KESELAMATAN
PENGENDALIAN
PERALATAN &
PENJIMATAN ELEKTRIK
DI RUMAH
NAMA : NUR ALEESHA SYAFIYAH
BINTI KHAIRUL ANNUAR
TAHUN : 5 PINTAR
KESELAMATAN PENGENDALIAN
PERALATAN
Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan
peralatan elektrik perlulah dititikberatkan:
◦ Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis
terpasang.
◦ Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
◦ Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
◦ Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
◦ Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
◦ Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
◦ Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
◦ Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel
elektrik.
◦ Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
◦ Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.
Langkah-langkah keselamatan
penggunaan elektrik
PENJIMATAN ELEKTRIK DI RUMAH
Langkah Penjimatan elektrik ketika dirumah ialah:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman
udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan
mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya
muatan tidak terlalu penuh.
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong,
isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.
Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan
menjimatkan tenaga.
Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga
mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.
Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi
undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Penjimatan penggunaan sumber tenaga
penting untuk mengurangkan bil utiliti yang
ditanggung oleh ibu bapa kita
-mengurangkan penggunaan sumber alam semula
jadi
-dapat digunakan oleh generasi seterusnya jika
dimanfaatkan dengan baik
-menjimatkan kos sekali gus menjana pendapatan
-pelaburan yang memerlukan kos yang rendah
-menjanjikan pulangan yang hebat di samping
mesra alam
SEKIAN TERIMA KASIH