Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE - 26 MEI 2024 (AHAD) HOTEL SERI MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN2023
MATLAMAT Meningkatkan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi VISI Menjadi koperasi terunggul di Malaysia MISI Menyediakan perkhidmatan kredit dan kebajikan terbaik kepada anggota koperasi FALSAFAH SATU untuk SEMUA,SEMUA untuk SATU PRINSIP KOPERASI Keanggotaan sukarela dan terbuka Kawalan secara demokratik oleh anggota Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Kebebasan dan autonomi Pendidikan, latihan dan maklumat Bekerjasama diantara koperasi-koperasi Prihatin terhadap masyarakat MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Adalahdiberitahukepada semua anggotaperwakilanbahawa Mesyuarat Agung PerwakilanTahunanKali Ke – 88 akan berlangsungpada26 Mei 2024, Ahad jam 8.00 pagi. (HAMRAM BIN NOR) SetiausahaKehormat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. Aturcara Perasmian & Agenda Mesyuarat 1 2. Perutusan Ketua Menteri Melaka 2 3. Kata Aluan Penasihat 3 4. Kata Aluan Pengerusi 4 5. Maklumat Korporat 5 6. Maklumat Kewangan 6 7. Anggota Lembaga 7 8. Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pegawai Koperasi 8 9. Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) kali ke-87 9 10.Aktiviti Koperasi 2023 10 11.Aset dan Perniagaan KPKNMB 14 12.Etika Mesyuarat Agung 16 13.Teks Ucapan Pengerusi 2023 19 14.Catatan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-87 23 15.Laporan Tahunan 2023 32 16.Senarai Anggota Perwakilan 61 17.Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman 64 18.Laporan dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 66 19.Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan 2024 107 20.Anggaran Perbelanjaan 2025 (Sehingga 30hb Jun 2025) 108 21.Pindaan UUK Lembaga & UUK 109 22.Rakaman Penghargaan dan Terima Kasih 110 23.Borang Usul 111 Lampiran A - Exco Pengurusan & Pentadbiran 38 B - Exco Jawatankuasa Kerja 40 C - Exco Tabung Kebajikan/Keanggotaan/Jualbeli Syer & Pembiayaan Tidak Berbayar 47 D - Exco Sosial/Penerangan/Dermasiswa & Promosi Keanggotaan 56 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
8.00 pagi Pendaftaran Perwakilan Sehingga 10.00 pagi Sarapan Pagi 8.15 – 10.00 pagi 9.00 pagi Ketibaan Para Jemputan 9.30 pagi Ketibaan Ybhg Tuan Mustafa Kamal bin Mohd Nor Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka 9.35 pagi Bacaan Doa oleh Tuan Haji Jaffri bin Bahari 9.45 pagi Ucapan Aluan oleh Pengerusi Koperasi Puan Hjh Marsitah binti Othman, Pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad 10.00 pagi Ucapan Perasmian oleh Tuan Mustafa Kamal bin Mohd Nor Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka 10.20 pagi Penyampaian Cenderahati 10.30 pagi Minum Ringan 10.45 pagi Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke - 88 Bermula 1.00 petang Majlis Bersurai AGENDA MESYUARAT 1. Melantik Pengerusi Mesyuarat dan Pencatat Minit. 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ke-87. 3. Menimbangkan laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 4. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi untuk tahun berakhir 31.12.2023. 5. Memilih Anggota Lembaga. 6. Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan bagi tahun 2024 dan perbelanjaan setakat 30hb Jun 2025. 7. Meluluskan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman. 8. Meluluskan perbelanjaan melebihi 5% dari bajet tahun 2023. 9. Memilih firma Juruaudit untuk mengaudit akaun-akaun koperasi untuk tahun 2024. 10.Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan koperasi. 11.Menetapkan had maksimum pinjaman luar. 12.Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang perwakilan dan empat orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan minit mesyuarat agung. 13.Membentangkan Usul-Usul. 14.Penangguhan mesyuarat. 1 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
YAB KETUA MENTERI MELAKA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat, Salam Malaysia MADANI dan Salam Satu Koperasi. Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka atas komitmen menerbitkan buku Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka kali ke 88 pada tahun ini. Syabas juga diucapkan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka kerana merekodkan kedudukan tempat ke 88 daripada 100 buah ‘Koperasi Terbaik’ di Malaysia pada Tahun 2023 sehingga dinobatkan sebagai koperasi vang terbaik di negeri Melaka kerana telah membawa nama Melaka ke peringkat nasional. Saya percaya, pencapaian ini melambangkan kesepakatan yang kukuh antara ahli anggota koperasi kerana sentiasa komited membangunkan koperasi ini. Saya juga merakamkan sekalung tahniah kepada koperasi ini atas usaha, gigih memajukan perniagaan Ar-Rahnu menerusi cawangan koperasi, pertamanya di Bandar Masjid Tanah sehingga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Saya berharap koperasi ini dapat meningkatkan rangkaian perniagaan bagi memastikan kebajikan anggotanya terpelihara. Mewakili Kerajaan Negeri Melaka, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada koperasi kerana tahun 2023 telah berjaya mencapai kejayaan dengan keuntungan bersih sebanyak RM1,023,854.00. Akhir kata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang terdiri daripada anggota kakitangan kerajaan di dalam dan luar Melaka. Semoga koperasi ini akan terus maju dan mencipta kejayaan pada masa hadapan. Sekian. Terima kasih. "MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA" "BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT“ DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH Ketua Menteri Melaka 2 KATA ALUAN MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
PENASIHAT KOPERASI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan terima kasih, segala puji bagi Allah dengan izin Nya dapat saya memberikan kata-kata aluan di buku Mesyuarat Agung Perwakilan ke 88 untuk tahun 2024. Prestasi koperasi yang konsisten dan berjaya memperolehi keuntungan bersih tahun semasa RM1,023,854.00 pada tahun 2023 dan masih mampu membayar dividen kepada anggotanya. Tahniah dan syabas kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi kerana berjaya menambah keuntungan dari tahun lepas selepas mengharungi keadaan tidak menentu semasa Covid 19. Saya melihat koperasi ini telah berjaya mendepani gelombang wabak Covid 19 dan berjaya mencipta aktiviti perniagaan seperti Ar Rahnu yang telah menjana pendapatan kepada koperasi. Aktiviti Perniagaan Dobi Layan Diri yang baru beroperasi telah mula memberikan sebagai sumber pendapatan tambahan koperasi dimana perniagaan ini adalah satu keperluan di semua taman perumahan di negeri ini. Saya yakin dengan usaha berterusan Anggota Lembaga Koperasi untuk menjana pendapatan dan keuntungan koperasi serta anggotanya.Kerjasama yang rapat dan jitu antara koperasi dengan agensi kerajaan seperti SKM, ANGKASA dan lain-lain entiti yang berkaitan dapat diteruskan supaya semua urusan berkaitan koperasi dapat diurus dengan cekap dan sempurna. Diharap para perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke 88 ini dapat memberikan idea yang bernas dan berkualiti kepada koperasi supaya dapat memberi nilai tambah kearah koperasi korporat selaras dengan keperluan kerajaan pada hari ini. Segala aktiviti kebajikan dan sosial akan di teruskan secara konsisten oleh pihak koperasi dari masa ke semasa kerana ianya dapat mengukuhkan hubungan antara koperasi dan anggota. Program yang bermanafaat perlu diteruskan untuk anggota. Mudah-mudahan segala usaha murni ini mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Selamat Bermesyuarat dan Selamat Maju Jaya. “MELAKAKU MAJU JAYA” “RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA HANG TUAH, BERANI LAKSANA HANG JEBAT’’ Wassalam, DATUK WIRA HJ OTHMAN BIN MUHAMAD Penasihat, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad 3 KATA ALUAN MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
PENGERUSI Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera Alhamdullillah saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyampaikan prakata bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad kali ke 88. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Anggota Lembaga Koperasi dan juga kakitangan serta semua anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad atas kegigihan dan kesungguhan dalam memastikan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad ini terus berkembang dengan cemerlang untuk mencapai matlamat menjadi sebuah koperasi bertaraf Korporat. Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad dinobatkan dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia. Pada Tahun 2019 berada di kedudukan nombor 62 dan meningkat naik kepada nombor 43 pada tahun 2020. Walaubagaimanapun nama koperasi ini terkeluar daripada senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2021 dan 2022 disebabkan pendemik Covid 19. Pada tahun 2023 Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad berada di tempat ke 88 daripada 15,000 buah koperasi di Malaysia. Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad adalah satu-satunya Koperasi dalam negeri Melaka yang berada dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Di Malaysia. Alhamdulilah. Produk utama koperasi adalah pembiayaan kredit. Bagi mempelbagaikan sumber pendapatan koperasi telah menjalankan Perniagaan Ar Rahnu pertama di Bandar Baru Masjid Tanah pada tahun 2021. Pendapatan Ar Rahnu ini amat memberangsangkan, maka cawangan perniagaan Ar Rahnu yang kedua akan dibuka di Taman Paya Rumput Utama di Cheng bersebelahan dengan Pasaraya LOTUS. Perniagaan dobi layan diri adalah salah satu sumber pendapatan baru koperasi. Perniagaan ini telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2023. Saya berharap Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi pada tahun ini berjalan dengan lancar dan membawa kejayaan kepada seluruh warga koperasi. Sekian, terima kasih. “SELAMAT BERSIDANG” “SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU” HAJAH MARSITAH BINTI OTHMAN Pengerusi, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad 4 KATA ALUAN MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
