The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sofea, 2021-08-30 01:32:34

Sejarah (1)

Sejarah (1)

TUGU NEGARA

Disediakan oleh : Sarah Sofea binti Mohd Nur Afendy
Tingkatan : 1 Edinburgh
No Matrik : CP211152

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

BILL Perkara Halaman Tarikh Tandatangan

1.1 Tajuk kajian 1 17/7/2021

1.2 Jadual Kerja 2 24/7/2021

1.3 Objektif kajian 3 25/7/2021

1.4 Kaedah kajian 4 8/7/2021

2.1 Mengumpul 5 8/7/2021
maklumat

2.2 Kerangka kasar 8 25/8/2021
penulisan

3.1 Pengenalan 9 25/8/2021

3.2 Latar belakang 13 26/8/2021
bangunan

3.3 Struktur bangunan 15 26/8/2021

3.4 Tujuan/sebab binaan 18 27/8/2021

3.5 Fungsi bangunan 19 27/8/2021
masa kini

3.6 Langkah-langkah 10 29/8/2021
pemeliharaan

3.7 Rumusan 21 30/1/2021

3.8 Rujukan 22 30/1/2021

4 Penilaian umum 23 30/1/2021

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Khusus Sejarah adalah untuk
mengkaji tentang Tugu Negara dengan lebih dekat lagi.Melalui kajian
ini, saya dapat memenuhi objektif tersebut:

a) Kajian ini dapat membuat saya mengetahui tentang Tugu
Negara dengan terperinci lagi.

b) Saya juga dapat mengambil iktibar tentang kisah mengapa
monumen ini dibina. Selain itu, saya juga dapat mengambil manfaat
daripada semangat juang orang zaman dahulu.

c) Dengan membuat Kajian kes ini, saya dapat mengetahui
bangunan bersejarah yang berbeza. Saya juga dapat lihat kreativiti
dalam membuat Tugu Negara.

d) Saya dapat memupuk semangat patriotisme dengan
membuat Kajian kes ini. Saya dapat huraikan tentang Tugu Negara
dengan lebih dalam.

1.4 KAEDAH KAJIAN

iii. Muat turun internet
Saya mengambil kesempatan diwaktu pandemic ini dengan memuat
turun internet untuk mengetahui maklumat-maklumat berbeza.

iv. Bimbingan guru
Saya mendapat bimbingan daripada, Puan Norahima

2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT

a) INTERNET

 Tugu Negara

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tugu_Negara

 Sejarah Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

BI Tugasan Butir

L

1. Pengenalan  Memperkenalkan Tugu Negara

 Menceritakan keunikan Tugu Negara

 Lokasi bangunan

2. Latar  Menceritakan asal-usul Tugu Negara

belakang  Pengasas Tugu Negara/tarikh dibina/kos pembinaan
bangunan  Tarikh perasmian Tugu Negara

3. Struktur  Reka bentuk pelan Tugu Negara

bangunan  Bahan binaan

 Hiasan luar

4. Tujuan  Menyatakan tujuan asal Tugu Negara dibina
bangunan  Kegunaan dahulu Tugu Negara
dibina

5. Fungsi dan  Menyatakan kegunaan Tugu Negara sekarang

keadaan  Keadaan bangunan sekarang
bangunan

itu pada

masa kini

6. Cadangan  Menyatakan peranan pekerjaan

langkah-  Merupakan tanggungjawab rakyat
langkah  Agensi-agensi kerajaan
memelihara

bangunan

tersebut

7. Rumusan  Memberi pengetahuan

 Memupuk unsur-unsur patriotism

 Menyatakan harapan yang relevan

8. Rujukan  Berdasarkan buku,majalah,akhbar

 Internet

 Temubual, Television

9. Penilaian  Memupuk semangat patriotic dan cintakan warisan

umum bangsa

 Menghargai dan bangga dengan sejarah negara

 Melahirkan rakyat berdisiplin

3.1 PENGENALAN

1.Nama Bangunan
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai

Tugu Negara) sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu
perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-
1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat
(1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur
berhampiran dengan bangunan Parlimen.

2.Keunikan Bangunan
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat

akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut
menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera
negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut
melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia,
kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

3.Lokasi Bangunan

Pesiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tugu Negara
terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu
berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala
Lumpur, bersebelahan Masjid Negara.



3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
1.Tarikh pembinaan

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter,
diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de
Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang.

2.Asal Usul Tugu Negara

Tugu Negara adalah lambang kebanggaan negara. Ia simbolik
perjuangan askar melawan penjajah, teguh berdiri dengan kibaran
Jalur Gemilang, yang dijulang oleh perajurit bersadur gangsa ini.

3.Pengasas Tugu Negara

Felix Weish de Weldon (12 April 1907–3 Jun 2003) merupakan
seorang pereka arca Amerika Syarikat. Beliau merupakan orang yang
bertanggungjawab terhadap reka bentuk Tugu Negara di Malaysia.

