The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Course: SBLM1023 Pengantar penulisan.
Tajuk : Arnab dan Harimau
Tema : Keperwiraan
Disediakan oleh : SITI NURNADIERA BT HASHIM (269844)
Disediakan untuk : Dr. Melor Fauzita binti Md Yusoff

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnadierahashim, 2022-05-12 05:04:09

Buku cerita Arnab dan Haarimau

Course: SBLM1023 Pengantar penulisan.
Tajuk : Arnab dan Harimau
Tema : Keperwiraan
Disediakan oleh : SITI NURNADIERA BT HASHIM (269844)
Disediakan untuk : Dr. Melor Fauzita binti Md Yusoff

Keywords: buku cerita

ARNAB
DAN

HARIMAU

KARYA SITI NURNADIERA HASHIM

269844

Di sebuah perkampungan arnab, tinggal seekor
arnab betina yang bernama Miyu. Miyu tinggal
bersendirian semenjak kematian ibu bapanya. Miyu
tidak mempunyai kawan. Dia selalu dibuli oleh arnab-
arnab yang lain kerana Miyu mempunyai telinga yang
pendek, berbeza dengan arnab yang lain.

Pada suatu hari, Miyu berjalan bersendirian mencari
makanan. Dia melihat sebuah pokok epal yang lebat
dengan buah epal merah yang besar. GULP. Miyu
menelan air liur kerana dia begitu teruja melihat buah
epal yang besar itu. Miyu cuba memanjat pokok epal
tersebut, lalu jatuh. Namun dia tidak berputus asa
untuk mendapatkan buah epal tersebut. Dia mencuba
berkali-kali sehingga berjaya.

Setelah mencuba memanjat pokok epal berkali-kali,
akhirnya dia berjaya mendapatkan sebiji buah epal.
Kemudian Miyu duduk di bawah pokok epal tersebut
dengan perasaan gembira.

Tiba-tiba datang dua ekor arnab yang selalu membuli
Miyu. "Lihatlah si arnab bertelinga pendek ini, mesti
dia mencuri epal dari pokok ini." kata seekor arnab
jantan. Disebabkan kedua-dua ekor arnab tersebut
dengki terhadap Miyu, mereka memijak buah epal
tersebut sehingga buah epal itu kotor dan rosak.

Kejadian tersebut disaksikan oleh seekor harimau
yang berada berdekatan dengan tempat itu.
Harimau tersebut berlari kearah Miyu dan
mempertahankan Miyu.

Arnab-arnab yang membuli Miyu berasa takut dan
melarikan diri. Miyu yang ditinggalkan bersendirian
disitu turut berasa takut melihat harimau yang
berada dihadapannya.

"Jangan takut, saya tidak akan mencederakan kamu.
Saya hanya ingin membantu kamu." Jelas si harimau
kepada Miyu. "Te.. Terima kasih." Miyu masih berasa
gementar berhadapan dengan harimau tersebut.
"Nama saya Mako. Saya merupakan putera di
perkampungan harimau. Tugas saya adalah untuk
menyelamatkan haiwan-haiwan yang ditindas."

Selepas mendengar penjelasan dari Putera Mako,
Miyu berasa senang hati. Putera Mako kemudiannya
menghantar Miyu pulang ke rumah dengan selamat.

Selepas daripada kejadian itu, Miyu dan Putera
Mako menjadi sahabat baik.

Suatu hari, Putera Mako telah menghadiahkan
sehelai baju baharu kepada Miyu sebagai tanda
persahabatan. Miyu berasa teruja dan memakai
pakaian tersebut ke pasar untuk menjual lobak
merah. .

"Semasa di pasar, Miyu terserempak dengan arnab
yang membulinya beberapa hari yang lepas. Arnab
tersebut mendekati Miyu kerana dia masih
berdendam dengan Miyu. Miyu berasa takut
"Nampaknya si arnab miskin ini sudah pandai
bergaya dengan baju baru." Sinis arnab jantan itu.
Dia kemudian mengotorkan pakaian Miyu sehingga
koyak. Miyu berasa sedih dan membawa diri ke
sungai.

Di tepi sebatang sungai, Miyu cuba mencuci
pakaiannya yang kotor tadi. Walaupun Miyu mencuci
pakaiannya itu namun kotoran itu tidak hilang. Miyu
berasa sedih kerana baju itu merupakan hadiah dari
Putera Mako.

Pada waktu yang sama, Putera Mako pergi ke
rumah Miyu untuk memberi sebakul buah-buahan
kepada Miyu. Setibanya Putera Mako di rumah
Miyu, Putera Mako tidak melihat kelibat Miyu.
Putera Mako kemudian menanya jiran Miyu tentang
keberadaan Miyu. Jirannya memberitahu bahawa
Miyu telah dibuli oleh arnab yang nakal di pasar
pagi tadi.

