The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKTKJ KALI KE 17/2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd munzir, 2021-03-17 18:07:21

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKTKJ KALI KE 17/2019

Keywords: MINIT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -17

TARIKH : 17 Mac 2019

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK TAMAN KOTA JAYA

KEHADIRAN : 350 orang

BACAAN DOA : En Ahmad Zul Fahmi Bin Rukman

PENCATAT MINIT MESYUARAT : 1. Puan Nurul Aida Binti Ma’dee

2. Nurulhidayah Binti Mohd Sawal

AGENDA

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG ( Encik Norazman bin Alimi)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran Penasihat PIBG SK Taman Kota Jaya, Guru
Besar Puan Samsiah Bt Hussein, Naib Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG ,
dan semua guru serta ibu bapa.

1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan barisan
AJK 2018/2019. Beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada
semua ibu bapa kerana menjayakan acara Fun Walk dan Senamrobik.

1.3 Sebagai ahli PIBG mengalu-alukan dan mengucapkan syukur dan terima
kasih atas penglibatan sekolah sepanjang tahun 2018.

1.4 Mesyuarat pada kali ini menggunakan kaedah ‘QR code’ iaitu semua ibu
bapa yang hadir boleh melihat minit mesyuarat serta penyata kewangan
lepas dengan menggunakan telefon bimbit.

1.5 Mesyuarat kali ini lebih santai kerana tiada pelantikan Ahli jawatankuasa
yang baharu kerana tempoh Ahli jawatankuasa bagi tahun 2018 / 2019
adalah selama tempoh dua tahun.

1.6 Beliau menyatakan sedaya upaya memastikan yuran PIBG yang telah
dibayar adalah untuk dibelanjakan untuk kegunaan sekolah. Sekiranya ibu
bapa yang tidak berpuas hati boleh menyuarakan kepada pihak tertinggi
untuk diperbaiki pada masa hadapan.

1.7 Memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan pada tahun ini

2. Membentang dan menerima Minit mesyuarat Agung kali ke 16 (2018) oleh En
Munzir Bin Mustafa

2.1 Minit Mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha PIBG
2.2 Puan Julaiha binti Aspandi mencadangkan minit mesyuarat PIBG kali

ke 16 diterima dan disahkan.
2.3 Disokong oleh Puan Marina binti Amin.

3. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti tahunan PIBG oleh setiausaha
PIBG

3.1 Setiausaha PIBG, En Munzir bin Mustafa membentangkan aktiviti
tahunan bagi tahun 2018

3.2 Cadangan disokong dan diterima sebulat suara.

4. Membentangkan dan meluluskan Penyata kewangan berakhir 31 Disember
2018 oleh Pn. Zaiton bt Hj Rukawi ( Bendahari PIBG )

4.1 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan

4.2 Beliau memaklumkan baki yang terkini adalah sebanyak RM49 342.80.

4.3 Nur Shadreen Bt Moh Shah mencadangkan penyata kewangan tersebut
diterima untuk disahkan.

4.4 Disokong oleh Suriati Binti Mazlan

5. Membahaskan Usul-usul

Usul daripada ibu bapa

Usul 1 : Usul oleh En Suhaili binti Hj. A. Manat mencadangkan supaya
Jalan Kuini dijadikan jalan sehala pada waktu kemuncak kerana faktor
keselamatan.

5.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa usul tersebut telah
diajukan pada tahun 2010 namun tidak diterima disebabkan
penduduk tempatan tidak bersetuju. Namun, pada tahun 2019
diusulkan semula dan telah merujuk pada pihak polis untuk
dijadikan jalan sehala bermusim. Beliau meminta semua agar
berdoa semoga ada kelulusan dan tiada bantahan.

Usul 2 : Usul oleh Haji Suradi bin Haji Omar sama seperti usul pertama
iaitu menjadikan Jalan Kuini sebagai jalan sehala.

5.2.1 Beliau mencadangkan jalan sehala bermusim hanya pada
waktu kemuncak sahaja iaitu pukul 12.45 tengah hari hingga
pukul 1.00 petang

5.2.2 Mohon kepada YDP PIBG untuk membuat tambahan kon
di laluan kenderaan hadapan sekolah supaya memudahkan ibu
bapa untuk menurunkan anak-anak selama tempoh ½ jam atau
20 minit sahaja.

