The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MARIAH SANAJI TINGKATAN 4 KSSM BAB 8 UNSUR DAN BAHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mariah Sanaji, 2020-05-04 09:07:11

BAB 8 UNSUR DAN BAHAN

MARIAH SANAJI TINGKATAN 4 KSSM BAB 8 UNSUR DAN BAHAN

BAB 8 UNSUR DAN BAHAN
SAINS TINGKATAN 4

MARIAH SANAJI - SMKA TUN JUHAR SANDAKAN

RENCANA SAINS
UNSUR DI ALAM SEMESTA DAN BUMI

Hidrogen dan helium ialah unsur yang paling banyak
terdapat di Alam Semesta. Bintang-bintang termasuk
Matahari terdiri daripada hidrogen dan helium. Di bumi
pula terdapat unsur seperti oksigen, silikon, emas dan
sebagainya. Oksigen membolehkan semua benda hidup

wujud di Bumi.

BAB INI KITA AKAN BELAJAR TENTANG :

1. ASAS JIRIM
2. JADUAL BERKALA UNSUR MODEN
3. ISOTOP

8.1 : ASAS JIRIM

ATOM

1. Atom ialah zarah yang paling kecil di dalam
unsur. Atom ialah unit paling asas dalam
unsur.

2. Mengandungi zarah atom sahaja.
3. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri

daripada atom.
4. Atom di dalam logam di susun secara rapat

dan teratur.
5. Manakala atom dalam gas nadir berjauhan

dan tidak teratur.

MOLEKUL

1. Molekul ialah gabungan dua atau lebih atom secara
kimia.

2. Molekul boleh terdiri daripada gabungan jenis atom
yang sama atau berbeza.

3. Mengandungi zarah molekul yang merupakan
gabungan dua atau lebih atom secara kimia, sama
ada atom yang sama atau berbeza.

4. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam bentuk
molekul.

5. Tindak balas antara unsur bukan logam akan
membentuk sebatian yang wujud dalam bentuk
molekul.

ION

1. Ion ialah zarah-zarah yang bercas, sama
ada positif atau negatif.

2. Ion terbentuk apabila sesuatu atom
menderma atau menerima elektron.

3. Terbentuk daripada tindak balas antara
unsur logam dengan unsur bukan
logam.

4. Bahan ini mengandungi ion cas positif
dan ion cas negatif.

SIFAT FIZIKAL BAHAN ATOM, BAHAN MOLEKUL DAN BAHAN ION

PERBANDINGAN BAHAN ATOM, MOLEKUL DAN ION

KEWUJUDAN UNSUR DALAM PELBAGAI BENTUK

KEWUJUDAN UNSUR DALAM PELBAGAI BENTUK

8.2 : JADUAL BERKALA UNSUR
MODEN



Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat fizik dan
sifat kimia unsur berubah secara beransur-ansur.

1. Sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat.
2. Perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida

asid
3. Sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan.

• KUMPULAN

1. Turus tegak dikenali sebagai Kumpulan.
2. Kumpulan boleh dinomborkan dengan nombor Kumpulan 1

hingga Kumpulan 18.
3. Unsur-unsur dalam kumpulan sama mempunyai sifat kimia

yang sama.

15

4. Unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat yang
serupa kerana mempunyai bilangan elektron yang sama
dalam petala paling luar.

5. Contoh unsur Litium, natrium dan kalium merupakan unsur
dalam kumpulan 1 kerana mempunyai 1 elektron dalam
petala yang paling luar.

6. Nombor kumpulan = Bilangan elektron dalam petala yang
paling luar.

7. Kumpulan 1 = Logam alkali

8. Kumpulan 2 = Logam alkali bumi

9. Kumpulan 3 hingga 12 = Unsur Peralihan

10.Kumpulan 17 = Halogen

11.Kumpulan 18 = Gas Nadir

16

• KALA

1. Baris mengufuk atau mendatar dikenali sebagai Kala.

2. Terdapat 7 kala dalam Jadual berkala.

3. Unsur disusun dalam susunan nombor proton menaik
dari kiri ke kanan.

4. Nombor kala = Bilangan petala elektron.

5. Melintasi Kala terdapat perubahan daripada sifat logam
kepada bukan logam

• KALA

6. Merentasi kala yang sama dari kiri ke kanan
sifat kimia dan sifat fizikal berubah :

i. Sifat kekonduksian arus elektrik semakin
berkurang

ii. Sifat oksida unsur berubah daripada
beralkali kepada berasid.

iii. Sifat logam menurun dan sifat bukan logam
meningkat.