5 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD Alamat : 13A -14A, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka, Peti Surat 194, 75740 Melaka. Telefon : 06-2848455 / 2848354 Faks : 06-282 3401 E-mail : [email protected] Website : www.kpknmb.com Penasihat : Y.B. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, DGSM, DMSM, DSM, BCM, BKT, PJK ANGGOTA LEMBAGA 2023 / 2024 Pengerusi : Puan Hajah Marsitah binti Othman, PJK Setiausaha Kehormat : Encik Hamram bin Nor, PJK Bendahari Kehormat : Encik Norhisham bin Hasim, PJK, PBM Anggota Lembaga : Tuan Haji Rasol bin Mohamed Saad, PJK Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad, PJK Tuan Haji Jaffri bin Bahari Tuan Haji Abdul Lazim bin Abdullah Encik Yusoff bin Mohamed, PJK Encik Md Yassin bin Ja’afar, PBM Encik Azrul Husaine bin Ismail Encik Abu Bakar bin Abu Samah, PJK Puan Rohaya binti Abdollah Juruaudit Berkanun : ATAREK KAMIL IBRAHIM & CO. Chartered Accountants (M) No. 50-1, Jalan TU40, Taman Tasik Utama 75450 Ayer Keroh, Melaka. Bank Urusniaga : MALAYAN BANKING BERHAD Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka. BANK RAKYAT CAWANGAN MELAKA Jalan Hang Tuah, 75760, Melaka. KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD 27, Jalan Komersil, Kota Fesyen MITC, 75450, Ayer Keroh, Melaka Syarikat Insurans : TAKAFUL IKHLAS GENERAL BERHAD Corporate Head Office, IKHLAS Point Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,59200 Kuala Lumpur MAKLUMAT KORPORAT MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
KETERANGAN / TAHUN 2018 2019 2020 2021 2022 2023 JUMLAH ANGGOTA 3,622 3,441 3,299 3,193 2,905 2824 DIVIDEN ATAS MODAL SYER (%) 6.0 5.0 4.0 5.0 4.0 5.0 DIVIDEN ATAS MODAL YURAN (%) 4.5 4.0 3.0 2.0 4.0 3.0 PENYATA KEWANGAN RM '000 RM '000 RM '000 RM '000 RM '000 RM '000 PENDAPATAN KASAR 3,747 2,504 2,503 2,477 2,595 2,750 UNTUNG BERSIH SEBELUM CUKAI 2,269 789 907 883 958 1,024 JUMLAH ASET 38,824 37,967 35,536 35,617 37,578 34,581 JUMLAH WANG ANGGOTA 47,641 45,987 46,186 46,161 44,648 43,293 MODAL SYER 6,203 5,903 5,619 5,329 4,919 4,853 MODAL YURAN 23,801 23,201 23,217 23,206 22,429 21,314 NISBAH KEWANGAN % % % % % % PULANGAN ATAS ASET (%) 6 2 3 2 3 3 PULANGAN ATAS DANA ANGGOTA (%) 5 2 2 2 2 2 6 32000 33000 34000 35000 36000 37000 38000 39000 2018 2019 2020 2021 2022 2023 38824 37967 35536 35617 37578 34581 JUMLAH ASET, RM'000 TAHUN ASET 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2,269 789 907 883 958 1,024 JUMLAH ASET, RM'000 TAHUN KEUNTUNGAN BERSIH 0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 2018 2019 2020 2021 2022 2023 3622 3441 3299 3193 2905 2824 JUMLAH ANGGOTA TAHUN KEANGGOTAAN 0 2 4 6 8 10 12 2018 2019 2020 2021 2022 2023 6 5 4 5 4 5 4.5 4 3 2 4 3 DIVIDEN % TAHUN DIVIDEN MAKLUMAT KEWANGAN MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Maklumat Kewangan 1. Puan Hajah Marsitah binti Othman, PJK (Pengerusi Koperasi) 2. Hamram bin Nor, PJK (Setiausaha Kehormat) 3. Tuan Haji Jaffri bin Bahari 4. Encik Abu Bakar bin Abu Samah, PJK 5. Encik Yusoff bin Mohamad, PJK 6. Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad, PJK 7. Puan Rohaya binti Abdollah 8. Encik Md. Yassin bin Ja’afar, PBM 9. Encik Azrul Husaine bin Ismail 10.Tuan Haji Rasol bin Mohamed Saad, PJK 11.Tuan Haji Abd Lazim bin Abdullah 12.Encik Norhisham bin Hasim, PJK , PBM (Bendahari Kehormat) 7 2 1 3 5 4 6 7 8 9 10 11 12 ANGGOTA LEMBAGA MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
PERNIAGAAN AR-RAHNU PEGAWAI KOPERASI Dari Kiri : Puan Nurul Amirah binti Hasim, Puan Faizah binti Saleh, Puan Mazellah binti Jonet, Encik Mohd Rashid bin Sugi, Puan Rashidah binti Abdullah, Encik Azhar bin Abu Bakar, Puan Kamsinah binti Mohd Zaid, Puan Norshafizura binti Hj. Muhamad, Puan Dzuraini binti Daud, Puan Siti Suhana binti Ahmad Duri 8 Dari Kiri : Puan Nor Aishah binti Saman, Cik Nurul Hidayah binti Misral, Puan Ungku Siti Nurain binti Ungku Mohd Feza JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 2023-2024 Dari Kiri : Puan Samsiah binti Alias, Tuan Haji Roslan bin Alias@Mokhtar, Encik Baharudin bin Jusoh JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN & PEGAWAI KOPERASI MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
14 MEI 2023 (AHAD) HOTEL TUN FATIMAH RIVERSIDE 9 MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) KALI KE - 87 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke-87 Secara Fizikal Majlis Makan Malam Solidariti & Perasmian Laman Sesawang Pembukaan Dobi KPKNMB Taman Tambak Paya Harmoni Majlis Penyampaian Dermasiswa Tahun 2023 Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-87 Tahun 2023 10 AKTIVITI KOPERASI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Mesyuarat khas ALK & Taklimat Website KPKNMB Majlis Jasamu Dikenang Mr Patrick Santiago Mesyuarat ALK Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad Aktiviti promosi keanggotaan koperasi di lobi utama bangunan Menara Persekutuan MITC 11 AKTIVITI KOPERASI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor anjuran KPKNMB 12 Aktiviti gotong royong pembersihan di Dewan Mahat Alang KPKNMB Kunjungan daripada Hong Kong St Vincent Credit Union AKTIVITI KOPERASI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Sumbangan tabung kebajikan di Dewan Mahat Alang KPKNMB 13 Lawatan sambil belajar ke TLDM dan Pulau Pangkor Bengkel MPK dan Fail Meja Kakitangan Koperasi AKTIVITI KOPERASI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Ar-Rahnu MasjidTanah Kedai Dobi Taman Tambak Paya Harmoni Salun Gangsa Avenue Pejabat Koperasi Plaza Seri Kubu Car Wash Sg. Petai Bahagia, Alor Gajah Restoran Kompleks Al-Azim 14 Poliklinik Perdana Taman Tasik Utama ASET & PERNIAGAAN KPKNMB Restoran Hawau Kitchen Gangsa Avenue MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
MITC Industrial Park 15 Kedai Perabot Taman Wangi Malim Restoran Gangsa Avenue ASET & PERNIAGAAN KPKNMB MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
16 1. Perhimpunan Anggota-anggota hendaklah berhimpun disuatu tempat pada masa dan tarikh yang ditetapkan dalam Notis Mesyuarat. 2. Bahasa Rasmi Bahasa Rasmi bagi acara mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. 3. Pengerusi Mesyuarat Pengerusi acara mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-undang. 4. Perkara-Perkara Mesyuarat Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dPinyatakan dalam Notis Mesyuarat. Semua perkara yang tercatat dalam Agenda Mesyuarat hendaklah diutamakan lebih daripada perkara-perkara yang lain. 5. Korum Korum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-undang Kecil. 6. Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan dan dibaca untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat dan ditandatangani oleh Pengerusi, ahliahli boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan. 7. Setiausaha Mesyuarat Mesyuarat Agung boleh melantik seorang Setiausaha untuk mencatat perjalanan mesyuarat dan hendaklah menyerahkan Minit Mesyuarat itu kepada Setiausaha Koperasi ini dalam tempoh dua minggu dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan. 8. Hak-Hak Ahli Anggota-anggota yang sah dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam Agenda Mesyuarat. 9. Laporan Tahunan 9.1 Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah Minit Mesyuarat Agung lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah di bawah syor “telah diterima dan diluluskan". 9.2 Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan dari lain-lain perkara. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap manamana bilangan dalam laporan tersebut dan ia hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi. Syor seperti ini hendaklah mengenai perkara yang tidak boleh diterima atau sebarang ketinggalan yang mendukacitakan. 10. Tertib Bercakap 10.1 Anggota yang bercakap hendaklah berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi.Apa bila lebih dari seorang bangun untuk bercakap, anggota terdahulu bangun diberi keutamaan. Walaubagaimanapun, keputusan terletak pada Pengerusi 10.2 Anggota tidak boleh bercakap lebih dari sekali di atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Tetapi sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, seseorang anggota sungguhpun telah bercakap boleh dibenarkan bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu. 10.3 Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota yang sedang bercakap kecuali:- a) jika hendak mengeluarkan sebarang teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan untuk memutuskannya atau b) jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh anggota yang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan anggota yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi. 10.4 Jika seseorang anggota mengganggu anggota lain sedang bercakap semasa mesyuarat berjalan atau menggunakan Bahasa kasar atau biadap dan engkar mematuhi arahan Pengerusi apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi. 10.5 Jika Pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan lain-lain anggota tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi memberi kebenaran untuk malanjutkan perbincangan. ETIKA MESYUARAT AGUNG MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
