The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMPELAJARI ASAS SUNTINGAN VIDEO DENGAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE PREMIER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dailytayok, 2023-10-02 04:12:21

MEMPELAJARI ASAS SUNTINGAN VIDEO DENGAN MUDAH(Lengkap)

MEMPELAJARI ASAS SUNTINGAN VIDEO DENGAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE PREMIER

Keywords: 123456

MEMPELAJARI ASAS SUNTINGAN VIDEO DENGAN MUDAH Dengan Menggunakan Perisian Adobe Premier


MEMPELAJARI ASAS SUNTINGAN VIDEO DENGAN MUDAH Dengan Menggunakan Perisian Adobe Premier


Diterbitkan oleh: POLITEKNIK KOTA KINABALU NO.4, JALAN POLITEKNIK KKIP BARAT, KKIP 88450, KOTA KINABALU SABAH. TEL : 088-401800 FAKS : 088-499960 WEBSITE : https://polikk.mypolycc.edu.my/ @Politeknik Kota Kinabalu Cetakan Pertama, 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Politeknik Kota Kinabalu.


ISI KANDUNGAN PRAKATA i LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENYUNTINGAN VIDEO Memulakan Projek Dan Mengimport Bahan Multimedia 1 Memulakan Dan Meyunting Sequence 4 Suntingan Audio Yang Mudah 11 Mengubah Kelajuan Klip, Menambah Imej Dan Mengubah Saiz Imej 14 Menambah Efek Ringkas Pada Klip Video Dan Imej 24 Rendering Dan Eksport Video 28 Menghasilkan Satu Slaid Persembahan Mudah 31


PRAKATA Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan berkat serta kelimpahan dari-Nya maka saya dapat menyiapkan eBook ‘Mempelajari Asas Suntingan Video dengan Mudah’ ini. Saya juga mengucapkan sekalung perhargaan kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan eBook ini. Anda tahu siapa anda. Kandungan eBook ini telah diubahsuai daripada tutorial yang terdapat dalam Learning Path yang boleh diperolehi dalam website Adobe. Selain daripada itu, kandungan eBook ini direka khusus dalam bentuk yang sangat mudah difahami dan dibantu dengan visual yang menarik. eBook ini sesuai digunakan oleh mereka yang baru sahaja mengenali dunia editting kerana langkah-langkah yang ditunjukkan tidak sukar untuk difahami. Akhir kata, semoga eBook ini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana yang meminati bidang ini. i


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK KURSUS VIDEO EDITTING LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENYUNTINGAN VIDEO Sebelum anda memulakan Tutorial ini, pastikan anda mempunyai fail-fail ini. Fail-fail ini boleh dimuat turun melalui pautan ini https://drive.google.com/drive/folders/1bHWiENInrbrfh343BI2lOpZ4UWeiwe8g?usp=sharing. Kandungan fail ini yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian. Rajah 1: Bahan Tutorial 1. MEMULAKAN PROJEK DAN MENGIMPORT BAHAN MULTIMEDIA a) Klik pada file 1.create-project-import-media. Anda akan melihat terdapat 4 fail projek. Klik pada create-project-import-media-step1.prproj. Paparan seperti di bawah akan kelihatan. Rajah 2: Pengenalan b) Rajah 2 di atas merupakan satu projek video ringkas yang sudah siap. Klik pada butang Play yang berada di bawah skrin hitam seperti Rajah 3 di bawah. 2


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Project Panel Timeline Panel Source Monitor Panel Program Monitor Panel Rajah 3: Butang Play c) Terdapat 4 panel utama yang akan anda gunakan untuk menyunting video. Panel-panel tersebut adalah seperti Rajah 4 di bawah. Rajah 4: Panel-panel utama d) Tutup projek ini dan buka projek create-project-import-media-step4.prproj. Paparan seperti Rajah 5a di bawah akan kelihatan. Rajah 5a: Mengimport bahan multimedia 3


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 4 e) Rajah 5 di atas menunjukkan satu projek yang mempunyai Timeline yang masih kosong. Double-Click pada kawasan kosong di dalam Panel Projek sehingga satu Dialog Box dipaparkan seperti Rajah 5b di bawah. Rajah 5b: Mengimport bahan multimedia f) Ini adalah kaedah untuk memasukkan bahan multimedia seperti gambar atau video ke dalam projek supaya kerja penyuntingan video menjadi mudah. g) Klik pada butang X di penjuru sebelah kanan atas untuk menutup Dialog-Box Import. h) Highlightkan 3 video yang terdapat dalam panel projek dan seret untuk dimasukkan ke dalam panel Timeline seperti Rajah 6 di bawah. Rajah 6: Create Sequence


