ISI KANDUNGAN SIDANG EDITOR 01. TINTA EDITOR 02. RUANGAN UTAMA 03. - 04. ARTIKEL SAMPINGAN 05. - 10. RUANGAN KREATIF 11.- 12. RUANGAN IKLAN 13.- 14. BERITA SEMASA 15.
SIDANG EDITOR NOORASHIKIN BINTI ABDUL RASHID (280203) NURILLYA IKMA BINTI ABDUL SHUKOR (280317) AINA NAJIHA BINTI MOHD HATA (280139) CHEONG KAH LAI (277491) TAN POH SIN (279691) M U K A S U R A T 1
TINTA EDITOR Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan untuk menyiapkan majalah ini yang berjudul “Nostalgia Perayaan” dengan jayanya. Alhamdulillah dengan peluang yang ada, majalah ini dapat diterbitkan. Majalah ini mendedahkan tentang aneka makanan yang dihidangkan semasa perayaan Melayu,Cina dan India. Pembaca dapat menambah pengetahuan tentang makanan yang dijamu ketika musim perayaan. Tambahan lagi, pembaca dapat mengetahui sejarah-sejarah makanan tersebut dan cara penyediaannya. Dengan kesempatan yang ada ini, setinggi-tinggi perhargaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Marzalina selaku pensyarah Penghantar Penulisan (SBLM1023) Universiti Utara Malaysia atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk menyiapkan majalah ini. Tambahan lagi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang idea dan tenaga untuk menyiapkan majalah ini. Berkat usaha dan kerjasama yang diberikan, maka terhasil sebuah majalah ini. Akhir kata, saya mewakili kumpulan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih serta memohon maaf jika terdapat kekurangan pada majalah ini. Sesungguhnya, semua yang baik datang dari Allah S.W.T dan sebaliknya datang dari kecuaian kami sendiri. Saya juga berharap agar semua pembaca mendapat kebaikan daripada majalah Nostalgia Perayaan ini. Sekian,terima kasih. M U K A S U R A T 2
APA ITU PERAYAAN? Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa perayaan yang selalu diraikan oleh masyarakat Malaysia setiap tahun seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Malaysia terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,India dan Cina. Perayaan ialah aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat untuk meraikan peristiwa penting. Di samping itu, masyarakat negara ini akan menghormati perayaan kaum lain meskipun berlainan agama dan bangsa. Selain itu, melalui perkongsian perayaan,, perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Langkah ini juga dapat menjadikan negara Malaysia terus membangun dan menuju kearah negara yang maju dan makmur. Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu, Cina dan India tetapi Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti misalnya Kadazan, Iban dan sebagainya. M U K A S U R A T 3 RUANGAN UTAMA
JENIS PERAYAAN TAHUN BARU CINA Tahun Baru Cina atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Perayaan ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Perayaan ini akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu. RUANGAN UTAMA M U K A S U R A T 4 HARI RAYA AIDILFIRTI Perayaan ini disambut pada satu Syawal, setiap tahun Hijrah. Umat Islam merayakan Hari Raya Aidifitri untuk meraikan kejayaan berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Selain itu, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah sebelum terbit matahari pada satu Syawal. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung dan beramah - mesra dengan keluarga dan jiran. Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan, kejahatan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dilupakan dan yang baik pula disematkan di dalam hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia. DEEPAVALI