4.Kos Pembinaan Tugu Negara

Ianya dibina dengan kos sebanyak RM600,000 dan siap dibina

pada tahun 1966 setelah mengambil masa selama 5 tahun.

5.Tarikh perasmian Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Pada 8 Februari 1966 ia telah siap dibina dan
dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal
Abidin.

3.3 STRUKTUR BANGUNAN

1.Reka bentuk pelan Tugu Negara

Tugu Negara berdiri tinggi dan megah pada ketinggian 15.4
meter. Tugu peringatan ini melitupi satu kawasan seluas lebih kurang
48,562 meter persegi di Kuala Lumpur dan terletak berhampiran
dengan Taman Tasik Perdana serta berdekatan dengan Dewan
Parlimen. Tugu peringatan ini juga terdiri daripada lima kawasan iaitu
tugu itu sendiri yang merupakan tarikan utama, kolam pantulan segi
empat yang panjang dengan air pancut, astaka (pavilion) berbentuk
bulan sabit, cenotaph (tugu) serta taman-taman tambahan. Tugu
Negara terletak di tengah-tengah kolam pantulan.

2.BAHAN BINAAN

Tugu Negara asalnya sebatang konkrit yang terletak di Jalan
Tugu berhampiran dengan bulatan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.
Tiang asal bagi Tugu Negara tersebut dibina oleh Pentadbir British
dan selepas itu dialihkan ke Kompleks Tugu Negara. Tugu Negara ini
memiliki ketinggian 15 meter, bahan yang digunakan adalah gangsa
yang direka oleh pengukir Austria, Felix De Weldon.

3.4 TUJUAN BANGUNAN DIBINA

1. Tujuan Tugu Negara dibina

Sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang
gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang
Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960).

Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar
bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa
tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia,
kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

3.5 KEADAAN BANGUNAN ITU PADA MASA
KINI

1. Keadaan Tugu Negara

Keadaan tugu tersebut pada masa kini ialah baik. Tapi tahukah
Tugu Negara ini pernah di bom satu masa dahulu?

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda
mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan
rakyat, pengganas komunis bertindak mengebom Tugu
Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam
5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala
patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa
percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan
Kebangsaan Malaya (MNLF).

3.6 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH
PEMELIHARAAN BANGUNAN

1. Pihak sekolah dan pihak university perlu memberi
galakan kepada pelajar untuk terlibat dalam usaha
memelihara bangunan bersejarah.Sebagai contoh,
mengadakan program lawatan ke Tugu Negara.Jika
ramai pengunjung dating, yuran masuk yang dikenakan
akan digunakan untuk memelihara bangunan bersejarah

2.Zaman kini, media massa mampu memberi pengaruh
yang besar kepada dunia luar.Dengan kuasa yang ada
pada pihak media, mereka boleh membuat promosi
besar-besaran untuk mengajak orang ramai melawat.

3.7 RUMUSAN

Saya berasa seronok apabila membuat kajian kes
ini.Terdapat banyak benda tentang Tugu Negara yang saya
baru tahu.

Saya juga bersyukur kerana dilahirkan dalam Malaysia
dengan bermacam-macam tempat bersejarah yang
menarik.Terdapat juga bermacam-macam jenis sejarah.
Sejarah Tugu Negara membuat saya terharu.

Kita dapat memupuk rasa cinta terhadap negara
Malaysia. Saya juga dapat mengetahui tentang peristiwa
ketika Tugu Negara diletupkan.

3.8 RUJUKAN

Internet

1.https://ms.wikipedia.org/wiki/Tugu_Negara
2.https://iluminasi.com/bm/kisah-tugu-peringatan-negara-diletupkan-pengganas.html
3.https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/15/tahukah-anda-

tugu-negara-pernah-diletupkan/

3.9 PENILAIAN UMUM

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat
memupuk semangat cintaka warisan bangsa dalam kalangan
rakyat masyarakat.

Kerajaan telah menjalankan berbagai usaha untuk
memelihara dan memulihara bangunan bersejarah yang tidak
ternilai.Kesannya, ramai orang akan mengunjungi tempat
bersejarah untuk memupuk sikap cintakan warisan

Kita perlulah berbangga dengan bangunan bersejarah di
negara kita.Sebagai contohnya Tugu Negara yang dibina pada 1966
oleh Felix De Weldon masih ada pada generasi ini.

Bangunan bersejarah mempunyai kisah di sebaliknya
setiap satu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengambil
iktibar dari sejarah yang berlaku.Oleh itu, rakyat Malaysia akan
menjadi lebih baik.

Dengan memulihara bangunan bersejarah, rakyat Malaysia
dapat menunjukkan sikap disiplin dan mematuhi undang-undangn
negara.


Click to View FlipBook Version