dapati
sensasi dan fenomina ini pasti berlaku.
Malam ini dan seterusnya, cuba anda perhatikan sebelum
anda melelapkan mata. K alau anda amati betul‐betul anda
akan mendengar bunyian. K adang‐kadang musik, suara
orang yang kita tidak kenal bahkan suara orang yang kita
kenal pun akan kedengaran. Jika anda pek a anda dapati
suara‐suara ini amat jelas kedengaran dan anda faham
semua yang diucapakan. K adang‐kadang terlalu kuat
sehingga anda terbangun. Walaupun ketika itu anda masih
belum tidur.
Selain daripada beraneka ragam bunyi. WPT juga berbentuk
dot‐dot, lakaran atau berbagai bentuk lukisan simbolik juga
berwarna warni. Sungguh cantik dan mempesonakan.
K adang‐kadang sangat cantik hingga belum pernah
dipandang mata. Selain itu ada gambaran atau seperti
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 12
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
gambar slide show dan sebagainya. Gambar pemandangan,
gambar manusia, batu‐batu, kayu, pasir dan beraneka ragam.
Setiap kali anda berada dalam stage WPT inilah fenomina
atau senario yang akan anda lihat. Dan lebih hebat daripada
itu anda dapat melihat satu bab lengkap tentang sesuatu
peristiwa…sangat jelas…seperti didepan mata…
Saya akan ceritakan kelebihan berada distage WPT dan
macamnana cara supaya kita dapat bertahan dalam stage
WPT dan melihat pelbagai peristiwa, gambaran, bunyian,
video klip dan fenomina disitu….teruskan
membaca…wassalam.
Wilayah Pra‐T idur… ZZZZZZ
Ok saya dah bercerita sehingga stage keempat yaitu stage
yang dicari‐cari oleh penggemar K M. T api sebenarnya bukan
berakhir disitu. Masih ada lagi stage yang lebih sempurna.
Nanti saya akan ceritakan satu‐persatu, untuk kali ini saya
belum lagi cerita pasal stage seterusnya.
K ali saya ingin menerangkan berkenaan hipnagogik atau
WPT (wilayah pra‐tidur). Sebelum ni saya dah sentuh
berkenaan WPT . K ali ini saya ingin menambah sedikit lagi
berkenaan WPT . Sebenarnya setiap orang mengalami WPT
ini. Cuma antara sedar atau tidak dengan kata lain, peka atau
tidak je. Ada orang yang saya temui berkata dia tak pernah
melalui WPT . Sebenarnya dia tidak perasan je.
Baiklah jika anda ingin tahu bagaimana situasi WPT saya
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 13
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
akan terangkan tanda‐tanda atau kejadian‐kejadiannya.
Sebenarnya ada cara untuk dapat K M dengan cara mudah
melalui kaedah WPT . K aedah WPT untuk mendapatkan K M
dengan cara mudah ada dalam buku/ ebook saya peringkat
Dua. Sebenarnya saya dah sediakan ebook sehingga
peringkat advance. Ebook pertama adalah peringkat Dasar
atau asas RM10 jer. Peringkat satu RM25.00 peringkat Dua
35.00 peringkat T iga RM45.00. dan peringkat advance
RM60.00. Satu lagi jika anda berminat anda juga boleh
kursus Jarak jauh (online) Anda dipantau setiap 3 hari. Anda
Cuma buat latihan mudah yang saya berikan dan saya akan
bertanya setiap 3 hari untuk perkembangan seterusnya.
Pertanyaan dan kemuskilan boleh berhubung terus melalui
email. Bayaran kursus boleh refer ke laman WEB.
Anda juga berpeluang untuk kursus hadir diri. Hadir diri
saya akan ajarkan teknik CIPT RA (cipta trance). Abapila
anda dapat cipta trance maka secara otomatik anda dapat
K M dgn mudah. K aedah ini cuma diK hususkan untuk yang
hadir diri sahaja. Sedikit penerangan berkaitan trance:
Meditasi memerlukan trance untuk sampai ke puncak
meditasi(samadi) Biasanya untuk mendapatkan trance kita
mengambil masa 5 minit ke 1 jam lebih kurangla.. Setelah
melalui T rance tadi barulah kita beransur‐ansur kewilyah
kekosongan atau kesedaran sahaja. Waktu ini semua alam
dan jasad tidak terasa hanya kesedaran semesta raya saja yg
kita ada. Orang yang biasa buat tahu la.
Saya tak nak cerita panjang tentang meditasi. Saya cuma
ingin membuat perbezaan trance sahaja. Manakala trance
teknik atau kaedah CIPT RA sangat berbeza. K ita boleh
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 14
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
ciptakan situasi trance ini. T ak payah tunggu lama‐lama
Cuma 3 saat saja InsyaAllah kita dapat rasa trance CIPT RA.