Ketupat Ketupat merupakan hidangan yang terbuat dari satu bahan utama iaitu beras atau beras pulut yang dimasukkan ke dalam anyaman daun kelapa atau daun palas. Hidangan ini sering dikaitkan dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan dihidangkan bersama hidangan lain seperti rendang, kuah kacang, dan serunding. Terdapat pelbagai jenis ketupat yang perlu diketahui, antaranya ketupat bawang, ketupat palas, ketupat nasi, ketupat borneo, dan ketupat sotong. Menurut sejarah, ketupat diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga semasa penyebaran agama Islam di Tanah Jawa. Beliau memperkenalkan tradisi Bakda termasuk Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Tradisi Bakda Kupat melibatkan proses menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Ketupat kemudian diberikan kepada orang yang lebih tua sebagai simbol kesatuan dan jalinan silaturrahim dalam masyarakat. Sejarah ketupat di Malaysia muncul dalam Hikayat Inderaputera pada tahun 1700, walaupun terdapat maklumat yang menyatakan ketupat mungkin bermula lebih awal. Catatan pendekta Buddha juga menunjukkan penggunaan ketupat pada majlismajlis penting zaman Srivijaya, seperti majlis berbuka puasa di pesta agama. Ketupat juga dianggap sebagai hidangan mulia dalam beberapa agama, terutama setelah penyebaran agama Islam oleh Bangsa Arab yang mempengaruhi bangsa Melayu. Kaum Melayu menganggap ketupat sebagai hidangan utama pada Hari Raya Aidilfitri sebagai warisan budaya. Makanan Musim Perayaan bagi Kaum Melayu M U K A S U R A T 5 ARTIKEL SAMPINGAN
Lemang Lemang merupakan sejenis makanan tradisional yang digemari oleh ramai Masyarakat Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Lemang ini sudah menjadi makanan simbolik dan lazimnya dihidang pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidiladha serta beberapa perayaan yang lain. Antara jenis lemang seperti lemang biasa, lemang pulut hitam dan lemang jagung. Lemang yang berada di Malaysia dipercayai berasal daripada orang asli di Malaysia yang menjadi makanan utama mereka. Makanan ini menjadi salah satu simbol tradisi Malaysia dapat dikatakan berasal dari orang asli di Kelantan iaitu orang asli Negrito. Mereka merupakan salah satu kaum orang asli di Malaysia. Sejarah menyatakan Orang Semang sudah wujud sejak 1000 SM dengan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk memasak lemang termasuklah beras pulut, santan, garam, daun pisang dan juga bahan yang paling penting ialah buluh. Bahan-bahan ini perlulah dimasukkan secara berperingkat. Hal ini demikian kerana buluh adalah berbentuk silinder dan mempunyai ruang yang kecil. Buluh juga memainkan peranan penting dalam proses memasak. Buluh yang dipilih mestilah nipis untuk proses membakar yang lebih cepat dan mudah menyerap haba berbanding dengan buluh tebal. Lemang juga boleh dinikmati dengan hidangan sampingan yang lain seperti rendang, kuah kacang, ayam masak merah, lodeh, serunding dan lain-lain. M U K A S U R A T 6 ARTIKEL SAMPINGAN
Yee Sang Proses menggaul Yee Sang perlu adanya semua inti tersebut dan akan digaul secara agresif dengan menggunakan penyepit. Sambil menggaul, peserta akan berkumpul di sekeliling meja bulat dan digalakkan untuk berseru "Lou Hei" yang bermaksud menggaul dan naik. Keyakinan masyarakat Cina menyatakan bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat semasa digaul, semakin besar kemakmuran yang akan diperolehi sepanjang tahun. Yee Sang bukan sahaja sebuah hidangan pembuka perayaan, tetapi juga sebagai simbol penyatuan, kemakmuran, dan lambang kemurahan rezeki untuk sepanjang tahun. Makanan Musim Perayaan bagi Kaum Cina Yee Sang ialah hidangan yang dihidangkan semasa meraikan Tahun Baru Cina dengan tujuan memeriahkan suasana perayaan dengan simbolisme yang mendalam. Dalam bahasa Cina, "Yee" bermaksud ikan yang membayangkan kekayaan secara kekal, manakala "Sang" merujuk kepada kehidupan dan kebangkitan. Dengan itu, Yee Sang menyimbolkan kemewahan, kemakmuran dan panjang umur. Inti Yee Sang terdiri daripada banyak jenis bahan. Biasanya bahan-bahan ini termasuklah ikan mentah, lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, limau bali, serbuk lima rempah, dan keropok rangup. Semua bahan ini akan disusun rapi di atas pinggan bulat. Sebelum menggaul Yee Sang, sos plum akan dituang dan jus limau dipicit pada ikan mentah untuk melindungi daripada bakteria dan meningkatkan rasa. ARTIKEL SAMPINGAN M U K A S U R A T 7
