TUGASAN 2: PERSEMBAHAN BMMB3203 MORFOLOGI
Kesalahan Ejaan Hukum D-M Kesalahan Istilah KESALAHAN KATA Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa. Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Frasa nama ialah rangkaian kata yang terdiri daripada binaan inti–penerang atau inti. Secara umumnya, bagi binaan inti–penerang, inti (unsur yang diterangkan) harus berada di hadapan penerang (unsur yang menerangkan inti). Itulah yang dimaksudkan sebagai hukum D-M
ISU KESALAHAN KATA Media Cetak
KESALAHAN EJAAN Kesalahan ejaan berlaku pada perkataan “jalanraya”. Perkataan tersebut seharusnya dieja secara berasingan kerana merupakan kata majmuk bebas. Ejaan yang betul ialah “jalan raya” Kesalahan ejaan berlaku pada papan tanda. Perkataan “kerbersihan” sepatutnya dieja dengan ejaan “kebersihan”
KESALAHAN EJAAN Kesalahan ejaan berlaku pada perkataan “kelinik” . Ejaan yang betul ialah “klinik” Kesalahan ejaan berlaku pada papan tanda di jalan raya. Perkataan “kurangan” sepatutnya dieja dengan perkataan “kurangkan” untuk membetulkan penggunaan ayat.
KESALAHAN EJAAN Kesalahan ejaan berlaku pada perkataan “kosang” . Huruf yang harus diletakkan untuk membetulkan ejaan ialah huruf “o”. Ejaan yang betul ialah “kosong” . Kesalahan ejaan berlaku pada perkataan “bilek”. Perkataan itu sepatutnya dieja dengan perkataan “bilik”.
KESALAHAN ISTILAH Kesalahan istilah terjadi dalam papan tanda tersebut. “Penjual gadis” seharusnya digantikan dengan perkataan “pekerja wanita”. Kesalahan berlaku pada penggunaan perkataan “goreng pisang” dan “goreng keledek”. Perkataan bagi hukum DM yang betul ialah “pisang goreng” dan “keledek goreng”. KESALAHAN HUKUM DM
ISU KESALAHAN KATA Media Digital
PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Berlaku penggunaan bahasa rojak dalam perbualan melalui media Whatsapp. Kesalahan bahasa dapat dikesan apabila perbualan berikut mencampur aduk penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Contoh ayat ialah “I waiting ualls kat cafe okay.. ” Penggunaan ayat yang betul dalam bahasa Melayu ialah “Saya tunggu kamu semua di kafe ya.. ”
Berlaku penggunaan bahasa rojak dalam perkongsian di Instagram. Rojakan bahasa melayu menggunakan dialek bahasa Kelantan telah berlaku pada contoh ini. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Contoh lain bagi penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dalam media Twitter.
Pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Proses pembentukan kata adalah suatu proses yang terlibat dalam penghasilan struktur-struktur perkataan, iaitu bagaimana morfem sebagai unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan. Pembentukan Kata
TERIMA KASIH!