Sebenarnya banyak kaedah untuk mendapatkan K M. Ada yg
senang dan ada yang susah, tak kurang juga ada yg
memerlukan kesabaran latihan. Pendek kata ada bermacam
cara. K aedah yang saya ajarkan mungkin sesetengahnya
sama dan sesetengahnya pula agak berlainan dengan teknik‐
teknik yang sedia ada.
K embali kepada topic yang asal. Macamnana kita dapat tahu
atau mengalami WPT . Malam ni anda cuba perhatiakn
sebelum anda terlelap. Apa yang berlaku? Mesti ada.. kalau
tidak perhatikan mungkin kita tidak perasan. K ita terus
terlelap jer.. Siapa yang boleh bagitahu saya apa rasa atau
situasi sebelum terlelap saya berikan satu ebook peringakt
asas percuma…
Antar a WPT T idur dan Mimpi.
K ali ini saya akan sambung berkenaan dengan WPT . Apa itu
WPT ? Bagaimana kita tahu WPT ? Dan bukti adanya WPT .
Sebelum seseorang hampir lelap kita dapati ada satu ruang
WPT . WPT terjadi apabila kita dah bersedia untuk
tidur(maksud saya kita dah tidak mengelamun atau berfikir
tentang apa‐apa lagi. Sekira‐kiranya minda dan badan kita
dah bersedia untuk tidur. Diwaktu inilah WPT mula terjadi.
WPT terjadi mengambil masa antara 1 hingga 5 minit. T etapi
biasanya jarang berlaku sehingga 5 minit, paling kuat pun
sekitar 1‐3 minit saja. L epas tu kita dah mula lelap atau tidur
ringan. Fenomina tidur ringan mengambil alih daripada
mode WPT . Apabila fenomina tidur ringan mula mengambil
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 15
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
alih otak kita berada dalam wave atau gelombang SWS
(Slow‐Wave‐Sleep). GPT (Gelombang Permulaan T idur) SWS
atau GPT wave mempunyai stage gelombang yang masing‐
masing dikenali sebagai NREM1, NREM2, NREM3, NREM4
semua gelombang ini sukar bagi kita untuk mengingat
mimpi.
Secara ringkasnya tidur mempunyai 5 stage ,1 stage REM
dan 4 Stage NREM. Mimpi biasanya berlaku pada stage REM.
(kadang‐kadang mimpi juga boleh berlaku pada stage
NREM). Dan kebanyakan K M berlaku pada stage REM.
Satu pusingan tidur mengambil masa lebih‐kurang 90 minit.
Makusdnya setiap 90 minit lengkaplah satu pusingan tidur
dan didalam satu pusingan inilah terjadinya gelombang yang
lima tadi iaitu NREM1, NREM2,NREM3,NREM4 dan REM.
Bila kita berada dalam stage REM maka kita berada dalam
wilayah mimpi. Mimpi yang boleh diingati.
Setiap malam kita bermimpi antara satu jam ke 2 setengah
jam lamanya. Setiap mimpi pula biasanya mengambil masa
lebih kurang 10 ke 45 minit panjang setiap episode. K adang‐
kadang pendek dan kadang‐kadang panjang. Mimpi yang
pendek biasanya mimpi awal, makin lama kita tidur makin
panjang mimpi kita tadi. T etapi mimpi tetap berada dalam
paksi pusingan period tidur.
Ada lagi keterangan berkenaan dengan pusingan tidur dan
terjadinya mimpi biasa dan K M.
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 16
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
K elebihan berada diwilayah WPT
Berada diwilayah WPT hanya seketika saja. Paling lama pun
sekitar kurang dari 10 minit. Selepas itu pasti kita akan
hanyut kealam mimpi atau terlelap tanpa bermimpi.
Biasanya kita hanyut kealam mimpi setelah episod kedua
atau ketiga kita tidur.
Cubalah pertahnkan stage WPT sebab banyak faedahnya.
Diantara faedah berada di WPT anda mampu mencipta
sebarang gambaran. Gambaran yang anda ciptakan tadi akan
kelihatan jelas. Jadi disini selain kita dapat melihat
mendengar dengan spontan. K ita juga dapat ciptakan objek‐
objek yang kita ingin buat. Sebagai contoh anda boleh
ciptakan gambaran rakan anda atau sesiapa saja.