Pada zaman dahulu, terdapat pepatah yang menyatakan bahawa solstis musim sejuk menunjukkan awal tahun. Seorang penyair dari Dinasti Song Selatan, Lu You pernah mengatakan “Makan habis nasi pada solstis musim sejuk akan dapat menambah satu tahun”. Oleh itu, makan bebola pulut memiliki makna menyambut Tahun Baru dan bersiap untuk bertambah satu tahun lebih tua." Tangyuan merupakan sejenis makanan atau mudah dipanggil bola beras pulut. Tang Yuan biasa dimakan oleh masyarakat Cina khasnya pada musim perayaan ‘Dong zhi’ atau Solstis Musim Sejuk (bermaksud hari terpendek dan malam terpanjang dalam setahun) iaitu kira-kira pada 22 Disember bagi setiap tahun. Bola beras pulut yang dimasak dengan sup manis dan biasanya dimakan semasa berkumpul dengan ahli keluarga. Gumpalan bola beras pulut dalam mangkuk melambangkan kebersamaan keluarga. Tang Yuan biasa dibuat dengan menggunakan tepung pulut, gula, air dan pewarna makanan. Proses untuk membuat Tang Yuan adalah menambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut. Jika menginginkan Tang Yuan yang bewarna-warni, boleh membahagi doh itu kepada beberapa bahagian dan warna. Seterusnya, uli semula bagi setiap doh sehingga warna menjadi rata. Selanjutnya, bentukkan doh kepada bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2cm. Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air. Akhirnya, semasa bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sup manis. Tang Yuan ARTIKEL SAMPINGAN M U K A S U R A T 8
berasal daripada bahasa Tamil “dosai”, yang juga dikenali sebagai "dosa" di beberapa kawasan di India. Selain daripada itu, hidangan ini juga dikenali dengan pelbagai ejaan seperti dosay, dose, dosai, dhosha, tosai, atau chakuli. Terdapat juga pelbagai jenis thosai seperti thosai telur, thosai cili, thosai bawang, dan lain-lain. Hidangan ini mempunyai rasa masam dan tekstur yang ranggup, diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam, dan kadang-kadang diperkaya dengan rempahratus. Thosai bukan sahaja terkenal di India dan Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain seperti Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar. Thosai merupakan makanan kegemaran dalam kalangan masyarakat India dan menjadi pilihan utama dalam hidangan sempena Hari Deepavali. Hal ini demikian kerana thosai merupakan sebuah hidangan yang dimakan ketika ahli keluarga berkumpul untuk bersarapan bersama pada hari perayaan. Selain daripada kaum India, rakyat Malaysia juga sering menikmati thosai sebagai hidangan sarapan pagi atau makan malam. Hidangan ini boleh dijumpai di gerai atau kedai mamak, serta restoran India. Thosai mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi, dan dalam beberapa bentuk yang diisi dengan kentang dan bawang yang digoreng hingga ranggup. Untuk memberi variasi rasa, thosai sering disajikan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti kuah dal, sambar, sambal buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing, dan cutni yang merupakan sejenis kuah pekat daripada campuran kelapa yang dikisar, rempah, dan cili. Thosai Makanan Musim Perayaan bagi Kaum India ARTIKEL SAMPINGAN M U K A S U R A T 9 Thosai atau tose ialah sejenis hidangan lempeng asal India yang diperbuat daripada adunan yang telah ditapai secara beransur-ansur. Nama "thosai"
