The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyafirahman, 2020-04-29 11:56:18

GERGAJI POTONG DAN SESIKU L (BASEWOOD)

GERGAJI POTONG DAN SESIKU L (BASEWOOD)

KUMPULAN : BASEWOOD

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan nikmat dan rahmatnya penghasilan buku
bagi subjek VRT3023: Reka Bentuk dan Pembuatan Kayu ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
mengikut tugasan yang telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Nor Azhari bin Azman.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr.
Mohamed Nor Azhari atas tunjuk ajar yang diberikan serta tidak dilupakan kerjasama rakan-rakan
kumpulan Basewood dalam penghasilan buku ini.

Akhir kata, semoga penghasilan buku ini dapat memberi mafaat kepada semua serta juga dapat
menambah serba sedikit ilmu pengetahuan dalam cara-cara penggunaan alatan kerja kayu dan
pertukangan.

Sekian, terima kasih.

-Basewood Team-

i

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1-3
KETERANGAN 4-8
UNIT 1 : GERGAJI POTONG 9 - 14
Cara Penggunaan Gergaji
Cara Mengasah Gigi Gergaji 16 – 17
UNIT 2 : SESIKU L 18
Jenis-jenis sesiku L
Kegunaan sesiku L 20 - 26
Cara penggunaan sesiku L
UNIT 3 : FAKTOR KESELAMATAN 27-28
Faktor dan Cara Berpakaian
Langkah Keselamatan dalam Bengkel 29
i. Sebelum 30
ii. Semasa 31
iii. Selepas

ii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
32
KETERANGAN 33
Langkah Keselamatan Penggunaan Alatan 34
Keselamatan Menggunakan Gergaji Potong
Pengemasan Selepas Operasi 36
TOPIK 4 : CARA PENYIMPANAN 37
Cara Penyimpanan 38
Tujuan Penyimpanan
SENARAI RUJUKAN

1

2

GERGAJI POTONG

• Digunakan khas untuk
mengerat kayu secara
melintang ira kayu.

• Mempunyai gigi berbentuk
pisau di hujungnya & tepi
hadapannya bersudut antara
70 darjah - 80 darjah kepada
garisan giginya.

PERBEZAAN MATA BILAH GERGAJI POTONG DAN GERGAJI 3
BELAH

Gergaji potong tersedia dari panjang 45cm Panjang Gergaji belah mulai dari 45cm hingga
hingga 60cm dengan total 8-10 gigi per 65cm yang terdiri dari 5 gigi per 2.5cm.
2.5cm.

4

CARA PENGGUNAAN GERGAJI POTONG

5

LANGKAH 1

 Lukiskan penanda aras dimana tempat gerigi gergaji akan memotong.

6

LANGKAH 2

 Pada pemulaan menggergaji, letakkan mata gergaji di sisi kanan pada tempat yang telah
ditandakan. Kemudian, condongkan gergaji membentuk sudut 45° terhadap permukaan kayu.

7

LANGKAH 3

 Tarik mata gergaji ke belakang sehingga menggores kira-kira sedalam 3 mm pada permukaan
kayu.

 Potong kayu dengan mendorong dan menarik daun gergaji berulangkali.

 Perhatikan dan periksa bahawa mata gergaji harus selalu tegak lurus pada permukaan kayu.

8

LANGKAH 4

 Pada akhir pemotongan, pegang hujung yang terpotong supaya kayu tidak pecah.

9

CARA MENGASAH GIGI GERGAJI
POTONG

10

LANGKAH 1 : PASTIKAN KIKIR YANG DIGUNAKAN SESUAI DENGAN
DIAMETER GERGAJI

 Perhatikan ukuran kikir yang hendak digunakan adalah berseuaian dengan diameter mata gergaji. Gunakan kikir
yang sesuai iaitu diameter gergaji berukuran seperti 3/16, 5/32, serta 7/32 inci dari diameter gergaji.

11

LANGKAH 2 : BERSIHKAN GERGAJI

 Selepas memilih kikir yang sesuai untuk digunakan mengikut diameter gergaji, langkah seterusnya adalah membersihkan
gergaji dengan teliti.

 Bersihkan gergaji menggunakan air atau detergen untuk membersihkan habuk atau kotoran yang terdapat pada gergaji.

 Walau bagaimanapun, jangan keterlaluan menggunakan detergen, kerana ia boleh merosakkan komponen gergaji.

