KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) KE-16
BUKU PANDUAN GRADUAN
2020
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL. PERKARA 1
1
1. MAKLUMAT AM KONVOKESYEN 1
1.1 Maklumat Am 1
1.2 Tatacara Semasa Majlis
1.3 Raptai 2
1.4 Ruang dan Waktu Solat 2
2. PENDAFTARAN GRADUAN & PENGAMBILAN JUBAH 3
2.1 Pendaftaran Graduan & Pengambilan Jubah 3
2.2 Pemulangan Jubah 3
3
3. PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN 4
3.1 Pengesahan Kehadiran Graduan Biasa
3.2 Pengesahan Kehadiran Graduan Terbaik ILKBS 4
3.3 Maklumat Pembayaran 4
3.4 Kajian Kebolehpasaran 4
3.5 Keahlian Persatuan Alumni ILKBS Malaysia
5
4. IBU BAPA / TETAMU 5
4.1 Kad Jemputan Ibu Bapa / Tetamu
4.2 Tarikh dan Masa Ibu Bapa / Tetamu Memasuki Dewan 5
4.3 Kanak-Kanak di Bawah Umur 12 Tahun 6
7
5. KENDERAAN 7-9
5.1 Parkir Kenderaan
5.2 Keselamatan Kenderaan
6. ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN
6.1 Pakaian Graduan Lelaki
6.2 Pakaian Graduan Wanita
6.3 Pakaian yang Dilarang / Tidak Dibenarkan
6.4 Penampilan Diri Graduan dan Tetamu
7. TUNTUTAN SIJIL & GAMBAR 10
7.1 Prosedur Pungutan Sijil 10
7.2 Penahanan Sijil 10
7.3 Kesilapan Maklumat Pada Sijil 10
7.4 Gambar Graduan
11
8. JADUAL KONVOKESYEN 12
8.1 Jadual Majlis Penyertaan Graduan Biasa
8.2 Jadual Majlis Penyertaan Graduan Terbaik ILKBS 13-14
15-16
9. MAKLUMAT SIDANG
9.1 Sidang 1 17
9.2 Sidang 2 17
17
10. SENARAI SEMAK
10.1 Perkara Wajib Dilakukan Sebelum Majlis 18
10.2 Perkara Wajib Dilakukan Semasa Majlis
10.3 Perkara Wajib Dilakukan Selepas Majlis
11. CONTOH SLIP KAJIAN KEBOLEHPASARAN ATAS TALIAN (ONLINE)
1. MAKLUMAT AM KONVOKESYEN
1.1 Maklumat Am
- Konvokesyen akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada
14 April 2020 (Selasa).
- Majlis ini diadakan sebanyak 2 sidang yang melibatkan graduan ILKBS dari IKTBN/IKBN dan AKBG.
- Pihak Urus Setia TIDAK menyediakan kemudahan penginapan dan makan minum kepada graduan
atau tetamu yang hadir ke majlis ini.
- Sila bawa buku panduan ini semasa menghadiri raptai dan semasa majlis berlangsung.
- Sebarang masalah atau pertanyaan pada hari Konvokesyen, graduan & tetamu boleh merujuk
kepada pegawai bertugas di Kaunter Utama Aras C (Concourse).
1.2 Tatacara Semasa Majlis
- Semasa majlis berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.
- Graduan dan tetamu diminta patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh pegawai petugas di laluan
naik ZON BIRU dan ZON HIJAU serta pegawai bertugas di dalam Dewan Plenari.
- Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa Konvokesyen sedang berlangsung.
1.3 Raptai
- Raptai Konvokesyen akan diadakan pada hari Isnin, 13 April 2020 di Dewan Plenari, Aras 3, Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 2.00 – 4.00 petang.
- Semua graduan adalah dijemput untuk menghadiri majlis raptai tersebut. Pakaian raptai
hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis.
1.4 Ruang dan Waktu Solat
- Ruang solat berada pada Aras C (Concourse) dan terletak berhadapan ruang pameran.
