TEMA 2 PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
BIDANG PEMBELAJARAN 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM
RENCANA SAINS
ERA KENDERAAN HIJAU
Kenderaan Hijau ialah kenderaan yang bersifat mesra alam, iaitu
kenderaan yang tidak membebaskan asap ke persekitaran. Antara
contoh kenderaan hijau ialah kereta elektrik dan kereta solar.
Kereta elektrik menggunakan tenaga daripada bateri, manakala
kereta solar menggunakan tenaga cahaya daripada matahari untuk
menggerakkan motor kenderaan ini.
4.1 KELESTARIAN ALAM SEKITAR
DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar
dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.
KEPENTINGAN
1 Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar.
2 Mengurangkan pengeluaran karbon .
3 Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.
4 Menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga
boleh diperbaharui.
30
MENGHUBUNG KAIT KECEKAPAN TENAGA DENGAN TEKNOLOGI HIJAU
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan dilancarkan pada Julai 2009.
SOSIAL • • Mempromosikan kecekapan tenaga dan
EKONOMI • mencari ketidakbergantungan tenaga
ALAM SEKITAR
TENAGA • • Meminimumkan kesan negatif dan
• memulihara alam sekitar
• Menambah ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi
• Meningkatkan kualiti hidup untuk semua
KECEKAPAN TENAGA – penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja
pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
IMPLIKASI:
1. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga.
2. Mengukuhkan ekonomi negara dan mengurangkan pembaziran .
3. Menukarkan sisa buang kepada tenaga boleh baharu.
(Label kecekapan Indeks Bangunan
tenaga) bagi Hijau
kelengkapan elektrik
Kempen Inisiatif ke arah Kempen
penggunaan tenaga pelaksanaan kesedaran
elektrik berasaskan terhadap
kecekapan tenaga pengguna melalui
sumber solar amalan penjimatan
Kempen
teknologi cekap tenaga
tenaga
31
SEKTOR DALAM TEKNOLOGI HIJAU
SEKTOR TENAGA SEKTOR PERTANIAN DAN SEKTOR
PERHUTANAN PENGANGKUTAN
Penggunaan tenaga boleh Fokus mengawal kadar gas Fokus penambahbaikan
baharu seperti hidroelektrik, karbon dioksida di dalam udara.
solar dan angin yang lebih Penjagaan nutrien tanah serta prasarana pengangkutan
bersih, bebas karbon dan penambahbaikan pengamalan
boleh menggantikan bahan penanaman. lebih bersih, bahan bakar
api fosil.
kenderaan dan
pengangkutan awam.
SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR BANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
SISA DAN AIR SISA DAN PEMBUATAN
Fokus usaha untuk Fokus pembinaan Bangunan Fokus program kecekapan
Hijau seperi Bangunan Berlian tenaga dan pengurusan
meminimumkan pembuangan iaitu ibu pejabat Suruhanjaya tenaga bagi mengurangkan
Tenaga. Menekankan aspek kesan-kesan negatif seperti
sisa dan air sisa ke kualiti alam sekitar dan kesan rumah hijau, jerebu
bangunan, bahan kimia hijau, dan hujan asid.
persekitaran dengan cara penggunaan tenaga dan air
yang cekap dan pengurusan
mengolahnya menjadi sisa pepejal yang baik.
sesuatu baharu seperti baja
kompos.
SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Fokus pengamalan TMK hijau dalam
pembuatan, reka bentuk, penggunaan
serta pelupusan peralatan komputer.
Mengurangkan penggunaan bahan
berbahaya dengan menggunakan
bahan terbiodegradasi serta
menjimatkan tenaga.
32
4.2 SEKTOR TENAGA
ISU SOSIOSAINTIFIK
PENEBANGAN HUTAN PENCEMARAN AIR PEMANASAN GLOBAL
ISU SOSIOSAINTIFIK
BERKAITAN ALAM
SEKITAR
PENCEMARAN UDARA PEMBUANGAN SISA
TIDAK TERANCANG
33
ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR TENAGA
Penggunaan sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui seperti petroleum, arang batu
dan gas asli meningkat setiap tahun. Jika
berterusan, tidak mustahil sumber bahan api
fosil akan habis .
Pembakan bahan api fosil menghasilkan gas
rumah hijau seperti karbon dioksida yang
menyebabkan pemanasan global .
Kesannya menyumbang kepada perubahan
iklim yang ekstrem menyebabkan berlakunya
kemarau panjang dan bencana alam yang
lain.