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Fail baru yang ditambah 5 i) Denganmenyeret ketiga-tiga video tadi dan memasukkan ke dalam panel Timeline, anda telah berjaya mebuat satu Sequence seperti Rajah 7 di bawah. Perhatikan secara automatik terdapat satu fail baru yang telah ditambah dalam panel projek. Fail tersebut dinamakan Sequence dan mempunyai 3 klip video tadi. Sequence merupakan satu container yang menyimpan segala maklumat berkaitan dengan projek video anda sebagai contoh turutan video, musik dan efek yang telah dibuat dalam klip-klip video tersebut. Rajah 7: Sequence yang telah dibuat 2. MEMULAKAN DAN MEYUNTING SEQUENCE a) Buka folder 2.create-edit-sequence. Buka fail 03_01 Create a new sequence.prproj. Dalam projek ini, terdapat satu Sequence sedia ada. Anda akan membuat satu Sequence yang baru. b) Klik pada New Item(ditunjukkan oleh anak panah) dan klik pada Sequence. Rajah 8: Create New Sequence c) Satu Dialog Box akan dipaparkan seperti Rajah 9 di bawah. Klik pada Digital SLR→ 1080p→DLSR 1080p30 dan namakan Sequence baru tersebut sebagai My New Sequence. Klik butang OK.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Rajah 9: Setting untuk Sequence Baru d) Double-Click pada Rename Sequence yang baru tersebut sebagai My New Sequence. e) Double-Click pada folder Media Files untuk melihat video-video yang terdapat di dalamnya. Pilih pada video-video ini seperti yang dihighlightkan dalam Rajah 10 di bawah dan seret ke panel Timeline pada bahagian V1. Rajah 10: My New Sequence 6


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Kedudukan navigator yang baru 7 f) Apabila video tadi diseret dan dimasukkan ke dalam panel Timeline satu Dialog Box akan terpapar seperti Rajah 11 di bawah. Klik pada butang Change sequence settings. Dengan memilih setting ini, kita telah memilih setting yang bersesuaian dengan klip video yang dimasukkan. Rajah 11: Clip Mismatch Warning g) Klip-klip video yang dimasukkan sebentar tadi akan kelihatan seperti Rajah 12 di bawah dan ia adalah terlalu kecil. Rajah 12: Small Clips h) Klik(jangan lepas) hujung navigator di bawah sambil menggerakkan mouse anda ke kiri untuk membesarkan klip-klip video tersebut seperti Rajah 13 dan Rajah 14 di bawah: Rajah 13: Klip video sebelum dibesarkan Rajah 14: Klip video yang telah dibesarkan secara mendatar dan kedudukan navigator yang baru


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Klik pada garisan ini dan tarik ke atas 8 i) Untuk membesarkan klip video secara menegak, klik pada garisan mendatar di atas klip video tersebut dan tarik ke atas seperti Rajah 15 di bawah. Rajah 15: Klip video yang telah dibesarkan j) Klik pada Media Filessekali lagi, cari fail audio Going_Home_Music.wav dan seret ke bahagian panel Timeline di bahagian audio A2 seperti Rajah 16 di bawah. Rajah 16: Fail audio dimasukkan ke track audio pada panel Timeline


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Kedudukan Playhead Letak Cursor di atas garisan biru ini dan klik. Klip audio ini telah dipotong. Razor Tool 9 k) Untuk memotong klip sama ada video atau audio yang tidak diperlukan, gerakkan Playhead(garisan menegak berwarna biru) ke bahagian klip yang ingin dibuang. Sebagai contoh dalam Rajah 17 di bawah, Playhead diletakkan di hujung sekali. Rajah 17: Kedudukan Playhead l) Klik pada Razor Tool atau tekan C pada keyboard, dan klik pada garisan Playhead di atas track audio yang ingin dibuang. Lihat Rajah 18 di bawah. Rajah 18: Memotong klip


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pilih klip audio yang tidak diperlukan dan tekan Delete pada keyboard Selection Tool 10 m) Tekan V pada keyboard atau klik pada Selection Tool dan pilih bahagian klip yang ingin dibuang dan tekan Delete pada keyboard. Klip audio tersebut telah dipendekkan. Lihat Rajah 19 di bawah: Rajah 19: Klip audio yang telah dipendekkan n) Klik pada Media Files, dan cari fail video bernama Football in the rain.mp4. Masukkan klip video tersebut ke dalam Sequence. o) Klip video tersebut perlu diletakkan di hadapan sekali tetapi anda tidak boleh meletakkannya secara terus, anda perlu memindahkan dahulu klip-klip video sedia ada sedikit ke belakang baru lah klip video baru tadi anda pindahkan ke hadapan. Lihat Rajah 20 di bawah.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 11 1 2 Pilih kesemua klip-klip video ini kecuali klip audio berwarna hijau, dan seret untuk memindahkannya ke belakang klip Football in the rain.mp4. Pastikan ianya bersambung. 3 4 Rajah 20: Langkah-langkah untuk menambah klip baru dan memindahkan klip tersebut. Apabila telah bersambung, semua klip video dipilih dan dipindahkan ke hadapan. Pastikan simbol Snap ini muncul. Simbol ini menunjukkan klip video adalah bersambung dan tiada overlapping. Seret klip video ini ke bahagian belakang sekali dan apabila tidak bertindih, lepaskan mouse tersebut.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Double-click pada ruangan ini untuk membesarkan audio track. Satu garisan putih akan kelihatan pada Audio track yang telah dibesarkan 3. SUNTINGAN AUDIO YANG MUDAH a) Buka folder 2.create-edit-sequence→create-edit-sequence dan buka projek fail 03_05 Simple audio adjustments(daily). Sepatutnya fail tersebut adalah seperti Rajah 22 di bawah. Rajah 22: Paparan fail projek 03_05 Simple audio adjustments(daily) b) Klik pada butang Play di panel program. Anda akan melihat satu video yang mempunyai muzik latar dan juga suara(voiceover). c) Anda akan membuat suntingan mudah terhadap suara(vo) inisupaya ia kedengaran lebih jelas. d) Double-Click pada audio track A1(muzik) dan A2(vo) untuk membesarkannya seperti Rajah 23 di bawah. Rajah 23: Membesarkan audio track e) Anda akan memperlahankan muzik latar ketika terdapat suara. Untuk melakukan itu, kenal pasti bahagian-bahagian yang perlu diperlahankan. Bahagian pertama adalah pada permulaan video. Pada bahagian ini, tekan ctlr pada keyboard dan dengan menggunakan mouse, klik pada permulaan garisan putih pada audio track VO dan klik pada titik yang kedua sebelum VO bermula. Lihat Rajah 24 di bawah. 12