Selepas mendengar khabar berita tersebut, Putera
Mako terus mencari arnab yang membuli Miyu dan
memberi pengajaran kepada arnab tersebut.
Setelah itu, Putera Mako mencari Miyu dan memujuk
Miyu dengan buah-buahan yang enak.

Pada suatu pagi arnab-arnab di perkampungan
tersebut bekerja keras di pasar pagi. Mereka
menjual pelbagai buah-buahan serta sayur-sayuran.
Tiba-tiba datang sekumpulan serigala menerkam
arnab-arnab yang berada di pasar tersebut.
Disebabkan kejadian itu, banyak arnab yang cedera
akibat diterkam oleh serigala—serigala tersebut.
Beberapa ekor arnab yang lain sempat melarikan diri
keluar dari kawasan pasar itu.

Pada waktu itu, Miyu sedang sibuk mencari lobak
merah di kawasan hutan. Tiba-tiba Miyu
terserempak dengan seekor arnab jantan yang
sering membulinya. Perasaan takut kelihatan pada
riak wajah arnab tersebut.

“Apakah yang telah berlaku sehingga awak
kelihatan ketakutan?” Soal Miyu kepada arnab
tersebut. “Ada sekumpulan serigala telah memasuki
kawasan perkampungan kita! Mereka telah
menerkam arnab-arnab yang berada di pasar tadi!”
Jelas si arnab jantan tersebut dalam keadaan tidak
tentu arah. Miyu berasa terkejut dan susah hati.
Walaupun arnab-arnab di kampung ini selalu
membuli Miyu, namun dia berasa sedih kerana
kampung halamannya berada dalam keadaan kucar
kacir.

“Kita mesti lakukan sesuatu untuk menyelamatkan
kampung kita dari serigala-serigala itu!” Tegas Miyu
dengan berani. Miyu dan arnab-arnab yang lain
berkumpul di suatu kawasan di dalam hutan membuat
rancangan untuk mengalahkan serigala-serigala
yang menerkam kampung mereka. “Kita tidak akan
menang melawan serigala tersebut dengan fizikal
badan seperti ini.” Ujar salah seekor arnab betina.

SHHKK SHHKK

Tiba-tiba kedengaran bunyi dari semak samun yang
berdekatan dengan tempat arnab-arnab tersebut
berkumpul. ARRGH! Jerit salah seekor arnab yang
melihat Putera Mako berjalan mendekati mereka.

“Apakah yang kalian lakukan disini?” Soal Putera
Mako. Miyu kemudian menjelaskan perkara yang
telah berlaku di perkampungan arnab. “Wahai
Putera harimau, bolehkah sekiranya kamu membantu
kami untuk mengalahkan serigala-serigala tersebut?”
Soal salah seekor arnab. Putera Mako bersetuju
untuk membantu arnab-arnab tersebut. Mereka
kemudian membincangkan cara untuk mengalahkan
dan mengusir serigala dari perkampungan arnab.
Mereka telah membahagikan kepada dua buah
pasukan iaitu pasukan arnab dan pasukan harimau.
Pasukan arnab diketuai oleh Miyu manakala pasukan
harimau diketuai oleh Putera Mako.

Pada hari berikutnya, berbekalkan rancangan yang
telah dirancang, mereka bergerak memasuki
perkampungan arnab secara bersembunyi. Kelihatan
sekumpulan serigala sedang berehat di bawah
sebuah pokok di kawasan pasar. Miyu bersama
arnab-arnab yang lain secara diam-diam memanjat
pokok tersebut. Semasa serigala-serigala tersebut
sedang leka berehat, arnab-arnab tersebut terus
terjun kearah serigala-serigala itu lalu mengigit
badan serigala.

Pasukan harimau yang diketuai oleh Putera Mako
juga turut menerkam serigala-serigala lain yang
berada di kawasan itu. Hasil daripada pergelutan
tersebut, banyak serigala yang cedera akibat
gigitan arnab-arnab yang banyak itu. Serangan
dari pasukan Putera Mako juga menyebabkan
banyak serigala cedera parah. Disebabkan serigala-
serigala tersebut tidak dapat mengawal keadaan
kerana bilangan pasukan arnab dan harimau terlalu
banyak, mereka kemudian menyerah kalah dan
melarikan diri dari kawasan perkampungan
tersebut.

Arnab-arnab tersebut meraikan kemenangan
mereka. Mereka mengucapkan terima kasih kepada
Putera Mako dan harimau-harimau yang lain kerana
telah membantu mereka menyelamatkan kampung
mereka. Arnab-arnab yang lain juga turut berterima
kasih kepada Miyu dan meminta maaf kepadanya
kerana selalu membulinya.

Selepas kejadian tersebut, kesemua arnab di
perkampungan tersebut hidup hormat-menghormati.
Miyu juga telah mendapat penghormatan daripada
Putera Mako kerana dia berani untuk mengetuai
arnab-arnab yang lain untuk mengalahkan serigala.
Akhirnya mereka semua hidup bahagia dan aman
damai.

TAMAT


Click to View FlipBook Version