The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izz Zar, 2024-06-25 02:55:10

E-Bulletin RIMC 2nd

E-Bulletin RIMC 2nd

Relevent.Idea.Motivate.Creativity Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan di PSU Hatyai Majlis Profesor UUM Gerak Agenda Penyelidikan Berimpak 03 04 14 39 Tahun bersama UUM Buletin RIMC EDISI KHAS Kemerdekaan ke 66 tahun Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan 04-9284771 www.rimc.uum.edu.my Sintok, Kedah Bil. 02 Edisi Julai-September 2023 eISSN :3009-0148


Buletin RIMC 04-9284771 www.rimc.uum.edu.my Sintok, Kedah Bil. 02 Edisi Julai - September 2023


04-9284771 www.rimc.uum.edu.my Sintok, Kedah Cetakan Pertama, Edisi Julai-September 2023 Diterbitkan oleh: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RIMC) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 04-9284771 Faks: 04-9284756 © 2023 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan e-book Buletin RIMC eISSN :3009-0148


04-9284771 www.rimc.uum.edu.my Sintok, Kedah 02 01 Perutusan TNCPI Perutusan Pengarah RIMC KANDUNGAN 04 Prof. Dr. Russayani Ismail Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat Prof. Dr. Abdul Halim Bin Abdul Majid dan Prof. Dr. Che Su Binti Mustaffa 03 Majlis Profesor UUM Gerak Agenda Penyelidikan Berimpak 05 Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan di PSU Hatyai TNCPI dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Fertigasi Cili Pemangkin Keterjaminan Makanan Negara Dr. Rozana Samah 06 Cyntok Bhatik Pemangkin Ekonomi Desa Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail 07 Ekonomi Ummah (ZPEU) Pencetus Transformasi Asnaf Prof. Madya Dr. Selamah Maamor 08 AKEPT Peruntuk Lebih Dana untuk Penganjuran InnoCoL Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) 09 One Page Strategy, Hala Tuju dan Pelan Tindakan COE Unit Tugas Khas dan Piawaian (UTKP) RIMC 10 Help Desk Pemantauan Geran KPT menerusi Sistem MyGrants Unit Pemantauan dan Penutupan (Penyelidikan) RIMC 11 Bengkel Hala Tuju Penyelidikan TNCPI UUM Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber (RIMC) 13 Majlis Bubur Asyura Kelab Kebajikan RIMC 14 39 Tahun bersama UUM Kelab Kebajikan RIMC 15 Sekalung Tahniah: ‘Dangai Instant MagicTok’ En. Muhammad Kamal Shah Ideris 12 RIMC UUM dan RMC UMS Jalin Kerjasama Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) 16 Kemerdekaan 2023 Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber (RIMC)


Bil. 02 Edisi Julai-September 2023 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat EDITOR UTAMA Muhammad Hafiz Mohd Ghazali EDITOR /REKABENTUK TEKS DAN GRAFIK Nor Zamza Zuraidah Mohd Najib PENYUMBANG BERITA Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 04-9284771 Faks: 04-9284756 Laman web: www.rimc.uum.edu.my Emel: [email protected] PENYELARAS BULETIN RIMC DAN DITERBITKAN OLEH: PENAUNG Prof. Dr. Russayani Ismail Bil. 01 Edisi Jan - Jun 2023 TNCPI dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan di PSU Hatyai) Prof. Dr. Abdul Halim B Abdul Majid dan Prof. Dr. Che Su Binti Mustaffa (Majlis Profesor UUM Gerak Agenda Penyelidikan Berimpak) Dr. Rozana Samah (Fertigasi Cili Pemangkin Keterjaminan Makanan Negara) Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail (Cyntok Bhatik Pemangkin Ekonomi Desa) Prof. Madya Dr. Salamah Maamor (Ekonomi Ummah (ZPEU) Pencetus Transformasi Asnaf) Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) (AKEPT Peruntuk Lebih Dana untuk Penganjuran InnoCoL) Unit Tugas Khas dan Piawaian (UTKP) Unit Pemantauan dan Penutupan (Penyelidikan) RIMC Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Kelab Kebajikan RIMC ‘Dangai Instant MagicTok’ En. Muhammad Shah Kamal Ideris (STHEM)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menerbitkan edisi kedua Buletin RIMC bagi bulan Julai-September 2023. Tahniah diucapkan kepada barisan sidang redaksi. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Universiti memainkan peranan dalam membantu ‘memerdekakan’ masyarakat daripada pelbagai aspek. Antaranya, mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh masyarakat melalui penyelidikan dengan menyebarluaskan ilmu baharu dan pemindahan teknologi. Usaha pasukan penyelidik UUM yang ditonjolkan di buletin kali ini iaitu projek Fertigasi Cili (D’MAC), Cyntok Bhatik dan Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) merupakan contoh terbaik hasil penyelidikan yang membantu membaiki taraf hidup masyarakat sekaligus memerdekakan masyarakat daripada kemiskinan. Harapan saya semoga buletin ini dapat menjadi inspirasi kepada warga penyelidik UUM untuk mengetengahkan lebih banyak lagi hasil penyelidikan yang berimpak dan menyumbang kepada masyarakat. Sekian dan selamat maju jaya buat semua. PERUTUSAN TNCPI PROFESOR DR. RUSSAYANI ISMAIL TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI), UUM Bil. 02 Edisi Julai - September 2023 1


