Pendekatan LeapEd™ Bagi
Pembelajaran Koperatif
Program Sekolah Amanah
April 2016
© Hak Cipta LeapEd™ Services Sdn. Bhd. 2016
Hak cipta penerbitan ini dan kandungannya adalah kepunyaan LeapEd™ Services Sdn Bhd
kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian penerbitan ini boleh diubah,
disalin, diedar atau dihantar dalam apa bentuk sekalipun – elektronik atau mesin – tanpa
mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada penerbit.
Pindahan atau jualan penerbitan ini kepada pihak lain juga dilarang sama sekali;
penerbitan ini wajib dipulangkan kepada LeapEd™ Services Sdn Bhd apabila penerimanya
tidak lagi terlibat dalam, atau ada kena mengena dengan, kerja-kerja berkaitan syarikat
ini atau program-programnya. LeapEd™ Services Sdn Bhd berhak menuntut penerbitan ini
dikembalikan pada bila-bila masa.
Sekiranya anda memperolehi penerbitan ini daripada pihak selain LeapEd™ Services Sdn
Bhd, anda telah memiliki salinan tidak sah. Sila maklumkan kepada kami melalui
[email protected]. Hubungi kami di LeapEd™ Services Sdn Bhd, Level 52,
Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur, Malaysia untuk maklumat lanjut.
Penulis: S. J. Millington dan M. Marks
Diterbitkan oleh LeapEd™ Services Sdn. Bhd, Malaysia, Edisi Ke-2, April 2016.
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Isi Kandungan
PENGENALAN.......................................................................................................................................... 2
Apakah Struktur Pembelajaran Koperatif? ................................................................................ 3
ROPE........................................................................................................................................................ 3
Contoh ROPE...................................................................................................................................... 5
PENGURUSAN BILIK DARJAH................................................................................................................... 6
Pembentukan Kumpulan:........................................................................................................... 6
Struktur: ..................................................................................................................................... 6
Kongsi-Bergilir ......................................................................................................................................... 8
Saya-Dua-Semua ...................................................................................................................................10
Lihat-Fikir-Komen .................................................................................................................................. 12
Kongsi-Pendapat ...................................................................................................................................14
Utara-Selatan ........................................................................................................................................16
4-Paksi-Pendapat ..................................................................................................................................18
Saya-Kongsi-Sepakat .............................................................................................................................20
Kotak-Ilmu ............................................................................................................................................. 22
Kad-Cabaran.......................................................................................................................................... 24
Kembara-Atau-Kekal .............................................................................................................................26
Kredit-Berbual ....................................................................................................................................... 28
Tulis-Cepat² ...........................................................................................................................................30
Misi-Memburu ......................................................................................................................................32
Soal-Dan-Bimbing.................................................................................................................................. 34
Rujukan dan Penghargaan ....................................................................................................................36
LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 37
Lampiran 1: Jadual Kemahiran Struktur Pembelajaran Koperatif ...................................................38
Lampiran 2: Ilustrasi Struktur Pembelajaran Koperatif ...................................................................40
Versi Guru.................................................................................................................................40
Versi Murid Sekolah Menengah...............................................................................................42
Versi Murid Sekolah Rendah....................................................................................................44
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 1
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
PENGENALAN
Pembelajaran koperatif bermaksud murid-murid bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan untuk mencapai matlamat yang sama; di mana setiap individu berusaha mencapai
hasil yang terbaik untuk manfaat diri dan ahli kumpulan.
Pembelajaran koperatif diperkenalkan di bilik darjah abad ke-21 dan hasil kajian sering
mendapati kesan positif terhadap:
• tahap pencapaian akademik murid yang bertambah baik
• perasaan murid terhadap sekolah, guru, dan rakan mereka
• peningkatan nilai keyakinan diri
• peningkatan interaksi positif dan kemahiran sosial murid.
Aktiviti pembelajaran koperatif membolehkan murid berkolaborasi, memberi mereka masa
dan peluang untuk membincangkan konsep baharu dan idea mereka secara berkumpulan
sebelum pembentangan dalam kelas dan penyelesaian tugasan. Mereka belajar cara
penyelesaian masalah, menyuarakan idea sendiri, dan membuat pertimbangan secara kritis
terhadap pendapat murid lain sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 2
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Apakah Struktur Pembelajaran Koperatif?
Struktur pembelajaran koperatif ialah strategi pembelajaran khusus yang boleh digunakan
oleh guru untuk menggalakkan interaksi antara murid. Struktur koperatif menggalakkan
interaksi berpasangan, tugasan berkumpulan dan menggalakkan penglibatan semua murid.
Kebanyakan struktur boleh digunakan untuk menyokong kandungan akademik, dan
sebahagiannya lebih sesuai digunakan untuk sesuatu tugasan yang tertentu.
Aktiviti Koperatif yang efektif dan terancang membolehkan guru berperanan sebagai
fasilitator pembelajaran dan meningkatkan peluang untuk pentaksiran. Apabila murid diberi
lebih tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka, guru dapat memberi fokus kepada
kumpulan kecil atau individu supaya lebih banyak tugasan pembezaan dapat dilaksanakan.
[Kagan dan High, (2002), Johnson dan Johnson, Srinivas (2014)].
ROPE
Menghormati (Respect) – Murid mempelajari kemahiran interpersonal.
Penglibatan murid yang aktif dalam pembelajaran koperatif yang efektif dengan berkongsi
matlamat yang sama dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu tugasan.
Murid dalam kumpulan:
• mendengar dan • saling memberi galakan, • berkongsi pengetahuan dan
menunggu giliran sokongan dan pemahaman
penghargaan
• menyumbang dan • berkongsi kejayaan atau
menilai idea • berkongsi sumber kegagalan
Mereka akan menambah baik pembelajaran dan diri mereka sendiri melalui komitmen
terhadap kumpulan dan menghormati rakan-rakan mereka.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 3
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Hak Milik (Ownership) – Murid mempelajari bahawa sumbangan mereka memainkan
peranan penting dalam kejayaan masyarakat.