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Rajah 24: Memperlahankan volume muzik di awal permulaan video. f) Ulangi langkah e) di atas, buat titik ketiga dan keempat. Seret titik ke empat ke bawah untuk memperlahankan keseluruhan muzik seterusnya. Lihat Rajah 25 di bawah. Rajah 25: Langkah memperlahankan volume muzik dipertengahan audio track 13 Titik pertama diseret ke bawah untuk memperlahankan volume muzik Titik kedua Titik pertama Klik pada garisan putih ini, dan seret kebawah. Titik ketiga Titik kedua


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Wujudkan titik-titik audio ini dan adjust mengikut kesesuaian seperti ini. 14 g) Letak Playhead(garisan menegak berwarna biru) di permulaan klip video dan tekan butang Play pada panel program untuk melihat perubahan pada audio tersebut. h) Langkah seterusnya, buat titik-titik lain untuk menyunting volume muzik yang seterusnya mengikut Rajah 26 di bawah. Rajah 26: Titik-titik audio yang diwujudkan i) Ulangi langkah g) untuk mendengar hasil suntingan anda sebentar tadi. j) Langkah seterusnya adalah membuang audio track yang tidak diperlukan dalam klip ini. k) Right-click pada klip audio berwarna biru dan klik pada unlink pada satu pop up box yang terpapar seperti Rajah 27 di bawah. Rajah 27: Proses Unlink


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Seret sehingga simbol Snap ini kelihatan 15 l) Klik pada hujung audio track tersebut sehingga simbol berwarna merah keluar dan seret ke sebelah kiri untuk memendekkannya. Lihat Rajah 28. Rajah 28: Memendekkan audio track m) Ulang langkah g) untuk mendengar keseluruhan audio untuk video ini. 4. MENGUBAH KELAJUAN KLIP, MENAMBAH IMEJ DAN MENGUBAH SAIZ IMEJ 4.1 Mengubah Kelajuan Klip a) Buka folder 3.add-image-text-adjust-size→add-image-text-adjust-size dan buka fail projek bernama add image text and setting size(daily). Fail projek tersebut sepatutnya kelihatan seperti Rajah 29 di bawah. Rajah 29: Paparan projek add image teks and setting size(daily)


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 16 b) Tekan pada butang Play di panel program untuk melihat klip tersebut kerana anda akan membuat perubahan ke atas klip video tersebut. c) Right-click pada klip video tersebut dan klik pada Speed/Duration apabila pop up box muncul seperti dalam Rajah 30 di bawah. Rajah 30: Speed/Duration d) Apabila pop up box Clip Speed/Duration dipaparkan, tukar Speed Setting kepada 40% daripada 100% dan tekan butang OK seperti Rajah 31 di bawah. Rajah 31: Speed/Duration Setting e) Tekan butang Play semula untuk melihat perubahan yang telah dilakukan ke atas klip video sebentartadi. Klip video tersebut telahmenjadi lebih panjang dan pergerakannya dilambatkan.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 4.2 Menambah Imej dan Mengubah Saiz Imej a) Masukkan fail-fail imej seperti dalam Rajah 32 di bawah mengikut susunan. Rajah 32: Memasukkan imej ke dalam Sequence b) Besarkan Sequence tersebut secara menegak seperti dalam Rajah 33 di bawah. Rajah 33: Sequence yang telah dibesarkan c) Letakkan Playhead di permulaan klip dan tekan butang Play di panel program untuk melihat susunan klip video dan imej tersebut. d) Perhatikan bahawa imej-imej yang baru sahaja dimasukkan terlalu besar. Untuk menyamakan saiz imej dengan saiz Sequence, pilih(highlight) kesemua imej tadi dan Right-click sehingga pop up box muncul, dan klik pada Set to Frame Size seperti Rajah 34 di bawah. Rajah 34: Menyamakan saiz imej dengan frame 17


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pilih imej ini Tukar kepada 50 daripada default size 41.7 2 1 Klik dan drag mouse anda pada mana-mana bahagian dalam kotak dan pindahkan kedudukan imej jika 3 perlu Tarik kotak kecil ini untuk membesarkan saiz imej ini Pilih imej ini Klik pada anak panah ini dan pilih Setting 25% 18 e) Ulangi langkah h) untuk melihat perubahan yang telah anda lakukan. Perhatikan imej haze.jpg, haze 2.jpg dan haze 3.jpg tidak kelihatan penuh dalam frame. Untuk menjadikan imej-imej tersebut kelihatan cantik dan dipaparkan mengikut saiz frame, besarkan skala imej tersebut secara manual. f) Pilih(highlight) dan letakkan Playhead ke atas imej haze.jpg. Lihat Scale Setting pada panel Source dan ubah Scale tersebut daripada 41.7 kepada 50 seperti Rajah 35 di bawah. Rajah 35: Membesarkan saiz imej menggunakan skala g) Perhatikan imej haze.jpg telah dibesarkan. h) Satu lagi alternatif untuk mengubah skala imej tersebut adalah dengan membesarkan imej tersebut secara terus di panel program. Lihat Rajah 36 untuk langkah-langkah membesarkan saiz skala di panel program. Rajah 36: Langkah- langkah membesarkan saiz skala di panel program