- Rujukan waktu solat;
1
2. PENDAFTARAN GRADUAN & PENGAMBILAN JUBAH
2.1 Pendaftaran Graduan & Pengambilan Jubah
- Graduan perlu mendaftar dan mengambil jubah pada 13 April 2020 bertempat di Dewan 6,7
& 8, Aras C (Concourse), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut
ketetapan berikut;
• SIDANG 1
Tarikh daftar & ambil jubah : 13 April 2020 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
• SIDANG 2
Tarikh daftar & ambil jubah : 13 April 2020 (Isnin)
Masa : 2.00 ptg hingga 6.00 petang
- Bagi graduan yang gagal mendaftar dan mengambil jubah pada tarikh dan masa yang
ditetapkan seperti di atas, graduan perlu menghubungi Urus Setia Pendaftaran & Jubah di
talian 017-3376206/ 016-4210041 untuk sebarang temujanji.
- Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar dan mengambil jubah;
• Kad Pengenalan
• Resit bayaran Konvokesyen RM100.00
• Slip Borang Kajian Kebolehpasaran Online
• Borang Keahlian Persatuan Alumni ILKBS Malaysia
- Graduan yang mendaftar akan dibekalkan;
• Kad Jemputan Ibu Bapa / tetamu (tiket masuk Dewan Plenari untuk 2 orang
sahaja)
• Resit rasmi – resit pembayaran Konvokesyen
• Jubah Konvokesyen
2.2 Pemulangan Jubah
- Pemulangan Jubah Konvokesyen hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sidang 1 : 14 April 2020 (Selasa) - 2.30 petang hingga 4.30 petang
Sidang 2 : 14 Julai 2020 (Selasa) - 5.30 petang hingga 7.00 malam
- Tempat pemulangan jubah Konvokesyen di;
Dewan 6, 7 & 8
Aras C (Concourse)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Putrajaya
- Kegagalan graduan memulangkan jubah akan menyebabkan sijil tidak akan diserahkan
sehingga pemulangan jubah dilakukan.
- Denda sebanyak RM300 akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang kehilangan atau
kerosakan pada jubah.
2
3. PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN
3.1 Pengesahan Kehadiran Graduan BIASA
- Graduan hendaklah membuat pengesahan kehadiran secara atas talian (Online) mulai 13 Mac 2020
hingga 13 April 2020 di portal http://eikbn.gov.my/konvokesyenILKBS/page1.php
- Penyertaan graduan adalah mengikut sidang yang telah ditetapkan dalam surat jemputan dan dalam
Buku Panduan Graduan muka surat 11.
3.2 Pengesahan Kehadiran Graduan TERBAIK ILKBS
- Graduan hendaklah membuat pengesahan kehadiran secara atas talian (online) mulai 13 Mac 2020
hingga 13 April 2020 di portal http://eikbn.gov.my/konvokesyenILKBS/page1.php
- Penganugerahan graduan terbaik hanyalah pada Sidang 1 sahaja dan makluman graduan terbaik
boleh disemak pada portal di atas dan di surat jemputan serta dalam Buku Panduan Graduan muka
surat 12.
3.3 Maklumat Pembayaran
- Setiap graduan yang mengesahkan kehadiran ke Majlis Konvokesyen ini dikehendaki membuat
pembayaran sebanyak RM100.00 melalui akaun seperti berikut:-
Nama bank : RHB BANK
No. Akaun : 21209500007101
Nama Akaun : KOPERASI PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA BERHAD
Kaedah : ”PEMBAYARAN HANYA MELALUI KAUNTER BANK ATAU
Pembayaran
ONLINE SAHAJA”. Pembayaran melalui mesin ATM tidak diterima
- Graduan yang membuat pembayaran online hendaklah mencetak resit sebagai bukti pembayaran.
- Resit bayaran bank (salinan pelanggan) yang asal atau cetakan resit online bersama Kad
Pengenalan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran graduan di PICC pada (13 April 2020)
untuk pengesahan dan pendaftaran.
3.4 Kajian Kebolehpasaran
- Graduan adalah DIWAJIBKAN mengisi borang kajian kebolehpasaran secara online.
- Slip Borang Kajian Kebolehpasaran online hendaklah dibawa dan diserahkan kepada petugas
semasa pendaftaran.