Pembelajaran koperatif yang efektif memerlukan semua ahli kumpulan untuk memberi
sumbangan terhadap kejayaan kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Setiap
murid di dalam kumpulan boleh memberi sumbangan yang berbeza, namun murid secara
individu perlu memiliki hak milik terhadap sumbangan mereka kepada keseluruhan
kumpulan.
Kebergantungan Positif (Positive Interdependence) – Murid mempelajari bahawa
sebagai sebahagian daripada masyarakat, mereka saling bergantung bagi mencapai kejayaan.
Tugasan yang terdapat dalam pembelajaran koperatif direka khusus supaya tiada ahli
kumpulan ketinggalan dan sumbangan mereka tetap diperlukan terhadap kejayaan kumpulan
– Murid bertanggungjawab terhadap kejayaan diri mereka dan kejayaan ahli yang lain; hanya
dengan sikap kebergantungan positif ini sahaja semua ahli kumpulan akan mencapai
kejayaan.
Penyertaan Sama Rata (Equal Participation) – Murid membina keyakinan diri dan
etika kerja yang positif.
Bilik darjah tradisional mengamalkan model ‘satu soalan, seorang murid menjawab’;
manakala bilik darjah pembelajaran koperatif mengamalkan model ‘satu soalan, semua murid
menjawab’. Tugasan pembelajaran koperatif yang efektif adalah berstruktur dalam
memastikan kerja berkumpulan atau berpasangan menggalakkan lebih banyak penglibatan
murid dalam sesuatu masa dan semua murid terlibat sepanjang masa. Wujudnya penyertaan
sama rata apabila semua murid terlibat dalam pembelajaran koperatif.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 4
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan Contoh ROPE Kad-Cabaran Respek (Respect) Program Sekolah Amanah
Murid belajar Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kebergantungan (Team-Card-Challenge) untuk
Positif (Positive Tujuan menghormati
Interdependence) sumbangan rakan
Semua murid • Untuk memberi murid peluang mencapai persetujuan sebaya.
menyumbang ke- • Untuk membolehkan pemprosesan idea
arah kejayaan Hak Milik
aktiviti. 1. Kad soalan dan jawapan diletakkan di atas meja. (Ownership)
2. Murid A mengambil kad yang paling atas dan Setiap murid
Penyertaan Sama memberi
membacakan soalan kepada Murid B. pandangan
Rata (Equal 3. Murid B menjawab soalan yang diberikan. mereka sendiri.
Participation) 4. Murid C:
Semua murid
mempunyai Setuju, murid C boleh menambah jawapan tersebut
peluang sama rata ATAU
dalam mengambil Tidak bersetuju, boleh memberikan jawapan yang lain.
bahagian. 5. Murid D merumuskan jawapan Murid C dan memberikan jawapan tersebut
kepada murid A.
6. Murid A membaca jawapan yang betul.
7. Kad yang sudah dibaca diletakkan di bawah susunan kad yang lain.
8. Proses yang sama diteruskan secara bergilir.
5
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dalam merancang struktur pembelajaran koperatif, guru-guru perlu mempertimbangkan
beberapa strategi pengurusan tingkah laku dan bilik darjah.
Pembentukan Kumpulan:
• Saiz kumpulan yang paling ideal untuk pembelajaran koperatif yang efektif adalah
seramai empat orang.
• Kumpulan perlu ditentukan oleh guru dan bukan murid. Murid perlu memahami
bahawa pemilihan ahli kumpulan adalah fleksibel.
• Ahli kumpulan perlu mempunyai keupayaan yang pelbagai, namun guru perlu
mengenalpasti keberhasilan pembelajaran yang diinginkan ketika menentukan
komposisi ahli kumpulan.
Struktur:
• Pengajaran: Setiap struktur pembelajaran koperatif mempunyai satu set arahan yang
perlu disampaikan kepada murid. Tugasan tidak seharusnya dilaksanakan sekiranya
murid masih kurang yakin dengan arahan-arahan yang terdapat dalam struktur
pembelajaran koperatif. Konsistensi adalah penting, contohnya isyarat penamat bagi
sesuatu aktiviti perlu diputuskan dan perlu dikekalkan.
• Amalan: Setiap struktur pembelajaran koperatif yang baharu perlu disampaikan dan
perlu diamalkan, dengan tugasan yang berbeza dan variasi yang pelbagai. Struktur
hanya boleh digunakan setelah murid-murid memahami sepenuhnya arahan-arahan
yang terdapat dalam setiap struktur.
• Perancangan: Stuktur pembelajaran koperatif digunakan untuk keberhasilan
pembelajaran yang khusus. Struktur perlu dijadikan sebahagian daripada rancangan
pengajaran, bukan dijadikan sebagai pengajaran. Struktur-struktur ini tidak
seharusnya menimbulkan rasa ‘bosan’ dengan penggunaan yang berlebihan. Masa
harus ditetapkan semasa menjalankan aktiviti pembelajaran koperatif. Penggunaan
alat penentu masa membolehkan aktiviti berjalan secara sistematik. Kebanyakan
struktur memerlukan murid bergerak di sekitar bilik darjah, oleh itu murid perlu dilatih
mengutamakan keselamatan mereka.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 6
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
• Memudah cara: Struktur pembelajaran koperatif bertujuan untuk membolehkan
murid melakukan lebih banyak aktiviti dan membolehkan guru-guru bertindak sebagai
fasilitator. Tugasan pembelajaran koperatif yang efektif memerlukan guru berlegar di
sekeliling kumpulan, menaksir dan memberi sokongan. Pengajaran tambahan boleh
dilakukan selepas murid telah menyelesaikan tugasan yang diberi kecuali jika murid-
murid sememangnya menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 7
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Kongsi-Bergilir
(Share-N-Turns)
Tujuan
• Untuk meningkatkan penghasilan idea
• Untuk menggalakkan perkongsian berstruktur
1. Guru mengajukan soalan/memberi pernyataan.
2. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan
atau berkumpulan.