11. Had Masa Bercakap Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusí. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua minit. 12. Isi-isi Ucapan 12.1 Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan, tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu. 12.2 Perkara-perkara yang dalam timbangan mahkamah tidak boleh disebut. 12.3 Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh ditimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. 12.4 Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa biadap dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap anggota lain. 12.5 Nama,kelakuan dan sifat Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung atau nama DYMM RajaRaja Melayu atau TuanYang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat. 12.6 Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan:- a) perkataan-perkataan derhaka pada negeri; b) perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan,dan c) perkataan-perkataan yang menaikan perasaan sakit hati dan permusuhan diantara kaum di Malaysia. 12.7 Jika pada timbangan Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan itu tidak dibahaskan lagi. 13. Menutup Ucapan/Perbahasan Setelah sesuatu masalah dikemukakan kepada mesyuarat, seorang anggota bolah mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada fikiran Pengerusi usul itu tidak akan membawa kepada salah dari segi mana-mana peraturan, maka masalah itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincang (bahas) walaupun pembawa usul asal atau pindaan tidak berpeluang menjawab. 14. Usul(motion) 14.1 Sebarang cadangan pertama didalam satu perkara itu dikenali sebagai “Usul Asal” dan semua cadangan mengenai perkara yangb sama dikenali sebagai “pindaan”. 14.2 Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis. 14.3 Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam Agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Koperasi sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Āgung diadakan. 14.4 Seorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isi-isi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada setiausaha sebelum tarikh Mesyuarat Agung. Tetapi disyaratkan pindaan itu pada timbangan Pengerusi tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu. 14.5 Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya telah dimasukkan dalam Āgenda, apabila sampai masanya, Pengerusi mengisytiharkan dalam Mesyuarat Agung bahawa usul tersebut itu telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi. 15. Cadangan Dan Sokongan 15.1 Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya. 15.2 Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih dari sekali pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut. 16. Pindaan Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada peraturan 18 Etika ini. 17 ETIKA MESYUARAT AGUNG MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
17. Hak Menjawab 17.1 Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat ia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota - anggota yang hadir. 17.2 Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada pembawa pindaan. 18. Usul Tergempar (Emergency) Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam Agenda tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat. Tiap-tiap anggota yang berhajat untuk membawa perkara-perkara yang tidak bertulis dalam agenda hendaklah mempunyai hak untuk mengemukakannya sebagai 'Perkara- perkara Mustahak', usul demikian hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pembawa untuk diserahkan kepada Pengerusi dan dibaca kepada majlis mesyuarat. Pengerusi akan menangguhkan mesyuarat dalam masa tidak lebih dari lima minit. Apabila mesyuarat disambung semula, Pengerusi hendaklah membacakan usul tersebut dan meletakkan perkara itu kepada mesyuarat bagi memutuskan samada atau tidak ia boleh diterima untuk dibahaskan. Pencadang usul hanya boleh bercakap setelah mesyuarat bersetuju menerima dengan kelebihan undi (2/3) dua pertiga. 19. Pengundian 19.1 Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkara-perkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi muktamad. 19.2 Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya sendiri. 19.3 Cara mengundi hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-undang Kecil. 20. Adab Anggota Tidak Bercakap Masa Mesyuarat sedang berjalan:- i) Anggota hendaklah masuk ke Dewan atau keluar daripada Dewan atau membawa diri dalam Dewan dengan tertib adab; ii) Seseorang anggota tidak boleh melintas ruangan tengah Dewan tanpa apa-apa urusan; iii) Anggota-anggota tidak boleh membaca surat-surat khabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lain kecuali literature yang ada kena-mengena dengan perkara yang dibahaskan; iv) Masa seseorang anggota bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak mengganggu; 21. Kuasa Pengerusi Mesyuarat Dan Tertib Dalam Mesyuarat 21.1 Bila anggota-anggota ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu. 21.2 Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya Etika Mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula. 21.3 Pengerusi,setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebutkan perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat boleh memerintahkan ia berhenti bercakap. 21.4 Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana anggota yang berkelakuan tidak senonoh (biadab) keluar dengan serta merta daripada mesyuarat. 21.5 Anggota yang diperintahkan keluar menurut 21.4 dengan serta merta hendaklah keluar dari Dewan dan tidak dibenarkan masuk hingga habis mesyuarat. 21.6 Sesuatu perkara yang berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. adalah memadai dengan keputusan Pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive), maka keputusan hendaklah dibuat cara pengundian 21.7 Jika Mesyuarat Agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan Pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang yang lain sehingga keputusan telah dibuat.Dalam hal ini prinsip 'natural justice' hendaklah dipakai. 21.8 Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangka dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya. 22. Penggantungan Mana-mana Peruntukan Etika Mesyuarat Agung Mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung ini boleh diketepikan atas cadangan mana-mana anggota berhubung dengan mana-mana perkara perkara khas mengenai kelicinan mesyuarat. Dengan syarat cadangan itu hendaklah disokong oleh dua pertiga anggota-anggota yang hadir. 23. Kuasa Pembatalan Lembaga dari masa ke semasa boleh mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Agung bagi membatalkan atau meminda mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung ini. 18 ETIKA MESYUARAT AGUNG MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
TEKS UCAPAN HJH MARSITAH BINTI OTHMAN PENGERUSI KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KE 86 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD TARIKH: 26 JUN 2023 (AHAD), MASA: 10.00 PAGI BISMILLAHIR RAHMANIR RAHEEM RABBISH RAHLI SADRI. WA YASSIRLI AMRI. WAH LUL UQDATAN MIN LISAANI. YAF KAHU KAULI ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA, DAN SALAM MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA. BIJAK LAKSANA HANG TUAH, BERANI LAKSANA HANG JEBAT, SATU UNTUK SEMUA SEMUA UNTUK SATU. TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA PENGACARA MAJLIS, YANG DIHORMATI ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI, PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA; TUAN HAJI ABD RAHIM BIN MD.TAWIL, PENGERUSI ANGKASA, NEGERI MELAKA ENCIK HAMRAM BIN NOR, SETIAUSAHA KEHORMAT KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD YANG BERUSAHA EN NORHISHAM BIN HASIM, BENDAHARI KEHORMAT KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD BARISAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI, BARISAN JURUAUDIT DALAMAN, JURUAUDIT BERTAULIAH KOPERASI, ATARIK KAMIL PARA PERWAKILAN YANG DIKASIHI, PENGURUS DAN KAKITANGAN KOPERASI, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN, 19 TEKS UCAPAN PENGERUSI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
1. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA BERKAT LIMPAH KURNIANYA KITA TELAH DAPAT BERSAMA DALAM PROGRAM PADA HARI INI. 2. SAYA BERBESAR HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI, PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA; DAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DAN BERSAMA DI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD PADA PAGI INI. SIMPULAN UKHWAH SESAMA RAKAN INDAH IKATAN TIDAK KELAHI SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN SEMOGA DIIRINGI RESTU ILAHI 3. SESUNGGUHNYA KEHADIRAN ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI PADAPAGI INI MEMBAWA MAKNA YANG CUKUP BESAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD KALI KE 87. INI JUGA JELAS MEMBUKTIKAN KEPERIHATINAN DAN SOKONGAN PENGARAH KOPERASI TERHADAP WARGA KOPERASI. 4. DI SINI INGIN SAYA MENARIK PERHATIAN PARA HADIRAN SEKALIAN, KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD TELAH DIWUJUDKAN PADA 27 JANUARI 1926. BERMAKNA PENUBUHAN KOPERASI INI TELAH BERTAPAK SELAMA 97 TAHUN DI NEGERI MELAKA. KOPERASI INI MERUPAKAN ANTARA KOPERASI YANG TERTUA DI MALAYSIA. IANYA BERBEZA 4 TAHUN SAHAJA DARIPADA PENUBUHAN GERAKAN KOPERASI MALAYSIA PADA TAHUN 1922. 5. SAYA JUGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA MENTADBIR KOPERASI INI DENGAN MELANTIK SAYA SEBAGAI PENGERUSI KOPERASI MULAI TAHUN 2019 DAN MERUPAKAN PENGERUSI WANITA PERTAMA SEJAK KOPERASI INI DITUBUHKAN PADA TAHUN 1926. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI. 6. SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG SEMUA ANGGOTA PERWAKILAN YANG TELAH DAPAT MELUANGKAN MASA MENGHADIRI MESYURAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE 87. 7. SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI PADA 22 APRIL 2023. 8. AKTIVITI PERNIAGAAN UTAMA KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD ADALAH KREDIT, NAMUN BEGITU KOPERASI MEMERLUKAN DIVERSIFIKASI UNTUK KEKAL RELEVAN SEJAJAR DENGAN PERKEMBANGAN PERNIAGAAN TERKINI. 9. ALHAMDULILLAH, KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA TELAH MENGAMBIL INISIATIF KREATIF DENGAN MEMBUKA PERNIAGAAN AR RAHNU DI MASJID TANAH. IANYA MERUPAKAN KOPERASI PERTAMA DI MELAKA YANG MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN AR RAHNU DAN DISELENGGARA SENDIRI OLEH KOPERASI TANPA FRANCAIS. YAB KETUA MENTERI MELAKA TELAH SUDI MERASMIKAN BANGUNAN TERSEBUT PADA 2 APRIL 2022.. 10. KOPERASI INI JUGA TELAH MENAMBAH SATU LAGI AKTIVITI BARU IAITU PERKHIDMATAN DOBI LAYAN DIRI. PERKHIDMATAN DOBI INI TERLETAK DI LOT 110 TAMAN TAMBAK PAYA HARMONI. SAYA MEGESYORKAN ANGGOTA KOPERASI BOLEH MEMPROMOSIKAN PRODUK BARU KOPERASI IAITU AR RAHNU DAN PERKHIDMATAN DOBI INI KEPADA ORANG AWAM KERANA IANYA BUKAN TERHAD KEPADA ANGGOTA KOPERASI SAHAJA. 11. JIKA PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN KOPERASI BERTAMBAH, MAKA IANYA DIPULANGKAN JUGA KEPADA ANGGOTA KOPERASI MELALUI DIVIDEN DAN JUGA FAEDAH-FAEDAH LAIN. SEBAGAIMANA SLOGAN KOPERASI SATU UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK SATU. 20 TEKS UCAPAN PENGERUSI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
12. BAGI MENINGKATKAN TAHAP PENYAMPAIAN MAKLUMAT KOPERASI SETARAF DENGAN SEKTOR KORPORAT. SATU SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT TELAH DIBANGUNKAN OLEH KOPERASI DENGAN MELANTIK PIHAK CTRM KOOP SEBAGAI VENDOR DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN GERAN BANTUAN DIGITAL E-DAPAT DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BERJUMLAH RM15,000.00. TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI ATAS USAHA MURNI BELIAU HINGGA KOPERASI BERJAYA MENDAPATKAN GERAN PERTAMA SEJAK DITUBUHKAN PADA TAHUN 1926. 13. ALHAMDULILAH LAMAN SESAWANG (WEBSITE) KOPERASI TELAH DIRASMIKAN OLEH ENCIK AMRAN BIN ABD KADIR NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PADA 12 MEI 2023. 14. HARAPAN SAYA SEMOGA LAMAN WEB INI MENJADI MEDIUM UTAMA KOMUNIKASI DIANTARA KOPERASI DAN ANGGOTA. SELAIN ITU, IA JUGA DAPAT MEMUDAHKAN ANGGOTA MENDAPAT MAKLUMAT PERIBADI BERKAITAN SAHAM, YURAN DAN BAKI PINJAMAN HANYA DI HUJUNG JARI SEPERTI SISTEM PERBANKKAN TERKINI. 15. PADA TAHUN 2022 ADALAH TAHUN KECEMERLANGAN BAGI KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD. KOPERASI TELAH MENDAPAT 3 ANUGERAH TERTINGGI PADA HARI KOPERASI NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA YANG TELAH DIADAKAN OLEH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PADA 10 JUN 2022. ANUGERAH TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT; I) TOKOH KOPERASI TERBAIK NEGERI MELAKA TAHUN 2022. ANUGERAH INI TELAH DI NOBATKAN KEPADA PUAN HAJAH MARSITAH BINTI OTHMAN, PENGERUSI KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD.II) KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD MENERIMA ANUGERAH KOPERASI TERBAIK NEGERI MELAKA TAHUN 2022. III) KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD MENERIMA ANUGERAH KOPERASI TERBAIK BIDANG KEBERHASILAN SEKTOR KEWANGAN NEGERI MELAKA TAHUN 2022 16. KESEMUA ANUGERAH YANG DITERIMA INI MENUNJUKKAN KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD TELAH DITADBIR DENGAN BAIK DAN BERINTEGRITI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN. 17. UNTUK MAKLUMAN PARA PERWAKILAN SEKALIAN. BAGI MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KEWANGAN KOPERASI DAN TERSENARAI DALAM 100 INDEKS KOPERASI TERBAIK DI MALAYSIA. KAMI TELAH MENSASARKAN PENDAPATAN TAHUNAN KOPERASI SEBANYAK RM 10 JUTA SETAHUN PADA TAHUN 2030. 18. BAGI MEREALISASIKAN SASARAN TERSEBUT MENJADI KENYATAAN, BEBERAPA AKTIVITI BARU AKAN DILAKSANAKAN PADA SETIAP TAHUN. INSYAALAH PERNIAGAA AR RAHNU YANG KEDUA AKAN DIWUJUDKAN DALAM MASA TERDEKAT DI DAERAH MELAKA TENGAH. IANYA SELARI DENGAN UCAPAN SAYA SEBELUM INI MENGWUJUDKAN PERNIAGAAN AR RAHNU KOPERASI DI SEMUA DAERAH DALAM NEGERI MELAKA. SAMA-SAMA LAH KITA BERDOA SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN KAMI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN. 19. UNTUK MAKLUMAN PARA PERWAKILAN, PENDAPATAN KOPERASI PADA TAHUN 2022 SEPERTI DALAM PENYATA KEWANGAN IALAH RM2,595,153.00 MENINGKAT SEBANYAK 4.79% PERATUS DARIPADA PENDAPATAN TAHUN 2021 IAITU RM2,476,600.00 MANAKALA PERBELANJAAN BERJUMLAH RM1,637,416.00 DAN KEUNTUNGAN BERSIH IALAH RM957,727.00 MENINGKAT SEBANYAK 8.43% DARIPADA KEUNTUNGAN BERSIH TAHUN 2021 IAITU RM883,298.00. 20. BERDASARKAN KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI, ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI MENCADANGKAN BAYARAN DIVIDEN SEPERTI BERIKUT: 4.0% ATAS MODAL SYER - BERJUMLAH RM196,740.00 DAN 4.0% ATAS MODAL YURAN - BERJUMLAH RM897,175.00 JUMLAH KESELURUHAN IALAH RM1,093,915.00 21 TEKS UCAPAN PENGERUSI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
21. ADALAH MENJADI TANGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI UNTUK MENCARI PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN (DIVIDEN) DIBERI KEPADA TUAN DAN PUAN SEKALIAN PADA SETIAP TAHUN. MAKA KAMI BERBESAR HATI, KIRANYA SEGALA PENGUMUMAN BERKENAAN DI ATAS MENDAPAT PERSETUJUAN DAN DILULUSKAN DALAM MESYUARAT INI. 22. SELARAS DENGAN KEUNTUNGAN TERSEBUT DAN BAKI KEUNTUNGAN SETELAH DI BAYAR KEPADA KUMPULAN WANG AMANAH PENDIDIKAN 2 PERATUS (2%) SEBANYAK RM19,155.00 DAN KUMPULAN WANG AMANAH PEMBANGUNAN KOPERASI SATU PERATUS (1%) SEBANYAK RM9,577.00. JUMLAH KESELURUHAN IALAH RM28,732.00. 23. BERDASARKAN KEUNTUNGAN YANG TELAH DINYATAKAN, ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI MENCADANGKAN PERMOHONAN HONORIUM SEBANYAK RM30,000.00 SAHAJA DARIPADA RM95,772.10 IAITU 10 PERATUS(10%) YANG BOLEH DIPOHON BERDASARKAN GP22 - GARIS PANDUAN PERMOHONAN HONORORIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI. JUMLAH YANG DIBENTANGKAN SELARI DENGAN KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI OLEH KOPERASI. DIPOHON PEMBAHAGIAN INI MENDAPAT PERTIMBANGAN DAN PERSETUJUAN KESEMUA ANGGOTA PERWAKILAN DENGAN SEWAJARNYA. SAYA INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA ANGGOTA PERWAKILAN SEKALIAN. DUIT KEHADIRAN MESYUARAT HARI INI IALAH SEBANYAK RM300.00. 24. SAYA JUGA INGIN MENARIK PERHATIAN PARA PERWAKILAN BAHAWA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI YANG AKAN BERTANDING SEMULA IALAH; 1. PUAN HAJAH MARSITAH BINTI OTHMAN 2. ENCIK SHAHRUL MUBARAK BIN AHMAD 3. ENCIK AZRUL HUSAINE BIN ISMAIL ANGGOTA PERWAKILAN YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING BAGI JAWATAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI IALAH; 1. ENCIK NAZAR AZMI BIN ABDUL 2. ENCIK MOHD SHAHIR BIN HAJI TAMBI CHIK 3. PUAN SITI ROHAYA BINTI ABDOLLAH 4. ENCIK HAZRI BIN SAMAT 25. AKHIR KATA SAYA SEKALI LAGI MENGAMBIL KESEMPATAN INI MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI YANG DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK HADIR KE MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD KALI KE 87, PADA HARI INI. 26. SAYA JUGA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI ABD RAHIM BIN TAWEL, PENGERUSI ANGKASA NEGERI MELAKA YANG SUDI HADIR BERSAMA DALAM PROGRAM HARI INI. 27. PENGHARGAAN JUGA DITUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENGANJURAN PROGRAM HARI INI SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. TANPA KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN OLEH TUAN DAN PUAN PROGRAM HARI INI TIDAK AKAN BERJAYA. TAHNIAH DAN SYABAS. AKHIR KATA SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI, STAFF KOPERASI DAN YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK SECARA LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT PAGI INI SEMOGA MESYURAT BERJALAN DENGAN LANCAR DAN TERATUR SEPERTIMANA YANG DIRENCANAKAN. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN INI SAYA INGIN MENYAMPAIKAN SEBUAH PANTUN, MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN AKHIRI ACARA ACARA TAHUNAN BUAT KITA SEMUA JIKA SILAP TUTUR DAN BICARA JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA SEKIAN, TERIMA KASIH. WABILAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASALAMULAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. 22 TEKS UCAPAN PENGERUSI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad CATATAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE – 87, 22 MEI 2023 23 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