- Kajian ini boleh dicapai melalui portal http://graduan.moe.gov.my/TVET/Default.aspx
3
3.5 Keahlian Persatuan Alumni ILKBS Malaysia
- Graduan perlu melengkapkan Borang Keahlian PAILKBS yang boleh dimuat turun di laman web
http://eikbn.gov.my/konvokesyenILKBS/page1.php
- Para graduan boleh mendaftar keahlian Alumni ILKBS di kaunter Persatuan Alumni ILKBS dengan
kadar yuran sebanyak RM20.00.
4. IBU BAPA / TETAMU
4.1 Kad Jemputan Ibu Bapa / Tetamu
- Kad jemputan ibu bapa / tetamu akan diberikan kepada graduan semasa hari pendaftaran.
- 1 Kad jemputan hanya mewakili untuk 2 tetamu sahaja.
- Sila tunjukkan kad jemputan ibu bapa / tetamu kepada petugas di eskalator Zon Hijau, Aras C
(Concourse) sebelum dibenarkan memasuki Dewan Plenari.
- Kehilangan kad atau kad rosak adalah tidak dibenarkan untuk memasuki dewan.
4.2 Tarikh dan Masa Ibu Bapa / Tetamu Memasuki Dewan
- Ibu Bapa / tetamu diminta mematuhi waktu yang ditetapkan seperti berikut;
• SIDANG 1 : 14 April 2020 (7.00 pagi – 7.30 pagi)
• SIDANG 2 : 14 April 2020 (1.30 petang – 2.00 petang)
- Kegagalan ibu bapa / tetamu mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan tidak dibenarkan
memasuki Dewan Plenari.
- Tetamu diminta duduk ditempat yang telah dikhaskan dan menghormati majlis yang sedang
berlangsung. Tetamu atau ibu bapa yang hadir memasuki dewan hendaklah berpakaian sopan
dan bersesuaian dengan majlis.
4.3 Kanak-Kanak di Bawah Umur 12 Tahun
- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan memasuki Dewan Plenari.
Penjaga adalah dinasihatkan membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke Dewan
Putra B2 Aras C (Concourse) untuk menonton tayangan siaran langsung Majlis
Konvokesyen.
4
5. KENDERAAN
5.1 Parkir Kenderaan
- Graduan diminta untuk mematuhi arahan petugas dan tunjuk arah yang telah disediakan bagi
memastikan Konvokesyen berjalan dengan lancar.
- Graduan tidak dibenarkan parkir kenderaan di laluan yang tidak dibenarkan yang boleh
menghalang laluan kenderaan lain.
- Perkhidmatan Shuttle Van disediakan (Sila rujuk lampiran laluan Shuttle Van)
5.2 Keselamatan Kenderaan
- Graduan dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan atau
meninggalkan kenderaan tanpa dikunci.
- Pihak urus setia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan atau
perkara yang boleh mengakibatkan kerugian terhadap kenderaan berkenaan disebabkan
kecuaian atau keadaan persekitaran.
6. ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN
6.1 Pakaian Graduan Lelaki
- Pakaian bagi graduan lelaki hendaklah mengikut kod pemakaian yang telah ditetapkan.
Graduan tidak dibenarkan memasuki Dewan Plenari sekiranya tidak mematuhi kod etika
pemakaian ini.
• Kemeja lengan panjang berwarna putih / cerah
• Seluar panjang (slack) berwarna hitam / gelap
• Bertali leher
• Bersongkok
• Kasut kulit hitam
• Berstoking warna hitam / gelap
• Berbaju melayu lengkap bersamping dan
bersongkok
• Warna gelap
• Berbutang lengkap
• Berkasut kulit hitam
• Berstoking warna hitam / gelap
5
6.2 Pakaian Graduan Wanita
- Pakaian bagi graduan wanita hendaklah mengikut kod pemakaian yang telah ditetapkan.
Graduan tidak dibenarkan memasuki Dewan Plenari sekiranya tidak mematuhi kod etika
pemakaian ini.
- Contoh kod pemakaian graduan wanita;
• Baju Kurung / Kebaya / Pakaian Tradisional warna bebas.
• Bertudung warna hitam bagi muslim.
• Kasut hendaklah bertutup penuh atau sekurang-kurangnya
bertutup dibahagian hadapan kasut dan bertumit sekurang-
kurangnya 1 inci tinggi dan bewarna gelap.