3. Murid bergilir memberikan jawapan, secara lisan atau bertulis.
Variasi Bertulis
• Murid mencatatkan respons pada sekeping kertas.
• Murid memberikan kertas mereka kepada pasangan/ahli kumpulan yang akan
memberikan respons, dan menambahkan idea-idea lain, yang berbeza dengan
idea yang sedia ada.
• Kertas ditukar antara pasangan/kumpulan sehingga masa tamat diberikan.
Variasi Lisan
• Murid menyumbangkan respons secara lisan dan pasangan/ahli kumpulan akan
mendengar.
• Pasangan/ahli kumpulan memberikan respons dengan idea yang berbeza.
• Murid bergilir memberikan idea secara lisan sehingga isyarat tamat diberikan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 8
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Matematik Pendidikan Jasmani
1. Guru memberikan lukisan geometri 1. Guru memberikan sebiji bola untuk
2. Murid bergilir menambah lukisan
dilambung oleh ahli kumpulan.
geometri bagi membentuk objek 2D 2. Cara murid melambungkan bola perlu
dan 3D yang baharu.
berbeza seperti, melambung, melontar
ke sisi, menyepak, atau membaling.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 9
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Saya-Dua-Semua
(One-Two-Group)
Tujuan
• Untuk menggalakkan perkongsian berstruktur
• Untuk menggalakkan murid memberi pendapat
1. Guru mengajukan soalan/memberikan
penyataan.
2. Murid diberikan tempoh masa untuk berfikir
tentang soalan/penyataan secara kendiri dan
membuat catatan nota.
3. Apabila isyarat diberi, murid berpasangan.
4. Pasangan diberikan satu tempoh masa untuk
membincangkan soalan/penyataan tersebut.
5. Apabila isyarat seterusnya diberi, murid berkongsi respons mereka
bersama kumpulan.
Variasi
Setelah murid diberikan masa untuk memikirkan soalan/penyataan tersebut:
• Tukar pasangan pada setiap 30 saat dan kongsi idea-idea baharu dengan rakan yang
lain.
• Pasangan mencatat atau melakarkan idea mereka.
• Bentukkan kumpulan seramai empat orang ahli. Kongsikan idea dalam masa 1 minit.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 10
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Kemahiran Hidup Bahasa Tamil
1. Guru memberi topik tentang ‘kebaikan 1. Guru meminta murid mengenal pasti
dan keburukan menjadi seorang perkataan atau ejaan yang
vegetarian’. mengelirukan mereka.
2. Murid diberikan tempoh masa selama 2 2. Murid diberikan masa selama 1 minit
minit untuk berfikir secara kendiri untuk memikirkan perkataan yang
tentang kebaikan dan keburukan sentiasa mengelirukan dan membuat
menjadi seorang vegetarian dan catatan.
membuat catatan berkaitan topik 3. Murid diberikan 5 minit untuk
tersebut. berkongsi perkataan dengan rakan
3. Murid diberikan tempoh masa selama 1 mereka yang kemudiannya melukis
minit untuk berkongsi idea bersama gambar kartun yang menunjukkan
pasangan mereka. kesilapan penggunaan perkataan
4. Guru memudah cara perkongsian tersebut.
respons dengan semua kumpulan. 4. Gambar kartun tersebut dikongsi
bersama ahli kumpulan.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 11
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Lihat-Fikir-Komen
(Look-Think-Comment)
Tujuan
• Untuk memberi dan menerima maklum
balas rakan sebaya
• Untuk membangunkan kemahiran
murid dalam penyoalan
1. Hasil kerja berkumpulan dipaparkan di bilik
darjah.
2. Setiap kumpulan bergerak untuk menilai hasil
kerja kumpulan lain.
3. Maklum balas tentang hasil kerja kumpulan lain dicatat pada nota
tampal.
4. Berdasarkan isyarat guru, murid kembali kepada hasil kerja mereka untuk
meneliti dan mempertimbangkan komen yang telah diberikan.
5. Berdasarkan komen, murid boleh menambahbaik hasil kerja mereka.
Variasi
• Murid membentangkan hasil kerja kepada rakan yang telah memberi soalan dan
komen.
• Pada nota tampal, rakan mengenal pasti dua perkara positif dan satu perkara yang
boleh diubah atau ditambah baik tentang hasil kerja mereka.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 12
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Pendidikan Seni Sejarah
1. Murid akan melukis lukisan silhouette 1. Secara berkumpulan, murid melatih
(bayang) dan dipaparkan sekitar bilik lakonan laungan Pengisytiharan
darjah. Kemerdekaan Malaysia 1957.
2. Murid menjalankan aktiviti 2. Mereka mempersembahkan lakonan
‘Lihat-Fikir-Komen’ untuk enam hasil kepada kumpulan lain yang akan
lukisan. bertanya soalan dan memberi komen.
3. Kemudian, murid mempertimbangkan 3. Murid mengimbas kembali maklumat
komen yang diberikan terhadap hasil sejarah yang mungkin mereka terlepas
lukisan mereka dan mereka bolah pandang dalam persembahan tersebut.
menambah baik hasil kerja mereka
sekiranya perlu.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 13
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kongsi-Pendapat
(Show-Your-View)
Tujuan
• Untuk membuat hubung kait
dengan perbelajaran terdahulu
• Untuk menggalakkan murid
memberi pendapat
1. Guru mengajukan soalan tertutup/memberikan penyataan.
2. Murid memilih untuk memberikan respons: ‘setuju’, ‘tidak pasti’ atau
‘tidak bersetuju’.