24 MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KE 87 KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD TARIKH : 14 MEI 2023 (AHAD) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : HOTEL TUN FATIMAH RIVERSIDE, MELAKA KEHADIRAN : 142/146 ORANG ANGGOTA PERWAKILAN 1. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT DAN PENCATAT MINIT MESYUARAT Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) mencadangkan Tuan Hj. Razali bin YaSsin (No. Anggota 11844) dilantik sebagai Pengerusi mesyuarat dan Puan Norhayati binti Isa (No. Anggota 12934) sebagai Pencatat Minit. Cadangan ini disokong oleh Puan Mastura binti Tomadi (No. Anggota 17788). Puan Mazlina binti Ahamad (No. Anggota 17098) mencadangkan cadangan di atas ditutup dan disokong oleh Encik Zakariah bin Mohamed) (No. Anggota 11891) 2. MEMILIH EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA 2.1 Encik Mohd Hairulsyam bin Rosli (No. Anggota 17650) mencadangkan Agenda kelima (5) Memilih Empat (4) Orang Anggota Lembaga dijadikan Agenda kedua (2) dan Agenda kedua (2) menjadi Agenda ketiga (3) dan seterusnya. Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) menyokong cadangan ini. 2.2 Setiausaha Kehormat menyerahkan kepada pegawai CTRM Koop bagi meneruskan proses pengundian bagi memilih empat (4) orang Anggota Lembaga. 2.3 Seterusnya Pegawai CTRM Koop menerangkan tatacara pemilihan Anggota Lembaga Koperasi kepada perwakilan. i. Pengundian hendaklah menggunakan kad ID koperasi untuk pengesahan sebelum sesi mengundi. ii. Hanya Wakil Calon sahaja berada di dalam dewan mengundi sepanjang sesi pengundian. iii. Calon Anggota Lembaga tidak dibenarkan berkempen di dalam bilik mengundi. iv. Semua perwakilan hendaklah memilih hanya empat (4) orang Anggota Lembaga sahaja di mana sistem tidak akan membenarkan yang kurang atau lebih. 24 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
2.4 Seterusnya Pegawai CTRM Koop memperkenalkan semua calon-calon yang bertanding. Senarai nama calon yang bertanding adalah seperti berikut: Bil Nama No. Anggota 1. Puan Hjh. Marsitah binti Othman 10292 2. Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad 16155 3. Encik Azrul Husaine bin Ismail 17412 4. Encik Nazar Azmi bin Abdul 16283 5. Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik 17875 6. Puan Siti Rohaya binti Abdollah 13887 7. Encik Hazri bin Samat 16256 3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KE 86 3.1. Setiausaha Kehormat telah membentangkan Catatan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ke 86 daripada muka surat 23 hingga mukasurat 31 untuk disahkan. Encik Muhammad Helmy bin Elias (No. Anggota 16300) mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ke 86 diterima dan disokong oleh Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) 4. MENIMBANGKAN LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN PANDANGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 4.1. Setiausah Kehormat bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi telah membentangkan Laporan-Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Padangan Suruhajaya Koperasi Malaysia dari muka surat 32 hingga muka surat 63. Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) mencadangkan Laporan-Laporan Lembaga diterima dan disokong oleh Puan Mazlina binti Ahamad (No. Anggota 17098) 25 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
5. MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI UNTUK TAHUN BERAKHIR 31.12.2022 5.1 Bendahari Kehormat telah membentangkan akaun-akaun teraudit Koperasi untuk tahun berakhir 31.12.2022 dan lain-lain kenyataan dari muka surat 64 hingga muka surat 101 untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh mesyuarat. Pendapatan: RM 2,595,153.00 Perbelanjaan: Ibu Pejabat Koperasi RM 1,483,015.00 Ar-Rahnu RM 154,401.00 Keuntungan Bersih Sebelum Cukai: RM 957,727.00 Dividen 4.0% atas syer berjumlah: RM 196,740.00 Dividen 4.0% atas yuran berjumlah: RM 897,175.00 Dividen 8.0% berjumlah: RM 1,093,915.00 Nilai Aset Semasa Bersih: RM 52,949,798.00 Modal Syer: RM 4,918,500.00 Modal Yuran: RM 22,429,381.00 Honorarium: Kelulusan SKM RM 30,000.00 Encik Na’im bin Muhabad (No. Anggota 17625) mencadangkan laporan di atas diterima dan di sokong oleh Mohmad Nor Ariffin bin Ahmad Sabri (No Anggota 10696) 6. MENIMBANGKAN DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2023 DAN PERBELANJAAN SETAKAT 30 JUN 2024. 6.1 Bendahari Kehormat telah membentangkan Penyata Belanjawan Tahunan bagi Tahun 2023 dan Perbelanjaan setakat 30hb Jun 2024 di muka surat 102 hingga muka surat 103. Tahun 2022 RM Pendapatan : 2,685,108.74 Perbelanjaan : 1,730,040.00 Lebihan pendapatan : 955,068.74 Anggaran perbelanjaan setakat Januari hingga Jun 2024 di muka surat 103 sebanyak RM 865,020.00. 26 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Puan Thavamani a/p Ramasamy (No. Anggota 15575) mencadangkan laporan ini diterima dan disokong oleh Encik Na’im bin Muhabad (No. Anggota 17625) Walaupun laporan telah disokong tetapi Encik Firdaus Shazli bin Mohd Fazli Lim (No. Anggota 18230) inginkan penjelasan berkenaan Laporan Exco Sosial, dimana ada dinyatakan Program Penanda Aras Lawatan ke Sabah tetapi tidak dimasukkan ke dalam Aktiviti Koperasi Tahun 2022. Puan Hjh. Marsitah binti Othman (No. Anggota 10292) menyatakan bahawa koperasi telah menerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Melaka tahun 2022 dan Anugerah Koperasi Terbaik Bidang Keberhasilan Ekonomi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022, Sektor Perkhidmatan Kewangan. Oleh itu bagi menghargai anggota lembaga dan warga kerja koperasi, pengerusi telah membawa mereka ke Sabah dan hanya menggunakan wang kemenangan tersebut dan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS). Beliau juga memaklumkan akan memasukan semua aktiviti tersebut ke laman web koperasi. 7. MELULUSKAN ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Pengerusi : RM 900.00 Setiausaha : RM 900.00 Bendahari : RM 900.00 Anggota Lembaga : RM 500.00 Audit Dalaman : RM 300.00 Elaun Mesyuarat ALK Penuh : RM 100.00 Elaun Mesyuarat Jawatankuasa : RM 60.00 Elaun Mesyuarat Audit Dalaman : RM 60.00 Elaun Perbatuan Hotel/ Makan dll (Setaraf Kelayakan Pegawai Gred 48) Lain-Lain Elaun (keraian & Telefon)… (Tidak Berubah) Elaun Telefon – Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari : RM 100.00 Elaun Telefon - Lain-Lain Anggota Lembaga Koperasi : RM 50.00 Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa tiada sebarang kenaikan kadar elaun dalam agenda ini. Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) mencadangkan perkara di atas diterima dan disokong oleh Puan Mazlina binti Ahamad (No. Anggota 17098). 27 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
8. MELULUSKAN PERBELANJAAN MELEBIHI 5% DARI BAJET TAHUN 2022 Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa tiada sebarang perbelanjaan melebihi 5% pada tahun 2022. 9. MEMILIH FIRMA JURUADIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN-AKAUN KOPERASI UNTUK TAHUN 2023 Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik (No Anggota 17875) mencadangkan dan memberi mandat kepada Anggota Lembaga Koperasi membuat pemilihan dan menentukan Firma Audit berpandukan senarai Juruaudit yang terdapat di Suruhanjaya Koperasi Malaysia berdasarkan tawaran sebutharga yang dikeluarkan. Encik Muhamad Baktiar bin Raihan (No. Anggota 18251) menyokong perkara ini dan dipersetujui sebulat suara. 10. MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN KOPERASI Bendahari Kehormat mencadang dan mengesyorkan Koperasi mengekalkan skop dan had pelaburannya tidak melebihi RM 15 juta dalam mana-mana institusi atau syarikat yang berdaya maju setelah mendapat kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Puan Nazaratul Syazrina binti Zaini (No. Anggota 17443) mencadangkan skop dan had pelaburan ini diluluskan dan disokong oleh Puan Mazlina binti Ahamad (No. Anggota 17098). 11. MENETAPKAN HAD MAKSIMUM PINJAMAN LUAR Bendahari Kehormat bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi mencadang dan mengesyorkan Mesyuarat Agung Perwakilan pada hari ini memberi mandat kepada Anggota Lembaga Koperasi mengekalkan had maksimum Pinjaman Luar sebanyak RM 15 juta dari mana-mana institusi kewangan yang sah. Encik Mohmad Nor Arifin bin Ahmad Sabri (No. Anggota 10696) mencadangkan perkara ini diterima dan disokong oleh Encik Mohd Hairulsyam bin Rosli (No. Anggota 17650) 28 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