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Tukar semula setting ini kepada Fit Setting pada skala telah berubah daripada 53.9 ke 65.1 Klik kotak ini 19 i) Lihat pada panel Source dalam Effects Control tab, setting pada skala imej ini telah berubah seperti Rajah 37 di bawah. Tukar semula Setting paparan di panel program kepada Fit. Rajah 37: Perubahan pada skala imej j) Ulang langkah m) untuk membesarkan imej haze 3.jpg. Ulangi langkah h) untuk melihat perubahan pada klip video anda. 4.3 Menambah Teks Pada Klip Video atau Imej a) Untuk menambah teks pada imej atau video, anda akan menggunakan Graphics tab. Klik pada Graphics tab. Perhatikan bahawa workspace anda telah berubah. Untuk menulis teks ke atas imej atau video, anda boleh memilih untuk menaip teks tersebut atau menggunakan template sedia ada. b) Pilih pada imej haze.jpg. Klik pada Edit tab di sebelah atas kemudian klik pada New Layer(tanda kotak putih kecil) dan klik pada Text apabila pop up box muncul. Lihat Rajah 38 di bawah. Rajah 38: Edit pop up box


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Ubah warna teks di sini Layer ini akan ditambahkan secara automatik di mana anda letakkan Playhead Letakkan Playhead di atas layer ini dan pastikan ianya dipilih(highlight) Pastikan pilih Type Tool sebelum mebuat suntingan teks 20 c) Secara automatik, panel editing untuk teks akan muncul dan terdapat perkataan New Text Layer akan kelihatan pada imej yang boleh diubah. Lihat Rajah 39 di bawah. Rajah 39: New Layer Text default workspace d) Sekarang anda akan mengubah tulisan New Layer Text kepada THE EARTH IS BURNING. Sebelum mengubah tulisan tersebut, pastikan anda memilih(highlight) New Text Layer pada track V2 di atas imej open burning.jpg. e) Jika pada ketika ini anda menggunakan Selection Tool, pilih pada Type Tool dan mulakan menyunting tulisan tersebut kepada THE EARTH IS BURNING seperti pada Rajah 40 di bawah. Rajah 40: Menyunting teks


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Letakkan Playhead di permulaan imej 21 f) Potong atau pendekkan layer text THE EARTH IS BURNING. Pastikan ianya hanya berada di atas imej open burning.jpg sebab anda akan membuatsatu teks yang lain di atas imej-imej yang lain. Lihat Rajah 41 di bawah. Rajah 41: Memendekkan layer teks g) Pilih pada imej haze.jpg dan letakkan Playhead di permulaan imej tersebut dan ulangi langkah b) hingga e) untuk menulis perkataan HAZE! HAZE! EVERYWHERE! Lihat Rajah 42 di bawah. Rajah 42: Menulis teks baru h) Ubah kedudukan teks tersebut sedikit ke atas dengan menyeretnya menggunakan Selection Tool dan pada Edit tab di panel Align and Transistion, klik pada kotak Horizontal Center. Lihat Rajah 43 di bawah. Rajah 43: Menggunakan Horizontal Center Klik pada Horizontal Center


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK i) Ulang langkah f) untuk memendekkan teks tersebut agar terpapar ketika kelihatan. j) Ulangi langkah-langkah di atas untuk menulis teks-teks seperti dalam Rajah 44 di bawah. Rajah 44: Teks-teks yang perlu ditulis k) Klik pada panel Editing semula. Anda akan memasukkan satu klip video yang baru di belakang imej-imej ini. l) Klik pada klip video bernama children make difference.mp4 dan masukkan ke dalam panel Timeline di belakang imej haze 3.jpg. Letakkan klip video ini di atas track V2 bersebelahan dengan teks GLOOMY SCENERY kerana jika anda meletakkannya ke atas track V1 audio klip video ini akan bertindih dengan audio sedia ada. Lihat Rajah 45 di bawah. Rajah 45: Mengelakkan pertindihan klip pada track Seret atas track V2 22 imej haze.jpg