3. Berdasarkan isyarat, murid memberikan respons mereka.
Contoh:
Setuju: Mengangkat tangan
Tidak Pasti: Meletakkan tangan di sisi pada tahap bahu
Tidak Bersetuju: Memeluk tubuh
4. Ulangi langkah 1-3 sehinggan soalan/penyataan diselesaikan.
5. Guru memilih murid bagi menghuraikan pendapat mereka.
Variasi
• Smiley face atau watak kartun boleh digunakan untuk mewakili pendapat murid.
Bahan ini boleh diletakkan pada kad berlaminat.
• Gerakan tubuh yang pelbagai boleh digunakan bagi menunjukkan pendapat ‘setuju’,
‘tidak pasti’ atau ‘tidak bersetuju’.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 14
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Sains Teknologi Maklumat
1. Guru mengajukan 5 soalan tentang 1. Guru mengajukan soalan tentang reka
bahagian-bahagian bunga dengan bentuk slaid Power Point.
menyediakan 3 pilihan jawapan. 2. Murid memberikan respons dengan
2. Murid memberikan respons dengan:
menggunakan kad lampu trafik:
a. Pilihan 1 – berdiri a. Merah – tidak bersetuju
b. Pilihan 2 – mendepakan tangan b. Jingga – neutral
c. Pilihan 3 – duduk c. Hijau – setuju
3. Guru memilih murid untuk
menerangkan jawapan mereka. 3. Guru memilih murid untuk
menerangkan pendapat mereka.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 15
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Utara-Selatan
(North-To-South)
Tujuan
• Untuk menggalakkan murid memberi pendapat
• Untuk membolehkan pemprosesan idea
1. Bilik dilabel dengan Kutub Utara, Kutub Selatan
dan Khatulistiwa.
2. Guru memberi satu soalan/penyataan.
3. Murid bergerak membentuk satu garis dari Utara ke Selatan bagi
menunjukkan kekuatan sesuatu pendapat:
Setuju: bergerak ke ‘Kutub Utara’
Neutral: bergerak ke ‘Khatulistiwa’
Tidak Setuju: bergerak ke ‘Kutub Selatan’
4. Guru memilih murid untuk menjelaskan pendapat mereka.
Variasi
• Bahagian hujung garisan ‘longitud’ yang berada di ‘Kutub Selatan’ disambung dengan
hujung bahagian ‘Kutub Utara’ supaya murid berdiri secara berpasangan.
Setiap pasangan menjelaskan pendapat mereka secara bergilir.
• Murid-murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
Mereka berbincang dan bersepakat untuk memilih salah satu kedudukan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 16
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh:
Permulaan Pengajaran Akhir Pengajaran
1. Guru memberi keratan berita daripada 1. Guru memberi arahan kepada murid
sebuah akhbar untuk dibaca oleh murid. untuk mengkaji semula tajuk
2. Murid bergerak ke Kutub Utara, Kutub pembelajaran pada hari tersebut.
Selatan dan Khatulistiwa berdasarkan 2. Murid bergerak ke Khatulistiwa, Kutub
kekuatan pendapat mereka mengenai Utara dan Kutub Selatan berdasarkan
keterangan daripada keratan akhbar kekuatan pendapat mereka.
tersebut. 3. Murid diberikan tempoh selama 2 minit
3. Murid diberikan masa selama 4 minit untuk berkongsi pendapat bersama
untuk berkongsi pendapat mereka kumpulan mereka.
dalam kumpulan masing-masing. 4. Setiap kumpulan mempunyai 5 minit
4. Setiap kumpulan mempunyai 1 minit untuk menyediakan jawapan berbentuk
untuk berbincang dan membuat gambarajah yang telah dipersetujui.
keputusan. 5. Guru memilih seorang murid daripada
5. Guru memilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memberi
setiap kumpulan untuk memberi maklum balas kepada kelas.
makum balas kepada kelas.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 17
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Tujuan 4-Paksi-Pendapat
(NEWS-And-Views)
• Untuk menggalakkan perkongsian dan
perbincangan berstruktur
• Untuk memberi murid peluang mencapai
persetujuan
1. Setiap penjuru bilik darjah dilabelkan dengan empat
paksi utama, Utara, Selatan, Barat dan Timur.
2. Guru mengemukakan soalan atau penyataan dengan empat pilihan
respons dan menunjukkan arah yang berkaitan pada setiap respons
tersebut.
3. Berdasarkan isyarat, murid bergerak ke arah paksi yang mengambarkan
pendapat mereka.
4. Berdasarkan isyarat, murid bergilir untuk berkongsi pendapat mereka
dalam kumpulan masing-masing.
5. Setiap kumpulan menyediakan jawapan mereka untuk dikongsi dengan
kelas.
6. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan pendapat
masing-masing.
Variasi
• Murid menyediakan satu respons bertulis atau lakaran untuk dikongsi bersama kelas.
• Empat paksi tersebut dilabelkan dengan perkataan yang berkaitan dengan topik
pembelajaran.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 18
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Bahasa Malaysia Literasi
1. Guru bertanya 4 soalan tentang 1. Guru menunjukkan illustrasi kulit buku
penggunaan kata kerja. ‘Big Book’ dan meminta murid meneka
2. Murid memberi respons dengan siapa watak utama dalam cerita.
2. Kemudian, murid bergerak ke arah
bergerak ke arah paksi yang paksi yang menggambarkan pendapat
menggambarkan pendapat mereka. mereka.
3. Guru memilih beberapa orang murid 3. Guru memilih beberapa orang murid
untuk menjelaskan pendapat mereka untuk memberi penerangan tentang
kepada kelas. pendapat mereka dalam tempoh satu
minit.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 19
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Saya-Kongsi-Sepakat
(Mine-And-Combine)
Tujuan
• Untuk menggalakkan penghasilan
idea
• Untuk memberi murid peluang
mencapai persetujuan
1. Guru memberikan soalan/pernyataan.
2. Sehelai Tikar-Kombo (Combo-Mat) diletakkan pada setiap meja. Murid
memberikan respons, merekodkan idea masing-masing pada
bahagian ‘mine’ di Tikar-Kombo tersebut.
