The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema Kesultanan Melayu Pahang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nieda Has, 2021-06-03 01:09:10

Pameran Bertema Kesultanan Melayu Pahang

Pameran Bertema Kesultanan Melayu Pahang

Pameran Bertema
Kesultanan Melayu Pahang

PSS TUN ABDUL RAZAK,
SMK UBAI, PEKAN, PAHANG



BIODATA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in

Billah,
DKP., DKM., DK., DMN., SSAP., SIMP., DK(TERENGGANU)., DK(JOHOR)., SPMJ., DKMB(BRUNEI)., DK(KEDAH).,

DK(PERLIS)., DK(PERAK).

KEPUTERAAN

Sumber: Wikipedia

Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka
nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang
ketika itu (Tengku Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah. Paduka bonda baginda
pula, Tengku Puan Besar (kemudian menjadi Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima
Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, tiga tahun
setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul
Rahman. Baginda dipanggil Alam oleh kerabat terdekat baginda. Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada lapan adik-
beradik. Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang
dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

PENDIDIKAN

Sumber : Wikipedia

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah
St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti
permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam
permainan bola sepak.
Baginda menerima pendidikan agama Islam secara persendirian setiap minggu di pejabat baginda di istana lama dan diajar oleh
Kadi Besar Pahang. Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree
Hertfordshire – Advance School dari tahun 1975 hingga tahun 1978. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Davies College,
London – Advance School selama dua tahun (1978-1979). Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut
memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun juga (1979-1980). Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan
Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester & Queen Elizabeth College dengan
mengambil Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.

KETENTERAAN

Sumber: Portal Diraja Pahang

•Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
•Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
•Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
•Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
•2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980
(Commissioned by Queen Elizabeth II)

PERLANTIKAN PEMANGKU RAJA

Sumber: Portal Diraja Pahang

•Sewaktu Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda dilantik sebagai
Pemangku Raja Negeri Pahang. Oleh kerana Baginda telah terdedah ke dunia pentadbiran, sering pula mengikut
ayahanda Baginda menemui rakyat, tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ketika menjadi Pemangku Raja inilah Baginda menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College,
University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala
Lumpur selama 2 minggu (Disember 1982).
•Sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Baginda amat mengambil berat akan hal
ehwal rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur. Di dalam siri keberangkatan Baginda ke daerah-daerah, Baginda
telah menggunakan helikopter untuk cepat sampai ke tempat-tempat yang dilawati dan seterusnya dapat
meninjau dengan lebih dekat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Hasrat utama Baginda ialah
untuk memastikan segala aspek pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat ke tahap yang maksimum.

TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM
DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

•Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda juga tidak ketinggalan dalam
menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk
faedah dunia dan akhirat. Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan
dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata.
•Seperkara lagi yang juga sangat Baginda tekankan ialah supaya rakyat di negeri ini sentiasa hidup di dalam suasana
harmoni dan bersatu padu.
•Baginda menerajui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang selaku Yang Dipertua di bawah kepimpinan
Baginda serta naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, maka majlis telah berjaya bersama-sama dengan
kerajaan negeri menyumbang kepada perkembangan ekonomi, kebajikan umat Islam, serta mengembangkan syiar Islam di
negeri ini.
•Kedua-duanya iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku
Mahkota Pahang sangat memberi perhatian terhadap kebajikan pentadbiran umat Islam di negeri ini.

Sumber: Portal Diraja Pahang

SUKAN

Sumber: Portal Diraja Pahang

•Baginda amat meminati bidang sukan. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja
Pahang di dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club dan berjaya memenangi perlawanan
tersebut. Seterusnya Baginda mengambil bahagian di dalam pertandingan di Singapura, Manila dan
Brunei.
•Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan Pasukan Sri Mahkota
Alam. Bidang sukan lain seperti Go-Kart dan penerbangan Ultralight. Baginda terpilih menjadi Yang
Dipertua bagi beberapa pertubuhan seperti Pasukan Equestarian Malaysia, Kelab Tenis Diraja Pahang,
Kelab Golf Diraja Pahang, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mempengerusikan Liga
Semi-Pro anjuran FAM.

PERLANTIKAN TENGKU MAHKOTA

Sumber: Portal Diraja Pahang

•Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
•Pada usia Baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang
pada 28 April 1979 . Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan, telah dapat
menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna. Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk
tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-
Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ke-VII.
•Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta'in Billah sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat jelata dengan mengadakan lawatan ke serata pelusuk
negeri, bukan sahaja secara rasmi tetapi apabila rakyat jelata ditimpa musibah dan bencana alam.