PERUTUSAN PENGARAH RIMC Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani Dengan hati yang tulus ikhlas, mewakili keseluruhan warga RIMC, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 serta Hari Malaysia kepada semua warga UUM. Bersempena dengan kemeriahan yang masih lagi dirasai, Buletin RIMC Edisi-2 bagi bulan Julai-September 2023 mengetengahkan projek-projek penyelidikan, inovasi dan perundingan yang dikongsi bersama komuniti setempat. Sejajar dengan misi RIMC untuk melihat limpahan hasil penyelidikan ke komuniti, usaha berterusan penyelidik yang berjaya mencipta perubahan sikap dan sosioekonomi dalam masyarakat diketengahkan. Ianya dijadikan contoh agar memberi inspirasi kepada lebih banyak keterlibatan warga universiti dalam program penyelidikan berimpak. RIMC kini sedang melaksanakan usaha untuk menambah baik kualiti penyelidikan dengan merangka struktur geran yang lebih menarik dan berfokus kepada impak kepada komuniti, industri atau mana-mana golongan khas yang turut diberi penekanan oleh pihak Kerajaan. Melalui usaha ini, RIMC yakin dapat membawa lebih banyak hasil penyelidikan kepada komuniti untuk meringankan beban atau permasalahan mereka. Kepada semua penyelidik UUM, selamat berjuang dan teruskan usaha murni kalian. PROFESOR MADYA DR. NOR IDAYU BINTI MAHAT PENGARAH PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RIMC), UUM Bil. 02 Edisi Julai - September 2023 2


Ketua delegasi, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr. Norzaini Azman dalam aluannya berkata penyelidikan perlu dilaksanakan sejajar dengan hala tuju penyelidikan negara. KERJASAMA PENYELIDIKAN RENTAS SEMPADAN DI PSU HATYAI Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan pada 14 Julai 2023 bertempat di Prince of Songkla University (PSU) Hatyai, Thailand. Delegasi Malaysia seramai 34 orang terdiri daripada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia (JKTTNCPI UA) kali ke-68 Bil.2/2023 yang diadakan di UUM baru-baru ini. Dalam perbincangan meja bulat yang diadakan, enam (6) fokus penyelidikan iaitu pertanian, pelancongan, keterjaminan makanan, halal, community driven research project dan climate preparedness telah dibincangkan secara bersama antara konsortium UA dan wakil PSU. Konsortium UA ini merupakan gabungan semua universiti awam yang mempunyai persamaan fokus penyelidikan untuk berkongsi success story bersama PSU dan seterusnya melihat peluang kerjasama penyelidik untuk digerakkan. BERITA OLEH: TNCPI DAN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI Pihak PSU terdiri daripada Vice President for Research and Innovation, Prof. Madya Sunton Wongsiri, Dekan dan wakil daripada beberapa Faculty of Natural Resources, Faculty of Hospitality andTourism, Faculty of Science, Of ice of Human ResourceDevelopment andSocial Engagement dan Faculty of AgroIndustry. PSU dilihat begitu positif untuk menjalinkan kerjasama konsortium universiti awamdiMalaysia 3 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