3. Apabila isyarat diberikan, murid akan mengambil giliran untuk
berkongsi idea yang telah direkod pada Tikar-Kombo tersebut.
Sekiranya sesuatu idea dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan, maka
idea itu akan dibulatkan.
4. Apabila isyarat diberikan, murid akan membuat keputusan untuk
memilih idea yang telah dibulatkan untuk dimasukkan ke dalam
bahagian ‘combine’ di Tikar-Kombo tersebut.
5. Guru akan memilih murid untuk menerangkan idea/keputusan
mereka.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 20
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh Sains
Pendidikan Islam 1. Guru mengendalikan uji kaji bersama
1. Guru mengenal pasti watak dalam teks
semua kumpulan.
bertulis. 2. Secara individu, murid merekodkan
2. Secara individu, murid merekodkan
keputusan uji kaji pada bahagian ‘mine’
respons tentang watak tersebut pada di Combo-Mat.
bahagian ‘mine’ di Combo-Mat 3. Setiap kumpulan akan merumuskan
tersebut. data untuk membuat kesimpulan
3. Kumpulan menggunakan respons- tentang uji kaji tersebut pada bahagian
respons tersebut untuk membuat ‘combine’ di Combo-Mat.
analisis watak dan merekod pada
bahagian ‘combine’.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 21
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kotak-Ilmu
(Find-A-Treasure)
Tujuan
• Untuk membuat hubung kait
dengan pembelajaran terdahulu
• Untuk menggalakkan refleksi
kumpulan
1. Guru memberikan satu soalan/kenyataan yang berbeza kepada setiap
kumpulan.
2. Setiap soalan/kenyataan diletakkan di dalam sebuah bekas kecil.
3. Secara individu, murid menulis jawapan di atas sehelai kertas dan
memasukkannya ke dalam bekas kumpulan.
4. Apabila isyarat diberi, dalam kumpulan, murid bergerak ke kumpulan
lain dan memberi jawapan sendiri dengan memasukkan jawapan
mereka ke dalam bekas tersebut.
5. Murid meneruskan aktiviti dengan bergerak ke setiap meja untuk
memberikan jawapan/respons terhadap soalan/kenyataan sehingga
guru memberikan isyarat tamat.
6. Berpandukan isyarat, semua murid kembali ke tempat masing-masing
dan mengumpul jawapan/respons yang disumbangkan oleh semua
kumpulan untuk mencari jawapan/respons ‘terbaik’.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 22
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Pendidikan Moral Sains
1. Guru memasukkan beberapa soalan 1. Guru memberikan aktiviti kecergasan
tentang nilai-nilai moral yang dipelajari yang berbeza kepada setiap kumpulan
ke dalam sebuah bekas yang telah untuk diselesaikan secara bergiliran
ditempatkan di setiap kumpulan. dalam masa 2 minit.
2. Murid menjawab soalan tersebut secara 2. Murid menjawab soalan berkaitan
individu dan meletakkan jawapan aktiviti kecergasan, contohnya,
masing-masing ke dalam kotak kecil. mengukur kadar degupan jantung.
3. Secara berkumpulan, murid bergerak Setiap kumpulan perlu melengkapkan
untuk menyumbangkan idea baharu aktiviti kumpulan dan menjawab soalan
dengan menjawab atau memberikan mereka terlebih dahulu.
soalan baharu yang berkaitan dan 3. Semua kumpulan bergerak untuk
memasukkannya ke dalam bekas untuk menyelesaikan semua aktiviti dan
diselesaikan oleh kumpulan tersebut. menjawab semua soalan.
4. Setelah semua soalan dijawab, setiap 4. Murid kembali ke meja masing-masing
kumpulan mengumpul semak semua untuk menyemak data dari semua
jawapan/respons untuk mencari kumpulan bagi melakar graf serta
jawapan yang ‘terbaik’ bagi pengajaran membuat kesimpulan tentang kesihatan
tersebut. mereka.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 23
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kad-Cabaran
(Team-Card-Challenge)
Tujuan
• Untuk memberi murid peluang mencapai persetujuan
• Untuk membolehkan pemprosesan idea
1. Kad soalan dan jawapan diletakkan di atas
meja.
2. Murid A mengambil kad yang paling atas
dan membacakan soalan kepada Murid B.
3. Murid B menjawab soalan yang diberikan.
4. Murid C:
Setuju, murid C boleh menambah jawapan tersebut
ATAU
Tidak bersetuju, boleh memberikan jawapan yang lain.
5. Murid D merumuskan jawapan Murid C dan memberikan jawapan
tersebut kepada murid A.
6. Murid A membaca jawapan yang betul.
7. Kad yang sudah dibaca diletakkan di bawah susunan kad yang lain.
8. Proses yang sama diteruskan secara bergilir.
Variasi
• Murid bertukar set kad dengan kumpulan lain selepas tempoh masa yang
diberikan tamat.
• Murid boleh melukis gambar atau menulis jawapan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 24
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Bahasa Inggeris - Grammar Geografi
1. Teacher gives cards with different parts 1. Guru menyediakan kad-kad soalan
of speech to be identified in a sentence. tentang kesan pemanasan global.
2. Students continue to rotate roles and 2. Murid menjawab soalan dengan
question cards until all of the group membuat catatan pada gambar rajah
members can answer all of the untuk membuat rumusan tentang kesan
questions correctly. pemanasan global.
3. Murid bertukar peranan dan kad soalan
sehingga gambar rajah tersebut
dilengkapkan.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 25
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kembara-Atau-Kekal
(Roam-Or-Remain)
Tujuan
• Untuk membangunkan kemahiran murid dalam penyoalan
• Untuk menggunakan maklum balas
sebagai refleksi
1. Hasil kerja murid dipaparkan di atas
meja.
2. Guru mengenal pasti 2 orang murid yang akan menjadi ‘Pengembara’ ke
kumpulan lain. Ahli kumpulan lain akan kekal di meja mereka.
