The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MISNAH BT MISMAN Moe, 2022-06-07 19:47:35

SEJARAH SEKOLAH SMK KAMPONG JAWA

Kenali SMKKJ

Keywords: 123456789

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK KAMPONG JAWA

• Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampong Jawa terletak di Jalan Raja
Nong, Kampung Jawa Klang, Selangor.

• Batu asas pembinaan SMK
Kampong Jawa telah dirasmikan oleh
YAB Tan Sri Haji Muhammad bin
Haji Muhammad Taib pada 24
September 1994.

• Pembinaannya telah
disempurnakan pada akhir tahun
1996 walaupun tertangguh kerana
timbul beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK KAMPONG JAWA

• Pada tanggal 1 Disember 1996,
Pn. Hajjah Zainon binti Kasim
dengan rasminya telah dilantik
menjadi pengetua SMK Kampong
Jawa yang pertama.

• Beliau telah menerima kunci
penyerahan sekolah daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Klang
dan mendapat bantuan awal
daripada beberapa orang guru
yang ditempatkan di sekolah ini
sepanjang bulan Disember 1996



• Sebilangan murid Tingkatan 1 yang
ditempatkan di SMK Kampong Jawa adalah
dari SK Kampung Jawa, SK Telok Menegon,
SK Klang serta murid yang tinggal di sekitar
Kampung Jawa Klang. Manakala murid
Tingkatan 2 pula adalah dari SMK Sri Istana
dan SMK Raja Mahadi.

• Murid-murid ini telah mengesahkan
pendaftaran mereka di SMK Kampong Jawa
mulai 16 Disember 1996. Jumlah bilangan
murid yang melaporkan diri pada 2 Januari
1997 ialah seramai 772 orang. Bilangan
murid di sekolah ini terus meningkat dari
tahun ke tahun.

• Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong
Jawa ini menempatkan murid-murid bagi
aliran perdana dan pendidikan khas bagi
masalah pembelajaran dan juga penglihatan

• Terdapat pelbagai kaum ditempatkan di
sekolah ini antaranya, kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Berdasarkan analisa
murid pada tahun 2022 majoriti murid
adalah terdiri dari kaum Melayu yang
tinggal berhampiran sekolah

• Jumlah kelas yang dibuka pada tahun 2022
ialah 70 buah kelas ( 55 kelas bagi aliran
perdana dan 15 kelas bagi murid PPKI

BILANGAN MURID MENGIKUT KAUM
SMK KAMPONG JAWA BAGI TAHUN 2022

7% 55% MELAYU
9% INDIA
29% CINA
LAIN-LAIN



• Bilangan guru perintis seramai
35 orang pada tahun 1997 dan
kini telah meningkat kepada 137
pada tahun 2022.

• Manakala bilangan staf
meningkat daripada 12 orang
pada tahun 1997 kepada 18
orang pada tahun 2022.

• Ini adalah disebabkan
peningkatan jumlah murid dan
kelas yang dibuka dari masa ke
semasa.



• Bangunan asal sekolah SMK Kampong Jawa
terdiri daripada Blok A, B, C, D, E, Kantin Sekolah
dan Blok Pertanian.

• Bangunan tembahan telah dibina bagi memenuhi
keperluan murid dan warga sekolah, antaranya
❑ Pondok Pengawal keselamatan (2000)
❑ Makmal Komputer (2002)
❑ Surau Al-Ehsan (2009)
❑ Blok PPKI (Bilik Guru & Pusat Sumber
PPKI)(2015)



SMK KAMPONG • Pandangan dari atas.....
JAWA, KLANG






















Click to View FlipBook Version