The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR DAMIA DARWISHA BT ABDULLAH_SK AIR PAPAN_PERTANDINGAN BUKU SKRAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roshaidabintumansor, 2021-04-17 23:50:02

NUR DAMIA DARWISHA BT ABDULLAH_SK AIR PAPAN_PERTANDINGAN BUKU SKRAP

NUR DAMIA DARWISHA BT ABDULLAH_SK AIR PAPAN_PERTANDINGAN BUKU SKRAP

TUN FATIMAH BINTI HASHIM

NAMA PESERTA :
Nur damia darwisha

binti abdullah

KELAS : 6 SEROJA

Sekolah :
Sekolah kebangsaan air papan

Kg air papan laut, 86800,
mersing, johor

ALAMAT EMAIL :
[email protected]

PENDAHULUAN

( 1924 – 2010 )

Tun Fatimah Binti Hashim merupakan Menteri Kabinet Wanita Pertama dalam Jemaah
Menteri Tunku Abdul Rahman yang memegang portfolio Menteri Kebajikan dari tahun 1969
- 1973. Beliau memegang kepimpinan Kaum Ibu UMNO (kini dikenali sebagai Wanita
UMNO) selama 16 tahun(1956 - 1972). Beliau dicatatkan menyertai UMNO pada tahun 1947
ketika berusia awal 20-an sebagai ahli UMNO yang ke-315. Beliau dilantik sebagai Ketua
Kaum Ibu yang keempat menggantikan Khatijah Sidek.

Suami beliau Tan Sri Abdul Kadir Yusuf bekas Ketua Peguam Negara yang
kemudiannya juga dilantik sebagai Menteri Undang-Undang, menjadikan mereka sebagai satu-
satunya pasangan Menteri Kabinet dalam sejarah politik negara. Beliau mendapat galakan dan
sokongan penuh daripada suaminya dalam kerjaya yang dicuburinya.

BIODATA TOKOH

Dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor, Beliau berkahwin
dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan dikurniakan cahaya mata seramai 6 orang anak . Beliau
juga dianugerahkan dengan 19 orang cucu dan 11 orang cicit.Meninggal dunia pada 9 Januari
2010 dalam usia 85 tahun di Kuala Lumpur .

Tun Fatimah Bt Hashim merupakan Menteri Kebajikan Am Malaysia pada 20 Mei 1969
sehingga 28 Februari 1973.Beliau juga merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik
sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

PENDIDIKAN TOKOH

Tun Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma ,Muar
Johor. Kemudian beliau berpindah ke Sekolah Melayu Perempuan, Mersing , dan seterusnya
mempelajari Bahasa Inggeris dari seorang guru sekolah Convent Johor Bharu dan menyandang
jawatan sebagai guru pada usia 16 tahun.

Beliau mula mengorak langkah dalam dunia politik dengan manjadi ahli jawatankuasa
Pergerakan Kaum Ibu UMNO Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru pada tahun 1948
dan pada masa yang sama menjadi Penolong Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu Johor Bahru.
Selepas itu, beliau mengikut suami beliau berpindah ke Kota Tinggi dan dilantiik sebagai Naib
Pergerusi Kaum Ibu Kota Tinggi.

Walaupun memperjuangkan politik, namum profesion perguruan tetap tebal dalam jiwa
beliau apabila Tun Fatimah masih berkesempatan membuka kelas dewasa untuk membasmi
masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar di Kota Tinggi. Selepas itu, beliau
dilantik pula sebagai Setiausaha Kaum Ibu UMNO Johor pada tahun 1951 dan 1953.

KERJAYA TOKOH

1947 : Menyertai UMNO Ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai pergerakan
kaum ibu ( UMNO )Cawangan Kampung Nong ChikJohor Bahru sebagai
Bendahari,SetiausahaKaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
1956 : Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak Ketua Bahagian Ipoh
11 September 1956 sehingga 1972 :Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya
mengantikan tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan Naib Yang Dipertua
UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi
UMNO
1959 : Menjadi calon pilihanraya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan telah
memenangi kerusi Parlimen bagi Kawasan tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.
20 Mei 1969 : Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun ,selaku Menteri
Kebajikan
Jun 1969 :Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadakdan
Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa semasa peristiwa 13 Mei.
Sebanyak 1000orang dilaporkan menerima bantuan seperti makanan,pakaina dan
pelbagai peralatan lain.
Jun 1972 : Beliau telah ditewaskan oleh sebagai Ketua Wanita UMNO oleh Senator
Aishah Ghani dalam perhimpunan Agung UMNO
7 Julai 1972 : Mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri tetapi akan kekal
sebagai ahli Parlimen bagi Kawasan Jitra-Padang Terap. Perkara ini telah dimaklumkan
kepada Tun Abdul Razak selepas pembentangan bajet

SUMBANGAN TOKOH

Semasa menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau gigih memperjuangkan hak
wanita supaya tidak didiskriminasi dalam pembayaran gaji dan pencen, mendapat
perlindungan sewajarnya serta memastikan kebajikan wanita tidak diabaikan setelah berlaku
perceraian. Berbekalkan semangat kental dan keinginan untuk melihat negara maju sebagai
sebuah Negara berdaulat mengikut acuannya sendiri, tiada sebarang imbuhan yang diharapkan
daripada setiap sumbangan dan pengorbanan yang dihulurkan.

Selaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri,Tun Fatimah sering kali
diundang memberi ceramah dan ucapan dalam seminar-seminar,forum dan persidangan yang
dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan samada di dalam mahupun diluar negara. Antara
mesyuarat dan persidangan yang pernah dihadiri ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa di
Tehran pada tahun 1965 .

Beliau telah dianugerahkan bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran
Tan Sri, menjadikan beliau penerima wanita pertama anugerah tersebut di negara ini.Beliau
menerima gelaran Tun setelah dianugerahkan Pingat Seri Setia Mahkota pada tahun 2003.

Beliau telah terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Merdeka bagi
kategori Pendidikan dan Kemasyarakatan pada tahun 2009 dan disemadikan sebagai seorang
srikandi negara di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

NILAI KEPIMPINAN TOKOH

❖ Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
❖ Ahli Majlis Universiti Malaya
❖ Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
❖ Ahli Jawatankuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
❖ Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
❖ Majlis Perpaduan Kebangsaan Malaysia
❖ Naib PresidennPersatuan Bulan Sabit Merah
❖ Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia ( 1995 )

PENUTUP

Allahyarhamah Tun Tan Sri Fatimah Binti Haji Hashim menghembuskan nafas terakhir akibat
sakit tua pada pukul 11.43 malam, 11 Januari 2010 ketika berusia 85 tahun. Jenazah beliau
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur bersebelahan pusara
suaminya, Tan Sri Abdulkadir Yusoff, iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-
undang dan Pembangunan Negara.

SUMBER RUJUKAN

1. http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tun-fatimah-hashim.html
2. http://muziummuar.blogspot.com/2012/12/tun-tan-sri-dr-fatimah-binti-haji-

hashim.html
3. https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/


Click to View FlipBook Version