PEMERINTAHAN

sumber : Wikipedia

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dilantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk
menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda
kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana
Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan
memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan
bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.

PERKAHWINAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
DK., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK,. DK.(Brunei).
Tarikh Lahir : 05/08/1960
Tarikh Perkahwinan : 06/03/1986

PUTERA & PUTERI

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SSAP., SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah, SSAP.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah, SIMP.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang,
Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah, DK., SSAP., SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah, SIMP.

SAMBUNGAN…

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SSAP.
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti binti Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.

Sumber daripada
Pejabat KDYTM Tengku MahkotaPahang



COGAN PERIBADI KDYMM SULTAN
PAHANG

SEJARAH KESULTANAN
MELAYU PAHANG

SULTAN PAHANG PERTAMA

1882-1914
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah

Ibni Al-Marhum Bendahara Ali

1882-1914
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah

Ibni Al-Marhum Bendahara Ali

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ialah anakanda kepada Bendahara Ali dengan Che Long, juga dikenali sebagai Che
Lingga. Bendahara Ali adalah pemerintah Negeri Pahang bagi tahun 1806 hingga 1857.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah diputerakan pada 23 Mei 1836 bersamaan 5 Muharram 1252 H, di istana
ayahandanya di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah merupakan putera yang kelima dari sebelas saudara. Baginda telah
diisytiharkan menjadi Sultan pada 16 Ogos 1882.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah mangkat pada 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang lima
puluh tahun penuh daulat di atas takhta singgahsana kerajaan Negeri Pahang. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri,
putera dan puteri, dan telah dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

SULTAN PAHANG KEDUA
1914-1917
Duli Yang Maha Mulia
Al-Marhum Sultan Mahmud
Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

1914-1917
Duli Yang Maha Mulia
Al-Marhum Sultan Mahmud
Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

Perkongsian hidup di antara Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah dengan Che Pah, seorang
daripada isteri Baginda telah dikurniakan seorang putera yang bernama Tengku Mahmud pada hari Jumaat 4
Februari 1868 bersamaan 10 Syawal 1254H. Tengku Mahmud diberi layanan dan asuhan yang sempurna daripada
pengasuh khas.

Walaupun Baginda mendapat pelajaran secara tidak formal tetapi tanda-tanda kepandaian, kecerdikan dan
kebijaksanaan Baginda memang terserlah. Tengku Mahmud bijak berkira bicara dan berunding. Pegawai- pegawai
British yang datang ke Pahang pada masa itu sangat tertarik hati dan memuji kebijaksanaan Tengku Mahmud.
Pergaulan yang baik dengan pegawai-pegawai British memberi peluang kepada Tengku Mahmud belajar menulis
dan membaca serta cara-cara berfikir sebagai seorang yang bakal menggantikan ayahandanya.

SAMBUNGAN…

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi
Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya,
menurut persetujuan Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober
1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Johor) pada
Julai 1913 tetapi tidak meninggalkan zuriat.
Baginda menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Yang Memerintah pada 9 Mei 1914 dan Tengku Mariam pula
dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan Baginda sebagai Sultan tidak lama, apabila Baginda mangkat
pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

SULTAN PAHANG KETIGA

1917-1932
Duli Yang Maha Mulia
Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

1917-1932
Duli Yang Maha Mulia
Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah
telah diputerakan pada malam Khamis, 25 Syawal 1296 bersamaan 12 Oktober 1874, di istana ayahandanya dan
bondanya Cik Su'ma di Pekan Lama. Baginda merupakan putera yang kelima Al-Marhum Sultan Ahmad Al-
Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali.
Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda Baginda iaitu Sultan
Mahmud. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad
Al-Mu'adzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat.
Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya
seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan. Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering
diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat.

SAMBUNGAN

Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada 22 Jun 1932 di hadapan sekalian putera-puteri,
saudara-mara dan Orang-Orang Besar Negeri. Al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum,
Kuala Pahang. Sebelum Al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah
mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagai Sultan. Duli
Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah mangkat dengan
meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Che Kalsum bt Abdullah dan Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin dengan
sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

SULTAN PAHANG KEEMPAT

1932-1974
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni

Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
DK., SIMP., DMN., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Kedah)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG.