Murukku merupakan sejenis makanan ringan yang terkenal di Malaysia pada musim perayaan Deepavali. Ramai individu yang berbangsa India akan membuat Murukku sebagai salah satu makanan yang wajib untuk dihidangkan kepada para tetamunya yang hadir ke rumah mereka. Selain itu, mereka juga akan menghasilkan produk Murukku yang banyak untuk menjalankan penjualan kepada orang lain. Murukku adalah sejenis makanan ringan yang berasal dari benua kecil di India dan Murukku ini sangat popular di Sri Lanka iaitu berada di bahagian Selatan India. Nama Murukku dari perkataan Tamil iaitu ‘Twisted’ yang merujuk kepada bentuk Murukku. Di negara India, Murukku amat popular di negeri-negeri seperti Tamil Nadu, Kerala dan sebagainya. Selain itu, Murukku juga merupakan snek makanan yang amat popular di negara-negara lain seperti di Malaysia dan Singapura. Murukku biasanya dibuat daripada beras dan tepung urad dal. Proses untuk membuat Murukku adalah tepung tersebut dicampur dengan air, garam, serbuk cili, asafoetida dan bijan atau biji jintan manis. Setersunya, campuran bahan tersebut dan menguli menjadi doh. Selepas itu, bentuk lingkaran atau gegelung sama ada dengan tangan atau disemperit dengan menggunakan acuan. Akhirnya, lingkaran kemudiannya digoreng dalam minyak sayuran. Murukku ARTIKEL SAMPINGAN M U K A S U R A T 1 0
RUANGAN KREATIF TAHUKAH ANDA? AMBUYAT Ambuyat merupakan sejenis makanan tempatan di Sarawak dan Sabah dan Labuan. Ianya merupakan hidangan kebangsan Brunei yang juga dikenali Ambuyat mempuyai rasanya tawar,oleh disebabkan itu ambuyat akan menjadi sedap jika dimakan bersama kuah lebih masam atau pedas. Ianya juga enak dimakan ketika dicicah bersama ikan bakar, ikan rebus, sup ikan ampap, sambal belacan atau ulamulaman. CARA MAKAN Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan Ambuyat atau linut mempunyai pantang larangnya. Pada zaman dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah. Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut. Selain daripada itu, ketika sedang makan ambuyat juga tidak dibolehkan ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor. KHASIAT PANTANG LARANG sebagai linut. Ianya adalah makanan yang sering dihidangkan dan menjadi juadah utama selepas makan nasi. Linut juga dijadikan sebagai hidangan pada hari Istimewa seperti hari perkahwinan dan hari keramaian. Ambuyat diperbuat daripada tepung sagu dan air panas. Ianya adalah makanan yang berkanji. Oleh disebabkan teksturnya seperti gam, maka ia dimakan menggunakan garfu buluh yang dipanggil sebagai candas. M U K A S U R A T 1 1
MAKANAN TRADISIONAL SABAH Ianya dipercayai berasal daripada Indonesia dan merupakan makanan Istimewa Bugis dan Makasar. Ianya menggantikan juadah utama nasi atau ketupat ketika hari raya aidilfiatri. Burasak dihidang bersama nasu metti atau asam pedas ikan parang. Ianya boleh dimakan dengan lauk seperti ayam lingkuas, rendang, serunding kelapa, ayam atau daging bersama sambal. Burasak hampir sama dengan ketupat dan lontong, tetapi rasaya lebih berlemak kerana campuran santan di dalam burasak. Oleh itu, ianya juga sedap dimakan begitu sahaja. Pengetahuan Lanjut Tentang Burasak: 01. Asal Usul 02. Cara Makan “Burasak adalah makanan tradisional di Sabah dan makanan suku kaum Bugis terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah. “ Ianya juga lebih dikenali sebagai “buras” yang dimasak ketika menyambut hari perayaaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Juadah ini adalah juadah yang ditunggu tunggu oleh penduduk sabah dan pastinya pada hari raya pertama dan kedua akan ada hidangan ini di setiap rumah suku kaum bugis Salah satu kaum yang tidak asing degan burasak adalah kaum Bugis yang terdapat di Sabah, Sarawak malah di Semenanjung seperti Johor dan Terengganu. Buras atau burasak berasaskan beras, santan dan daun pisang. Tempoh untuk menyediakan burasak ini juga mengambil masa yang lama namun prosesnya tidak merumitkan kerana ianya dimasak dengan kaedah merebus. BURASAK RUANGAN KREATIF M U K A S U R A T 1 2