LANGKAH 3 : MEMERIKSA MATA GERGAJI

 Sebelum mengasah ataupun mengikir, periksa mata gergaji mana yang sudah berkarat, hancur, ataupun rosak.

 Mata gergaji yang sudah rosak sangat membahayakan. Oleh itu, sebaiknya buang serta gantikan mata gergaji yang sudah
rosak serta tidak layak untuk dipakai dengan segera.

12

LANGKAH 4 : APITKAN GERGAJI PADA RAGAM MEJA BESI

 Apabila mengasah mata gergaji, kedudukan gergaji mestilah stabil dan pisau mesti memegang teguh pada
bahagian luar gergaji. Oleh itu, gunakan ragam meja besi untuk cengkaman gerigaji bagi memudahkan kerja
mengikir gigir gergaji.

13

LANGKAH 5 :MEMBUAT TANDA

 Untuk memastikan bahawa semua gigi gergaji telah diasah dengan sempurna, buatkan tanda untuk menandakan
bahagian gigi yang telah diasah dengan menggunakan penanda @ pensil. Ini bagi memudahkan kerja untuk
mengetahui titik permulaan dan akhir gergaji telah dikikir.

LANGKAH 6 : ATUR KIKIR PADA BAHAGIAN DEPAN PEMOTONG

 Lengkuang kikir mesti terpasang dengan sempurna pada lengkungan pemotong depan gigi gergaji.

14

LANGKAH 7 : TAHAN KIKIR YANG DIGUNAKAN

 Tahan kikir pada sudut sekitar 25 hingga 30 sehingga gergaji berada di bawah. Kemudian, ukur sudut yang sesuai untuk
menahan gergaji bagi tujuan dikikir.

15

JENIS-JENIS SESIKU 16

Sesiku Serong Boleh Laras Sesiku Tee
Sesiku L

17

SESIKU L

• Sejenis alat pengukuran yang
digunakan untuk menguji
sesuatu permukaan bersudut
tepat dan kerataan
permukaan kayu, serta
menguji kepersegian kayu.

• Bahagian lengan atau mata
sesiku L diperbuat daripada
keluli yang tahan.

• Bahagian badannya diperbuat
daripada kayu keras atau
keluli.

• Sesiku L biasanya bersaiz 20
cm. Pada mata ditandai
dengan ukuran sentimeter
dan inci.

KEGUNAAN SESIKU L 18

19

CARA PENGGUNAAN SESIKU L BAGI
MENGHASILKAN SUDUT 45 DAN 90

SUDUT 45 MENGGUNAKAN SESIKU L 20

Cara pertama membuat sudut 90º dan Menggunakan
45º sisi tengah
sesiku L
 Sesiku L dapat digunakan untuk membuat sudut
90º

 Ianya juga digunakan untuk membuat sudut 45º

 Sudut 45º digunakan pada sisi tengah sesiku L
yang berada di antara badan dan bilah atau
pembarisnya

 Selitkan badan sesiku L di hujung atau tepi kayu
manakala bahagian pembarisnya diletakkan atas
permukaan kayu.

 Bina garisan sudut 45.

21

LANGKAH - LANGKAH

 Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
 Kemudian, rapatkan bahagian badan atau tonggak sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja.
 Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90°.
 Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.

90 menggunakan sesiku L

Badan
sesiku L

22

TEKNIK PENGHASILAN SUDUT 45 DAN 90
MENGGUNAKAN PEMBARIS BESI DAN
SESIKU SERONG BOLEH LARAS

SUDUT 45 DENGAN 23
MENGGUNAKAN
PEMBARIS BESI 2
Gariskan dari hujung
Cara Kedua membuat 90º dan 45º 90º ke tempat yang
telah ditandakan
• Menggunakan sesiku L yang
tiada sudut 45º, kita boleh 3
gunakan pembaris keluli dan
sesiku Tee 1

• Bina garisan tegak pada kayu Ukur lebar
bagi mendapatkan ukuran kayu selepas
lebar kayu. buat 90º

• Bacaan boleh digunakan dalam Bawa ukuran
inci atau sentimeter (cm) pada atas kayu
dan tandakan
• Ukuran dibawa ke atas kayu
dan tandakan (marking).

• Gariskan hujung 90º ke tempat
yang telah ditanda.

24

SUDUT 45 DENGAN
MENGGUNAKAN
SESIKU SERONG
BOLEH LARAS

Cara Ketiga membuat 45º dan
90º

• Sesiku serong boleh laras ini
telah tersedianya dengan
ukuran sudut 45.