4 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023 MPUUM juga telah mengenalpasti teras penyelidikan bagi setiap kluster. Antaranya analisis keperluan para pemegang taruh bagi “Pelan Kedah Sejahtera dan Negeri Berdaya Huni 2035” serta kajian berkaitan inovasi digital, pelan induk ekonomi MyDigital, dan kerangka bandar pintar smart city framework menjadi agenda penyelidikan utama bagi Kluster Teknologi, Peluang Digital dan Kelestarian Inovasi serta Kluster Pendidikan dan Kesejahteraan. Turut diputuskan ialah peranan Kluster Ekonomi, Tenaga, Persekitaran dan Perubahan Iklim yang akan mengadakan penelitian bagi membantu menyebarluaskan potensi kebolehpasaran Cyntok Bhatik. Manakala, kerangka kelestarian dalam konteks persaingan sejagat pula dijadikan sebagai fokus kajian di bawah Kluster Governan, Keselamatan, Kestabilan dan Resiliensi Nasional. Sejajar dengan hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk meningkatkan lagi kualiti penyelidikan dan penerbitan serta penonjolan peranan para profesor dalam mencapai hasrat berkenaan, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah menganjurkan satu bengkel Pemerkasaan MPUUM di Hotel Hompton By The Beach, Pulau Pinang pada 8-10 Ogos 2023 bagi membincangkan agenda ini. Turut hadir dalam bengkel berkenaan ialah Prof. Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang telah berkongsi pandangan beliau berkaitan hala tuju penyelidikan UUM serta peranan yang sepatutnya dimainkan oleh para profesor. Antara resolusi yang dicapai di bengkel berkenaan adalah MPUUM perlu menjadi katalis bagi pembentukan budaya dan pembinaan kapasiti penyelidikan dan penerbitan melalui program yang dikenali sebagai Groom@UUM di mana profesor berperanan selaku pembimbing kepada projek penyelidikan dan penerbitan. MAJLIS PROFESOR UUM GERAKKAN AGENDA PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI BERITA OLEH: PROF. DR. ABDUL HALIM B ABDUL MAJID & PROF. DR. CHE SU BINTI MUSTAFFA


