The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KELEMAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Surahhiya Halimatul Amira, 2024-05-09 19:42:00

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KELEMAK

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KELEMAK

KATA ALUAN DARIPADA GURU BESAR ر ِحْيِم م ِن ال َّ ٰ ر ْح بِ ْسِم اللهِ ال َّ Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita kehadarat Allah SWAT kerana dengan limpah kurnia izinNya, kita dapat berkumpul bagi menunaikan tangunggjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SRA JAIM Kelemak, kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Selain daripada itu ucapan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah selama ini. Berdasarkan Hasrat tersebut, jelaslah menunjukkan nahawa peranan dan tanggungjawab PIBG serta ibu bapa terhadap sekolah amat penting. Kemajuan sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PIBG dan ibu bapa. PIBG yang cemerlang akan dapat membantu pihak sekolah bagi meneruskan kecemerlangan akademik, koakademik, kokurikulum sehinggalah kepada kemenjadian murid yang sebenarnya. Selaras dengan itu, SRA JAIM Kelemak akan terus mengorak langkah untuk mencapai apa yang dihasratkan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Akhir kalam, marilah kita sama-sama berganding tenaga, berusaha ke arah kecemerlangan anak-anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, semoga hasil gandingan PIBG dan sekolah akan terus melonjak kecemerlangan SRA JAIM Kelemak dalam pelbagai bidang. Sekian terima kasih NORHALISA BINTI ABU HASAN Guru Besar SRA JAIM Kelemak


SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG DARIPADA YDP PIBG SRA JAIM KELEMAK Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYa dapat kita bersama-sama sekali lagi bertemu dalam majlis Mesyuarat Agung kali ke – 3 bagi tahun 2024. Saya berbangga dan berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam buku atucara ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang bersedia memberikan khidmat dengan tekun untuk menjayakan majlis ini. Saya percaya tanpa kerjasama dan tangunggjawab seperti ini, majlis ini tidak akan dapat diadakan dengan lancar, baik dan memuaskan. Saya juga amat berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat mengumpul input yang baik serta sumbang saran untuk kita sama-sama gunakan sebagai panduan dan landasan kecemerlangan sekolah dan PIBG. Sebagai penutup bicara, saya ingin merakamkan rasa penghargaan PIBG kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Terima kasih saya kepada guru besar sekolah, guru penolong kanan, guru-guru serta semua ibu bapa yang telag membantu AJK PIBG sesi 2022/2023 dalam menjalankan tugas kami. Terima kasih juga kepada AJK saya yang telah banyak menolong saya menjalankan tugas sebagai YDP dengan sebaik-baiknya. Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada AJK baru yang bakal dilantik nanti untuk sesi 2024/2025 dan semoga mereka dapat meningkatkan lagi prestasi PIBG kearah membantu sekolah dan warganya. Saya berdoa agar sekolah ini akan terus cemerlang di dalam bidang akademik dan kokurikulum agar segala sasaran sekolah akan tercapai. Saya juga berharap Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 3 ini akan berlangsung di dalam suasana yang penuh damai dan harmoni. Sekian, saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Mohd Yusof Bin Sulaiman Pengerusi PIBG SRA JAIM Kelemak


ATUCARA MAJLIS 2.30 petang : Pendaftaran 3.00 petang : Ucapan oleh Puan Norhalisa Binti Abu Hasan Guru Besar SRA JAIM Kelemak : Ucapan oleh Encik Mohd Yusof Bin Sulaiman YDP PIBG SRA JAIM Kelemak 4.00 petang : Mesyuarat Agung kali ke – 3 (2024/2025) : Jamuan dan bersurai


AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE – 3 SESI 2024/2025 1. Ucapan aluan Pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3. Bangkitan minit mesyuarat yang lalu 4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan (2023) 5. Bangkitan kewangan 6. Penetapan kadar yuran PIBG dan dana kecemerlangan bagi tahun 2024/2025 7. Laporan aktiviti tahunan tahun 2023 dan 2024 8. Membincang dan membahas usul 9. Hal-hal lain 10. Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Pengerusi 11. Pemilihan AJK PIBG sesi 2024/2025 - Perlantikan Pengerusi sementara - Perlantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 1. Pengerusi 2. Timbalan Pengerusi 3. Setiausaha 4. Bendahari 5. Perlantikan AJK ibubapa dalam mesyuarat


JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 2022/2023 PENASIHAT PUAN NORHALISA BINTI ABU HASAN YANG DI PERTUA ENCIK MOHD YUSOF BIN SULAIMAN NAIB YANG DIPERTUA PUAN SURYANI BINTI SHAFIE SETIAUSAHA PUAN NORAINI BINTI MOHD YUSOP NAIB SETIAUSAHA PUAN SURAHHIYA HALIMATUL AMIRA BINTI IMRAN BENDAHARI PUAN SITI AISYAH BINTI AZNAN SHAM


JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 2022/2023 AHLI-AHLI JAWATANKUASA 1. PN. HAZIZAH BINTI OTHMAN (AJK) 2. PN. ASMANIZA BINTI ABD AZIZ (AJK) 3. CIK NORSYAZWANI BINTI ZAINI (AJK) 4. PN. MADINAH BINTI MOKHTAR (AJK) 5. PN. NOR DIANA BINTI MD DAN (AJK) 6. PN. SHAIDATUL HAZLINA BINTI RAZALI (AJK) 7. EN. AMIRUL HAMIDI BIN ABDUL HAMID (AJK) 8. EN. MOHD ZAIDI BIN RAMLI (AJK) 9. EN. TARMIZI BIN CHE DAUD (AJK) 10. EN. ZULKEFLI BIN ZAKARIA (JURU AUDIT 2)


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI KE - 3 TAHUN 2022/2023 Jawatankuasa Kerja Penasihat : Puan Norhalisa Binti Abu Hasan Yang Dipertua : Encik Mohd Yusof Bin Sulaiman Naib Setiausaha : Puan Surahhiya Halimatul Amira Binti Imran Bendahari : Puan Siti Aisyah Binti Aznan Sham Ahli Pengelola / Kerja Buku Program : Pn. Surahhiya Halimatul Amira Binti Imran Juru Acara : Pn. Surahhiya Halimatul Amira Binti Imran Persiapan Tempat : En. Mohd Zaidi Bin Ramli : Pn. Shaidatul Hazlina Binti Razali Jamuan Ibu bapa dan guru : Pn. Asmaniza Binti Abd Aziz Siaraya : Pn. Siti Aisyah Binti Aznan Sham Juru Gambar : Pn. Surahhiya Halimatul Amira Binti Imran Pendaftaran : Cik Norsyazwani Binti Zaini : Pn Nor Diana Binti Md Dan


___________________________________________________________________ Ruj kami : SRA/K (PIBG) 900 -3 Tarikh : 3 Mei 2024 : 24 Syawal 1445H IBU BAPA / PENJAGA Tuan/Puan MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM KELEMAK KALI KE - 3 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat agung PIBG SRA JAIM Kelemak kali ke – 3 akan diadakan ketetapan berikut : Tarikh : 10 Mei 2024 Hari : Jumaat Masa : 3:00 petang Tempat : SRA JAIM Kelemak 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/puan boleh memberikan usul bertulis (jika ada) pada lampiran sebelah bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan di sekolah ini. 4. kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian. “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan Amanah …………………. SURAHHIYA HALIMATUL AMIRA BINTI IMRAN Naib Setiausaha SRA JAIM Kelemak SK: Fail PIBG