6.0 Hal-hal lain

6.1 En Ishak mencadangkan surat-surat sekolah yang perlu dicop oleh ketua
kampung hanya perlu dicop oleh ketua kampung di sekolah sahaja. Hal ini
disebabkan ibu bapa mempunyai kekangan masa untuk meminta cop daripada
ketua kampung.

6.1.1 YDP PIBG menyatakan bahawa pejabat ketua kampung adalah di balai
raya dan ibu bapa perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. Pihak sekolah
tidak dibenarkan berbuat demikian kerana ibu bapa dan ketua kampung yang
bertanggungjawab atas maklumat tersebut serta sekolah hanya memproses
surat yang telah dicop.

6.2 En Mohd Ozali bin Mohd Amin mencadangkan agar ahli jawatankuasa PIBG
menyediakan minit mesyuarat yang lepas dalam bentuk kertas pada mesyuarat yang
akan datang. Hal ini disebakan masih terdapat ibu bapa yang tidak boleh
menggunakan teknologi yang terdapat di dalam telefon bimbit serta tidak dapat
mengakses maklumat yang diperlukan sewaktu bermesyuarat.

6.21 Isu yang kedua oleh En Mohd Ozali ialah meminta anak beliau dapat
ditukarkan ke aliran agama. Hal ini kerana pada mulanya anak beliau dapat
tawaran ke aliran agama, namun disebabkan pertukaran kelas menyebabkan
anak beliau telah ke aliran bahasa Cina

6.2.2 Guru besar memohon maaf dan akan mengkaji semua keadaan. Beliau
turut menerangkan bahawa kaedah mengakses maklumat dengan
mengimbas ‘QR Code’ adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk
menjimatkan penggunaan kertas. Beliau menegaskan sekolah sentiasa
mengamalkan dasar terbuka iaitu tiada halangan untuk ibu bapa memberi
pendapat dan cadangan penambah baikan bagi memastikan anak-anak
mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah.

6.2.3 Guru Besar menyatakan isu kedua iaitu berkaitan pertukaran kelas akan
diselesaikan. Sekiranya Ibu bapa mempunyai isu tersebut boleh berhubung
dengan pentadbir ,

6.3 Saiful Azwan bin Sidek mencadangkan agar segala bahan yang perlu difotostat
serta barang-barang keperluan yang dipesan oleh guru kepada murid sepatutnya
boleh didadapati di koperasi. Hal ini disebabkan ibu bapa mempunyai kekangan
masa untuk membeli barang tersebut di luar.

6.3.1 YDP PIBG menyatakan mesin fotostat tersebut telah disediakan. Beliau
akan cuba berbincang cuba menyelaraskan bahan yang dijual sesuai dengan
keperluan murid. Beliau turut berbincang dengan kedai buku untuk dijadikan
koperasi sekolah serta menawarkan kepada sesiapa ibu bapa yang ingin
menyewa kedai buku di sekolah.

6.4 Rosli bin Abdullah memberikan pendapatnya bahawa kewangan PIBG sangat
memuaskan dan mohon ahli jawatankuasa melebihkan program pendidikan
kokurikulum untuk faedah murid-murid.

6.4.1 YDP PIBG menjelaskan terdapat banyak pecahan dalam tabung PIBG.
bAhli jawatankuasa PIBG bersama pihak sekolah telah berjaya mendapatkan
beberapa sumbangan daripada pihak luar seperti kipas, lampu dan televisyen
untuk diletakkan di kelas-kelas. PIBG juga bertujuan untuk membantu
keperluan anak-anak. Beliau turut menyeru kepada ibu bapa yang
mempunyai lebihan wang atau yang ingin memberi sumbangan boleh
berhubung dengan pihak pentadbir dan ahli jawatankuasa tertinggi sekolah
pada bila-bila masa.

7.0. Ucapan Penangguhan

YDP PIBG,Encik Norazman bin Alimi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
yang memberikan kerjasama dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengharapkan
sokongan daripada ibu bapa bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah.
Beliau turut memohon maaf jika berlaku sebarang kesilapan dan kelemahan
sepanjang mempengerusikan majlis.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

NURUL AIDA BT MA’DEE NORAZMAN BIN ALIMI
Pencatat Minit 1 Yang Dipertua PIBG
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Kota Jaya.
SK Taman Kota Jaya.

NURULHIDAYAH BINTI MOHD SAWAL
Pencatat Minit 2
Mesyuarat Agung PIBG
SK Taman Kota Jaya.

-


Click to View FlipBook Version