FERTIGASI CILI PEMANGKIN KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA Dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang pertanian komuniti yang dapat meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat melalui peningkatan pendapatan dan memangkin peningkatan pengeluaran cili tempatan bagi memastikan keterjaminan makanan negara, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah menjalankan sebuah projek penanaman fertigasi cili yang dikenali sebagai projek Development of Modern AgricultureCommunity(D’MAC). KetuaProjekD’MAC,Dr.RozanaSamahdariPusatPengajianEkonomi,KewangandanPerbankan(SEFB)berkata, projekinimerupakaninisiatifperusahaansosial yangbertujuanmemindahkanteknologipertanianmodeniaitufertigasi cili kepadamasyarakatsetempatbagimembantumeningkatkankesejahteraanhidupmasyarakatluarbandarmelalui aplikasi teknologipertanianmoden. Projekinimelibatkanseramai20orangpesertadisekitarMukimTemindanMukimSungaiLakadiChangloonKedah. Setiappesertaprojekmenerimasistemfertigasilengkapuntuk300polibegtanamancili.Projekinijuga,bukansemata-mata memindahkan teknologi pertanian moden tersebut kepada kumpulan sasaran tetapiturut dilengkapi dengan pemindahan ilmudarisegipengurusankewangandanpengurusanpemasarandigital. Justeru, melalui projek ini satu proses pemindahan ilmu yang komprehensif dapat dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan projek yang berterusan pada masa hadapan dan seterusnya mencapai objektif dalam membangunkan komunitipertanianmoden.ProjekiniturutdijayakanolehProf.Dr.MukaramahHarunyangmerupakanKetuaProgram Perusahaan Sosial MoF-UUM, Prof. Madya Dr. Roslina Kamaruddin dari Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECoFI), penyelidik dari SEFBiaitu Dr. Sabariah Nordin, Dr. JuhaidaAbuBakar, dan Dr. HartineeAbbassertaTs. Dr. Mathivannan a/l Jagathanan dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan rakan strategik industri, syarikat AMMAgrofarm. Secara keseluruhannya, projek ini dilihat dapat memberi impak atau manfaat yang positif kepada masyarakat, industri, kerajaan dan akademia serta selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs): 1-No Poverty, 2-Zero Hunger, 8- DecentWorkandEconomicGrowth. BERITA OLEH: DR. ROZANA SAMAH 5 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Cyntok Bhatik merupakan projek yang bukan sahaja memfokuskan kepada pembuatan produk pakaian batik dan kraftangan tetapi ianya juga berupaya menjadi suatu medium untuk melatih serta membangunkan bakal usahawan desa melalui modul - modul latihan yang terbentuk seperti latihan keusahawanan kreatif dan sebagainya. Selain itu, projek ini juga berjaya melatih dan menghasilkan usahawan-usahawan desa yang kini berjaya mengeluarkan produk berasaskan tekstil seperti batik sarung kraftangan kreatif, beg tangan, bekas alat tulis, bakul, alas meja dan banyak lagi dengan mengunakan motif Cyntok Bhatik sebagai DNA produk mereka. Selain itu, Cyntok Bhatik juga telah berjaya memberikan peluang untuk mereka mengubah status ekonomi keluarga mereka melalui impak ekonomi produk desa yang terhasil. Mereka juga mampu meningkatkan kemahiran hidup melalui aplikasi ilmu baru yang terhasil dari segmen latihan industri kreatif. Selari dengan saranan kerajaan yang mengetengahkan pemakaian batik kini, Cyntok Bhatik boleh diumpamakan seperti pucuk dicita ulam mendatang. Cyntok Bhatik kini makin dan pastinya sedang melebarkan sayapnya untuk agenda pengkomersialan berimpak tinggi ke seluruh Malaysia. CYNTOK BHATIK PEMANGKIN EKONOMI DESA 6 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023 BERITA OLEH: PROF. MADYA TS. DR. ADZROOL IDZWAN ISMAIL


Pada tahun 2018 projek ini bermula dengan usaha pengambilalihan tanah, pengurusan serta pengkoordinasian pelbagai agensi berkaitan sehinggalah kepada pemilihan peserta. Projek ini pada mulanya dilaksanakan di Yan kemudian Alor Setar, Kubang Pasu dan kini berkembang ke Sik dan telah memasuki musim ke-4 penanaman padi. Kini, jumlah peserta telah mencecah seramai 69 orang yang dikenali sebagai usahawan tani yang mengendalikan 6-10 relung tanah sawah dengan purata pendapatan masing-masing mencecah RM2500-2800 sebulan. Namun, matlamat LZNK melalui perlaksanaan ZPEU ini adalah untuk melaksanakan pembangunan usahawan tani dalam kalangan asnaf dan membolehkan penghasilan beras sendiri untuk kelestarian saraan asnaf sehingga akhirnya dapat memartabatkan semula Kedah sebagai negeri Jelapang Padi Negara. Justeru, Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil langkah untuk turut sama terlibat menyokong program ZPEU ini melalui penyelidikan di bawah Geran Khas IPIZ-LZNK berjumlah RM335,000.00 dengan penglibatan seramai 58 orang penyelidik dari UUM, LZNK, UNIMAP, POLIMAS, MARDI, MADA dan FISTZ AGRO FARM. Tujuan utama projek penyelidikan ini adalah untuk memastikan kelestarian projek ZPEU ini dan mensasarkan hasil inovasi ini dapat memperkasakan kesejahteraan hidup asnaf serta memastikan pembangunan asnaf yang syumul. PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH (ZPE U ) PENCET U S TRANSFORMASI ASNAF BERITA OLEH: PROF. MADYA DR. SELAMAH MAAMOR Model ZPEU ini yang diilhamkan oleh Allahyarham Profesor Dr. Zakaria Bin Abas iaitu Penyelidik Bersekutu IPIZ UUM, kemudian dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Haji Zakaria Bin Othman mendapat respon positif Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sesi lawatan beliau ke UUM pada 1 Ogos 2023. Menurut beliau, warga akademik sewajarnya melahirkan model-model seumpama ini untuk digunapakai dan dilaksanakan oleh agensi serta pihak industri yang mana ianya akan memberi impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomimasyarakat. 7 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Universiti Utara Malaysia telah menerima peruntukan sebanyak RM108,856.33 daripada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) bagi penganjuran Program Kepimpinan Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek (InnoCoL). Penyerahan replika cek disampaikan oleh Pengarah AKEPT, Dato’ Prof. Dr. Nasrudin Mohammed kepada Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin Timbalan Pengarah AKEPT, Prof. Madya Dr. Azila Ahmad Sarkawi berkata, AKEPT berbesar hati memberi dana kepada UUM melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) bagi menganjurkan Program InnoCoL yang diadakan bagi memberi pemahaman dalam aspek strategik dan pengoperasian aktiviti inovasi dan pengkomersialan harta intelek universiti. Menurutnya, program tersebut turut menerapkan nilai kepimpinan dalam pengurusan harta intelek universiti dan pengkomersialan produk inovasi. “InnoCoL berjaya menghimpunkan lebih 50 peserta yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai Pemindahan Teknologi dari Universiti Awam dan Swasta di seluruh negara,” ujarnya. InnoCoL dilaksanakan dalam tiga (3) modul iaitu Modul Harta Intelek dan Pengkomersialan, Modul Pendrafan Paten dan Modul Pemindahan Teknologi. Sementara itu, Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, setelah tiga (3) siri InnoCoL berjaya dilaksanakan dan kesemua objektif telah tercapai, ICC bercadang untuk mengadakan InnoCoL siri empat (4) atau InnoCoL extended yang akan diadakan pada September 2023. Hadir sama dalam Lawatan Kerja Menteri KPT ke UUM baru-baru ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman. AKEPT PER UNT U K DANA UNT U K PENGANJ U RAN INNOCOL BERITA OLEH: PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN 8 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