Ciptakan objek yang berwarna warni. Contohnya, jika kita
ingin melihat sebiji bola berwarna merah. Anda dapati bola
yang anda lihat tadi benar‐benar warna merah. Dan cubalah
objek‐objek yang lain pula. Akan dating insyaAllah saya akan
ceritakan bagaimana cara hendak pertahankan gambaran
atau objek supaya tidak mudah lenyap...
Pertahank an Gambaran Semasa WPT
Jika anda sudah dapat melihat atau memerhati gambaran
atau bayangan juga bunyian di wilayah WPT tahniah!
L akukan lebih dari itu. Anda akan melihat lintasan atau
tayangan lengkap atau sekadar sebuah gambar didaerah
WPT , cuba pula pertahankan apa‐apa yang kita lihat tadi.
K alau tak kena caranya, alamat melepaslah kita pada
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 17
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
peluang ini. Untuk mengekalkan gambaran dikala WPT anda
hendaklah jangan terlalu memerhati pada gambar atau
bunyi itu. Anda hendaklah melatih melihat atau memerhati
secara tidak langsung. Jika anda berjaya lakukan anda dapati
gambaran atau tayangan sangat terang dan jelas.
T ak payahlah anda tergesa‐gesa hendak mengusainya. Buat
berterusan anda akan mendapat hasilnya kelak. Ingat setiap
orang dapat lakukannya. InsyaAllah.
Mengusai teknik ini bukannya syarat untuk anda belajar
mengawal mimpi, tetapi ianya adalah tambahan kepada
teknik‐teknik kearah mengawal mimpi. Sebenarnya jika
anda mampu mengusai teknik WPT anda bertuah sebab
anda mempunyai banyak pilihan untuk menuju kearah
mengawal mimpi anda. Dalam kursus online saya ada bagi
teknik mengawal mimpi kaedah melalui wilayah WPT ini.
WPT yang menenangkan.
Jika anda rajin memerhati atau berlatih, sudah tentu anda
dapat berada diwilayah WPT agak lama. Bila saja anda
mampu bertahan disini, banyaklah faedah‐faedahnya nanti.
Mungkin faedah lain kita tak nak ambil pusing(peduli).
Setidak‐tidaknya anda boleh mengambil manfaat daripada.
WPT ini untuk menenangkan fikiran anda sebelum tidur.
Bertahanlah didaerah WPT ini, dan anda ciptakan suasana
yang menenangkan, seperti ciptakan seolah‐olah anda
berada disebuah pulau yang indah, kecil dan dikelilingi oleh
lautan biru yang indah.
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 18
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Pohon‐pohon kelapa yang menghijau. Dan melihat deretan
pasir yang menguning. Rasakan kesejukan angin pantai yang
bertiup tenang lagi lembut. L ihatlah dengan mata batin anda
dikala WPT itu, anda tidak akan kecewa.
Percayalah pada saya, anda benar‐benar melihat apa pun
yang anda ciptakan. Enjoylah disana. Pastinya nanti anda
akan tertidur dengan penuh ketenangan dan dibuai mimpi‐
mimpi yang sangat indah. Tapi ingat disini(diwilayah WPT)
ada beberapa kaedah untuk shortcut terus ke K M (Mengawal
mimpi). Itu cuma keadaan dimana anda berjaya mengawal
wilayah WPT.
Bayangkan... jika anda dapat mengawal mimpi anda... ok
akan datang saya akan terangkan satu persatu fenomina
atau situasi kita dan gelombang otak kita bermula daripada
WPT hingga tidur yang lena. (Deep sleep) Sampai jumpa
lagi... salam dalam mimpi
Designer Boleh Manfaatk an WPT .
Setiap kali kita berada dalam WPT .. anda akan dapati
pelbagai Design atau corak yang sangat menarik.. Dan kita
boleh ciptakan corak‐corak kita sendiri.
Atau amati saja corak‐corak yang timbul ketika berada di
wilayah WPT itu. K ilauan warna‐warna yang tak pernah ada
dialam nyata. Dan pelbagai corak‐corak menarik yang
menghiasi ruang mata.
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 19
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Cuba manfaatkan waktu ini untuk membuat corak atau
menciptakan kelainan dalam seni lukisan abstrak. Cubala..
kalau tak cuba manakan anda tahu hasilnya...
Peringkat NREM
(NREM 1) Adalah dimana satu situasi permulaan peralihan
diantara rasa ingin tidur atau (mengantuk ringan) kepada
tidur. Juga dikenali hypnagogic(WPT ) yang banyak saya
sentuh berkenaan fenomina ini: Berlakunya bunyian,
gambaran dan tayangan.. WPT berlaku beberapa minit
sebelum kestage 2.