1932-1974
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni

Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
DK., SIMP., DMN., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Kedah)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG.

Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Abdullah Al-Mu'tasim Billah telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal Tahun 1322 Hijrah.
Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.
Baginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Hajjah Aishah sehingga dewasa.
Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung
pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar atau dikenali sebagai Malay College
Kuala Kangsar(MCKK) di Negeri Perak.
Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan
rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada
ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri
Pahang.

SAMBUNGAN

Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong,
Cinta Sayang hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri
Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif
dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak.
Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu
saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu'adzam
Shah.
Pada 4 Jun 1930, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam
Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah sebagai Yang Teramat Mulia
Tengku Mahkota Pahang.

SAMBUNGAN

Baginda merupakan putera Raja yang pertama dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah
Kesultanan Pahang.
Berikutan kemangkatan ayahanda Baginda, Baginda menaiki takhta Kerajaan negeri Pahang pada 24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya
ditabalkan sebagai Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu
itu, usia Baginda baru mencecah 28 tahun dan Baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di dalam sejarah Raja-Raja
Tanah Melayu pada ketika itu.
Di zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik
dan sosial berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.Semasa
penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945, Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu
dalam negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama 'Pasukan 136' yang ketika itu diketuai oleh Yoep
Mahidin, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie dan Abdul Rahman Ismail. Peranan yang dimainkan oleh Baginda
dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah membuktikan kewibawaan Baginda sebagai Raja yang berdaulat.
Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi
natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut
telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu.

SAMBUNGAN

Kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan
Baginda sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Baginda juga, ibu negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala
Lipis, telah dipindahkan ke Kuantan. Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan
perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, Baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di
antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatan Mufti
kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan
Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941.
Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak
adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran,
pemerintahan dan memimpin rakyat. Baginda mangkat pada 5 Mei 1974 di Istana Kecil, Pekan setelah memerintah negeri Pahang
selama 42 tahun.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

SULTAN PAHANG KELIMA

AL-MARHUM KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA AYAHANDA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),
DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan),
DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir
(Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc.
(Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti

Malaysia Pahang).

AL-MARHUM KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA AYAHANDA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

KEPUTERAAN

Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah telah
diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal
(bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.
Al-Marhum merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam
Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar
Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.

PENDIDIKAN

•Al-Marhum diasuh dan dididik dalam pandangan serta perhatian Paduka Ninda Al-Marhum iaitu DYMM Sultan Iskandar Shah Perak
yang bersemayam di Kuala Kangsar, Perak.
•Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu
di Kuala Kangsar, Perak. Setelah tamat pelajaran darjah empat Al-Marhum
• telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala kangsar dan ketika itu Al-Marhum baru berusia 10 tahun.
•Namun begitu, pelajaran Al-Marhum telah terganggu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Al-Marhum
kemudiannya dibawa pulang ke Pahang.
•Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Al-Marhum telah dihantar belajar asas-asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-
Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Al-Marhum kemudiannya menyambung semula persekolahannya di Sekolah Clifford, Kuala Lipis.
Di sana, Al-Marhum tinggal di asrama bersama-sama dengan para pelajar lain dan Al-Marhum sendiri tidak mahu dilayan seperti putera
raja, sebaliknya Al-Marhum banyak bergaul dengan pelajar-pelajar dari kalangan rakyat biasa. Al-Marhum kemudiannya dihantar semula
untuk menyambung pelajaran di sekolah lama Al-Marhum iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.

SAMBUNGAN…

•Pada 25 Mei 1944, dalam satu upacara adat istiadat diraja yang meriah, Al-Marhum telah dikurniakan gelaran
Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan. Sebagai waris takhta, gelaran tersebut telah dimasyhurkan
bagi kali kedua pada 29 Mei 1949.
•Pada tahun 1948, Al-Marhum telah ke England dengan menaiki kapal laut yang bernama Audre Lebon dan pelayaran
tersebut telah mengambil masa selama 25 hari. Al-Marhum melanjutkan pelajaran di Sekolah Persendirian Sussex
sebelum memasuki Worchester College, Oxford bagi mengikuti Kursus Pentadbiran Awam dalam tahun 1950.
•Setelah tamat pengajian di Oxford, Al-Marhum kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti College Exeter,
Devon dari tahun 1951-1953 dan mendapat latihan praktikal dalam bahagian Kerajaan Tempatan di Urban District
Council Sidmouth, Devon.