MINIT MESYUARAT AGUNG KELI KE - 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM KELEMAK TAHUN 2022/23 TARIKH : 12 JANUARI 2024 MASA : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG TEMPAT : Bilik Guru SRA JAIM KELEMAK AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENGERUSI PIBG (En. Mohd Yusof Bin Sulaiman) 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan salam dan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa atas inisiatif mengadakan mesyuarat ini dan berharap ia akan memberi manfaat kepada semua warga PIBG. Beliau mengalakkan semua ibubapa agar bertanyakan soalan-soalan terus kepada pihak sekolah jika ada. 1.3 Pengerusi berharap dengan terbentuknya jawatankuasa ini akan dapat bersama-sama membantu ke arah kemenjadian anak-anak SRA JAIM Kelemak. Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT PIBG (PN. NORHALISA BINTI ABU HASAN) 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada kepada semua yang menghadiri mesyuarat Agung kali ke-3 pada tahun ini. Penasihat berharap barisan AJK sesi 2022/2023 diberikan keupayaan dan kekuatan untuk meneruskan agenda-agenda yang akan dilaksanakan demi untuk SRA JAIM Kelemak. Tindakan: Makluman


2.2 Guru Besar memaklumkan SRA JAIM Kelemak telah mendapat Johan bagi pertandingan Anugerah kecemerlangan Pengurusan Sekolah (AKPS) dalam Pengurusan Pentadbiran & Kewangan Terbaik. Pihak sekolah telah memperoleh wang tunai sebanyak RM 1000.00 berserta trofi. 2.3 Guru Besar memaklumkan Hari Graduasi bagi murid tahun 6 telah dilaksanakan pada 16 Disember 2023 bertempat di D’Acqua Resort, Masjid Tanah, Melaka. Program ini telah dibuat secara terbuka iaitu melibatkan murid dan ibu bapa. Seramai 40 orang murid telah diraikan pada majlis tersebut. 2.4 Aktiviti sekolah yang masih belum dilaksanakan pada tahun 2023 iaitu hari kantin dan majlis penyampaian hadiah. Hari kantin akan dilaksanakan pada 27 Januari 2024 manakala majlis penyampaian hadiah pula akan diadakan pada 7 Februari 2024. 2.5 Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran tahun 1 sesi 2024 secara online di IEMS adalah seramai 23 orang. Pihak sekolah telah mengedarkan pamphlet di Sekolah Kebangsaan, Tadika dan Taman perumahan bagi mempromosi sekolah. Kuota kemasukan murid tahun 1 di SRA JAIM Kelemak adalah seramai 30 orang murid. 2.6 Pada tahun 2024 terdapat pertambahan murid bagi murid tahun 2 hingga tahun 6. 2.7 Justeru itu, Guru Besar memaklumkan Ustazah Aida telah menamatkan perkhidmatan di SRA JAIM KELEMAK dan pihak sekolah telah mendapat guru baru bagi menggantikan Ustazah Aida. Jumlah guru di sekolah ini adalah seramai 8 orang iaitu 7 orang guru perempuan dan 1 guru lelaki. 2.8 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau ingin membuat pemilihan ahli jawatankuasa PIBG yang baru. Diharapkan pemilihan AJK PIBG yang baru kali ini dapat memberikan kerjasama dan dapat melaksanakan tugas dengan baik bagi melicinkan perjalanan pengurusan sekolah dalam semua bidang.


3. PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SRA JAIM KELEMAK Nota: PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM KELEMAK (104049044471) Disediakan oleh, Disahkan oleh, Disahkan oleh, ____________ _____________ __________ SITI AISYAH BT AZNAN SHAM EN MOHD YUSOF BIN SULAIMA NORHALISA BT ABU HASAN BENDAHARI PENGERUSI PIBG GURU BESAR SRA JAIM KELEMAK Kami telah memeriksa akaun pendapatan perbelanjaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini didapati benar. Di audit oleh, Di audit oleh, ___ _______ _____________ NORSYAZWANI BT ZAINI ZULKEFLI BIN ZAKARIA JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2 TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM 31.12.2022 Baki dibawa kehadapan 2834.91 6.2.2023 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2022 3000.00 12.1.2023 Yuran PIBG 80.00 16.3.2023 Perbelanjaan aktiviti pelajar 460.00 4.2.2023 Dana UPKK 50.00 21.6.2023 Kem Kembara Mumtaz UPKK 2023 6480.00 6.2.2023 Yuran PIBG 570.00 18.8.2023 PA System 2000.00 6.2.2023 Sumbangan 30.00 4.2.2023 Sumbangan 50.00 6.2.2023 Sumbangan 50.00 7.2.2023 Sumbangan 20.00 8.2.2023 Sumbangan 20.00 9.2.2023 Sumbangan 50.00 15.2.2023 Sumbangan 50.00 14.3.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 2680.00 15.3.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 10.00 15.3.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 2180.00 16.3.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 700.00 7.6.2023 Sumbangan 2000.00 7.6.2023 Sumbangan 500.00 30.6.2023 Dividen 4.22 7.7.2023 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2022 (bayaran semula) 1200.00 7.7.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 820.00 7.7.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 700.00 7.7.2023 Kutipan Yuran PIBG dan Dana UPKK 1026.00 31.12.2023 Dividen 4.12 JUMLAH PENDAPATAN 12794.34 JUMLAH PERBELANJAAN 11940.00 Baki pada 31/12/2023 3689.25 JUMLAH BESAR 15629.25 JUMLAH BESAR 15629.25


3.1 Bendahari PIBG memaklumkan akan menutup akaun simpanan dan ingin membuka akaun semasa. 3.2 Laporan telah disahkan oleh Cik Norsyazwani Binti Zaini dan disokong oleh Puan Asmaniza Binti Abd Aziz Tindakan: Makluman 4. PERBINCANGAN AKTIVITI SEKOLAH 4.1 Majlis Penyampaian Hadiah 4.1.1 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada 7 Februari 2024 bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Majlis tersebut akan diadakan secara tertutup iaitu hanya melibatkan murid sahaja. 4.1.2 Antara kategori dan kos bagi penyampaian hadiah adalah seperti berikut: BIL. ITEM KUANTITI KOS 1 Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga RM 14.00 x 10 kelas RM 12.00 x 10 kelas RM 10.00 x 10 kelas RM 140.00 RM 120.00 RM 100.00 2 Kehadiran Terbaik (Lelaki dan Perempuan) RM 6.00 x 20 0rang RM120.00 3 Matapelajaran Terbaik RM 7.00 x 50 orang RM 350.00 4 Sahsiah Terbaik (Lelaki dan Perempuan) RM 6.00 x 20 orang RM 120.00 5 Tokoh Pelajar (Lelaki dan Perempuan) RM 30.00 x 2 orang RM60.00 6 Makanan Murid 200 murid x RM 5.00 RM 1000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 2,010.00 Tindakan: Makluman


4.2 Hari kantin sekolah 4.2.1 Hari Kantin Sekolah akan diadakan pada 27 Januari 2024 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. 4.2.2 Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari kantin tersebut adalah: Soopa Doopa Indoor Games Mini Zoo Sauk Ikan Rumah Hantu Photobooth Karaoke Gerai Jualan 4.2.3 Kupon yang akan dijual secara set dengan harga RM15.00 untuk setiap set yang mengandungi RM1x4, RM2x3, RM 5x1. 4.2.4 PIBG sekolah akan menaja 3 khemah bagi program tersebut iaitu sebanyak RM450. 4.2.5 Tuan Penasihat pula akan menaja cenderahati sebanyak RM50.00 manakala Puan Suryani pula akan menaja 6 buah hamper. Sebanyak 30 hamper akan diberikan kepada para tetamu yang hadir. Tindakan: Guru Kantin 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Encik Zaidi telah mencadangkan untuk menaik taraf kantin bagi memberikan keselesaan kepada semua murid. 5.2 Puan Suryani mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mendapat Johan bagi pertandingan AKPS. 5.3 Selain itu, Tuan Penasihat mencadangkan untuk membuat longkang di luar kawasan sekolah bagi memudahkan pengaliran air.