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Klip video diseret ke bawah hagian ini ong selepas io dipadam Ba kos aud 23 m) Selepas klip video tadi diletakkan atas track V2, sekarang anda boleh meletakkan klip video tersebut secara berasingan tanpa mengubah kedudukan audio klip tersebut kemudian Unlinkkan audio bagi klip video tersebut. Lihat Rajah 46 di bawah. Rajah 46: Memindahkan klip video n) Perlambatkan klip video tersebut kepada 60%, ikuti langkah-langkah yang untuk melambatkan video seperti yang telah dipelajari sebelum ini. Keseluruhan durasi Sequence anda sepatutnya seperti Rajah 47 di bawah iaitu lebih kurang 40 saat. Rajah 47: Durasi keseluruhan Sequence o) Ulangi langkah a) hingga h) untuk menulis teks di atas klip video ini seperti Rajah 48 di bawah. Rajah 48: Paparan tulisan pada klip video p) Perhatikan tulisan tersebut tidak jelas kelihatan. Anda boleh melakukan sedikit suntingan terhadap teks tersebut agar ia lebih jelas di baca.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 3 4 Tulis 112A03 di sini untuk 1 2 5 Ubah kepada Tick kotak Klik kotak ini untuk mengeluarka n pop up box color picker Ccolor picker yang muncul selepas kotak diklik. 24 q) Gunakan Selection Tool untuk memilih teks tersebut dan klik Stroke pada panel Appearance di dalam Edit tab di sebelah kanan workspace anda. Lihat Rajah 49 di bawah. Rajah 49: Menambah Stroke dalam tulisan r) Perhatikan bahawa tulisan tersebut telah berubah dan menjadi jelas. Lihat Rajah 50 di bawah. Rajah 50: Tulisan yang telah ditambah efek Stroke s) Save projek ini kerana anda akan menggunakan projek yang sama untuk mempelajari sedikit efek-efek yang mudah untuk menjadikan klip video ini lebih menarik.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Seret imej/video yang dihighlight sehingga tanda Snap ini muncul dan lepaskan Highlight imej, teks dan video ini 25 5. MENAMBAH EFEK RINGKAS PADA KLIP VIDEO DAN IMEJ a) Buka projek file yang telah anda Save sebelum ini iaitu fail add image text and setting size(daily). b) Sebelum menambah efek ringkas pada Sequence ini, masukkan imej-imej dalam kedudukan seperti seperti Rajah 51 di bawah. Rajah 51: Imej-imej baru yang ditambah c) Pilih keseluruhan imej, teks dan video(kecuali klip child in burned forest.mp4) yang terletak di track V1 dan pindahkan ke belakang seperti dalam Rajah 52 di bawah. Rajah 52: Memindahkan imej, teks dan video d) Seret ke dalam track V1 imej-imej yang baru dimasukkan tadi. Lihat Rajah 52 di bawah. Kedudukan imej yang baru di track ini Bahagian hitam ini menunjukkan saiz imej tidak sama dengan saiz frame Rajah 52: Memindahkan imej ke track yang lain Seret dan letakkan ke track video V3 di atas layer text


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Seret efek Cross Dissolve ke permulaan video Pilih efek ini Ubah durasi kepada 1:00 26 e) Ulang langkah 4.2 d) hingga f) untuk menyamakan saiz imej open burning 2.jpg dengan saiz frame sequence anda. f) Klik pada Effects tab dan pada bahagian Search, taip Cross. Seret efek Cross Dissolve tadi ke permulaan klip video pertama dalam Sequence ini. Lihat Rajah 53 di bawah. Rajah 53: Efek Cross Dissolve yang ditarik g) Pilih/highlight efek ini dan lihat pada Effect Controls di sebelah kiri atas. Ubah durasi efek ini kepada 1:00 seperti dalam Rajah 54 di bawah. Rajah 54: Mengubah durasi pada efek


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 27 Efek Cross Dissolve Efek Film Dissolve diletakkan pada setiap garis pertemuan imej/video Efek Cross Dissolve diletakkan pada setiap permulaan dan pengakhiran layer text h) Ulang langkah f) di atas untuk menambahkan efek yang sama pada pengakhiran video. Lihat Rajah 55 di bawah. Rajah 55: Menambah efek pada pengakhiran video i) Taip film dissolve pada Effects untuk mencari efek film dissolve. Tarik efek ini ke setiap garis pertemuan imej-imej dan video yang ada dalam sequence anda. Lihat Rajah 56 di bawah. Rajah 56: Efek Film Dissolve j) Taip Cross Dissolve pada Effects untuk mencari efek Cross Dissolve semula. Seret efek ini ke setiap titik permulaan dan pengakhiran layer text seperti dalam Rajah 57 di bawah. Rajah 57: Efek Cross Dissolve


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Ubah kepada 4:55 28 k) Pilih layer text yang terakhir iaitu teks BUT...YOU CAN MAKE A DIFFERENCE, right-click dan klik pada Speed/Duration. Ubah durasi teks tersebut daripada 4:14 kepada 4:55. Lihat Rajah 58 di bawah. Rajah 58: Mengubah durasi teks l) Double-click pada track audio untuk membesarkannya. Perlahankan volume audio yang selari dengan layer text dipanjangkan sebentar tadi. Potong audio yang tidak diperlukan. Lihat Rajah 59 di bawah. Rajah 59: Memperlahankan audio


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 2 Letakkan Playhead di perakhiran video dan right-click, kemudian pilih Mark Out 1 Letakkan Playhead di permulaan video dan right-click, kemudian pilih Mark In 6. RENDERING DAN EKSPORT VIDEO a) Perhatikan pada panel Timeline terdapat satu garisan kuning dan hijau. Ini bermaksud sequence ini belum lagi dirender. Untuk melakukan proses render, anda perlu membuat marking in dan marking out. Untuk melakukan itu, ikuti langkah-langkah seperti dalam Rajah 60 di bawah. Rajah 60: Proses Mark In dan Mark Out 29


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Garisan masa telah bertukar menjadi hijau 30 b) Klik pada Sequence tab di atas sekali dan klik pada Render In to Out seperti Rajah 61 di bawah. Rajah 61: Render In to Out c) Rendering proses akan berlaku seperti Rajah 62 di bawah. Rajah 62: Rendering proses d) Apabila proses render telah berlaku, perhatikan garisan kuning dan merah tadi akan berubah menjadi hijau. Jika terlalu banyak anda gunakan efek, proses render sangat perlu agar video anda tidak berat dan stuck apabila dimainkan. Lihat Rajah 63 di bawah. Rajah 63: Sequence yang telah dirender