6
6.3 Pakaian yang Dilarang / Tidak Dibenarkan
- Cara pemakaian dan penampilan diri hendaklah kemas, lengkap dan sopan sesuai dengan imej
pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Graduan yang tidak mematuhi tatacara
berpakaian dan penampilan diri yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis sama
sekali. Larangan kepada graduan semasa majlis;
Memakai baju t-shirt lengan pendek atau panjang bagi lelaki atau wanita
Memakai seluar jeans atau khakis bagi lelaki atau wanita
Memakai jaket
Berpakaian santai dan tidak sesuai untuk majlis
Berpakaian menjolok mata/ terlalu ketat
Berpakaian sukan bagi lelaki atau wanita
Berkasut sukan bagi lelaki atau wanita
6.4 Penampilan Diri Graduan dan Tetamu
- Penampilan diri hendaklah kemas, berambut pendek bagi graduan lelaki, lengkap seperti kod
pemakaian yang telah ditetapkan dan sopan sesuai dengan imej pelajar Institusi Latihan
Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
- Tetamu yang mengiringi graduan diminta memakai pakaian yang kemas (baju batik digalakkan).
- Dibawah adalah panduan pemakaian Jubah Konvokesyen bagi graduan lelaki dan wanita.
CARA LIPAT LAYPARD DAN PAKAI JUBAH PELAJAR DIPLOMA
7
LAYPARD
LAYPARD
\
8
JENIS POTONGAN RAMBUT GRADUAN LELAKI YANG DIBENARKAN
JENIS KASUT YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN SEMASA
✅X
✅X
✅X
✅X
✅X
9
7. TUNTUTAN SIJIL & GAMBAR
7.1 Prosedur Pungutan Sijil
- Sijil boleh dituntut oleh graduan setelah selesai Konvokesyen & tempoh tuntutan sijil adalah
sama dengan masa yang ditetapkan untuk pemulangan jubah Konvokesyen.
- Graduan akan diberi resit sokongan semasa memulangkan jubah. Sila bawa resit berkenaan
untuk menuntut sijil di Kaunter Utama Aras C (Concourse).
- Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh ILKBS. Walau bagaimanapun, ILKBS tidak
akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas sijil
tersebut.
- Graduan yang tidak hadir semasa majlis boleh membuat tuntutan sijil di IKTBN / IKBN / AKBG
masing-masing selepas 2 bulan dari tarikh Konvokesyen.
7.2 Penahanan Sijil
- Urus setia berhak menahan sijil mana-mana graduan yang gagal memulangkan jubah.
7.3 Kesilapan Maklumat Pada Sijil
- Kesilapan maklumat pada sijil boleh dirujuk di Kaunter Utama Aras C (Concourse) untuk rekod
pembetulan.
- Sijil yang dipulangkan untuk pembetulan boleh dituntut di IKTBN / IKBN / AKBG masing-
masing selepas 2 bulan dari tarikh Konvokesyen.
7.4 Gambar Graduan
- Gambar graduan dalam dewan diuruskan oleh Koperasi Pusat Latihan Belia Dusun Tua
Berhad.
- Graduan akan diberikan 3 keping gambar bersaiz 11R, 8R & 5R termasuk CD-R. Gambar
akan di pos secara pos berdaftar.
- Sebarang pertanyaan mengenai gambar graduan, sila hubungi IKTBN Dusun Tua ditalian
019-5252053.
10
8. JADUAL KONVOKESYEN
8.1 Jadual Pergerakan Graduan Biasa
KETERANGAN SIDANG 1 SIDANG 2
13 April 2020 (Isnin) 13 April 2020 (Isnin)
7.30 pg – 1.00 ptg 2.00 pg – 6.00 ptg
Dewan 6, 7 & 8 Dewan 6, 7 & 8
Aras C (Concourse) Aras C (Concourse)
PICC PICC
Kaunter Pendaftaran Graduan ATAU
Biasa
Sekiranya graduan gagal mendaftar dan mengambil jubah
pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas, graduan perlu
menghubungi Urus Setia Pendaftaran & Jubah di talian
017-3376206/ 016-4210041.
