Makanan Tradisi Mengikut
Negeri
Pameran bertema bulan Julai, 2022 PSS TAR, SMKU
Negeri Perlis Indera Kayangan
Ringgi atau Emping nama bagi makanan Tradisi di negeri orang Perlis.
Bahan yang digunakan ialah Padi Pulut muda yang di tumbuk sehingga
nipis dan di jemur di hingga kering. Emping ini akan dapat dirasai sekali
setahun sahaja iaitu pada musim timur.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa
yang sudah diparut dan juga gula
Pulut kukus ikan masin ialah menu sarapan pagi yang popular di negeri
Perlis. Ia selalunya digandingkan dengan kelapa parut agar lebih enak
ketika dimakan.
Negeri Kedah Darul Iman
Gulai Batang Pisang menjadi hidangan utama
yang popular di Baling Kedah. Ia juga menjadi
hidangan pilihan semasa majlis kenduri. Bahan
yang digunakan adalah umbut pisang atau
rias pisang yang merupakan bahagian tengah
batang pisang yang lembut serta berwarna
putih.
Negeri Perak Darul Ridzuan
pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal
dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara
mengekalkan makanan (lazimnya ikan ) dengan
menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu
untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih
lama (antara 6 - 1000 tahun). Negeri Perak terkenal dengan
perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas
pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan
ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak
turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The
Circumstances of Malay Life. The kampong. The house.
Furniture. Dress. Food, 1909,
Negeri Perak
Rendang Tok sangat popular di negeri Perak. Rendang ini enak
dimakan bersama nasi, ketupat dan pulut.
Ia sangat sinonim dihidangkan ketika hari raya. Kaedah
memasaknya
Ialah ia dikacau sehingga kering dan bertukar ke warna hitam.
Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang sangat popular dengan laksanya
hinggakan laksa ini sendiri diberikan nama laksa Penang.
Keenakan makanan ini terletak kepada kuahnya. Kuah
Yang pekat dengan isi ikan akan menjadi kayu ukur
Kepada para penggemar laksa penang. Kepada individu
Yang ingin cuba membuat laksa penang pastikan anda
Menggunakan ikan yang betul supaya kuah laksa anda
Sedap dan menyelerakan.
Negeri Selangor
Makanan di Selangor banyak terpengaruh dengan
makanan masyarakat jawa. Hal ini berlaku demikian
kerana kebanyakan penduduk asal di Selangor
berketurunan jawa. Jadi tidak hairanlah makanan tradisi
jawa di Selangor turut juga boleh dinikmati jika berkunjung
ke negeri Johor kerana sejarah turut mencatatkan
penduduk asal Johor juga berasal daripada Tanah Jawa.
Ramai yang terkeliru antara lontong dengan lodeh.
Lontong sebenarnya menggunakan nasi impit yang
dibalut dengan daun pisang. Lodeh pula menggunakan
nasi impit biasa.
Makanan tradisional yang popular di
Selangor dan Johor
Nasi ambeng atau nasi ambang merupakan nasi putih yang
dihidangkan bersama ayam kicap, rendang daging atau
ayam, Sambal goreng jawa, urap, bergedil dan serunding. Ia
turut dihidangkan bersama mi goreng dan disajikan bersam-
sama dalam satu dulang.
Satu dulang makanan sesuai dihidangkan untuk santapan
empat hingga lima orang.
Makanan taradisional yang popular di
negeri Selangor dan Johor
Soto ialah makanan yang dikatakan berasal dari Indonesia. Makanan ini dibawa ke
Tanah Melayu sejak berzaman kerana rata-rata penduduk asal di Johor dan Selangor
adalah berketurunan jawa kerana sejarah lama membuktikan Tanah Melayu pada masa
itu serumpun dengan Indonesia.
Kuah soto merupakan kuah sup ayam yang berwarna kuning. Rempah sup soto turut
dikomersialkan dan dijual di pasaran. Hidangan soto menjadi lebih enak apabila
dihidangkan bersama bergedil, telur rebus dan sambal kicap.
Makanan Tradisional di Johor
Mi Bandung Muar, nama makanan yang sinonim dengan
negeri Johor kerana Muar merupakan salah satu daerah
yang terdapat di negeri Johor. Mi ini sangat enak dimakan
kerana kuahnya yang enak berpunca daripada manis air
rebusan daging.
Makanan ini dihidangkan bersama hirisan daging, rebusan
telur, sayur-sayuran dan bawang goreng serta udang.
Keenakan makanan ini mampu membuatkan kecur air liur
apabila membayangkannya.
Makanan tradisi Negeri Melaka
Asam Pedas. Merupakan sejenis lauk yang mempunyai rasa masam dan pedas. Sesuai
dimasak dengan ikan tenggiri, ikan merah dan ikan pari serta telur ikan mayong. Namun
kini, makanan ini turut diinovasi dengan menjadikan ayam dan daging sebagai lauk yang
dimasak dalam gulai asam pedas. Pastikan anda menikmati asam pedas jika berkunjung
ke Melaka.
Makanan Tradisi Negeri Sembilan
Masak lemak cili api. Menu yang menjadi ‘trademark’ Negeri
Sembilan ini cukup sinonim dengan kepedasannya. Jika tak
pedas, bukan masak lemak orang Negeri Sembilanlah ya.
Makanan ini sedap dimakan bersama nasi panas. Antara lauk
yang sesuai dimasak sebagai masak lemak cili api ialah daging
salai, ikan keli salai dan udang.
Rendang cili padi. Menu yang juga menjadi ‘trademark’ Negeri
Sembilan ini juga cukup sinonim dengan kepedasannya. Ia
merupakan menu wajib dihidangkan semasa hari raya.