34
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR
TENAGA
SUMBER TENAGA SUMBER TENAGA
HIDRO ANGIN
Sumber tenaga boleh Sumber tenaga
baharu antara bersih boleh gantikan
sumber tenaga utama sumber bahan api
jana tenaga elektrik fosil
SUMBER TENAGA SUMBER TENAGA
SOLAR GEOTERMA
Sumber tenaga boleh Alternatif ganti bahan
baharu kerana api fosil. Namun
Malaysia terima
cahaya matahari faktor geografi jadi
keutamaan.
Empangan Kenyir di Terengganu merupanyakan empangan hidroelektrik terbesar di
Semenanjung Malaysia. Mengawal limpahan air banjir serta menjana tenaga elektrik di negara
kita.
35
4.3 SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
1
Kumbahan, sisa kimia serta sampah
sarap yang dibuang ke sungai dan laut
telah mengganggu ekosistem sungai dan
lautan serta kawasan berhampiran.
2
Sisa makanan yang tidak boleh
dilupuskan dengan baik menyebabkan
pencemaran alam sekitar
3 Penjanaan, pengurusan dan penguraian
sisa pepejal menyumbang kepada
peningkatan gas rumah hijau. Hal ini
menyebabkan berlaku perubahan iklim
dunia.
4 Kira-kira 268 juta tan kertas dihasilkan
setahun. Bagi menghasilkan 1 tan kertas
sahaja, kita memerlukan 2 - 4 tan batang
kayu. Kertas juga menjadi penyumbang
utama sisa pepejal.
36
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR
PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
AMALAN TH MENGURUS SISA DAN AIR SISA
PENCEGAHAN PENGASINGAN RAWATAN DAN TOLAK, KURANGKAN,
DAN DAN KITAR PEMPROSESAN GUNA SEMULA,
SEMULA
PENGURANGAN (PROSES KITAR SEMULA DAN
BIOLOGI) PEMULIHAN (5R)
- Minimumkan - Pihak kerajaan - Proses - Konsep 5R
guna kertas galakkan rawatan biologi Refuse (Tolak),
dengan guna pengasingan ke atas sisa Reduce
semula kertas sisa rumah pepejal (kurangkan),
terpakai atau sejak tahun membolehkan Reuse (guna
guna kertas jika 2015. sisa-sisa diubah semula),
perlu. kepada bahan Recycle (kitar
- Dapat organik seperti semula),
- Sedia baja organik. Recovery
makanan untuk kurangkan (Pemulihan).
isi rumah ikut - Boleh ganti
keperluan untuk pembuangan bahan api fosil - Tambahan 2R
elak sebagai bahan untuk capai sisa
pembaziran bahan kitar bakar. sifar.
makanan
semula dan sisa
pepejal di tapak
pelupusan
37
4.4 SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
ISU SOSIOSAINTIFIK DALAM SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
PENEROKAAN HUTAN
Ganggu kitaran gas karbon
dioksida yang berlebihan di
atmosfera
PEMBAKARAN
TERBUKA
Menyebabkan berlaku
jerebu teruk di seluruh
negara dan negara jiran
PENEBANGAN
POKOK
Permintaan tinggi
terhadap perabot serta
Penggunaan kertas
tanpa kawalan
38
KEJADIAN TANAH
RUNTUH
Berpunca daripada
pembalakan yang tidak
terkawal seperti Lebuhraya
Kuala Lumpur-Karak
11/11/2015
KEASIDAN TANAH
Penggunaan racun
serangga dan baja kimia
oleh para petani
menyebabkan tanah tidak
sesuai lagi untuk pertanian
PENCEMARAN AIR
Bahan kimia diserap oleh
tanah mengalir ke sungai
akibatkan pencemaran
sungai
39
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR
PERTANIAN DAN PERHUTANAN
Merawat dan memproses kembali 1
sisa-sisa pertanian
untuk dijadikan baja kompos
Penanaman semula pokok 2
boleh membantu mengekalkan
spesies yang ada
Aktiviti pembalakan dikawal 3
supaya sumber hutan terpelihara.
Kawasan hutan simpan agar
ekosistem di hutan kekal dan
seimbang
40
4.5 SEKTOR PENGANGKUTAN
95% Kenderaan bermotor menggunakan
petrol dan diesel . Kira-kira 60%
petroleum digunakan dalam sektor
pengangkutan iaitu sumber tenaga tidak
boleh baharu.