5.4 Pihak sekolah telah memanggil Indah Water untuk menyedut tangki tandas lelaki dan perempuan. 5.5 Tuan Penasihat mohon supaya pihak sekolah dan AJK PIBG untuk bekerjasama bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Tindakan: Makluman 6. UCAPAN PENAGGUHAN 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang hadir pada mesyuarat kali ini dan berharap agar semua ahli PIBG SRA JAIM Kelemak dapat terus memberikan kerjasama dan komitmen yang baik demi Pendidikan agama anak-anak di SRA JAIM Kelemak. 6.2 Beliau juga mengucapkann ribuan terima kasih kepada barisan para ibu bapa dan para guru SRA JAIM Kelemak kerana memilih beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023. 6.3 Beliau mengharapkan para ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 6.4 Beliau juga berharap barisan ajk PIBG yang dilantik pada tahun ini lebih mantap. 6.5 Mesyuarat PIBG kali ke - 3 (2024/2025) ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Disediakan oleh : Disemak oleh : ______________ ___ _______ Surahhiya Halimatul Amira Binti Imran En. Mohd Yusof Bin Sulaiman Naib Setiausaha Pengerusi PIBG SRA JAIM Kelemak SRA JAIM Kelemak


LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH 2023 KURIKULUM (AKADEMIK) Bengkel Haji dan Umrah / PPS murid tahun 6 di Kem Permata Resort Program Cilik Azan bagi murid tahap 1 Program 3S (Senyum, Sapa, Salam) bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Motivasi UPKK bersama ibubapa (JAZIM) Bacaan Yasin dan Solat Hajat (UPKK) di Masjid Al-Aman Panitia Bahasa Arab murid tahap 2 Tandatangan buku rekod Peperiksaan Pertengahan Tahun HAL EHWAL MURID Latihan kebakaran peringkat sekolah Lawatan ke balai bomba tahap 2 Pelantikan pengawas KOKURIKULUM Program anak yatim dan asnaf Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kem UPKK dan Teknik Menjawab Soalan bertempat di Al-Khawarizmi Bulan kemerdekaan Program Maulidurrasul Lawatan ke Cameron Highland Program Hari Kantin Hari penyampaian hadiah LAIN-LAIN AKTIVITI Gotong-Royong perdana bersama ibu bapa Program Bubur Asyura


LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH 2024 KURIKULUM (AKADEMIK) Bengkel Haji dan Umrah / PPS murid tahun 6 Program 3S (Senyum, Sapa, Salam) bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Motivasi UPKK bersama ibubapa Bacaan Yasin dan Solat Hajat (UPKK) di Masjid Al-Aman Hari bertemu pelanggan Program-program panitia matapelajaran HAL EHWAL MURID Latihan kebakaran peringkat sekolah Lawatan ke balai bomba tahap 2 Pelantikan pengawas Lawatan sambil belajar KOKURIKULUM Sambutan Israk Mikraj Majlis Khatam Quran dan sumbangan anak yatim dan asnaf Sambutan Hari Raya Sambutan Hari Guru Pertandingan Ihtifal peringkat zon Kem UPKK di Al-Khawarizmi Program Maulidurrasul Program Hari Kantin Hari penyampaian hadiah Hari Graduasi Tahun 6 LAIN-LAIN AKTIVITI Gotong-Royong perdana bersama ibu bapa dan PIBG Program Bubur Asyura


ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1


ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2


ANALISA KEPUTUSAN UPKK TAHUN 2023 ANUGERAH PELAJAR YANG MENDAPAT ANUGERAH NILAM UPKK 2023 Irfan Hafizh Bin Ishak ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG Nur Basirah Binti Mohd Bukhari


MEMBAHASKAN USUL Melebarkan pintu utama Pemantauan murid semasa waktu balik sekolah Lawatan sambil belajar di tempat yang bersesuaian Masalah ibubapa berebut tempat letak kereta Mengadakan kelas mengaji pada waktu balik Menambah baik kelas Keceriaan kawasan sekolah Perlu diteruskan kelas tambahan seperti tahun lepas sbb banyak peningkatan


Click to View FlipBook Version