ONE PAGE STRATEGY, HALA TUJU DAN PELAN TINDAKAN COE BERITA OLEH: UNIT TUGAS KHAS DAN PIAWAIAN (RIMC) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah mengadakan Bengkel One Page Strategy, Hala Tuju dan Pelan Tindakan CoE selama 5 hari di Bilik Seminar Tan Sri Fng Ah Seng, Pusat Pengajian TISSA-UUM. Sebanyak 28 CoE telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Prof. Madya Ts Dr. Aidi bin Ahmi, selaku Timbalan Pengarah Unit Tugas Khas dan Piawaian telah menjadi fasilitator sepanjang bengkel ini dilaksanakan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melihat pencapaian, kekuatan dan hala tuju CoE setakat ini serta pelan tindakan yang seterusnya dalam pemantapan bidang perniagaan masing-masing. Sebagai pasukan elit bagi setiap Pusat Pengajian, CoE seharusnya bertindak sebagai penyumbang terbesar dalam pencapaian universiti. Melalui bengkel ini juga, pihak RIMC mengambil peluang untuk memberikan saranan penambahbaikan yang bersesuaian serta cabaran kepada semua CoE agar terus berusaha untuk membina penjenamaan agar dapat memenuhi dan mencapai matlamat masingmasing dan meningkatkan keterlihatan untuk menarik pelbagai peluang kolaborasi, kerjasama dan penjanaan dana alternatif. Adalah menjadi harapan RIMC agar bengkel ini akan dapat menjadi pembakar semangat CoE untuk bergerak dengan lebih maju ke arah HiCOE di samping meneruskan usaha untuk membantu meningkatkan pencapaian universiti ke posisi yang lebih tinggi. Turut hadir bagi menjayakan bengkel ini adalah Pengarah CoE dan Pengarah CUIC. 9 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


HELP DESK PEMANTAUAN GERAN KPT MENERUSI SISTEM MYGRANTS BERITA OLEH: UNIT PEMANTAUAN DAN PENUTUPAN (PENYELIDIKAN) RIMC Selaras dengan arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya penyelidik yang menerima geran dana penyelidikan KPT untuk melaporkan kemajuan penyelidikan mereka dua kali dalam tempoh setahun, pihak RIMC menerusi Unit Pemantauan telah menganjurkan Help Desk Pemantauan Geran KPT Menerusi Sistem MyGRANTS yang diadakan pada 6 hingga 9 Ogos 2023 di Lobi Kompleks Konvensyen. Penganjuran help desk ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak RIMC untuk membantu penyelidik yang mengalami masalah untuk mengemaskini laporan pemantauan mereka. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan apabila hampir keseluruhan penyelidikan aktif telah dikemaskini dan dihantar menerusi sistem MyGRANTS oleh para penyelidik yang terlibat. 10 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