3. Dalam kumpulan yang baharu, ahli yang ‘Kekal’ akan berkongsi hasil
kerja kumpulan mereka. Ahli ‘Kembara’ akan mendengar, bertanya
soalan dan memberikan idea baharu.
4. Berpandukan isyarat, proses ini diulangi ATAU ahli ‘Kembara’ pulang ke
kumpulan asal masing-masing.
5. Setiap kumpulan membincangkan idea-idea baharu yang diperolehi oleh
ahli ‘Kembara’.
6. Hasil kerja kumpulan boleh ditambah baik berdasarkan idea-idea baharu
tersebut.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 26
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Bahasa Mandarin Matematik
1. Guru memberi sebuah rencana kepada 1. Guru memberi murid permasalahan
setiap kumpulan. matematik yang mempunyai lebih
2. Ahli ‘Kembara’ dan ahli ‘Kekal’ daripada satu kaedah penyelesaian.
2. Ahli ‘Kembara’ dan ahli yang ‘Kekal’
berkongsi pendapat kumpulan mereka berkongsi kaedah berbeza untuk
dan memberi/menerima idea-idea lain, menyelesaikan masalah sehingga
serta memberi maklum balas yang isyarat tamat diberikan.
konstruktif sehingga isyarat tamat 3. Kumpulan berbincang dan
diberikan. menyelesaikan permasalahan
3. Kumpulan berbincang dan mengubah matematik lain berdasarkan kaedah
hasil kerja asal mereka berdasarkan baharu yang telah mereka perolehi.
idea-idea baharu yang diperolehi atau
yang mereka beri.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 27
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Kredit-Berbual
(Token-Talk-Time)
Tujuan
• Untuk menggalakkan murid memberi
pendapat
• Untuk menggalakkan perkongsian dan
perbincangan berstruktur
1. Secara berkumpulan, setiap murid
diperuntukkan dengan dua
'Kredit-Berbual' dengan had masa 'aktif'.
2. Guru memberikan satu topik untuk perbincangan.
3. Murid akan meletakkan satu 'Kredit-Berbual' di tengah-tengah meja
sebelum mereka menyatakan pendapat mereka. Murid hanya boleh
bercakap apabila 'Kredit-Berbual' mereka aktif. Hanya satu 'Kredit-
Berbual' boleh digunakan untuk satu masa aktif.
4. Selepas semua murid telah menggunakan dua 'Kredit-Berbual' tersebut,
mereka perlu membuat rumusan perbincangan (secara bertulis atau
lisan untuk pentaksiran guru), sebelum mereka boleh mengaktifkan
semula 'Kredit-Berbual' mereka untuk meneruskan perbincangan ATAU
sehingga guru memberikan isyarat berhenti.
Variasi
• ‘Kredit-Berbual’ boleh ditukar dengan kepingan puzzle yang perlu digabungkan untuk
membentuk sebuah gambar yang lengkap; bagi memastikan semua murid memberi
sumbangan yang sama rata kepada penyelesaian tersebut.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 28
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Sains Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/
1. Guru memberikan topik ’Hujan Asid’ Mandarin/Tamil
1. Guru meminta murid untuk
dan mengedarkan ‘Kredit-Berbual’
dalam tempoh masa 2 atau 3 minit membincangkan pandangan mereka
untuk setiap murid. mengenai kepentingan dwibahasa
2. Murid menggunakan ‘Kredit-Berbual’ dalam konteks dunia moden.
mereka untuk membincangkan 2. Setiap murid diberi 2 ‘Kredit-Berbual’
pemahaman mereka tentang kesan sahaja yang bernilai 1 minit setiap satu.
hujan asid sehingga kata sepakat 3. Selepas masa 16 minit tamat, murid
dicapai atau sehingga masa 20 minit perlu menulis ringkasan perbincangan
tamat. mereka.
3. Guru mengaktifkan semula ‘Kredit-
Berbual’ selepas mendengar
kesimpulan ringkas daripada
perbincangan tersebut.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 29
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Tulis-Cepat²
(Idea-Rush)
Tujuan
• Untuk meningkatkan penghasilan idea
• Untuk membolehkan pemprosesan
idea
1. Guru mengajukan soalan/memberikan satu penyataan dan menetapkan
had masa.
2. Secara berkumpulan, murid menulis idea pada sekeping kertas kecil
secepat yang mungkin.
3. Murid membacakan idea dengan kuat, dan meletakkan kertas mereka
di tengah-tengah kertas yang lebih besar. Murid lain tidak boleh
mencatat idea yang sama.
4. Murid meneruskan aktiviti sehingga mereka tidak dapat memberikan
idea baharu atau sehingga isyarat masa tamat diberikan.
5. Berpandukan isyarat, murid berbincang dan menyusun idea-idea pada
kertas kecil dan mengumpulkannya mengikut kriteria yang diberikan
oleh guru atau yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
Variasi
• Idea baharu mungkin ditambah oleh guru pada langkah ke-5.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 30
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Sejarah Pendidikan Jasmani
1. Guru memberikan tempoh masa selama 1. Sebelum pembelajaran, murid menilai
5 minit untuk murid memikirkan idea- taktik penjaringan gol dalam permainan
idea secara individu tentang bola sepak. Mereka menonton sebuah
penempatan awal di Malaysia. senario penjaringan gol.
2. Berpandukan isyarat, idea-idea tersebut 2. Secara individu, murid mencadangkan
dibincangkan dan digunakan untuk idea tentang kaedah mana yang boleh
menyusun maklumat tentang tradisi, digunakan oleh pasukan mereka bagi
sejarah dan budaya yang mencipta peluang jaringan gol.
mempengaruhi kaum Melayu dan 3. Berpandukan isyarat, perkongsian idea
mencapai kata sepakat tentang soalan- ditamatkan dan kumpulan perlu
soalan mengenai warisan Melayu. menentukan idea/gabungan idea yang
boleh digunakan untuk mencipta
peluang jaringan gol.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 31
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Misi-Memburu
(On-A-Mission)
Tujuan
• Untuk menggalakkan perkongsian
berstruktur
• Untuk membolehkan pemprosesan idea
1. Guru akan memberikan sebuah jadual yang mengandungi beberapa
soalan yang boleh dijawab oleh sesetengah murid sahaja.