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 31 e) Sekarang anda akan mengeksport Sequence ini menjadi satu video yang lengkap. Klik pada File tab di atas sebelah kiri desktop anda dan klik pada Export→Media. Lihat Rajah 64 di bawah. Rajah 64: Eksport ke media f) Apabila pop up box untuk Export Setting muncul, pastikan setting seperti dalam Rajah 65 di bawah. Save video anda sebagai video pertama saya. TAHNIAH! Anda berjaya menghasilkan satu video. Rajah 65: Export Settings 2 Pilih Preset Setting Match Source-High bitrate untuk HD video 1 3 5 4 Simpan fail sebagai video pertama saya Klik Export sebagai langkah terakhir Klik pada tulisan biru ini untuk mengubah nama dan lokasi penyimpanan video anda. Pilih H.264


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 7. MENGHASILKAN SATU SLAID PERSEMBAHAN MUDAH 1) Sebelum memulakan tutorial ini, pastikan anda mempunyai folder ini. 2) Buka folder tersebut dan buka fail projek how to make slide show like pro(daily).prproj. Fail projek ini mengandungi gambar-gambar dan satu video yang belum dimasukkan ke dalam Sequence. 3) Klik pada New Item->Sequence, namakan Sequence baru anda sebagai Slide Show Presentation dan pilih Setting seperti Rajah 66 di bawah. Rajah 66: Sequence untuk slaid 4) Pilih semua gambar yang ada dalam fail media yang terdapat dalam projek tersebut dan masukkan ke dalam Sequence yang baru dibuat seperti Rajah 67 di bawah. Rajah 67: Memasukkan gambar ke dalam Sequence 32


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 33 5) Apabila anda menekan butang Play pada panel program, anda akan dapatisaiz gambar tersebut tidak sama. Jika perbezaan gambar tersebut tidak banyak dan tidak melibatkan banyak gambar, anda boleh membuat sedikit adjustment dan menyamakan saiz-saiz gambar tersebut, tetapi jika ia melibatkan gambar yang banyak, anda memerlukan tool yang berbeza. 6) Anda boleh menyamakan saiz gambar secara online. Taip birme.net, paparan seperti Rajah 68 di bawah akan kelihatan. Rajah 68: Birme.net 7) Klik pada BROWSE FROM YOUR COMPUTER dan masukkan kesemua gambar yang anda ingin masukkan ke dalam slaid persembahan seperti Rajah 69 di bawah. Rajah 69: Imej yang dimasukkan ke dalam birme.net 8) Setkan Width sebagai 1800 px dan Height sebagai 1350 px. Kemudian adjust kedudukan imejimej tersebut agar dapat menampilkan content yang ingin dipaparkan. Lihat Rajah 70 di bawah.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Rajah 70: Re-positioning image 9) Setelah berpuashati dengan kedudukan imej-imej tersebut, klik pada Save as ZIP dan tunggu sehingga fail tersebut dimuatturun seperti Rajah 71 di bawah. Rajah 71: Save as ZIP 10) Import semula imej-imej tersebut ke dalam Sequence Slide Show Presentation anda dalam Premier. Dalam tutorial ini, imej-imej yang telah resized telah dimasukkan dalam folder ini untuk memudahkan anda. Tetapi disarankan anda mengambil fail yang telah anda resized sendiri. 11) Klik pada New Bin dan namakan Bin tersebut sebagai Resized Photo. Lihat Rajah 72 di bawah. Rajah 72: Bin baru untuk Resized Photo 34 Contoh imej yang telah di repositioned


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Resized Images dimasukkan ke dalam Sequence 35 12) Double-Click pada bin baru tersebut, satu ruangan kosong akan terpapar, Right-Click pada ruangan tersebut dan klik import. Klik pada folder 4. Making simple slide show in premier (Daily)->Photos->Resized Images dan Import semua gambar-gambar yang telah diresizedIkan sebentar tadi. Lihat Rajah 73. Rajah 73: Resized Images yang telah diimport 13) Sebelum memasukkan resized images ke dalam Sequence, delete imej-imej sedia ada yang telah dimasukkan sebelum ini. Gantikan kesemua imej tersebut dengan imej-imej yang telah diresizedkan seperti Rajah 74 di bawah. Rajah 74: Memasukkan Resized Images ke dalam Sequence 14) Pilih kesemua resized images tadi, Right-Click dan klik pada Set to Frame Size seperti Rajah 75 di bawah. Rajah 75: Set to Frame Size


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Tukar skala di sini dan tekan ENTER 36 15) Letakkan Playhead di atas gambar pertama dan klik pada gambar tersebut. Pastikan terdapat paparan Effect Controls pada panel Source. Tukarkan Scale daripada 80% kepada 107% seperti Rajah 76 di bawah. Rajah 76: Mengubah skala pada imej 16) Perhatikan bahawa gambar pada panel program telah memenuhi keseluruhan ruangan pada panel program tersebut. Dengan paparan yang sama, Right-Click pada Motion dan klik copy. Rajah 77: Copy Motion effect


