The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM50622 Muhammad Irham Syafi bin Syadiron, 2023-03-27 00:37:10

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK

MORFOLOGI: ISU KESALAHAN BAHASA

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (ISU KESALAHAN BAHASA) MORFOLOGI BM (BMMB3203)


MUHAMMAD IRHAM SYAFI BIN SYADIRON NUR ALEESYA QISTINA NAMA A BINTI ZAINAL ABIDIN HLI KUMPULAN


ISI KANDUNGAN Pembentukan Kata Baharu Isu Kesalahan Penggunaan kata dari sudut Morfologi


1) ANALISIS DAN PENILAIAN TENTANG PEMBENTUKAN KATA BAHARU


Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua proses utama iaitu melalui penggunaan popular, seperti yang digunakan dalam media massa, penulisan kreatif serta seumpamanya dan yang kedua melalui proses perancangan bahasa yang rasmi. Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses penggayaan yang melibatkan bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon). Dari segi bunyi bahasa berlaku disebabkan pertembungan dengan bahasa-bahasa lain. Ini telah menyebabkan bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh pelbagai bahasa lain akibat daripada pertembungan dengan masyarakat luar seperti bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajah Barat iaitu bahasa Inggeris, Belanda dan Portugis. Hal ini dipengaruhi oleh perdagangan, penjajahan, penyebaran agama dan penyelidikan. Proses penyerapan istilah bahasa asing dalam bahasa Melayu telah mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya berbanding bunyinya supaya ia sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu.


Selain itu, perkataan dalam bahasa Melayu juga berlakunya peminjaman atau penyerapan daripada bahasa asing seperti meminjam unsur-unsur imbuhan. Imbuhan tersebut telah diterima dalam bahasa Melayu sama ada secara sepenuhnya atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Salah satu, pinjaman imbuhan awalan daripada bahasa Sanskrit seperti dwi, pra, maha dan sebagainya. Penggunaan imbuhan awalan bahasa Sanskrit ini telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu untuk diaplikasikan ke dalam penulisan atau percakapan. Sebagai contoh yang terdapat dalam petikan adalah ' pramatang '. Bukan itu sahaja, unsur-unsur pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Penggunan bahasa telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses penyerapan unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Lazimnya, penggunaan imbuhan bahasa Arab adalah menerangkan berkaitan jamak sesuatu perkataan atau lain-lain. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks adalah perkataan ' mukminin ' dimana ia menerangkan banyak lelaki mukmin. Justeru itu, jelaslah bahawa sebahagian perkataan Arab sudah menjadi sebati dalam kehidupan manusia tanpa disedari. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkataan ' redha ' , 'hadith' , 'da ' awah' dan sebagainya yang terdapat dalam petikan tersebut.


Seterusnya, pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa Inggeris dimana perkataan-perkataan tersebut dipinjam atau diserap ke dalam bahasa Melayu sama ada melalui penulisan mahupun pertuturan. Perkataan tersebut dipinjam kerana ada sesetengah perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing tersebut. Tambahan pula, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing terutamanya dalam bahasa Inggeris juga menjadi penyebab akan perkataan pinjaman tersebut terbentuk. Sebagai contoh, perkataan, ' posting ' , ' share ' , 'baby ' dan juga ' street' yang terdapat dalam petikan tersebut dapat membuktikan bahawa penggunaan perkataan tersebut telah menjadi kebiasaan untuk digunakan dalam kehidupan masyarakat kini. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kerancuan bahasa dalam bahasa Melayu tersebut.


2) PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI


Kesalahan penggunaan perkataan 'street' , 'share' , 'baby' dan 'posting' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan penggunaan bahasa Inggeris yang dikenal pasti telah digunakan sepenuhnya dalam penulisan bahasa Melayu. Perkataan ' street' , ' share ' , 'baby ' dan ' posting ' merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris yang diguna pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut sememangnya lazim digunakan dalam penulisan mahupun pertuturan berbanding penggunaan perkataan 'jalanan ' , 'kongsi' , 'bayi' dan juga 'hantaran '. 1


Kesalahan ejaan 'da'awah' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan ejaan. Perkataan 'da ' awah' merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Ejaan 'da ' awah' yang betul berdasarkan Kamus Dewan adalah 'dakwah'. Huruf ' a ' dieja dengan satu huruf sahaja kerana telah digugurkan daripada gabungan vokal yang sama iaitu huruf ' a ' tersebut. Jadi, ejaan yang mempunyai huruf vokal yang sama perlu diubah mengikut sebutan bunyi asal perkataan tersebut. Manakala Tanda koma di atas (') digantikan dengan huruf konsonan 'k' kerana perkataan tersebut membentuk suku kata tertutup iaitu 'dak'. 2


Kesalahan ejaan 'redha' dan 'hadith' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan ejaan. Perkataan ' redha ' dan 'hadith' merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab kerana menggunakan perkataan yang mempunyai gabungan konsonan iaitu 'dh' dan 'th'. Ejaan ' redha ' yang betul berdasarkan Kamus Dewan adalah ' reda '. Huruf 'dh' ditulis menggunakan huruf (ض( dalam tulisan Jawi. Bunyi pinjaman 'dh' yang digunakan dalam bentuk ujaran telah diubah menjadi 'd' mengikut sistem ejaan Rumi baharu. Manakala ejaan bagi perkataan 'hadith' yang betul adalah 'hadis ' . Namun bunyi 'th' kini telah diubah menjadi ' s ' dalam ejaan Rumi baharu. 3


Kesalahan ejaan 'tawakkal' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan ejaan. Perkataan 'tawakkal' merupakan perkataan pinjaman daripadaa bahasa Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Ejaan 'tawakkal' yang betul berdasarkan Kamus Dewan adalah 'tawakal'. Huruf 'k' dieja dengan satu huruf sahaja kerana salah satu huruf 'k' digugurkan daripada gabungan konsonan yang sama. Jadi, ejaan yang mempunyai huruf konsonan yang sama perlu diubah mengikut sebutan bunyi asal sebutan tersebut. 4


Kesalahan ejaan 'infaq' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan ejaan. Ejaan 'infaq ' dieja mengikut sebutan daripada bahasa Arab. Ejaan yang betul dengan mengikut DBP adalah 'infak'. Ejaan 'infaq ' berlaku kerana huruf ' q ' digantikan dengan huruf (ق (dalam tulisan jawi. Bunyi pinjaman ' q ' yang digunakan dalam bentuk ujaran telah diubah menjadi 'k' mengikut sistem ejaan Rumi baharu. 5


Kesalahan ejaan 'pra-matang' Kesalahan isu bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut adalah kesalahan ejaan. Perkataan yang menerima imbuhan awalan ' pra ' merupakan imbuhan bahasa Sanskrit. Ejaan ' pra-matang ' yang betul menurut Kamus Dewan adalah ' pramatang ' , iaitu dieja secara rapat dengan kata dasar. Tanda sempang tidak perlu diletakkan antara imbuhan dan kata adjektif tersebut kerana perkataan ' matang ' dalam ayat tersebut bukan daripada golongan kata nama khas. 6


Kesalahan imbuhan 'mengsahkan' Kesalahan yang terdapat pada petikan tersebut adalah kesalahan imbuhan. Perkataan ' sah' yang berasal dari pinjaman bahasa Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Imbuhan yang paling tepat bagi menggantikan imbuhan ' meng ' iaitu ' mengsahkan ' adalah 'imbuhan ' menge '. Perkataan ' mengesahkan ' yang memberi maksud mengakui bahawa sesutu benar. Penggunaan imbuhan ' meng ' pada perkataan tersebut tidak sesuai kerana perkataan tersebut terdiri daripada satu suku kata sahaja iaitu sah. Maka, penggunaan imbuhan ' menge ' lebih tepat digunakan pada perkataan satu suku kata berbanding imbuhan ' meng '. 7