2. Berpandukan isyarat, murid akan mencari murid lain yang boleh
memberi jawapan kepada salah satu soalan yang diberikan.
3. Murid yang memberikan respons akan menandatangani jawapan pada
soalan yang diberikan.
4. Murid meneruskan “misi” mereka sehingga jadual mereka telah lengkap
atau isyarat masa tamat untuk aktiviti tersebut diberikan.
5. Murid akan mengumpul dan menyusun maklumat yang diperolehi untuk
menyelesaikan tugasan.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 32
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Pendidikan Seni Kemahiran Hidup
1. Guru memberikan sebuah jadual yang 1. Guru memberikan sebahagian bahan-
mengandungi soalan dan keratan bahan masakan atau arahan.
maklumat tentang tiga orang pelukis 2. Murid akan bertanyakan soalan untuk
dan hasil seni mereka. melengkapkan senarai bahan-bahan
2. Murid bergerak untuk mencari murid masakan berpandukan arahan yang
lain yang boleh menjawab soalan telah diberi.
mereka (setiap murid boleh menjawab 3. Setiap kumpulan akan mengumpul
sebahagian daripada tiga soalan semak semua bahan-bahan dan arahan
tersebut). yang diperolehi untuk mengenal pasti
3. Murid akan meneruskan aktiviti mereka langkah-langkah yang seterusnya.
sehingga maklumat dapat dikumpul dan
disusun bagi mengenal pasti pelukis
tersebut.
4. Murid akan berkongsi data yang
dikumpul bersama kumpulan mereka
untuk menghasilkan tugasan menulis.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 33
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Soal-Dan-Bimbing
(Question-N-Coach)
Tujuan
• Untuk membuat hubung kait dengan
pembelajaran terdahulu
• Untuk menggalakkan penyoalan
1. Guru menyediakan satu set kad soalan aras tinggi
bersama langkah cadangan untuk membimbing
dan menjawab soalan.
2. Setiap murid diberikan sekeping kad. Murid diberikan masa untuk
mempertimbangkan soalan, menjawab soalan dan menerima bimbingan
jika perlu.
3. Apabila guru memberi isyarat, murid bergerak dan berpasangan dengan
seorang rakan yang memiliki kad yang berbeza.
4. Murid bergilir mengajukan soalan pada kad mereka, dan membimbing rakan
mereka sehingga dapat menjawab soalan tersebut.
5. Pasangan bertukar kad. Mereka mencari pasangan lain untuk disoal dan
dibimbing.
6. Murid meneruskan ‘Soal-Dan-Bimbing’ sehingga masa tamat diberikan.
Soalan, panduan bimbingan, dan jawapan boleh diletakkan pada kertas dengan tiga bahagian.
Soalan Panduan Bimbingan Jawapan
Mengapakah kita Fikirkan tentang: Struktur pembelajaran koperatif
menggunakan • tahap pencapaian akademik murid membolehkan murid menambah
struktur • perasaan murid terhadap sekolah/guru/rakan baik pembelajaran dan kemahiran
pembelajaran sosial mereka.
koperatif? sebaya
• harga diri murid
• kemahiran sosial murid dan interaksi positif
Variasi
• Pasangan yang mempunyai jawapan boleh membentuk kumpulan berempat bagi menyoal
dan membimbing pasangan lain.
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 34
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Contoh
Pendidikan Moral Sains
1. Guru menyediakan kad-kad yang 1. Guru menyediakan kad dengan pelbagai
mengandungi beberapa butiran susunan litar elektrik untuk menyalakan
berkaitan dengan hari perayaan. mentol.
Panduan bimbingan diberikan untuk 2. Murid menggunakan struktur ‘Soal-Dan-
membantu murid melengkapkan Bimbing’ untuk menyemak hasil kerja
jawapan. yang lepas menggunakan panduan
2. Murid perlu menjawab dan bimbingan bagi memastikan rakan
menerangkan mengapa dan bagaimana mereka menghuraikan tentang susunan
setiap butiran digunakan pada hari litar elektrik dengan tepat.
perayaan. 3. Murid diberikan masa untuk meneliti
3. Murid diberikan masa untuk membaca susunan litar elektrik, panduan
kad tersebut, panduan bimbingan dan bimbingan dan menjawab soalan
jawapannya sebelum berpasangan sebelum berpasangan dengan rakan.
dengan rakan. 4. Setiap murid bertukar pasangan dan kad
4. Setiap murid bertukar pasangan dan kad sehingga isyarat masa tamat diberikan.
sehingga isyarat masa tamat diberikan.
Contoh Saya
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 35
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
Rujukan dan Penghargaan
Johnson, D.W. dan Johnson, R.T. (tahun tidak diketahui) An Overview of Cooperative
Learning [Internet] Didapati dari: <http://www.co-operation.org/home/introduction-
to-cooperative-learning/> [Diakses pada 27 October 2014].
Kagan, S. dan High, J. (2001) Kagan Structures for English Language Learners. San Clemente,
CA: Kaga Publishing. Kagan Online Magazine [Internet] Didapati dari:
<http://www.kaganonline.com> [Diakses pada 27 October 2014].
Srinivas, H. (2014) 44 Benefits of Collaborative Learning [Internet] Didapati dari:
<http://www.gdrc.org/kmgmt/c-learn/44.html> [Diakses pada 7 November 2014].
Ilustrasi
Ilustrasi untuk struktur-struktur pembelajaran koperatif LeapEd™ telah dihasilkan oleh Shaq
Koyok yang merupakan seorang Orang Asli Temuan yang membesar di Banting, Selangor.