BENGKEL HALA TUJU PENYELIDIKAN BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR, UUM Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UUM telah bersama-sama berganding bahu dalam usaha untuk memberi pendedahan awal tentang keperluan dan panduan tadbir urus kepada Timbalan Dekan Penyelidikan Pusat Pengajian dan Pengarah CoE supaya menepati keperluan, visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Universiti. RIMC melalui Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber telah merangka pelbagai tatacara bagi menjalankan aktiviti penyelidikan mengikut garis panduan serta meningkatkan kemahiran untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Dekan serta meningkatkan kemahiran bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan sama ada diperingkat universiti atau global. Taklimat bengkel hala tuju penyelidikan bersama Timbalan Naib Canselor ini disampaikan oleh Prof. Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat selaku Pengarah RIMC. Bengkel ini perlu diadakan secara berkala terutama kepada Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi yang baru dilantik dan juga Pengarah CoE untuk bersama-sama memainkan peranan bagi mengalakkan budaya penyelidikan yang boleh dikomersialkan. RIMC dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan terus komited dalam menyokong semua aktiviti penyelidikan berimpak tinggi yang mampu dikomersialkan selaras dengan visi dan misi UUM. BERITA OLEH: UNIT BAKAT DAN PENJANAAN SUMBER (RIMC) 11 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