Asap kenderaan mengandungi gas karbon
dioksida dan karbon monoksida.
sumbang
1 2 3
HUJAN ASID PELEBURAN AIS PEMANASAN GLOBAL
4 5
A
MENGAKIS BINAAN HIDUPAN AKUATIK MATI
41
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MENANGANI ISU SOSIOSAINTIFIK SEKTOR
PENGANGKUTAN
PENGANGKUTAN HIJAU
Pengangkutan mesra
alam yang bebas gas
rumah hijau pada kadar
minimum atau tidak
membebaskan gas
rumah hijau seperti
berjalan kaki, berbasikal
dan kenderaan hijau
PENCIPTAAN KENDERAAN GAS
ASLI (NGV)
Kenderaan Gas Asli
menggunakan gas asli
cecair (LNG) atau gas
asli mampat (CNG).
Kenderaan petrol boleh
ubahsuai guna LNG
dan CNG
42
PENGGUNAAN BAHAN API BIO
SEBAGAI PENGGANTI
PETROLEUM
Bahan api bio merujuk
kepada metil ester asid
lemak daripada minyak
sayuran serta lemak
haiwan. Sumber tenaga
boleh baharu dan
mesra alam
BAS ELEKTRIK DI MELAKA
Kerajaan negeri Melaka
mengaplikasikan
Teknologi Hijau untuk
mengangkut
penumpang di sekitar
bandar raya
43
MAJLIS PELANCARAN BAS ELEKTRIK NEGERI MELAKA
Majlis Pelancaran bas elektrik pertama negeri Melaka telah diadakan di perkarangan
Kompleks Seri Negeri dan telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron,
Ketua Menteri Melaka pada 6 Januari 2014. Bas elektrik ini adalah keluaran Syarikat BYD dari
China dan dibawa masuk ke Malaysia oleh Syarikat AMDAC. Menggunakan sistem elektrik
sepenuhnya dan antara ciri-ciri khas bas tersebut adalah menggunakan bateri Iron-Phosphate
(„Fe‟ bateri). Kelebihan „Fe‟ adalah ianya tidak mudah meletup apabila terdedah dengan tahap
kepanasan melampau kerana dilengkapi dengan sistem BMS untuk pemantauan voltan dan
suhu setiap bateri bagi tujuan keselamatan dan keseimbangan. Bas ini juga mengandungi tiga
bateri dengan jumlah berat kurang lebih dua tan. Dengan penggunaan sistem „Rottary Motor‟
dan tidak menggunakan piston seperti bas sistem enjin diesel ianya dapat menjimatkan ruang
dan membolehkan lantai bas diletakkan rendah bagi memudahkan penumpang naik dan turun.
Selain itu ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk penumpang OKU. Bas ini
berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar. Kapasiti penumpang duduk 31 orang dan
berdiri 20 orang. Kebolehupayaan bateri adalah bergerak kurang lebih 250 km ke 300 km. Bas
elektrik tersebut sesuai beroperasi dalam Bandar. Masa yang diambil untuk mengecas bateri
bas adalah 5 hingga 6 jam dari 0% ke 100%. Sebuah stesen pengecas telah dibina di Terminal
Bas Melaka Sentral. Penggunaan bas elektrik ini membolehkan penjimatan sebanyak kurang
lebih 70% kos direkodkan berbanding kos yang terlibat jika menggunakan bas sistem enjin
diesel (konvensional).
Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bas
elektrik petama Melaka. Bas elektrik tersebut sedang menjalani tempoh percubaan operasi bagi
pengumpulan data berhubung kesesuaian dan keboleharapannya selama tiga bulan sebelum
dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya. Kawasan laluan bas elektrik tertumpu di kawasan
tumpuan pelancong seperti Banda Hilir, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit
Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana. Penggunaan bas elektrik adalah merupakan
salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau negeri serta ke arah
pengurangan intensiti karbon sebanyak 40%.
http://www.melakagreentech.gov.my/index.php/2-uncategorised/156-majlis-pelancaran-bas-elektrik-
pertama-negeri-melaka
44
MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya, Sepang, Selangor menjadi masjid pertama di
Malaysia menerima sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) dengan penarafan platinum.
Selain reka bentuk dan seni bina menarik, masjid yang dibina di atas tanah berkeluasan 6.8
hektar ini menjadikan kecekapan tenaga sebagai teras utama.
Melangkah kaki ke masjid ini pasti membuat pengunjung kagum dengan kesegaran dan
suasana persekitaran yang tenang serta santai.
Menurut Ketua Pengurusan Projek Cyberview Sdn Bhd Abdul Aziz Andimori, masjid berkenaan
menggunakan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.
“Binaan masjid ini mengguna pakai sistem pengudaraan semula jadi walaupun mempunyai
pendingin hawa yang kebiasaannya hanya digunakan ketika solat Jumaat di dewan solat
utama.