• Dengan hanya meletakkan
bahagian badan sesiku
serong boleh laras pada atas
kayu manakala bilah atau
pembarisnya di permukaan
kayu, secara mudah akan
dapat sudut 45.

SUDUT 90 Skru pelaras 25
MENGGUNAKAN
SESIKU SERONG Penimbang air
BOLEH LARAS

• Sesiku serong boleh laras
digunakan mengikut
kesesuaian kayu yang
panjang atau lebar

• Ukuran kayu dapat dilihat
lurus atau rata dengan
adanya penimbang air pada
bahagian badan sesiku
serong boleh laras.

• Sesiku serong boleh laras ini
telah dibekalkan dengan
ukuran sudut 45 dan 90.

26

27

28

CARA
BERPAKAIAN

29

SEBELUM

 Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan
boleh menyebabkan kemalangan.

 Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan.
 Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan.
 Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa

melakukan kerja.
 Pastikan tangan kering apabila menghidupkan suis elektrik.
 Pastikan kawasan bengkel tidak berminyak.
 Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan.

30

SEMASA

 Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin.
 Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin.
 Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
 Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah.
 Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.

31

SELEPAS

 Bahan yang mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang serta bahan toksik hendaklah
disimpan di tempat yang selamat dan mudah diselenggara.

 Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
 Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
 Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan sama ada sisa pepejal atau cecair.
 Tutup semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.

32

 Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja.
 Beri latihan keselamatan kepada pengguna.
 Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan
 Periksa peralatan sebelum digunakan.
 Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan
 Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai

33

 Apabila menggunakan gergaji potong, hendaklah berhati-hati supaya gigi gergaji tidak terlurut
atau patah.

 Ikatkan kerja supaya garisan potongan yang hendak dibuat itu berada ¼ jaraknya dari rahang
ragum.

 Sementara menghabiskan pemotongan gergaji potong, kurangkan tekanan untuk mengelakkan
dari pemutusan potongan yang mengejut menerusi bahan tersebut, yang mana boleh
menyebabkan luka teruk atau tercalar.

34

PENGEMASAN
SELEPAS
OPERASI

35

UNIT 4

36

CARA PENYIMPANAN PERALATAN

37

TUJUAN GERGAJI DAN SESIKU L DIGANTUNG

 Untuk memudahkan pengambilan peralatan mengikut jenis keperluan
 Peralatan digantung agar tidak berselerak dan dapat mengurangkan risiko kemalangan di dalam

bengkel
 Peralatan seperti ini juga boleh diletakkan di dalam almari tetapi ia akan mengundang

kecederaan sekiranya mereka tidak lebih berhati-hatii ketika mengambil peralatan tersebut
kerana peralatan seperti gergaji dan sesiku L adalah tajam.
 Apabila gergaji dan sesiku L digantung, ianya akan lebih teratur dan rapi serta memudahkan para
guru atau pelajar untuk mengenal pasti sama ada peralatan tersebut berkarat, rosak atau
sebagainya.

38

SUMBER RUJUKAN

 http://staffnew.uny.ac.id/upload/132102200/pendidikan/Alat+Kerja+Bangku+Kerajinan+Kayu.pdf
 https://sarapanmatahari.wordpress.com/tag/gergaji-dahan/
 https://news.ralali.com/cara-mengasah-gergaji-dengan-kikir/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sesiku_L
 http://alatanbengkel.blogspot.com/2011/03/cara-cara-penggunaan-alatan-tangan.html
 https://prezi.com/el4e_kloyydp/sesiku/
 http://umie5188.blogspot.com/2015/10/tajuk-langkah-keselamatan-dan.html
 http://haradjkhblogspotcom-radin.blogspot.com/2009/03/keselamatan-1.html
 http://atiqaothman.blogspot.com/2014/12/keselamatan-alatan-dan-bahan-1.html?m=1
 http://keselamatandalambengkel.blogspot.com/2014/12/langkah-keselamatan-semasa-berada-di.html

39

DISEDIAKAN OLEH :

Muhammad Amier bin Rozman D20191089748
Muhammad Zulhilmi bin Azahari D20191089750
Siti Zarifah binti Abdul Halim D20191089752
Ahmad Nabil bin Mohd Saharum D20191089767
Anis Farhana binti Amiruddin D20191089753
Nur Syafirah binti Rahman D20191089740


Click to View FlipBook Version