RIMC UUM DAN RMC UMS JALIN KERJASAMA Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menerima lawatan kerja dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 7 September 2023. Lawatan dihadiri oleh 5 orang staf dari RMC UMS yang diketuai oleh Prof. Dr. Jumat Sulaiman selaku Pengarah RMC UMS. Lawatan diadakan bagi tujuan perkongsian best practices yang dijalankan dalam pengurusan penyelidikan di UUM. Perkongsian amalan terbaik pengurusan penyelidikan antara dua (2) institusi akan menjadi check & balance yang akan dijadikan penanda aras bagi menambahbaik sistem dan tatacara pengurusan sedia ada. Perkongsian amalan pengurusan penyelidikan yang dikongsi antaranya menyentuh struktur pentadbiran, tatakelola pengurusan penyelidikan, penawaran penyelidikan, pengurusan kewangan penyelidikan, pemantauan penyelidikan serta hal-hal lain yang berkaitan. Di samping itu, RIMC turut menjemput Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan bin Ismail, pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bagi berkongsi tentang penyelidikan berimpak tinggi diketuai oleh beliau yang menjadi kebanggaan UUM iaitu ‘Cyntok Bhatik’. Beliau telah berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam membangunkan projek ini sehingga mencapai pelbagai kejayaan. Projek ini turut mengetengahkan penglibatan komuniti di Daerah Padang Terap yang diberi latihan dalam pembuatan dan jahitan tekstil. Program ini diharap dapat menyumbang kepada penandaarasan pengurusan, kualiti kerja dan pertukaran amalan terbaik demi faedah kedua-dua pihak yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan berdampak tinggi. BERITA OLEH: UNIT PENYELIDIKAN 12 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Kelab Kebajikan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program Bubur Asyura Merdeka RIMC pada 10 Ogos 2023 (Khamis). Sempena bulan Muharam dan bulan kemerdekaan, pihak RIMC mengambil inisiatif untuk memasak bubur asyura bagi mengeratkan ukhwah dan kerjasama dalam kalangan kakitangan RIMC. Di samping itu juga aktiviti ini dapat mengekalkan masakan warisan tradisi Melayu di Malaysia. MAJLIS BUBUR ASYURA Program ini melibatkan aktiviti agihan bubur asyura oleh Kelab Kebajikan RIMC kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Universiti Utara Malaysia. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kekitaan dan secara tidak langsung untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan. Harapan pihak Kelab Kebajikan RIMC untuk program kali ini, agar semua yang terlibat dapat menerapkan nilai murni dalam diri dan dapat bersama-sama menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. BERITA OLEH: KELAB KEBAJIKAN RIMC 13 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Tidak ada mustahil dalam hidup, selagi kita ada tekad dan semangat yang kuat 39 TAHUN BERSAMA UUM (1984-KINI) Bistomi Ismail dilahirkan di Kg. Naga, Jitra Kedah dan telah memulakan kerjaya di Universiti Utara Malaysia pada tahun 1984. Beliau bertugas sebagai pembantu operasi kanan, No. pekerja iaitu 055. Beliau bertugas sejak dari Naib Canselor yang pertama iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh sehingga Naib Canselor yang terkini ke-10 iaitu Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan. Beliau pernah menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) yang dikurniakan oleh Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah pada tahun 2004. Beliau juga telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1998, 2002, 2009 dan 2014. BERITA OLEH: UNIT BAKAT DAN PENJANAAN SUMBER (RIMC)) Beliau masih bergiat aktif sehingga kini dengan menyertai kumpulan koir dan nasyid UUM dan pernah mewakili peringkat daerah Kubang Pasu, Kedah. Dua orang anak beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah dan telah bergraduasi di UUM. Beliau sering memberi semangat kepada anak- anak beliau supaya sentiasa menjaga imej Universiti. Kini beliau masih berkhidmat di Pusat Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM. Beliau sentiasa berpewatakan ceria, ringan tulang dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab beliau. Semangat kerja seperti beliaulah yang perlu diterapkan dan menjadi contoh kepada anak muda yang baru masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar pada masa kini. 14 Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Sekalung Tahniah ‘DANGAI INSTANT MAGICTOK’ BERITA OLEH: MUHAMAD SHAH KAMAL IDERIS Pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia (UUM) Encik Muhamad Shah Kamal Ideris sedang menjalankan kajian berkaitan Makanan Warisan Kedah bersama dua orang penyelianya iaitu Prof. Madya Dr. Kamal Izzuwan bin Ramli dan Dr. Wan Rusni binti Ismail telah menyertai pertandingan inovasi secara atas talian di peringkat Antarabangsa, International Virtual Innovation, Invention & Design Competition 2023 (IVIID2023) in 3rd Penang International Conference on Hospitality 2023 (PItCH 2023). Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Universiti Teknologi Mara, Cawangan Pulau Pinang dan berkolobrasi dengan beberapa buah universiti dan agensi lain di dalam dan luar negara seperti Iowa State University, Iowa, United States of America, Universiti Putra Malaysia, Universitas Negeri Surabaya, Indonesia, King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang, Thailand dan Technical and Vocational Education Division, Ministry of Education, Malaysia. Pertandingan ini bermula pada 8 Mei dan berakhir pada 30 Ogos 2023. Mereka telah berjaya merangkul pingat perak dalam penyelidikan mereka iaitu ‘Dangai Instant MagicTok’ di dalam kategori Kelestarian Alam Sekitar dan Sumber Asli. Keistimewaan adunan ‘Dangai Instant MagicTok’ ini adalah cara penyediaan yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama dalam proses penyediaannya. Jangka hayatnya juga lebih lama manakala dari segi tekstur, warna dan rasa tidak berubah malah tekstur adunan ‘Dangai Instant MagicTok’ lebih lembut walaupun di letakan di dalam suhu bilik. Produk ini merupakan inisiatif dalam membantu memartabatkan makanan warisan negeri Kedah ke peringkat yang lebih tinggi lagi, supaya tidak dilupakan. Ini juga sebagai tanda menyokong misi dan visi Jabatan Warisan Negara dalam masa yang sama produk ini dapat menggalakan rakyat Malaysia terutama generasi muda dalam menghasilkan Makanan warisan. Harapan agar produk inovasi ini boleh di angkat sebagai produk pelancongan negeri Kedah suatu hari nanti. Bil. 02 Edisi Julai-September 2023 15


Tekad perpaduan Tema kemerdekaan pada tahun 2023 adalah 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'. Tema ini mendasari tekad pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. KEMERDEKAAN 2023 16 Penuhi harapan Bil. 02 Edisi Julai-September 2023


Click to View FlipBook Version