The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by newtannewman, 2024-05-06 01:05:21

SIMPULAN BAHASA

Inovasi SimBa

Keywords: Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA


Mari semua kita belajar, Tentang simpulan bahasa, Otak cair itu orang cerdik, Otak udang orang tidak pandai. Pom pom pom pom pom pom pom Simpulan bahasa sangat mudah, Marilah adik mari semua, Cuba belajar dan ingat. Kaki ayam tidak pakai selipar, Kaki bangku tidak pandai main bola, Ringan tulang itu orang rajin, Berat tulang pula pemalas. Pom pom pom pom pom pom pom Inilah dia simpulan bahasa, Marilah adik mari belajar, Simpulan bahasa yang mudah. Lagu Simpulan Bahasa (Irama Bapaku Pulang Dari Kota)


Apa itu Simpulan Bahasa ??? Ungkapan yang mempunyai dua perkataan atau lebih. Mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan.


alas perut makan sedikit untuk menahan lapar Adik makan sekeping biskut pada waktu pagi sebagai alas perut.


anak emas anak yang disayangi Azam ialah anak emas dalam keluarganya kerana dia sentiasa menolong ibu bapanya di rumah.


ayam tambatan orang harapan Naqiu menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak sekolahnya kerana handal menjaringkan gol.


baik hati suka menolong orang Syed seorang budak yang baik hati kerana sentiasa menolong sahabatnya.


berat tulang pemalas Orang yang berat tulang tidak akan berjaya dalam hidupnya.


buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang Qamarina membawa buah tangan ketika melawat rakannya yang sedang sakit.


busuk hati Orang yang berhati jahat Lelaki yang busuk hati itu tidak disukai oleh rakan sekerjanya.


cahaya mata anak Encik Halim dan Puan Mariah mempunyai dua orang cahaya mata.


celik huruf tahu membaca dan menulis Budak perempuan itu sudah celik huruf walaupun baru berumur enam tahun.


hilang akal tidak boleh berfikir secara waras, orang gila Ali telah hilang akal setelah isteri dan anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.


hidung tinggi sombong Puan Ah Mei tidak disukai oleh jiran-jirannya kerana dia hidung tinggi.


kaki ayam tidak memakai kasut Ibu memarahi adik kerana berkaki ayam ketika keluar rumah. selipar ??


kaki bangku tidak pandai bermain bola sepak Kumar tidak dipilih untuk menyertai pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia kaki bangku.


kepala batu/ keras kepala degil Ah Mei yang kepala batu/ keras kepala itu tidak mahu mendengar nasihat langsung.


makan angin pergi bersia-siar Rayyan dan keluarganya makan angin ke Kuala Lumpur pada cuti sekolah.


mandi kerbau mandi yang tidak bersih Aiman menghidapi penyakit kulit kerana dia suka mandi kerbau.


mandi peluh bekerja bersungguh-sungguh Pak Ahmad sanggup bermandi peluh sebagai seorang petani untuk menyara keluarganya.


minta diri meminta izin untuk beredar "Saya minta diri dulu kerana sudah lewat untuk ke sekolah", kata Hana kepada ibunya.


murah hati tidak kedekut Encik Najmi seorang yang murah hati kerana suka menderma.


otak cair cerdik, pandai Alisya sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang kerana dia otak cair.


panjang tangan suka mencuri Perempuan yang panjang tangan itu berjaya ditangkap oleh polis.


puteri lilin perempuan yang tidak tahan panas Mei Lin sentiasa menggunakan payung ketika keluar rumah pada siang hari kerana dia puteri lilin.


ringan mulut peramah, suka bercakap Amirah mempunyai ramai rakan kerana dia seorang yang ringan mulut.


senang hati berasa puas (gembira) Fakhri berasa senang hati kerana berjaya lulus dalam ujian memandu kereta.


sakit hati rasa marah Safwan berasa sakit hati mendengar ejekan daripada rakannya itu. gEMUK!!!


sagu hati hadiah atau ganjaran Apakah sagu hati yang diterima oleh Wahida dalam pertandingan melukis itu?


tangkai jering sangat kedekut Sia-sia saja kamu meminta derma daripadanya kerana dia tangkai jering.


ulat buku suka membaca buku Amar gemar membaca buku sehingga dia digelar ulat buku.


Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai bagi setiap gambar.


Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai bagi setiap gambar.


1. Aiman tidak pernah dimarahi kerana dia anak angkat ibu bapanya. 2. Mereka sekeluarga mengambil angin di tepi pantai. 3. Murid itu sentiasa mendapat nombor satu di dalam kelas kerana dia otak udang. 4. Puan Rosnani mempunyai empat orang puteri lilin. 5. Khairunnisa membawa sagu hati untuk melawat jirannya yang sedang dirawat di hospital. 6. Encik Safwan dikenali sebagai seorang yang tangkai jering kerana sentiasa memberi sedekah. 7. Alia mendapat buah tangan ketika menyertai pertandingan mewarna di sekolah. 8. Alia gemar membaca buku pada waktu lapang sehingga dia digelar ulat buku. 9. Yasmin seorang yang ringan mulut kerana dia mudah bergaul dengan orang ramai. 10. Fahmi merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Tandakan pada ayat yang menggunakan simpulan bahasa yang betul dan pada ayat yang salah.


Padankan simpulan bahasa dengan maknanya yang betul. mandi peluh mandi kerbau kepala batu hidung tinggi busuk hati orang yang jahat bekerja bersungguhsungguh sombong degil mandi yang tidak bersih


Click to View FlipBook Version