Terokai Koleksi Seramik Bendang Artisan Pinggan Katalog produk Bendang Artisan bertujuan untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan melalui karya buatan tangan. Tertanya-tanya mengapa ia dipanggil Bendang? Kerana pengasasnya adalah Rozana Musa yang diilhamkan zaman kanak-kanaknya dengan bereksperimen dengan tanah liat di halaman rumahnya di sawah padi! Apa yang membuatkan Bendang Artisan begitu digemari oleh rakyat Malaysia adalah kerana gayanya yang mengikut trend dan minimalis. Selain itu, mereka mempunyai banyak koleksi pinggan mangkuk seramik daripada projek seni edisi klasik, bermusim, serta terhad! Siri seramik yang diwujudkan adalah SemiMatte, Matte Mustard Yellow, Matte Dark Turquoise dan banyak lagi! Kini, anda boleh melihat karya agungnya di restoran seperti Dough and Dolce, Naj and Belle, Roost dan banyak lagi. Walaupun bengkel studionya terletak di Melaka, anda boleh mendapatkan koleksi barangannya di The LINC KL. RUANGAN IKLAN M U K A S U R A T 1 3
Clay Expression ialah tentang membentuk kebahagiaan dan keseronokan sejak tahun 2000. Clay Expression akan membantu anda mencipta tembikar idaman anda sambil melalui proses yang menyeronokkan. Kami mengajar orang yang ingin belajar membuat tembikar sebagai hobi, menjadi artis seramik, memulakan kerjaya perguruan atau untuk menghilangkan tekanan. Pembuatan tembikar adalah lebih daripada mengubah bola tanah liat menjadi bentuk. Ia memerlukan kita untuk menyentuh semasa mencipta. Ianya juga sangat menarik kerana dapat menenangkan fikiran dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk diri sendiri. Ianya mencabar keazaman anda dan mengembangkan ekspresi diri, meregangkan kemahiran dan imaginasi anda untuk mencipta tembikar yang unik. Pembuatan tembikar mengambil masa bertahuntahun lamanya, dan boleh mencapai seumur hidup untuk menguasainya. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemahiran ini sangat mudah. Setiap sesi sentiasa membuahkan hasil dan pasti anda akan belajar sesuatu yang baharu. Clay Expression RUANGAN IKLAN M U K A S U R A T 1 4
PEMBAZIRAN MAKANANDI HARI RAYA MENINGKAT Changlun- setiap kali musim perayaan, penghasilan sisa makanan adalah satu krisis yang sangat serius dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan terkini, pembaziran makanan semasa perayaan ini telah meningkat dari masa ke masa. Menurut statistik, hampir 40 peratus makanan dihasilkan tidak di makan dan semuanya dibuang. Hal ini, secara tidak langsung menyebabkan kebimbingan terhadap isu kelestarian dan tanggungjawab sosial. Kebanyakan sisa makanan akhir di tapak pelupusan sampah, dibuang bersama sampah lain dan dibiarkan reput di dalam tanah. Disinilah gas mula dilepaskan, termasuklah metana gas yang akan membinasakan dan memudaratkan rumah hijau. Bahan kimia yang dilepaskan ke dalam tanah akan meracuni air bawah tanah, mencemari sungai dan membahayakan hidupan liar. Malah, ia juga akan memudaratkan kesihatan manusia. Pengurangan pembaziran makanan di musim perayaan dapat menghargai nikmat berbelanja yang bijak dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan dan memberi manfaat yang besar kepada alam sekitar. Usahlah menunding jari kepada pihak lain. Kita harus bermula dengan diri sendiri serta menjadi teladan bagi keluarga,masyarakat dan negara. Kita menghasilkan sisa makanan dan kita juga mempunyai kuasa secara individu untuk membina semula hubungan antara manusia dengan alam semula jadi bermula dengan tindakan kita. Pihak berkuasa seperti majlis perbandaran tempatan telah membuat seruan kepada masyarakat untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan memberikan makanan yang berlebihan kepada golongan yang memerlukan seperti gelandangan. Inisiatif kesedaran dan pendidikan perlu ditingkatkan bagi memberi peluang kepada masyarakat mengurangkan pembaziran makanan. AYUH ELAKKAN PEBAZIRAN KERIKA MENYAMBUT HARI PERAYAAN. INDAHKAN PERAYAAN KITA DEN G AN SI FAT MULIA. M U K A S U R A T 1 5 BERITA SEMASA
FOOD MAGAZINE ISSUES 13/1/24 PUBLISHER : EDITOR : EDITOR