“Ukiran geometri pada bahagian bumbung dan dinding bangunan masjid bukan saja membantu
proses pengudaraan semula jadi tapi turut memudahkan cahaya matahari menembusi dalam
bangunan.
“Di sekeliling dewan solat utama turut terdapat kolam air yang digunakan untuk cipta kabus air
semula jadi apabila ditiup udara,” katanya.
Masjid yang dibina dengan kos pembinaan RM44.3 juta itu turut menjimatkan tenaga elektrik
dalam pengurusan lampu masjid.
“Lampu LED digunakan pada keseluruhan masjid untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
Selain itu, lampu tidak dibuka sepanjang malam sebaliknya ia dikawal menggunakan sistem
pergerakan (movement system).
“Masjid ini turut mempunyai sistem pengurusan bangunan yang mengawal semua sistem
elektrik dan mekanikal seperti penggunaan serta suhu pendingin hawa,” katanya.
Malah Masjid dua tingkat yang memuatkan 10,000 jemaah dalam satu-satu masa itu turut
memanfaatkan air hujan sebagai bukti kecekapan dalam pengurusan sumber air.
45
Abdul Aziz berkata, masjid itu mengurangkan penggunaan air bersih dibekalkan syarikat air
negeri dengan menyimpan air tadahan hujan sebelum digunakan untuk beberapa keperluan.
“Penggunaan air hujan dapat menjimatkan sebanyak 70 peratus dalam perbelanjaan bil air.
Sistem air hujan dalam masjid ini dibekalkan untuk penyiraman landskap sekitar masjid selain
turut digunakan untuk keperluan tandas,” katanya.
Pada masa sama masjid berkenaan turut mengetengahkan inovasi sistem penapisan canggih
bagi memastikan kadar karbon dioksida yang selesa.
Menariknya, masjid yang dibina pada 18 Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada 19 Januari 2015
itu turut mengetengahkan panel solar pada aras bumbung selain menyelitkan rumput tiruan
pada ruang yang sama.
“Penggunaan rumput tiruan dikatakan dapat mengurangkan cahaya matahari terus untuk
masuk ke masjid membuatkan suasana dalam masjid kurang panas.
“Selain itu, pemasangan panel solar dipadang di atas bumbung masjid bukan saja
mengurangkan cahaya matahari terus tapi turut menjimat kos tenaga elektrik.
“Tenaga yang dijana dari panel solar ini dijual kepada Tenaga Nasional Berhad dan ia mampu
menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan,” katanya.
Katanya, panel solar dengan ukuran 350 meter persegi itu mampu menjana tenaga dengan
kapasiti 48 kilowatt per peak.
Menurut Abdul Aziz, ruang pada bumbung masjid itu bakal dibuka tidak lama lagi bagi
memuatkan lebih ramai jemaah dalam satu-satu masa.
Nama masjid Raja Haji Fi Sabilillah diambil sempena adinda Raja Lumu iaitu Sultan Selangor
pertama, Sultan Salehuddin (1756 - 1777).
Raja Haji Fi Sabilillah Ibni Upu Daeng Chelak menyandang gelaran Engku Kelana (1747 -
1777) pemerintah Kepulauan Riau dengan gelaran Yamtuan Muda Riau keempat.
Sepanjang pemerintahannya, Kepulauan Riau berkembang pesat sebagai pusat pelabuhan dan
pelayaran terpenting selain turut menjadi pusat penyebaran agama Islam di rantau Asia.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 1:14 PM
46
4.6 TEKNOLOGI HIJAU DAN KEHIDUPAN
PERANAN INDIVIDU DALAM MENANGANI FENOMENA PEMANASAN GLOBAL DAN
PERUBAHAN IKLIM DALAM MENGURANGKAN JEJAK KAKI KARBON
Jejak Kaki Karbon ialah
jumlah gas karbon dioksida
dibebaskan daripada aktiviti
seperti asap kenderaan,
pembakaran terbuka dan
pembakaran bahan api
fosil.
MENUJU KE ARAH KEHIDUPAN TANPA KARBON
“Walaupun hanya berbeza beberapa darjah sahaja, namun itu pun sudah sangat serius, tetapi
kita boleh menyesuaikan diri. Hakikatnya, proses pemanasan mungkin berlarutan dan menjadi
tidak stabil. Kita mungkin akan hidup bagaikan berada di atas permukaan planet Venus,
diselubungi oleh awan dan suhu permukaan yang mencecah sehingga 400 darjah celsius.
Sudah terlambat jika kita menunggu sehingga kesan-kesan pemanasan global semakin nyata.