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pilih kesemua gambar-gambar ini kecuali gambar pertama dan tekan Ctrl+V pada keyboard Klik pada icon ini 37 17) Pilih pada kesemua gambar-gambar yang ada dalam Sequence kecuali gambar pertama dan tekan Ctrl+V pada keyboard. Klik Play pada panel program, sepatutnya kesemua gambargambar telah memenuhi ruangan pada panel program. Lihat Rajah 78 di bawah. Rajah 78: Menggunakan Ctrl+V pada keyboard untuk paste Motion effect 18) Duplicate kesemua gambar-gambar tersebut dan letakkan duplication gambar ke atas track V2. Lakukan ini dengan memilih kesemua gambar-gambar tersebut, menekan Alt pada keyboard, dan menyeret(drag) gambar tersebut tanpa melepaskan mouse ke atas track V2. Lihat Rajah 79 di bawah. Pilih kesemua gambar-gambar ini tekan Alt pada keyboard dan drag gambar-gambar ini ke track V2. Rajah 79: Membuat duplication imej 19) Klik icon mata pada track V2 untuk hidekan gambar-gambar pada track tersebut seperi Rajah 80 di bawah. Rajah 80: Hidekan gambar


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pastikan gambar ini dipilih 38 20) Klik pada anak panah di panel project dan pilih Effects seperti Rajah 81 di bawah. Rajah 81: Effects tab pada panel project 21) Taip gaussian blur pada search field dan drag effect gaussian blur tersebut ke gambar pertama yang terletak pada track V1 seperti Rajah 82 di bawah. Rajah 82: Gaussian Blur effect 22) Pastikan anda memilih gambar pertama, klik pada effect controls tab pada panel Source, dan ubah Blurriness daripada 0 ke 75 seperti Rajah 83 di bawah. Rajah 83: Mengubah nilai Blurriness


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pilih kesemua gambar-gambar(highlighted) dengan tekan Ctrl+V pada keyboard. Klik Copy Pastikan ada tanda ini Taip nilai 56 pada skala, klik icon jam dan pastikan Playhead berada paling tepi sebelah kiri. 39 23) Right-Click pada efek Gaussian Blur dan klik Copy. Kemudian pilih kesemua gambar-gambar pada track V1 kecuali gambar pertama dan tekan Ctrl+V untuk pastekan efek Gaussian Blur tadi ke atas kesemua gambar-gambar yang lain seperti Rajah 84 di bawah. Rajah 84: Menggunakan Ctrl+V pada keyboard untuk paste Gaussian Blur effect 24) Unhidekan gambar-gambar pada track V2. Klik pada gambar pertama di track V2, kemudian klik pada Effect Controls tab di panel Source. 25) Pada Effect Controls, letakkan Playhead(yang berada pada keyframe) ke kiri sekali dan taip 45 pada nilai skala dan klik Toggle Animation(icon jam) untuk locked nilai skala pada kedudukan tersebut. Lihat Rajah 85. Rajah 85: Mengubah nilai skala pada kedudukan awal


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pastikan ada tanda ini Masih gambar yang sama Taip nilai 56 pada skala, klik icon jam dan pastikan Playhead berada paling tepi sebelah kiri. Drag efek Radial Shadow pada gambar ini Setting: Tukar warna kepada Putih, Opacity 100%, Light Source mengikut kesesuaian, Projection Distance 8.0, Softness 20.0 dan tick pada kotak Resized Layer 40 26) Letakkan Playhead ke tepi sebelah kanan sekali, kemudian taip 60 pada nilai skala dan klik icon jam(Toggle Animation) seperti Rajah 86 di bawah. Rajah 86: Mengubah nilai skala di kedudukan terakhir 27) Ulang langkah 17 dan 18 untuk menyalin efek Motion yang sama pada kesemua gambar-gambar yang berada pada track V2. Letakkan Playhead pada permulaan Sequence dan tekan Play pada panel Program. Perhatikan bahawa kesemua gambar-gambar tersebut telah dianimasikan iaitu daripada saiz kecil dan perlahan-lahan menjadi besar. 28) Klik gambar pertama pada track V2, klik anak panah di penjuru kanan panel project dan klik pada Effects seperti langkah 20. Taip Radial Shadow pada Search field dan seret efek tersebut ke gambar pertama. Klik pada Effect Controls pada panel Source, ubah setting efek Radial Shadow tersebut seperti Rajah 87 di bawah. Rajah 87: Setting pada efek Radial Shadow