Beliau adalah pelajar lepasan Universiti Teknologi Mara (UITM) dan mempunyai kelulusan
Sarjana dalam seni halus. Cita-cita beliau adalah untuk mengembara ke serata dunia dan
menyampaikan bengkel-bengkel seni lukis beliau kepada masyarakat bumiputera di seluruh
Malaysia untuk menambah peluang pendidikan mereka.
Pada masa lapang, beliau gemar melukis atau turut serta dalam bengkel-bengkel seni lukis;
beliau juga gemar memasak dan bermain alat-alat muzik, termasuk buluh chetong.
LeapEd™ berasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan seorang ahli seni
yang sangat berbakat seperti beliau.
Shaq Koyok 36
http://shaqkoyok.blogspot.com
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Bagi Pembelajaran Koperatif
LAMPIRAN
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 37
Program Seko
Pendekatan LeapEd™ Kepa
Lampiran 1: Jadual Kemahiran Struktur Pembelajaran
STRUKTUR Penghasilan Penda- Kaitan dengan
PEMBELAJARAN idea pat pembelajaran
KOPERATIF LEAPED™
Kongsi-Bergilir ✔ terdahulu
Share-N-Turns
✔ ✔✔
Saya-Dua-Semua ✔
One-Two-Group ✔
Lihat-Fikir-Komen ✔
Look-Think-Comment
✔✔
Kongsi-Pendapat
Show-Your-View ✔✔
Utara-Selatan ✔✔
North-To-South
✔
4-Paksi-Pendapat
NEWS-And-Views ✔✔
Saya-Kongsi-Sepakat
Mine-And-Combine
Kotak-Ilmu
Find-A-Treasure
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Du
olah Amanah
ada Pembelajaran Koperatif
n Koperatif
Penyoalan Pempro- Perkong- Persetujuan Maklum balas
sesan sian/ Per- dan refleksi
bincangan
✔✔
✔✔
✔ ✔✔ ✔
✔✔ ✔
✔✔ ✔
✔ ✔✔ ✔ ✔
✔✔ ✔ ✔
✔✔ ✔ ✔
uplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 38
Program Seko
Pendekatan LeapEd™ Kepa
STRUKTUR Penghasilan Penda- Kaitan dengan
PEMBELAJARAN idea pat pembelajaran
KOPERATIF LEAPED™
terdahulu
Kad-Cabaran ✔
Team-Card-Challenge
Kembara-Atau-Kekal ✔✔
Roam-Or-Remain
Kredit-Berbual ✔✔✔
Token-Talk-Time
Tulis-Cepat² ✔✔✔
Idea-Rush
Misi-Memburu ✔
On-A-Mission
Soal-Dan-Bimbing ✔
Question-N-Coach
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Du
olah Amanah
ada Pembelajaran Koperatif
Penyoalan Pempro- Perkong- Persetujuan Maklum balas
sesan sian/ Per- dan refleksi
bincangan
✔ ✔✔
✔ ✔✔ ✔
✔✔ ✔
✔✔ ✔
✔✔ ✔
✔ ✔✔ ✔
uplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 39
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Lampiran 2: Ilustrasi Struktur Pembelajaran Koperatif
Versi Guru
Kongsi-Bergilir (Share-N-Turns) Saya-Dua-Semua (One-Two-Group)
Lihat-Fikir-Komen (Look-Think-Comment) Kongsi-Pendapat (Show-Your-View)
Utara-Selatan (North-To-South) 4-Paksi-Pendapat (NEWS-And-Views)
Saya-Kongsi-Sepakat (Mine-And-Combine) Kotak-Ilmu (Find-A-Treasure)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 40
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Kad-Cabaran (Team-Card-Challenge) Kembara-Atau-Kekal (Roam-Or-Remain)
Kredit-Berbual (Token-Talk-Time) Tulis-Cepat² (Idea-Rush)
Misi-Memburu (On-A-Mission) Soal-Dan-Bimbing (Question-N-Coach)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 41
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Versi Murid Sekolah Menengah
Kongsi-Bergilir (Share-N-Turns) Saya-Dua-Semua (One-Two-Group)
Lihat-Fikir-Komen (Look-Think-Comment) Kongsi-Pendapat (Show-Your-View)
Utara-Selatan (North-To-South) 4-Paksi-Pendapat (NEWS-And-Views)
Saya-Kongsi-Sepakat (Mine-And-Combine) Kotak-Ilmu (Find-A-Treasure)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 42
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Kad-Cabaran (Team-Card-Challenge) Kembara-Atau-Kekal (Roam-Or-Remain)
Kredit-Berbual (Token-Talk-Time) Tulis-Cepat² (Idea-Rush)
Misi-Memburu (On-A-Mission) Soal-Dan-Bimbing (Question-N-Coach)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 43
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Versi Murid Sekolah Rendah
Kongsi-Bergilir (Share-N-Turns) Saya-Dua-Semua (One-Two-Group)
Lihat-Fikir-Komen (Look-Think-Comment) Kongsi-Pendapat (Show-Your-View)
Utara-Selatan (North-To-South) 4-Paksi-Pendapat (NEWS-And-Views)
Saya-Kongsi-Sepakat (Mine-And-Combine) Kotak-Ilmu (Find-A-Treasure)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 44
Program Sekolah Amanah
Pendekatan LeapEd™ Kepada Pembelajaran Koperatif
Kad-Cabaran (Team-Card-Challenge) Kembara-Atau-Kekal (Roam-Or-Remain)
Kredit-Berbual (Token-Talk-Time) Tulis-Cepat² (Idea-Rush)
Misi-Memburu (On-A-Mission) Soal-Dan-Bimbing (Question-N-Coach)
© Hak Cipta Terpelihara LeapEd™ Services 2016 Duplikasi atau Pelanggaran Hak Cipta Tidak Dibenarkan 45