12. MELANTIK SATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM ORANG PERWAKILAN DAN 4 ORANG ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTU SAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG. Setiausaha Kehormat Koperasi mengesyorkan Jawatankuasa yang terdiri daripada Empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan seorang ALK serta enam (6) orang dari perwakilan terdiri daripada Pengerusi Mesyuarat dan Pencatat Minit serta 4 orang perwakilan seperti berikut :- BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Puan Hajah Marsitah binti Othman 10292 2. Encik Hamram bin Nor 11502 3. Encik Norhisham bin Hasim 15579 4. Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad 16155 5. Encik Nazar Azmi bin Abdul 16283 6. Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik 17875 7. Encik Hazri bin Samat 16256 8. Tuan Hj. Razali bin Yassin 11844 9. Puan Norhayati binti Isa 12934 10. Encik Muhamad Bahtiar bin Raihan 18251 Encik Muhammad Shawaluddin bin Zainal (No. Anggota 18305) mencadangkan lantikan jawatankuasa ini diterima dan disokong oleh Puan Mastura binti Tomadi (No. Anggota 17788) 13. MEMBENTANGKAN USUL-USUL Setiausaha Kehormat memaklumkan tiada usul yang diterima daripada perwakilan sehingga tarikh tutup. Setiausaha Kehormat membentangkan usul dari Anggota Lembaga Koperasi iaitu pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi terkini seperti mana arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuala Lumpur dan Enam (6) aturan yang akan dibentangkan mengikut Peraturan-Peraturan Koperasi 2010. Semua usul dan aturan-aturan telah dimuatnaik ke laman sesawang koperasi sebagai info kepada semua anggota koperasi. 29 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
13.1 Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik (No Anggota 17875) meminta dibahaskan Aturan Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi iaitu perkara 11 – Tempoh Menjadi Anggota Lembaga, dimana anggota adalah layak dalam negeri Melaka sahaja dan perlu digugurkan jika telah berpindah keluar dari negeri Melaka. Setiausaha Kehormat mengambil maklum dan akan membawa cadangan tersebut ke Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi. Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik (No Anggota 17875) mencadangkan aturan ini diterima dan disokong oleh Encik Bani bin Abdullah (No. Anggota 12026) 13.2 Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik (No Anggota 17875) mencadangkan agar:- i) Pihak Anggota Lembaga Koperasi mengkaji tarikh Mesyuarat Agung Kawasan dan mencadangkan agar Mesyuarat Agung Kawasan diadakan pada hari Jumaat jam 3.00 petang. Encik Bani bin Abdullah (No. Anggota 12026) tidak menyokong cadangan perkara i) yang dibangkitkan memandangkan ramai anggota koperasi yang bekerja shif menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan. Beliau mencadangan agar Mesyuarat Agung Kawasan perlu diadakan pada hari cuti umum. Memandangkan terdapat dua (2) cadangan yang berbeza, Setiausaha Kehormat meminta semua perwakilan memilih salah satu daripada cadangan yang diatas. Puan Nazaratul Syazrina binti Zaini (No. Anggota 17443) mencadangkan Mesyuarat Agung Kawasan diadakan pada hari cuti umum. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara. ii) Menyediakan sarapan pagi semasa Mesyuarat Agung Kawasan. Anggota Lembaga Koperasi mengambil maklum perkara tersebut. iii)Mempelbagaikan promosi berkenaan Ar-Rahnu dan Perkhidmatan Dobi Layan diri kepada anggota-anggota koperasi. Pengerusi Koperasi memaklumkan promosi berkaitan Ar-Rahnu dan Perkhidmatan Dobi telah dipaparkan melalui laman sesawang koperasi www.kpknmb.com dan facebook Ar-Rahnu Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad. 30 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
iv)Anggota Koperasi terdiri daripada pelbagai jabatan oleh itu gunakan kepakaran yang ada daripada mereka bagi meningkatkan lagi perniagaan koperasi. Pengerusi Koperasi menyatakan bahawa semua Anggota Lembaga Koperasi terdiri daripada pelbagai jabatan dan mempunyai kepakaran masing-masin.Kepakaran mereka digunakan untuk membangun dan memajukan koperasi. 13.4 Tuan Haji Razali bin Yassin (No. Anggota 11844) juga mencadangkan agar Elaun Kawasan dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM80.00. Pengerusi Koperasi mengambil maklum cadangan kenaikan elaun Mesyuarat Kawasan dan akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Ianya juga perlu mengambil kira kedudukan kewangan semasa koperasi. Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan diadakan pada setiap tahun dan melibatkan peruntukan kewangan yang tinggi. 13.5 Encik Johanif bin Johari (No. Anggota 17779) mencadangkan pihak koperasi menurunkan kadar keuntungan pembiayaan sediada 4.5 % kepada 2.5% seperti Bank Rakyat yang membuat promosi. Ini bertujuan untuk menarik ramai anggota baharu. Setiausaha memaklumkan koperasi tidak sama dengan Bank Komersial dimana mereka tiada memberi kebajikan kepada peminjam mereka. Ini berbeza dengan koperasi yang sentiasa menjaga kebajikan anggotanya seperti sumbangan kebajikan, khairat kematian, anak-anak cemerlang dan kebajikan anggota keluarga . 14. KEPUTUSAN PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA 14.1 Pengerusi mesyuarat telah mengumumkan keputusan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi seperti berikut: 1. Puan Hjh. Marsitah binti Othman - 102 2. Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad - 88 3. Encik Azrul Husaine bin Ismail - 104 4. Encik Nazar Azmi bin Abdul - 82 5. Encik Mohd Syahir bin Hj. Tambi Chik - 58 6. Puan Siti Rohaya binti Abdullah - 96 7. Encik Hazri bin Samat - 35 31 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
14.2 Calon yang berjaya dipilih sebagai Anggota Lembaga Koperasi ialah:- 1. Encik Azrul Husaine bin Ismail - 104 2. Puan Hjh. Marsitah binti Othman - 102 3. Puan Siti Rohaya binti Abdullah - 96 4. Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad - 88 15. PENANGGUHAN MESYUARAT 15.1 Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota perwakilan dan memohon ampun dan maaf sepanjang mengendalikan perjalanan mesyuarat. 15.2 Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Melaka iaitu Encik Ikhwan Firdaus bin Roslan yang turut sama dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada Koperasi Melaka kerana merupakan koperasi pertama di negeri Melaka yang menjalankan Mesyuarat Agung Perwakilan tahun 2023. Beliau mencadangkan agar usul-usul dihantar awal supaya dapat dibentangkan dengan teratur dengan jawapan semasa Mesyuarat Agung berlangsung. 15.3 Pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan yang mengundi beliau kerana memberi kepercayaan kepada beliau selama ini. Beliau juga memohon maaf jika ada salah dan silap. 15.4 Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh para perwakilan dalam menjayakan mesyuarat ini Anggota Lembaga Koperasi bersetuju menambah elaun kehadiran ditambah sebanyak RM30.00. Bayaran dibuat secara atas talian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang. Dicatatkan dan disediakan oleh: NORHAYATI BINTI ISA (No. Anggota: 12934) Pencatit Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ke 87 14 Mei 2023 32 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
33 CATATAN MAP KALI KE 87, 14 MEI 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad LAPORAN TAHUNAN 2023 34 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Kami, Anggota Lembaga Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad dengan sukacitanya melaporkan kegiatan dan pentadbiran koperasi ini sepanjang tahun 2022. Keanggotaan Anggota yang berkualiti dan aktif dalam koperasi telah menjadikan koperasi ini lebih maju dan semakin mantap dari masa ke semasa. Jumlah keanggotaan adalah seperti berikut:- Tempoh Anggota *Anggota Jumlah Baru Berhenti Keanggotaan 1 Januari 2023 3,013 Januari 2 18 Februari 2 22 Mac 4 13 April 8 16 Mei 1 18 Jun 3 16 Julai 5 17 Ogos 2 22 September 1 34 Oktober 10 21 November 7 8 Disember 3 33 Pelarasan 49 238 Jumlah Anggota pada 31.12.2023 2,824 *Anggota berhenti kerana bersara, meninggal dunia atau sukarela adalah dikira setelah yuran dan syer dikembalikan. Modal Kapita Modal kapita koperasi pada 31 Disember 2023 31 Disember 2022 Modal Saham : RM 4,852,500 RM 4,918,500 Modal Yuran : RM21,314,421 RM22,429,831 LAPORAN TAHUNAN 2023 35 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
JUMLAH KUMPULAN ANGGOTA MENGIKUT PEGANGAN SYER & YURAN TAHUN 2023, 2022 DAN 2021 PEGANGAN SYER BILANGAN ANGGOTA TAHUN 2023 2022 2021 SYER LEBIH RM100,000 3 3 3 SYER LEBIH RM 50,000 5 5 5 SYER LEBIH RM10,000 DAN KURANG RM50,000 72 75 83 SYER LEBIH RM 5,000 DAN KURANG RM10,000 115 129 141 SYER LEBIH RM1,000 DAN KURANG RM5,000 350 374 431 SYER LEBIH RM400 DAN KURANG RM1,000 930 982 1,109 SYER = RM400 (SYER WAJIB MINIMA) 1,105 1,132 1,202 SYER KURANG DARI RM400 289 294 219 2,869 2,994 3,193 PEGANGAN YURAN YURAN LEBIH RM10,000 599 620 567 YURAN LEBIH RM5,000 DAN KURANG RM10,000 1,446 1,480 1,656 YURAN LEBIH RM1,000 DAN KURANG RM5,000 734 795 870 YURAN KURANG DARI RM1,000 90 99 100 2,869 2,994 3,193 Bayaran Dalal Kepada BPA Bayaran dalal kepada Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) berdasarkan 0.6% daripada jumlah potongan bagi tahun 2022 ialah RM38,538.88. Jumlah tuntutan dari BPA sepanjang tahun 2022 sebanyak RM6,256,480.00. Mulai 2014 atas arahan Bank Negara Malaysia Koperasi perlu mendapat berlepasan dari CITOS melalui pihak SPeKAR sebelum pembiayaan diluluskan kepada anggota-anggota. Caj SPeKAR tahun 2022 ialah sebanyak RM819.38. DERMASISWA Seramai 29 anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan telah diberikan dermasiswa bagi tahun 2023 yang melibatkan wang sebanyak RM8,900.00. (Sila Lihat Laporan di Lampiran D ) 36 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