Makanan ini sedap dimakan bersama lemang dan ketupat.
Antara lauk yang sesuai dimasak sebagai rending cili padi ialah
ayam dan daging.
Makanan Tradisi Negeri Pahang
Laksa Pahang. Enak dinikmati sebagai menu sarapan pagi
mahu pun ketika minum petang. Laksanya dibuat sendiri
menggunakan alatan khas. Pes kuah laksa menggunakan isi
ikan. Turut dihidang bersama belacan dan cili giling serta ulam
daun selasih dan kacang panjang.
Puding Raja. Pada mulanya hidangan ini merupakan makanan
bangsawan di istana, namun seiiring dengan masa, kini semua
lapisan masyarakat bebas untuk menikmatinya. Keenakan
makanan ini dinilai daripada kuah dan kepandaian tukang
masak menghasilkan jala emas sebagai watak utama dalam
menu ini.
Makanan Tradisi Negeri Pahang
Sambal hitam. Ia merupakan menu yang menjadi penyedap
kepada sesuatu hidangan. Boleh juga menjadi lauk tunggal
kepada sesuatu hidangan kerana sambal ini mengandungi
ikan bilis, cili padi dan belimbimg besi yang diadun sebati
semasa memasaknya.
Gulai ikan patin masak tempoyak. Siapa yang tidak kenal
menu ini? Jika berkunjung ke negeri Pahang, pastikan anda
menikmati makanan ini. Walau pun di negeri Perak turut
terdapat menu yang sama namun cara penyediaan dan
rasa makanan ini berbeza sama sekali. Ansa pasti tidak akan
rasa menyesal setelah menikmatinya.
Makanan Tradisi Negeri Pahang
Gulai Opor. Satu lagi menu istimewa yang terdapat di negeri
Pahang, khususnya masyarakat di daerah Pekan. Makanan
ini menjadi ‘trademark’ kepada sesebuah majlis kenduri di
darah Pekan, Pahang. Sesuai dimakan bersama nasi, lemang
dan ketupat.
Gulai asam rong. Satu lagi menu menarik dan unik yang
terdapat di Pahang, khususnya bagi penduduk di daerah
Jerantut, dan Ulu Tembeling . Salah satu bahan yang
digunakan untuk penyediaan menu ini ialah biji pokok getah.
Gulainya berasa masam dan pedas. Dimasak juga bersama
ikan air tawar.
Makanan Tradisi Negeri Terengganu
Nasi Dagang. Menu sarapan pagi yang menjadi
pilihan rakyat di Terengganu. Makanan ini terdiri
daripada nasi, kari ikan, telur rebus dan acar sayur.
Ketupat Sotong juga merupakan makanan tradisi
negeri Terengganu yang enak dan unik. Pulut yang
siap dimasak akan dimasukkan ke dalam perut
sotong dan dimasak bersama kuah lemak.
Makanan Tradisi Negeri Kelantan
Nasi Kerabu. Pasti anda terbayang akan warna biru nasi
ini bukan? Ia dihidangkan bersama ikan celup tepung,
daging bakar atau ayam percik, ulam-ulaman, budu,
telur masin, solok lada, dan kuah. Makanan ini menjadi
salah satu menu sarapan pagi di negeri ini.
Nasi Tumpang. Ia merupakan menu yang turut menjadi
pilihan sarapan pagi. Rupanya yang unik pasti menarik
perhatian untuk dinikmati. Nasi dan lauk disediakan
dalam satu gulungan daun pisang.
Makanan Tradisi Negeri Kelantan
Laksam. Makanan ini dihidangkan bersama kuah lemak
yang mengandungi isi ikan. Cili kisar turut dihidangkan
sebagai penyedap rasa dalam hidangan. Ia sesuai
dihidangkan sebagai menu sarapan pagi dan sebagai
menu makan petang.
Budu memang tidak asing lagi bagi rakyat negeri
Kelantan. Kebanyakan makanan berlauk mereka akan
turut menyediakan budu sebagai makanan sampingan.
Makanan Tradisi Negeri Sarawak
Laksa Sarawak. Hampir setiap negeri mempunyai laksa
mereka sendiri. Cuma yang menjadi beza ialah bahan
yang digunakan, cara penyediaan, rasa dan
persembahan makanan itu sendiri. Kuah laksa ini mirip
kepada kuah mi kari Cuma sedikit berbeza sedikit
kerana terdapat rasa herba dalam kuah ini. Laksa
Sarawak menggunakan mihun sebagai padanan
kuahnya. Anda pasti teringat-ingat akan kesedapan
laksa Sarawak setelah menikmatinya.
Kek Lapis. Kek yang berwarna-warni, cantik dan enak.
Dihasilkan oleh insan yang kreatif dan sabar. Untuk
menghasilkan sebiji kek lapis…walau pun Nampak
mudah, anda mungkin memerlukan masa seharian
untuk membakar dan melapiskannya. Jadi, bayangkan
masa yang diambil oleh pembuat kek lapis yang
mempunyai corak bunga dan sebagainya?
Makanan Tradisi Negeri Sabah
Ambuyat. Makanan ini merupakan hidangan tradisional
yang diperbuat daripada bahagian batang dalam sagu
sawit yang juga merupakan bahan berkanji. Ia dimakan
dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan
menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian
mencelupkannya ke dalam sos.
Kuih Cincin juga sinonim dengan makanan tradisi negeri
Sabah. Diperbuat daripada gula perang dan tepung beras,
nama kuih ini diambil bersempena bentuknya yang seperti
cincin.