PERKAHWINAN DENGAN AL-MARHUMAH
KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG

•Al-Marhum telah melangsungkan perkahwinan dengan Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 24 April
1954.
•Perkongsian hidup di antara Al-Marhum dengan Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Ampuan Hajjah Afzan telah dikurniakan dua orang putera dan lima orang puteri.

PERLANTIKAN DIRAJA

•Al-Marhum pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Raja ketika Al-Marhum Seri Paduka Ayahanda
baginda berangkat ke luar negeri dalam tahun-tahun 1956, 1959 dan 1965.
•Pada 7 Mei 1974, Al-Marhum telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala
jajahan takluknya menggantikan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang mangkat
pada 5 Mei 1974.
•Setelah genap setahun di atas singgahsana takhta Kerajaan Pahang, satu Upacara Istiadat Diraja yang penuh
kebesaran telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Mei1975. Al-Marhum telah
ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
•Upacara pertabalan tersebut telah dijalankan dengan penuh istiadat tradisi dan penuh berwarna-warni. Bandar
Diraja Pekan dihiasi indah bagi memuliakan istiadat yang bersejarah dan penuh makna itu.

PERLANTIKAN YANG DIPERTUAN
AGONG

•Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dilantik oleh Majlis
Raja-Raja Melayu menjadi Yang Dipertuan Agong ke-VII menggantikan Al-Marhum Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke-VI, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang
telah mangkat pada 25 April 1979.
•Sebelum bersemayam selaku Yang Dipertuan Agong, Al-Marhum telah diperkenankan oleh Majlis Raja-
Raja Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1975.

KEMANGKATAN AL-MARHUMAH
KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG

•Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
merasa amat dukacita di atas kemangkatan Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku
Muhammad pada 29 Jun 1988.
•Takdir Ilahi ini berlaku hanya 6 hari selepas kemangkatan bonda Al-Marhum. Seluruh
rakyat negeri Pahang berkabung selama empat puluh hari di atas kemangkatan ini.

PERKAHWINAN DENGAN DYMM
SULTANAH HAJAH KALSOM

Perkahwinan Al-Marhum dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang,
Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 telah mengubah suasana kemasyghulan
yang menyelubungi Al-Marhum atas kembalinya ke rahmat Allah, permaisuri dan
bonda yang dicintai. Perkongsian hidup Al-Marhum dengan Duli Yang Maha
Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah dikurniakan seorang putera
yang dinamakan Tengku Fahd Mu’adzam yang kini bergelar Yang Amat Mulia
Tengku Arif Temenggong.

KEPIMPINAN

•Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-
Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam lapangan
ketenteraan. Pada tahun 1953, sekembalinya ke tanah air Al-Marhum beserta 116 anggota lain telah memasuki angkatan
tentera sebagai Pelatih Pegawai Kadet di Port Dickson untuk menjalani latihan selama enam bulan. Latihan yang cukup
intensif ini akhirnya hanya diselesaikan oleh 13 orang pelatih sahaja dan Al-Marhum adalah seorang daripada yang berjaya
itu.
•Al-Marhum pernah ditugaskan berkhidmat dalam Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tapah, Perak
dengan pangkat Kapten. Al-Marhum juga pernah ditauliahkan dengan pangkat Major semasa berkhidmat dengan Askar
Wataniah sebagai Pegawai Sementara.

SAMBUNGAN

•Semasa Indonesia melancarkan kempen konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963-1965, Al-Marhum
telah berkhidmat sepenuh masa dengan Pasukan Infantri ke-12 Batalion Askar Wataniah di Kem Batu 5,
Mentakab sebagai Pegawai Pemerintah.
•Al-Marhum merupakan seorang Raja Pemerintah yang unggul dari segi budi pekerti, berhemah dan
berpengetahuan tinggi.
•Al-Marhum mempunyai falsafah tersendiri iaitu ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’. Al-Marhum selalu
bercemar duli mengunjungi rakyat di setiap pelusuk negeri untuk mengenal dan mengetahui segala
masalah mereka.
•Ketokohan dan kewibawaan Al-Marhum sentiasa dikagumi. Al-Marhum dikagumi atas keprihatinan serta
sering menghulurkan bantuan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran.


Click to View FlipBook Version