The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shikin rashid, 2023-11-24 01:51:17

BUKU CERITA

BUKU CERITA

CERMIN BAYANGAN M I S T E R I S H I K I N R A S H I D


Amin merupakan seorang pelajar yang berusia 13 tahun. Amin mendapat tawaran belajar di sebuah sekolah berasrama penuh bersama rakannya. Mereka merupakan pelajar ambilan kedua. Kebetulan mereka ditempatkan di bilik yang sama. Bilik mereka terletak di penjuru bangunan. Sebelah bilik mereka terdapat bilik kosong yang telah lama tidak berpenghuni. Setelah selesai sesi pendaftaran bilik, mereka perlu menghadiri perjumpaan pelajar baharu di dewan sekolah. Sewaktu perjumpaan tersebut, mereka berkenalan dengan pelajar-pelajar yang lain. 1


2


3


Selesai perjumpaan, waktu sudah menghampiri senja. Mereka menguruskan diri dan bergegas ke surau untuk menunaikan solat. Selesai solat isyak, mereka mengemas barang di bilik masing-masing. Jam menunjukkan 12 tengah malam, Amin sahaja yang masih belum selesai mengemas. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi barang terjatuh dari arah bilik yang tidak berpenghuni itu. Dia tidak mengendahkan bunyi tersebut dan meneruskan mengemas sehingga selesai. Hari seterusnya, Amin bercerita kepada rakannya tentang bunyi yang didengari itu tetapi rakannya menganggap itu adalah perasaannya semata-mata. 4


Selepas tiga bulan, Amin akan menduduki peperiksaan awal tahun. Amin merupakan seorang pelajar yang sering berjaga sehingga lewat malam untuk mengulang kaji pelajaran. Pada suatu malam, dia ingin ke tandas dan Amin perlu lalu di depan bilik kosong itu. Dalam perjalanan ke tandas, dia terdengar bunyi ketukan pintu datang dari dalam bilik kosong itu tetapi dia teruskan ke tandas juga. Dalam masa yang sama dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang seolah-olah sedang mengekorinya, dia berasa hairan kerana tiada siapa yang masih berjaga pada waktu itu. Dia terus berlari dengan pantas ke biliknya lalu terus berselimut dalam keadaan ketakutan. 5


6


Keesokan harinya, Amin bercerita lagi pada rakannya tetapi tidak dihiraukan juga. Amin berasa ingin tahu tentang bilik kosong itu. Selasai sahaja peperiksaan, dia mengambil keputusan untuk merungkaikan persoalannya. Suatu malam, Amin mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Dia cuba untuk mengintai bilik tersebut. Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya. Tanpa rasa was-was, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik yang kusam dan berdebu itu. Dia menemukan berbagai-bagai barang lama termasuk almari baju dan meja belajar yang sudah reput. Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah cermin yang tampak kuno dan unik. Ketika Amin memandang cermin tersebut, dia melihat ada susuk tubuh hitam sedang memerhatinya dengan pandangan yang tajam. Dia terkejut, lalu berteriak ketakutan dan berusaha untuk keluar dari bilik itu. Namun, pintu bilik tibatiba terkunci kembali dan Amin masih berada di dalam bilik itu. Ali terdengar jeritan Amin dan bergegas ke bilik kosong itu untuk menolong rakannya tetapi tidak berjaya. Ali meminta pertolongan warden untuk membuka pintu bilik itu. Selepas berjaya membuka pintu, mereka melihat Amin sudah terbaring dan tidak sedarkan diri. . . 7


8


Setelah dia tersedar, Amin menceritakan perkara sebenar yang berlaku selepas dia terkunci berseorangan di dalam bilik itu sehingga menyebabkan dia pengsan. Apa yang terjadi ialah susuk tubuh besar dan hitam itu menunjukkan dirinya yang begitu seram dan menakutkan. Susuk tubuh itu menceritakan kisah sebenar yang terjadi berkaitan cermin misteri itu. Kisah ini terjadi apabila dia keluar bercuti di sebuah pulau. Kemudian, dia terjumpa cermin. Disebabkan keunikan cermin itu dia pun membawa pulang ke bilik asrama. Pada satu hari, dia telah ditarik masuk ke dalam alam sebalik cermin itu. Dia telah lenyap di alam nyata. Dia cuba untuk berinteraksi dengan rakan biliknya untuk membawa dia semula ke alam nyata namun semua rakannya tidak dapat melihat kehadirannya. Dia sahaja yang boleh melihat orang di alam nyata. Rakan sebiliknya sedar tentang kehilangannya dan melaporkan kepada pihak sekolah lalu mencarinya tetapi tidak dijumpai. Rakan sebilik susuk tubuh itu mengatakan kali terakhir melihat dia adalah dia sedang berdiri di depan cermin itu. Selesai sahaja susuk hitam itu bercerita, dia cuba menarik Amin masuk ke dalam alam cermin itu tetapi tidak berjaya. Amin sedaya upaya melawan tarikan tersebut sehinggakan dia kehilangan tenaga lalu pengsan. . . 9


10


11


Selepas kejadian tersebut, bilik itu telah dikunci rapi dan semua penghuni asrama tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik kosong itu. Pihak sekolah cuba menyelesaikan masalah cermin itu tetapi tidak berjaya. Pihak sekolah telah membuang cermin tersebut akan tetapi pada keesokkan harinya cermin itu masih ada pada posisi yang sama. Sehingga sekarang misteri cermin tersebut tidak dapat dirungkai dan pelajar yang hilang masih tidak ditemui. 12


Amin dan Ali merupakan rakan baik. Mereka baru sahaja ditempatkan di sekolah berasrama penuh. Bilik mereka bersebelahan dengan sebuah bilik kosong. Pada suatu malam, Amin ingin ke tandas dan dia perlu melalui bilik kosong itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi ketukan pintu dari arah dalam bilik kosong tersebut. Amin ingin merungkai persoalannya lalu dia mengintai bilik kosong itu. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka dengan sendirinya. Tanpa rasa was-was dia terus masuk ke dalam bilik itu. Dengan keadaan bilik yang berdebu dan perabot yang sudah reput, terdapat sebuh cermin kuno dan unik. Ketika Amin memandang cermin tersebut, dia melihat ada susuk tubuh hitam sedang memerhatinya. Dia terkejut dan berusaha untuk keluar tetapi tidak berjaya. Dia terperangkap di dalam bilik itu. Susuk tubuh itu seperti ingin meceritakan sesuatu. Apa sebenarnya yang terjadi dengan cermin bayangan tersebut ? Adakah Amin boleh diselamatkan? S I N O P S I S


Click to View FlipBook Version