PELABURAN (Sila Lihat laporan di Lampiran B) KAKITANGAN Jumlah kakitangan koperasi ini sekarang (2023) adalah seramai 9 orang di Pejabat Koperasi dan 3 orang di Perniagaan Ar-Rahnu di Bandar Baru Masjid Tanah. ( Sila Lihat laporan di Lampiran A ) KEHADIRAN MESYUARAT LEMBAGA SEPANJANG TAHUN 2023 1 Puan Hjh. Marsitah binti Othman 12/12 2 Encik Hamram bin Nor 12/12 3 Encik Norhisham bin Hasim 12/12 4 Encik Omar bin Jantan 04/12 5 Tuan Hj. Rasol bin Mohamed Saad 10/12 6 Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad 09/12 7 Tuan Hj. Jaffri bin Bahari 12/12 8 Tuan Hj. Abdul Lazim bin Abdullah 11/12 9 Encik Yusoff bin Mohamed 11/12 10 Encik Md Yassin bin Jaafar 06/12 11 Encik Azrul Husaine bin Ismail 10/12 12 Encik Abu Bakar bin Abu Samah 12/12 Koperasi ini mempunyai pelaburan seperti berikut:- Tanah & Bangunan (nilai buku) Unit Trust Saham Taksiar Harga Simpanan Tetap Dinar Emas RM 20,314,085.00 RM 275,683.00 RM 458,376.00 RM 10,168,092.00 RM 1,000,000.00 Mesyuarat- Mesyuarat Lain Tahun 2023 1 Exco Tabung Kebajikan Am / Keanggotaan / Jual Beli Syer / Hutang tidak dibayar 12 kali 2 Exco Sosial / Penerangan / Dermasiswa dan Promosi Keanggotaan 5 kali 3 Exco Pengurusan / Pentadbiran 4 kali 4 Exco Jawatankuasa Kerja 7 kali 5 Mesyuarat Khas Lembaga Pengurus 5 kali 6 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman 2 kali 7 Mesyuarat Dengan Audit Luar 2 kali 8 J/Kuasa Menentusah Minit Mesyuarat Agung Perwakilan 1 kali 9 Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Tabung Kebajikan / Bersara Anggota 11 kali 10 J/Kuasa Semakan Calon ALK 1 kali 11 Perjumpaan dengan Pengarah / Timbalan 1 kali Hamram bin Nor Setiausaha Kehormat 37 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
LAPORAN EXCO PENGURUSAN & PENTADBIRAN (LAMPIRAN A) Pengerusi Setiausaha Jawatankuasa Encik Hamram bin Nor, PJK Encik Azrul Husaine bin Ismail Tuan Hj. Jaffri bin Bahari Encik Yassin bin Jaafar Tuan Hj. Rasol bin Mohamed Saad Tuan Hj. Abdul Lazim bin Abdullah Pentadbiran. Jawatankuasa EXCO ini bertanggungjawab memantau dan mengawasi perjalanan pentadbiran koperasi. Jawatankuasa ini juga selalu memberi idea bertujuan untuk menambah baik pengurusan pentadbiran dan mengatasi kelemahan yang ada bagi meningkatkan prestasi supaya pengurusan pentadbiran Koperasi dapat berjalan dengan lancar. Kakitangan Koperasi ini pada tahun 2023 adalah seramai 9 orang yang terdiri daripada dua orang Penolong Akauntan, enam orang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi. Di Perniagaan Ar-Rahnu di Masjid Tanah terdapat seramai 3 orang kakitangan iaitu 1 orang Penyelia dan 2 orang Penaksir bertugas di sana mengikut waktu pejabat. Senarai nama kakitangan Koperasi berserta jawatannya adalah seperti di bawah: Prestasi Sepanjang tahun 2023 prestasi kakitangan Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka pada tahap yang boleh dibanggakan. Mereka terus mengekalkan kebolehan masa proses pembiayaan dalam masa tiga hari. Oleh itu bagi menghargai khidmat kakitangan yang memberi prestasi yang cemerlang, Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju memberi sagu hati kepada mereka. Nama Kakitangan Koperasi 1. Puan Siti Suhana binti Ahmad Duri - Penolong Akauntan 2. Puan Nurul Amirah Hasim - Penolong Akauntan 3. Puan Kamsinah bte Mohd Zaid, PBM - Pembantu Tadbir 4. Encik Azhar bin Abu Bakar, PBM - Pembantu Tadbir 5. Puan Mazellah bte Jonet - Pembantu Tadbir 6. Puan Dzuraini bte Daud - Pembantu Tadbir 7. Puan Norshafizura bte Hj. Muhamad - Pembantu Tadbir 8. Puan Faizah bte Saleh - Pembantu Tadbir 9. Encik Mohd Rasid bin Sugi - Pembantu Operasi Perniagaan Ar-Rahnu 1. Cik Nurul Hidayah binti Misral - Penyelia 2. Puan Ungku Siti Nurain binti Ungku Mohd Fza - Penaksir 3. Puan Nor Aishah binti Saman - Penaksir 38 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Pengurusan Koperasi juga telah pun menuju ke arah Digitalisasi Sistem Koperasi dimana laman web Koperasi telah pun siap dibangunkan oleh pihak vendor. Dengan pengwujudan laman web ini diharap pada masa akan datang semua anggota boleh mengakses maklumat anggota dan juga semua boring berkaitan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti koperasi dengan lebih mudah dan pantas. Kakitangan koperasi juga telah diberi latihan untuk mengendalikan laman web ini dan juga lain-lain aplikasi secara dalam talian pada masa akan datang. Perubahan arus teknologi terkini perlu di dedahkan kepada kakitangan supaya koperasi ini sentiasa berdaya saing dan kekal releven kepada anggotanya. Semua sistem manual akan di naiktaraf kepada sistem digital secara berperingkat sesuai dengan harapan Anggota Lembaga Koperasi untuk menjadikan koperasi ini koperasi korporat. Jawatankuasa ini sentiasa memantau, menasihati dan memberi semangat kepada pegawaipegawai koperasi supaya dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan mesra semasa bertugas. Komputer Koperasi akan terus mengekalkan pengunaan sistem SPeAKER disamping sistem sediada iaitu Sistem Online Potongan Gaji Biro Perkhidmatan ANGKASA (Sistem SOLA) dan Sistem Potongan Biro ANGKASA (SPBA). Sistem SPeAKER yang diwujudkan oleh Angkasa berupaya untuk menilai kelayakan pembiayaan kredit seseorang anggota dengan lebih telus dan terperinci. Penyelenggaraan Bangunan Jawatankuasa ini bertanggungjawab mempastikan kebersihan dan juga keselamatan bangunan koperasi sentiasa bersih dan selamat diduduki. Semua bangunan telah lengkap di buat insuran kebakaran untuk menjaga asset koperasi sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini. Dengan penggunaan “Alarm” dan CCTV diharapkan system penggera ini dapat membantu Koperasi memantau keselamatan asset dan rekod-rekod koperasi.Ini termasuk bangunan di Perniagaan Ar Rahnu Masjid Tanah. Alat Pemadam Api juga telah disediakan untuk keselamatan kakitangan dan dokumen koperasi. Disediakan oleh: Exco Pengurusan & Pentadbiran 39 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Pengerusi : Puan Hjh Marsitah bte Othman, PJK Setiausaha : Encik Hamram bin Nor, PJK Jawatankuasa : Encik Norhisham bin Hasim, PJK, PBM Encik Shahrul Mubarak bin Ahmad, PJK Encik Yusoff bin Mohamed Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 7 kali sepanjang tahun 2023. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi membolehkan keputusan dibuat lebih cepat dan berkesan untuk dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi. Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa Kerja. Bidang tugas dan skop jawatankuasa ini merangkumi kewangan, perniagaan dan pelaburan. PELABURAN (HARTA / SAHAM / SIMPANAN TETAP) A) BANGUNAN / HARTANAH: 1) Bangunan Plaza Seri Kubu 2) Bangunan Taman Tasik Utama 3) Bangunan Pusat Perdangangan Bacang 4) Bangunan Al-Azim, Bukit Baru 5) Bangunan Rumah Taman Tanjung Minyak Jaya 6) Bangunan Rumah Kedai Taman Wangi, Malim Jaya 7) Tiga lot tanah di Mukim Durian Tunggal 8) Bangunan di Taman Sungai Petai Bahagia, Alor Gajah 9) Bangunan di Gangsa Avenue, Durian Tunggal 10) MITC Industrial Park, Ayer Keroh 11) Bangunan di Pusat Perniagaan Bandar Baru Masjid Tanah 12) Bangunan Kedai 1 tingkat di Taman Tambak Paya Harmoni, Melaka 13) Taman Paya Rumput Cheng Butir-butir Bangunan / Hartanah adalah seperti berikut: Harga Kos i. No. 13, 13A, 13B, Plaza Seri Kubu, RM472,106.00, Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka (i-a) No. 14A Plaza Seri Kubu, RM182,273.50 Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka (i-b) No. 14B Plaza Seri Kubu, RM150,000.00 Jalan Tan Chay Yan, 75300 Melaka ii. 2 Unit Rumah Kedai Dua Tingkat, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka No. 12 & 12/1 Jln TU2 Lot SH36 RM168,707.00 No. 14 & 14/1 Jln TU2 Lot SH 37 RM168,707.00 RM337,414.00 40 LAPORAN TAHUNAN 2023 LAPORAN EXCO JAWATANKUASA KERJA (LAMPIRAN B) MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Lot B2 Lot B3 RM310,777.25 RM307,161.25 RM 617,938.50 (iv) 2 Unit Rumah Kedai Tiga Tingkat Kompleks Perniagaan Al-Azim (Newhill, Bukit Baru,Melaka) Bandar Bukit Baru, Melaka No. 5, 5-1, 5-2 RM616,219.00 No. 7, 7-1, 7-2 RM616,219.00 RM 1,232,438.00 (v) 2 Unit Rumah Dua Tingkat Teres,No. 10 & 24, Jalan TMJ19, Taman Tanjung Minyak Jaya, Melaka RM 400,000.00 (vi) 1 Unit 2 Tingkat Rumah Kedai Taman Wangi, Malim Jaya, Balai Panjang, Melaka RM 557,107.62 (vii) 3 lot Tanah di Mukim Durian Tunggal,Daerah Alor Gajah, Melaka RM 523,053.05 (viii) 1 Unit 3 Tingkat Kedai PejabatTaman Sungai Petai Bahagia, Alor Gajah, Melaka RM 1,417,710.00 (ix) 3 Unit 2 Tingkat Rumah Kedai Gangsa Avenue, Durian Tunggal, Melaka No. B 11 2 Tingkat Corner RM1,380,340.00 No. F-1 2 Tingkat Corner RM 968,340.00 No. F-7 2 Tingkat End RM 868,340.00 (x) Projek MITC INDUSTRIAL PARK, MELAKA 15 unit 1 ½ Storey Semi-Detached Factory(Jumlah diperolehi: 21 unit) Di Kawasan Perindustrian Taman Tasik Utama75450 Ayer Keroh, Melaka RM 12,573,850.00 (xi) SU 882, Pusat Perniagaan Bandar Baru Masjid Tanah RM 245,340.00 (xii) Bangunan Kedai 1 tingkat di Taman Tambak Paya HarmoniMelaka RM 264,000.00 (xiii) 52,52-1, Jalan Inang 4, Taman Paya Rumput Utama, Melaka RM650,000.00. 2 Unit Bangunan 3 Tingkat Pusat Perdagangan Bachang, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, Melaka 41 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