Kita perlu bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.” Professor
Stephen Hawking, Lucasian Professor of Mathematics, Cambridge University
Karbon dioksida (CO2) merupakan gas rumah hijau (GHG) yang menyumbang kepada
perubahan ilkim yang disebabkan oleh pelepasan karbon yang tidak terkawal ke atmosfera
sejak revolusi perindustrian dan penemuan minyak petrol. Kesan rumah hijau berlaku
disebabkan oleh penebalan atau peningkatan kandungan GHG di atmosfera yang menghalang
haba-haba meresap ke luar angkasa. Tatkala kesan rumah hijau ini telah menjadi satu lapisan
„selimut‟, ini menyebabkan purata suhu Bumi meningkat.
47
Dari mana datangnya gas rumah hijau (GHG)?
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Australia Greenhouse Office, didapati bahawa
penyumbang utama pelepasan gas rumah hijau adalah pengguna sendiri, yang menyumbang
sebanyak 30 peratus daripada jumlah pelepasan karbon. Selain itu, negara yang menduduki
tempat teratas dalam pelepasan karbon per kapita adalah Qatar yang melepaskan sebanyak 60
ton GHG dalam setahun. Malaysia pula menduduki tempat ke-56.
Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menuju ke arah
tanpa karbon?
Untuk mencapai tujuan ini, kunci kejayaan ialah mengurangkan dari segi penggunaan dan
meningkatkan kecekapan. Antara cara-cara itu ialah:
a) Alat-alat
Gunakan peralatan elektrik daripada model yang jimat tenaga yang berkecekapan tinggi.
Semak penarafan bintang dan kecekapan dalam label peralatan elektrik.
Basuh pakaian. Hanya menggunakan mesin basuh apabila telah dipenuhi dengan pakaian.
Basuh dengan menggunakan air sejuk dan mesin daripada jenis yang jimat air dan tenaga.
Sidai pakaian. Gunakan ampaian kain jika boleh.
Tutupkan televisyen apabila tidak ada orang menonton.
b) Pemanasan dan penyejukan
Pasang penebat haba pada siling dan dinding.
Menyediakan penggelapan luaran dan dalaman untuk cermin.
Memaksimumkan penggunaan kipas dan kurangkan penggunaan pendingin hawa.
Mengurangkan masa dan penggunaan air panas semasa mandi. Gunakan pancuran yang
beraliran rendah.
c) Lampu
Gunakan mentol lampu kelimantang (CFLs) dan lampu LED. Tutupkan bila tidak menggunakan
lampu.
48
d) Perjalanan
Setiap kilometer perjalanan menggunakan kereta, melepaskan GHG sebanyak 500g. Berjalan,
mengayuh basikal dan menggunakan pengangkutan awam adalah lebih mesra alam
berbanding daripada kereta. Beli jenis kereta yang mesra alam. Memandu dengan cekap.
Mengurangkan bilangan menaiki kapal terbang.
e) Beli kredit karbon untuk GHG sendiri.
Kredit karbon merupakan pasaran baru dan tidak dikawal dengan berkesan lagi. Soalan-soalan
yang perlu dituju kepada penyedia atau pemborong karbon kredit (carbon offset):
Apakah projek-projek atau aktiviti yang saya perlu bayar?
Adakah skema ini diaudit secara berdikari dan disahkan?
Adakah pelepasan GHG akan berkurang walaupun saya tidak beli karbon kredit?
Berapakah harga seton karbon yang dijimatkan?
Apakah kebaikan alam sekitar atau sosial yang skema anda boleh tawarkan?
(Sumber: CHOICE, November 2007)
Di Malaysia, karbon kredit (carbon offset) masih sukar didapati dan syarikat-syarikat yang
menawarkan tawaran ini ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga Firefly. Kedua-
dua syarikat penerbangan ini menawarkan pengurangan karbon secara sukarela berdasarkan
jarak perjalanan. Semua dana yang diperolehi menerusi sistem ini akan digunakan untuk
menolong program-program di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
untuk menyelamatkan hutan hujan tropika di Malaysia. Program-program diurus oleh Institusi
Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di bawah pengawasan Kementerian Sumber Alam and
Alam Sekitar (NRE).
Kesimpulannya, sikap dan amalan pengguna-pengguna di Malaysia mahupun di dunia perlu
berubah dalam aktiviti harian mereka. Dengan mengurangkan pelepasan karbon dan jejak
karbon, satu kehidupan tanpa karbon akan tercapai untuk generasi akan datang.
(Diedit dan diterjemahkan daripada artikel dalam majalah CHOICE, Australia isu November
2007)
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
29 April 2010
49