(NREM 2) Bilamana anda sedang berada distage ini. T ubuh
badan anda beransur‐ansur shutdown (matirasa). Peralihan
daripada kesedaran ringan kepada tidak sedar. Peralihan
yang beransur‐ansur. Gelombang otak anda mula membesar.
(lebih bertenaga/ energy).
(NREM 3) Stage ini biasanya berlaku setelah anda tidur
selama 30 – 45 minit. Iaitu tidur permulaan anda. K ini otak
kita lebih berenergy. Dan otak berada di peringkat
gelombang
Delta yang perlahan.
(NREM 4) Stage ini dipanggil “T idur yang dalam” atau “tidur
diperingkat Delta”. K adang‐kadang mengigau berlaku ketika
ini. Sebab itulah orang yang mengigau, selalunya tidak
diawal tidur. T etapi setelah tidur yang agak lama. Aktiviti
otak pun mula berkurang.
Ada lagi sambungannya. Saya akan sambung pada tulisan
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 20
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
yang akan datang. Ambil perhatian..T ak semestinya anda
perlu faham makanikal tidur untuk belajar K M. Ini cuma
pengetahuan tambahan sahaja..
Jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk mengetahui
berita K URSUS T ERK INI.
Wpt Yang Sangat Real .
Saya ingin bercerita lagi berkenaan daerah WPT . Sebaik
sahaja anda dapat berada didaerah WPT , anda dapat lakukan
apa saja. Jika anda mencipta suasana berada ditaman bunga,
anda bebas memilih mana‐mana bunga yang anda ingin
petik dan ciumlah baunya.
Jika anda memilih berada didalam hutan dan dipingir air
terjun, rasakan percikan air terjun yang dibawa angin
kearah anda. Anda boleh terjun kedalam air atau mencelup
kaki anda digigi air, dan rasakan kesejukan airnya.
Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita lakukan bila kita
berada diwilayah WPT ini. Berlatih dan anda akan dapat
tahu bagaimana rasanya berada di wilayah WPT ini.
Anda Sukar T idur.
Ramai diantara kita mengalami kesukaran untuk tidur.
Sukar tidur banyak puncanya. Salah satunya ialah banyak
berfikir waktu hendak tidur. T ak kiralah apa puncanya, yang
penting sekali bagaimana mengatasinya.
Ya dengan WPT juga kita boleh menyelesaikan masaalah
sukar tidur. Syaratnya kena la tahu tekniknya. T ekniknya
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 21
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
taklah susah sangat cuma berlatih beberapa hari saja kita
boleh mengusainya.
WPT banyak saya masukkan dalam kursus online K M.
Banyak lagi kelebihan WPT . Saya dah huraikan pada
perbincangan yang lepas.
Bagi yang mengikuti kursus online K M tu.. rajin‐rajinlah buat
latihan mudah WPT tu.. insyaAllah banyak lagi faedahnya
kelak..
Susah K e Nak Dapat WPT ?
Ya saya tidur setiap malam, tapi tak nampak apa‐apa pun!
Bila saya pejam mata terus terlelap jer tak ada apa‐apa... Ada
pelajar saya komen begitu...
K alau dah macam tu teruskan saja. K alau dah mengantuk
sangat tidur sajalah. T ahukan anda ? Anda masih lagi ada
peluang untuk mendapat WPT walaupun anda dah tidur...
Caranya: Bila anda tidur dengan nenyak, sudah tentu anda
sudah tidak sedar apa2 pun berlaku. T api ingat, bila sampai
satu pusingan period tidur kita akan tersedar.. Nah bila anda
tersedar setelah satu pusingan tidur, cuba buka mata dan
pertahankan seketika...
L alu cuba perhatikan sebelum anda terus belayar lagi. Anda
pasti melalui WPT dan itulah WPT ..
Biasanya orang tidak akan bertahan lama ketika ini.. kurang
daripada 3 minit terus zzzzzzz balik... selamat bermimpi!
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 22
ILMU KAWAL MIMPI – 017 9488 244 2005 ‐ 2016
Jangan lupa untuk kursus online Cuma RM100 sahaja.
Dibimbing sehingga Berjaya, insyaAllah. Boleh kunjungi blog
saya atau sms/ whatsapp: 011‐2569‐9597.
Ebook / buku:
RM10 – Asas.
RM25 – Peringkat/ tahap 1
RM35 – Peringkat/ tahap 2
RM45 – Peringkat/ tahap 3
RM60 – Peringkat/ tahap Advance
http:/ / kawalmimpi.blogspot.com
Yang Benar
(Muhammad Rosdi Awang)
Founder of Dreaming Phenominal
Hakcipta Terpelihara 2005 ‐ 2015
Hak cipta terpelihara 2005 – 2016 (kawal mimpi)Page 23