 KUMPULAN SIRI LANTANIDA DAN SIRI AKTINIDA - Dibahagian bawah
jadual berkala unsur moden terdapat dua siri unsur dengan nombor proton
57 hingga 71 dan 89 hingga 103 yang diletakkan secara berasingan.

KEPENTINGAN JADUAL BERKALA

• Sebagai petunjuk oleh ahli kimia untuk
menunjukkan sifat-sifat unsur.

• Jadual berkala sangat berguna untuk
pengelasan maklumat.

• Ahli kimia menggunakannya untuk mencari
persamaan dan perbezaan dalam kalangan
unsur.

• Meramal sifat-sifat bagi unsur yang masih
belum ditemui.

20

PRINSIP SUSUNAN UNSUR DALAM JADUAL BERKALA UNSUR MODEN

1. Dalam jadual berkala unsur moden , unsur disusun mengikut
tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke
bawah.

2. Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang
terdapat di dalam nuklues suatu atom.

SUSUNAN ELEKTRON UNSUR

1. Setiap unsur mempunyai nombor proton yang tersendiri.
2. Atom neutral bilangan proton sama dengan bilangan elektron.
3. Atom dengan nombor proton 1 hingga 20, dua elektron diisi dalam

petala dalam, lapan petala kedua dan lapan dalam petala ketiga.



SUBATOM

PEMBENTUKAN ION POSITIF DAN ION NEGATIF

1. Sesuatu atom dikatakan mempunyai susunan elektron yang stabil jika
petala terluarnya diisi penuh dengan elektron.

2. Dua jenis susunan elektron yang stabil ialah susunan duplet dan
susunan oktet.

Susunan elektron duplet ialah Susunan elektron oktet ialah
susunan elektron yang stabil susunan elektron yang stabil
mempunyai 2 elektron pada mempunyai 8 elektron pada

petala pertama petala terluar

PEMBENTUKAN ION POSITIF DAN ION NEGATIF

1. Apabila sesuatu atom menderma atau
menerima elektron, atom itu menjadi zarah
bercas yang disebut sebagai ion.

2. Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam
menderma elektron.

3. Ion negatif terbentuk apabila atom unsur logam
menerima elektron.

PEMBENTUKAN ION POSITIF NATRIUM, Na+
DARIIPADA UNSUR NATRIUM, Na

PEMBENTUKAN ION NATRIUM, Na+

PEMBENTUKAN ION NEGATIF KLORIN, Cl-
DARIPADA UNSUR KLORIN Cl

PEMBENTUKAN ION KLORIN, Cl-

8.3 ISOTOP

ISOTOP

1. Isotop adalah unsur yang mempunyai bilangan proton
yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan.

2. Isotop bagi unsur yang sama mempunyai sifat kimia
yang sama tetapi sifat fizikal yang berlainan.

3. Oksigen mempunyai tiga isotop, iaitu oksigen-16,
oksigen-17 dan oksigen-18. Nombor protonnya adalah
8 tetapi bilangan neutron berbeza.

ISOTOP

1. Perkataan Isotop berasal daripada perkataan Yunani “isos” maksud
sama dan “topos” maksud tempat . Jadi Isotop suatu unsur
kedudukan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur Moden.

2. Isotop adalah unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama
tetapi bilangan neutron yang berlainan.

3. Isotop bagi unsur yang sama mempunyai sifat kimia yang sama
tetapi sifat fizikal yang berlainan.

4. Oksigen mempunyai tiga isotop, iaitu oksigen-16, oksigen-17 dan
oksigen-18. Nombor protonnya adalah 8 tetapi bilangan neutron
berbeza.

CONTOH ISOTOP

FORMULA PENGIRAAN

1.Nombor Nukleon = Nombor Proton + Nombor Neutron
2.Nombor Proton = Nombor Nukleon – Nombor Neutron
3.Nombor Neutron =Nombor Nukleon – Nombor Proton
4.Nombor proton = Nombor elektron

CONTOH PENGIRAAN

CONTOH PENGIRAAN UNSUR
ISOTOP

KEGUNAAN ISOTOP DALAM PELBAGAI BIDANG


Click to View FlipBook Version