BANGUNAN-BANGUNAN MILIK KOPERASI YANG DI SEWAKAN : Kadar Sewaan Sebulan (RM) 2. Poliklinik Perdana No. 12 & 14 Jalan TU 2, Ayer Keroh 3,000.00 3. No. 12A & 14A, Jalan TU 2, Ayer Keroh 2,000.00 Kosong 4. Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd No. 5, 5-1, Jalan KPAA1, Bukit Baru, Melaka 4,000.00 5. Restoran Hajjah Ruhana No. 7 Jalan KPAA1, Bukit Baru, Melaka 3,000.00 6. No. 7-1, Jalan KPAA1, Bukit Baru, Melaka Zeba Global Network 1,000.00 7. No.7-2, 5-2, Jalan KPAA1, Bukit Baru, Melaka (kosong) 1,000.00 TAMAN TANJUNG MINYAK JAYA, MELAKA 8. Puan Salbiah binti Mohamad No. 10, Jalan TMJ19, TTMJ, Melaka 600.00 9. Encik Mohd Shahril bin Yahya No. 24, Jalan TMJ 19, TTMJ, Melaka 750.00 TAMAN WANGI, MALIM 10. HR Baraqah EnterprisE Taman Wangi, Malim PLAZA SERI KUBU 1. Alan Hair Studio & Academy No. 13G, Plaza Seri Kubu, Jalan Tan Chay Yan, Melaka TAMAN TASIK UTAMA AIR KEROH 1,200.00 3,000.00 KOMPLEKS PERNTAGAAN AL-AZIM, BUKIT BARU 42 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN TASIK UTAMA, AYER KEROH 11. BERKAT TUAH FOODSTUFF SDN BHD 4,000.00 12. ALAF SAVON RESOURCES 1,800.00 13. FLAVARA MARKETING 1,800.00 14. PAK MAN INDUSTRIES 1,800.00 15. AS SALAM FROZEN FOOD (M) SDN BHD 1,800.00 16. PAVETHLON SDN BHD 1,800.00 17. MSFZ SOLUTION 1,800.00 18. FRANKAPOOR TRADING BRO SDN 3,600.00 19. SAEM NIAGA (M) SDN BHD 1,800.00 20. GYMFINITY SPORTS 1,800.00 21. ENCIK ONG PHENG WAH 1,800.00 GANGSA AVENUE, DURIAN TUNGGAL 22. DIKIRIB ENTERPRISE 3,500.00 23. LEGASI 5 BERADIK ENTERPRISE 3,000.00 24. THE HAIR HUB 1,500.00 25. SUN STALWART SECURITY SERVICES SDN BHD 700.00 1. MyCUISINE QUBE SDN BHD (DI SITAR) 2. MASYITAH FLOUR MILLS SDN BHD (KES DI MAHKAMAH) 3. AMS GREAT RESOURCES (M) SDN BHD (BERHUTANG) 3.600.00 3.600.00 4.500.00 JUMLAH TUNTUTAN SEWA: (B) PELABURAN (1) SAHAM / SIMPANAN TETAP : Harga (RM) Unit Keuntungan (RM) % Koperasi MCIS Berhad 9,000.00 14,000 MCIS Zurich Insurance Berhad KOPASAR Koperasi Pasaraya (M)Bhd 14,000.00 10,000.00 7,000 100 1,451.10 20.73 BSNC Corporation Berhad (Bank Buruh (M) Berhad ) Fajari Development Sdn. Bhd 3,000.00 90,000.00 3,000 90,000 15.00 2.50 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 209,506.00 209,506 26,183.25 12.50 Kesatuan Koperasi 2 Kredit Malalaysia Bhd Honyun Enterprise Sdn Bhd 10,000.00 19,400.00 10,000 19,400 Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) 6,468.00 5,728.75 43 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
Saham Taksiar Harga: (3) Simpanan Tetap di Bank: Jumlah (i) Malayan Banking Berhad (ii) Bank Kerjasama Rakyat (iii) Bank Islam (iv) CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BHD (v) Malayan Banking Berhad (Tabung Biasiswa ) (c ) TABUNG PELABURAN SYER 8.1. Jumlah terkumpul tabung ini sehingga Disember 2022 berjumlah RM5,691,446.00. 8.2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari Tabung Modal Syer ini adalah Skim Pembiayaan Hari Perayaan, Pembiayaan Persekolahan dan Pembiayaan Kecemasan dan Pelancongan serta Pelaburan Jangka Pendek dan Pelaburan Jangka Panjang yang dapat memberikan keuntungan kepada koperasi dan anggotanya. Keuntungan (2) UNIT TRUST: Jumlah Kos RM Nilai Pasaran RM Unit Keuntungan RM i) Tabung Ittikal ArabMalaysian (Tabung Biasiswa ) 20,441.81 26,350.00 30,052.14 300.52 ii) Eastspring Invest - Dana Prudana Ilham (Tabung Biasiswa) 42,671.86 53,491.00 79,658.31 2,234.54 iii) Dana Ta Optimax (Tabung Biasiswa) 55,268.14 50,362.00 142,040.32 2,685.99 iv) Tabung Ittikal Arab- Malaysian 50,732.17 43,668.00 49,802.57 v) Public Equity Fund 61,542.17 50,737.00 223,708.36 1,118.54 vi) Public Islamic Select Treasurers Fund 40,000.00 53,036.00 118,727.98 RM 4 ,165,000.00 RM 5,003,092.00 RM 1,000,00.00 RM 272,263.00 RM 280,084.19 44 LAPORAN TAHUNAN 2023 RM 110,513.43 RM 74,842.79 RM 8,148.28 RM 5,991.14 RM 5,084.19 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
1) PEMBIAYAAN HARI PERAYAAN 2023 Skim ini telah dimulakan semenjak bulan Mei, 1987. Pembiayaan ini tidak dikenakan faedah. Mulai tahun 2014 hanya bayaran permohonan sebanyak RM20.00 dikenakan daripada setiap pembiayaan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:- Jenis Perayaan Jumlah Anggota Jumlah Pembiayaan Yang diluluskan Hari Raya (2023) 220 RM 210,900.00 Deepavali (2023) 3 RM 3,000.00 Krismas (2023) 1 RM 1,000.00 Tahun Baru Cina (2023) 0 RM 0 189 RM 178,700.00 2) PEMBIAYAAN PERSEKOLAHAN Pada tahun 2023, Koperasi telah mengeluarkan Pembiayaan Persekolahan sebanyak RM34,800.00 kepada 46 orang pemohon. 3) Hasil pelaburan koperasi sebanyak RM19,400 pada hujung tahun 2011 di Syarikat Honyun Enterprise Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan pengurusan Pelabuhan di dermaga Tanjung Beruas. Koperasi telah menerima bayaran dividen sebanyak RM232,800.00 pada tahun 2014. Tiada bayaran diterima daripada tahun 2017 manakala syarikat Fajari Sdn.Bhd. telah membayar dividen, 1,400% iaitu sebanyak RM,260,000.00 untuk tahun 2018 dan tiada dividen dibayar daripada tahun 2019 hingga tahun 2022. Pada tahun 2023, syarikat Fajari Sdn Bhd, telah membuat bayaran untuk saham pengagihan terakhir sebanyak RM170,018.10. Bilangan saham adalah sebanyak 90,000 dan harga untuk 1-unit adalah RM1.88908993. 4) .Pelaburan Dinar Emas Kerajaan negeri telah mengambil maklum pelaburan dinar emas yang melibatkan agensi dan individu. Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Melaka telah mengambil alih aset yayasan DMDI di Pulau Melaka yang dipertanggungjawabkan ke atas tuntutan para pelabur. Tabung Amanah Melaka telah bersetuju untuk membayar semula pelaburan pelabur- pelabur termasuk individu dan agensi melalui sewaan unit SOVO yang terdapat dalam The Rivera Melaka Hotel. Malangnya bayaran pelaburan tertangguh akibat daripada penamatan penyewa unit-unit di Pulau Melaka. Difahamkan bayaran pelaburan akan dijelaskan setelah unit-unit di Pulau Melaka dapat disewakan. 5) Pelaksanaan Pembiayaan Syariah Koperasi telah mendapat sijil pematuhan syariah dari Angkasa pada 24 Jun 2014 dan mengekekalkan operasi pembiayaan tersebut mulai 1 Julai 2014. Jenis produk yang diluluskan adalah Bai’Al’Inah iaitu berupa pembiayaan peribadi, pembiayaan kecemasan, pembiayaan pelancungan dan pembiayaan 90% dari yuran. Produk Qard pula berupa pembiayaan persekolahan, pembiayaan perayaan, pembiayaan sumbangan takaful kereta/ motor serta pembiayaan menyediakan surat wasiat. Manakala untuk Perniagaan Ar Rahnu di Masjid Tanah pihak koperasi telah menggunakan Sistem Tawaruk untuk gadaian dimana sistem ini bersandarkan kepada komoditi kelapa sawit. Sistem tawarruq yang digunakan adalah dari ANGKASA dan juga BURSA Malaysia . 45 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023
(6) PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI KOPERASI (7) PERNIAGAAN AR-RAHNU (PAJAK GADAI ISLAM) KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA CAWANGAN MASJID TANAH, MELAKA Pihak koperasi telah membeli bangunan kedai di Taman Tambak Paya Harmoni dengan harga RM264,000.00 secara tunai.Hasil perbincangan bersama pihak Pakar Dobi mereka bersetuju untuk memindahkan mesin dengan percuma dan koperasi hanya membeli barang-barang keperluan sahaja.Seterusnya pihak Pengerusi dan ALK telah membuat satu kertas kerja kepada SKM Kuala Lumpur untuk memohon Gran Bantuan Khas SKM untuk membeli mesin dobi tambahan di tempat baharu ini.Permohonan telah dihantar ke SKM sebanyak RM298,000.00 untuk pembelian mesin dobi. Pihak SKM Melaka telah memproses dan menyokong serta mengangkat permohonan Geran koperasi ini ke peringkat ibu pejabat di Kuala Lumpur.Usaha ini adalah hasil kerjasama yang erat serta hubungan yang baik antara ALK koperasi dan SKM Melaka selama ini.Khidmat nasihat yang diberi oleh pegawai SKM En. Ikhwan Firdaus bin Shaari selama ini banyak membantu koperasi didalam permohonan Gran Bantuan SKM ini. Permohonan geran Bantuan Khas SKM ini telahpun mendapat kelulusan dan perniagaan dobi koperasi telah beroperasi di premis berkenaan Kerja-kerja sivil sudah dibuat didalam bangunan berkenaan dilengkapi dengan mesin dobi dan pemasangan papan tanda. Permohonan lesen dan kebenaran beroperasi telahpun diluluskan oleh agensi berkaitan. Koperasi ini telah membuka perniagaan Ar-Rahnu yang beroperasi pada 22 November 2021 di alamat SU 882,Pusat Perniagaan Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka.Projek ini adalah usahasama dengan Koperasi SKOMK Perak sebagai perunding yang menguruskan kerja-kerja ubahsuai bangunan serta pembelian peralatan dan latihan kakitangan di koperasi mereka selama dua (2) bulan. Seramai tiga (3) orang kakitangan telah bertugas disini iaitu seorang (1) Penyelia ArRahnu dan dua (2) orang Penaksir Ar-Rahnu dipilih melalui iklan dan temuduga.Waktu operasi adalah dari hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah sambutan dari peniaga,individu dan masyarakat setempat kepada Ar-Rahnu Koperasi ini amatlah menggalakkan dan kebanyakan peniaga dan kontraktor yang kerap membuat cagaran emas untuk perniagaan mereka.Kecenderungan masyarakat kearah sistem pajak gadai yang patuh syariah adalah menjadi kelebihan kepada perniagaan ini kerana sistem yang digunakan oleh koperasi adalah Sistem Tawaruk yang mesra pelanggan Sehingga hujung tahun 2023 nilai pembiayaan Ar Rahnu yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM2,848,395.00 dimana tahun lepas sebanyak RM148.611.00 telah diberi pembiayaan. Harapan kami pada tahun mendatang ini pembiayaan akan meningkat lagi dan keuntungan dari Ar Rahnu pada tahun 2023 adalah sebanyak RM81,823.00. Semuga perniagaan ini terus maju dan menjana keuntungan untuk koperasi agar dapat diagihkan kepada semua anggotanya.Sokongan dari semua pihak terutama anggota koperasi sendiri adalah penting untuk koperasi berdaya saing dan kekal relevan di pandangan masyarakat serta koperator di negara ini. Disediakan oleh: Jawatankuasa Kerja 46 LAPORAN TAHUNAN 2023 MAP LAPORAN TAHUNAN 2023