8 Kesalahan imbuhan 'mukminin' Kesalahan yang terdapat pada petikan tersebut adalah kesalahan imbuhan. Perkataan ' mukminin ' merupakan kata serapan daripada bahasa Arab yang telah diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan jati dalam bahasa Melayu. Kesalahan imbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut adalah pada perkataan mukminin. Ejaan ' mukminin ' ialah merujuk kepada ramai lelaki, namun jika merujuk kepada ayat tersebut ialah penulis hanya menyebut seorang sahaja. Ejaan yang tepat ialah ' mukmin ' dimana ia menerangkan sebagai seorang lelaki. Oleh itu, penggunaan ' mukminin ' tidak bersesuaian ditulis pada perkataan tersebut dengan mengikut ayat dalam petikan.


Kesalahan ejaan 'ulama' ' Kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut adalah kesalahan ejaan. Perkataan ' ulama ' ' merupakan kata serapan daripada bahasa Arab yang telah diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan jati dalam bahasa Melayu. Ejaan yang sebenar adalah ' ulama ' dimana tiada penambahan huruf 'k' dan digugurkan tanda ('). Tanda (') digugurkan dalam perkataan ' ulama ' kerana perkataan tersebut merupakan suku kata terbuka yang berakhir dengan huruf ' a '. 9


Kesalahan imbuhan 'nasab' Kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut adalah kesalahan imbuhan. Perkataan ' nasab' merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Imbuhan yang sebenar bagi perkatan ' nasab' adalah 'dinasabkan ' . Penggunaan perkataan dasar bagi ayat tersebut tidak sesuai dan menjadi ayat tersebut tergantung. 10


ANALISIS & PENILAIAN Secara keseluruhannya, terdapat beberapa kesalahan yang didapati dalam petikan tersebut merupakan kesalahan daripada bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Kesalahan daripada bahasa Inggeris yang telah didapati seperti kesalahan yang dikenal pasti telah digunakan sepenuhnya dalam penulisan bahasa Melayu manakala kesalahan daripada bahasa Sanskrit seperti kesalahan ejaan. Selain itu, kesalahan daripada bahasa Arab seperti kesalahan ejaan dan imbuhan. Faktor-faktor yang mempengaruhi isu kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu adalah kerana berlakunya kerancuan bahasa. Hal ini demikian kerana ia mempengaruhi kawasan tempat tinggal yang menyebabkan berlakunya penyerapan bahasa asing. Lazimnya, penduduk bandar banyak menggunakan bahasa asing dalam penuturan dan penulisan mereka. Sebagai contoh, perkataan 'posting' dan 'share' sering digunakan dalam media massa. hal ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia kini kurang mengetahui perkataan- perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.


ANALISIS & PENILAIAN Selain itu, faktor yang seterusnya adalah tiada semakan penulisan yang dilakukan sebelum ianya disebarkan di media massa. Faktor ini boleh menyebabkan penulisan tersebut berlakunya kesalahan seperti kesalahan dalam ejaan, kesalahan imbuhan dan sebagainya. Kesalahan seperti ini boleh menyebabkan sesuatu perkataan tersebut memberi makna yang berbeza daripada apa yang ingin disampaikan. Seterusnya, orang Melayu juga kebanyakkan tidak mengetahui istilah-istilah perkataan dalam bahasa Melayu kerana mereka ini kebiasaannya sering menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, perkataan 'baby'dan 'street' . Oleh itu, perkataan dalam bahasa Melayu sudah banyak digantikan dengan perkataan bahasa Inggeris. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam penulisan terutamanya kepada penulisan para pelajar sekolah. Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahasa asing kini sudah menjadi sebati dalam kehidupan manusia tanpa disedari.


LAMPIRAN


LAMPIRAN P E N A K I T 1


LAMPIRAN P E N A K I T 2


LAMPIRAN P E N A K I T 2


SEKIAN, TERIMA KASIH !!


Click to View FlipBook Version