Raptai 13 April 2020 (Isnin)
2.00 ptg – 4.00 ptg
Berbaris Untuk Perarakan 14 April 2020 (Selasa) 14 April 2020 (Selasa)
Masuk Graduan Dalam Dewan 7.00 pagi 1.30 ptg
(Ruang Legar Dewan Plenari,
Aras 3)
Pemulangan Jubah 14 April 2020 (Selasa) 14 April 2020 (Selasa)
Dewan 6, 7 & 8, Aras C 2.30 ptg – 4.30 ptg 5.30 ptg – 7.00 mlm
(Concourse),
Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tuntutan Sijil 14 April 2020 (Selasa)
Kaunter Utama Aras C 2.30 ptg – 7.00 mlm
(Concourse)
PERINGATAN: Graduan yang gagal mematuhi semua panduan yang ditetapkan boleh
dikenakan tidakan hilang kelayakan konvokesyen.
11
8.2 Jadual Pergerakan Graduan Terbaik ILKBS
KETERANGAN SIDANG 1
Kaunter Pendaftaran Graduan Terbaik ILKBS
13 April 2020 (Isnin)
7.30 pg – 1.00 ptg
Dewan 6, 7 & 8
Aras C (Concourse)
PICC
ATAU
Sekiranya graduan gagal mendaftar dan mengambil
jubah pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas,
graduan perlu menghubungi Urus Setia Pendaftaran
& Jubah di talian 017-3376206/ 016-4210041.
Raptai 13 April 2020 (Isnin)
2.00 ptg – 4.00 ptg
Berbaris Untuk Perarakan Masuk Graduan 14 April 2020 (Selasa)
Dalam Dewan 7.00 pg
(Ruang Legar, Dewan Plenari, Aras 3) ( Berbaris pada ruang graduan Terbaik )
Pemulangan Jubah 14 April 2020 (Selasa)
Dewan 6, 7 & 8, Aras C (Concourse), 2.30 ptg – 4.30 ptg
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC)
Tuntutan Sijil 14 April 2020 (Selasa)
Kaunter Utama Aras C (Concourse) 2.30 ptg – 7.00 mlm
PERINGATAN: Graduan yang gagal mematuhi semua panduan yang ditetapkan boleh dikenakan
tidakan hilang kelayakan konvokesyen.
12
9. MAKLUMAT SIDANG : 14 April 2020 (Selasa)
: 7.00 pg
9.1 SIDANG 1 : Dewan Plenari Aras 3
- Tarikh Konvokesyen
- Masa Konvokesyen
- Tempat Konvokesyen
PROGRAM PENGIKTIRAFAN
TEKNOLOGI AWAM
DIPLOMA TEKNOLOGI AWAM (HIASAN DALAMAN - DRYWALL & CEILLING) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI AWAM (LUKISAN SENIBINA) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI AWAM (PENYELIAAN AWAM & STRUKTUR) DKM
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AWAM (LANDSKAP PEMBINAAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AWAM (PEMBUATAN PERABOT & HIASAN DALAMAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AWAM (SCAFFOLDING - TUBULAR) SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI AWAM (PENGENDALIAN KREN MENARA) JKKP
SIJIL TEKNOLOGI AWAM (PENYELENGGARAAN BANGUNAN) SKM 2
SIJIL TEKNOLOGI AWAM (SCAFFOLDING - TUBULAR) SKM 2
TEKNOLOGI ELEKTRIK
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1) ST-A1
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4) ST-A4
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA) DKM
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA - PW4) ST-PW4
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA
DOMESTIK) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA
KOMERSIAL) SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (JURUTEKNIK ELEKTRIK RENDAH)
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA - PW2) SKM 2
TEKNOLOGI ELEKTRONIK ST-PW2
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK (INDUSTRI)
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI DKM
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK (INDUSTRI) MQA
TEKNOLOGI FOTOGRAFI SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FOTOGRAFI
SKM 3
13
PROGRAM PENGIKTIRAFAN
TEKNOLOGI HOSPITALITI
DIPLOMA TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENGURUSAN PASTRI DAN ROTI) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYAJIAN) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN MAKANAN) DKM
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (KAUNTER HADAPAN - FRONT OFFICE) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENGEMASAN - HOUSEKEEPING) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYAJIAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN MAKANAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN PASTRI) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN ROTI) SKM 3
TEKNOLOGI PERSONAL
SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL (PEREKAAN GAYA RAMBUT) SKM 2
SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL (TERAPI KECANTIKAN) SKM 2
14
9.2 SIDANG 2 : 14 April 2020 (Selasa)
- Tarikh Konvokesyen : 1.30 ptg
- Masa Konvokesyen : Dewan Plenari Aras 3
- Tempat Konvokesyen
PROGRAM PENGIKTIRAFAN
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF DLKM
DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (PEMBUATAN) MQA
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN) MQA
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (REKABENTUK PRODUK) MQA
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN JENTERA BERAT) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN KENDERAAN PERDAGANGAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN KERETA) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN MOTOSIKAL) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SEMBURAN CAT) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SUKAN PERMOTORAN EMPAT RODA) SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN KERETA) SKM 2
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SEMBURAN CAT) SKM 2
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (PEMBUATAN) MQA
TEKNOLOGI MAKLUMAT
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (PEREKABENTUK MULTIMEDIA PENGARANGAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN KOMPUTER) SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENERBITAN VIDEO) SKM 2
TEKNOLOGI MARIN
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MARIN (PENYELENGGARAAN) SKM 3
TEKNOLOGI MEKANIKAL
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN FAUNDRI (ACUAN KEKAL) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUNGKUSAN MQA
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (FABRIKASI PAIP, MINYAK & GAS) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (KIMPALAN) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMBUATAN - CAD/CAM) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEREKAAN ACUAN PLASTIK) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEREKAAN ALAT TEKAN) DKM
15
PROGRAM PENGIKTIRAFAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK INDUSTRI) DKM
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL ALATAN & ACUAN MQA
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (KIMPALAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (MEKATRONIK) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (OPERASI FABRIKASI PAIP) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMBUATAN ACUAN PLASTIK) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMESINAN CNC) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMESINAN) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PESAWAT - KOMPOSIT) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PESAWAT - METAL) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK INDUSTRI) SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUNGKUSAN MQA
TEKNOLOGI SUKAN
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI PENGURUSAN GOLF (STARTER & MARSHALL) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI TERAPI SUKAN SKM 3
SIJIL TEKNOLOGI PENGURUSAN GOLF (GOLF'S ASSISTANT) SKM 2
TEKNOLOGI TEKSTIL
DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL (REKAAN FESYEN) DKM
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI TEKSTIL (JAHITAN PAKAIAN LELAKI) SKM 3
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI TEKSTIL (JAHITAN PAKAIAN WANITA) SKM 3
16
10. SENARAI SEMAK (√)
10.1 Perkara Wajib Dilakukan Sebelum Majlis
Perkara
Mengesahkan kehadiran di portal 13 Mac - 13 April 2020;
http://eikbn.gov.my/konvokesyenILKBS/page1.php
Muat turun surat jemputan graduan
Muat turun buku panduan graduan
Muat turun dan lengkapkan borang Alumni ILKBS Malaysia
Melengkapkan Kajian Kebolehpasaran online
Membuat pembayaran konvokesyen RM100.00 kepada Koperasi Pusat Latihan Belia
Dusun Tua Berhad
Mengambil jubah
10.2 Perkara Wajib Dilakukan Semasa Majlis (√)
(√)
Perkara
Membawa kad pengenalan, surat jemputan graduan, Buku Panduan Graduan, slip Kajian
Kebolehpasaran dan resit pembayaran konvokesyen
Mendaftar di kaunter pendaftaran di Dewan 6, 7 & 8, Aras C (Concourse),
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut jadual yang ditetapkan
Berada Di Dewan Plenari mengikut jadual yang ditetapkan rujuk perkara 8
(Jadual Konvokesyen)
10.3 Perkara Wajib Dilakukan Selepas Majlis
Perkara
Memulangkan jubah di Dewan 6, 7 & 8, Aras C (Concourse),
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Membuat tuntutan sijil di Kaunter Utama Aras C (Concourse),
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- TERIMA KASIH –
TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN
17
11. CONTOH SLIP KAJIAN KEBOLEHPASARAN ONLINE
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXX
XXx
xxxx
18