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Drag efek Drop Shadow pada gambar ini Setting: Tukar Opacity 100%, Direction mengikut kesesuaian, Distance 30.0, Softness 0.0 dan tick pada kotak Resized Layer 41 29) Ulang langkah 23 untuk menyalin efek Radial Shadow tersebut ke gambar-gambar yang lain yang ada pada track V2. 30) Klik gambar pertama pada track V2, klik anak panah di penjuru kanan panel project dan klik pada Effects seperti langkah 20. Taip Drop Shadow pada Search field dan seret efek tersebut ke gambar pertama. Klik pada Effect Controls pada panel Source, ubah setting efek Drop Shadow tersebut seperti Rajah 88 di bawah. Rajah 88: Setting pada Drop Shadow 31) Copy kesemua gambar-gambar yang ada pada track V2 iaitu dengan menekan Alt tanpa melepaskan mouse dan menyeretnya ke atas track V3 seperti Rajah 89 di bawah. Rajah 89: Menyalin gambar dari track V2 ke track V3 32) Klik pada gambar pertama pada track V2 dan ubah Rotation gambar tersebut mengikut kesesuian. Dalam contoh ini, Rotation telah disetkan kepada -11o . Lihat Rajah 90 di bawah.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Klik Copy dan tekan Ctrl+V selepas memilih gambar-gambar seperti yang dihighlightkan. Rajah 90: Mengubah Rotation gambar pada track V2 33) Copy nilai Rotation tersebut pada kesemua gambar-gambar yang lain yang ada dalam track V2 dengan mengulangi langkah 16 dan 17 iaitu dengan menyalin efek Motion. Ini kerana, efek Rotation terletak di bawah Motion. Lihat Rajah 91. Rajah 91: Menyalin efek Rotation pada gambar-gambar di track V2 34) Klik pada butang Play di panel Program dan perhatikan slide show tersebut dimainkan. Anda akan melihat gambar-gambar pada track V2 diputar mengikut nilai putaran yang sama. Klik pada mana-mana gambar dan ubah nilai putaran tersebut pada Effect Controls supaya ia kelihatan berbeza antara satu dengan yang lain. Pastikan sebelum anda mengubah nilai putaran tersebut, anda telah meletakkan Playhead di tempat yang betul serta meng’highlight’kan gambar yang betul untuk melihat perubahan gambar tersebut. Lihat contoh-contoh nilai putaran Rajah 92 di bawah. 42 Efek Rotation yang diubah pada gambar di track V2. Rotation disetkan kepada -11o .


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Rotation = -3 o Rotation = 5o Rotation = 10o Rotation = -15o 43 Rajah 92: Contoh nilai Rotation dan kesan pada gambar 35) Sekarang ulang langkah 32 di atas untuk mengubah Rotation pada gambar-gambar di track V3 tetapi kali ini dengan mengaktifkan Toggle Animation. Letakkan Playhead pada penghujung sebelah kiri dan ubah nilai Rotation kepada 20o . Pastikan Toggle animation diaktifkan seperti Rajah 93 di bawah.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Pastikan ada tanda ini Taip nilai 0 pada Rotation, klik icon jam dan pastikan Playhead berada paling tepi sebelah kanan. 2 Pastikan icon jam Swivel dan Tilt diaktifkan dan letak nilai 60 dan - 35 seperti di atas. 3 1 Efek Basic 3D diseret(drag) ke gambar pertama pada track V3. Pastikan ada 2 tanda ini dan Playhead berada di permulaan klip Rajah 93: Mengubah nilai Rotation pada permulaan klip 36) Letakkan Playhead pada penghujung sebelah kanan, dan ubah nilai Rotation kepada 0o . Lihat Rajah 94 di bawah. Rajah 94: Mengubah nilai Rotation pada pengakhiran klip 37) Sekarang anda akan membuat sedikit animasi pergerakan untuk gambar-gambar pada track V3 dengan menggunakan efek Basic 3D. 38) Klik gambar pertama pada track V3, klik anak panah di penjuru kanan panel project dan klik pada Effects seperti langkah 20. Taip Basic 3D pada Search field dan seret efek tersebut ke gambar pertama tersebut. Klik pada Effect Controls pada panel Source, ubah setting efek Basic 3D tersebut seperti Rajah 95 di bawah. Rajah 95: Setting untuk efek Basic 3D pada permulaan klip 44 Pastikan ada tanda ini Taip nilai 20 pada Rotation, klik icon jam dan pastikan Playhead berada paling tepi sebelah kiri.


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK Kedudukan Playhead berada lebih kurang di tengah-tengah dan ada 2 tanda ini Nilai Swivel dan Tilt telah diubah menjadi 0 Kedua-dua efek ini perlu dihighlightkan kemudian right-Click dan pilih Copy 45 39) Gerakkan Playhead ke tengah-tengah klip dan ubah nilai Swivel dan Tilt kepada 0 semula seperti Rajah 96 di bawah. Rajah 96: Setting untuk efek Basic 3D pada pertengahan klip 40) Salin efek Motion dan Basic 3D(klik pada Motion, tanpa melepaskan mouse tekan Control pada keyboard dan klik pada Basic 3D, Right-click dan klik Copy) yang terdapat pada gambar pertama di track V3, pilih(highlight) kesemua gambar-gambar yang terdapat pada track V3(kecuali gambar pertama) dan tekan Ctrl+V pada keyboard seperti Rajah 97 di bawah. Rajah 97: Menyalin dua efek pada masa yang sama


NOTA KURSUS VIDEO EDITING | DISEDIAKAN OLEH: DAILY BINTI TAYOK 46 41) Pilih(highlight) kesemua gambar-gambar pada track V3 kecuali gambar pertama dan tekan Ctrl+V pada keyboard. Klik butang Play pada panel Program dan lihat kesan efek tersebut. 42) Perhatikan bahawa kesemua gambar mempunyai efek yang sama. Untuk membuat sedikit kelainan dan variasi pada efek tersebut, anda boleh mengubah nilai Swivel dan Tilt(pastikan Playhead berada pada penghujung sebelah kiri sebelum mengubah nilai tersebut) pada effect controls mengikut citarasa anda. Lihat contoh-contoh nilai Swivel dan Tilt pada Rajah 98 di bawah. Rajah 98: Contoh-contoh paparan nilai Swivel dan Tilt yang berubah-ubah


Click to View FlipBook Version