The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUJAHEED FOLIO RBT HIDROPONIK BHG 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahakmal0711, 2021-10-12 08:14:34

FOLIO RBT HIDROPONIK BHG 1

MUJAHEED FOLIO RBT HIDROPONIK BHG 1

Keywords: HIDROPONIK

Disediakan oleh :

MUHAMMAD MUJAHEED AL KASHFI BIN MUHD MURSYIDI

6 ZAMRUD

Nama guru :

PN. HANAN BINTI ARSAD



Hidroponik (berasal daripada perkataan Yunani hydro, iaitu
air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk

tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja
(nutrien) tanpa menggunakan tanah.

Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral,
sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan

lain – lain menggantikan tanah.

Hidroponik Sistem fertigasi
Teknik aliran dalam

Teknik aliran cetek

Teknik takung
Aeroponik

Teknik pasang surut

Teknik pengairan
titis (teknik agregat)

Sistem
Hidroponik

1.Teknik aliran cetek
Larutan baja disalurkan dalam palungyang mengandungi akar
tanaman yang ditanam. Pam digunakan untuk menyalurkan larutan
air baja ke dalam palung.

2.Teknik aliran dalam
Teknik ini menggunakan kaedah yang sama dengan hidroponik
aliran cetek. Perbezaannya hanya dari segi penggunaan saiz
palung, iaitu lebih lebar dan lebih tinggi serta paras air pada akar.

3.Teknik takung
Biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang
diletakkan diatas larutan baja pada taking. Jenis takung yang
digunakan haruslah telus cahaya, tidak serap panas dan tidak
berkarat.

4.Teknik pasang surut
Alat pengatur masa digunakan untuk mengawal pengaliran larutan
baja pada tanaman. Larutan baja akan mengalir ke tanaman dan
surut ke bawah serta masuk semula ke dalam takungan

5.Aeroponik
Akar tanaman yang tergantung di udara dalam ruang tanaman
disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui
nozzle mengikut masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, akar akan
cepat menyerap nutrient. Aeroponik merupakan inovasi terbaharu
dalam hidroponik.

6.Teknik pengairan titis (teknik agregat)

Teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja
dapat disalurkan terus ke akar pokok mengikut masa yang
ditetapkan. Sistem ini boleh diaplikasikan dengan menggunaknan
pen penitis atau pita titis, pen penitis menyalurkan air melalui tiub
mikro yang disambung ke dalam polibeg. Pita titis menyalurkan air
melalui lubang – lubang halus (emitter) yang berada di sepanjang
pita tersebut.

JENIS – JENIS TANAMAN
HIDROPONIK

Tanaman yang sesuai:

Boleh dikatakan semua tumbuhan
berakar serabut dan lembut dan
tidak besar :

 Sayuran
 Buah – buahan
 Herba
 Pokok hiasan

Sayuran

Sayuran yang mudah dan biasa di tanam dalam sistem
hidroponik

 Bayam
 Kangkung
 Sawi
 Salad
 Lettuce
 Cili
 Kailan

Buah – buahan

Buah – buahan yang biasa ditanam dalam sistem
hidroponik:

 Kacang bendi
 Terung
 Tomato
 Labu
 Peria
 Timun
 Strawberry

Herba

Herba yang biasa ditanam dalam system hidroponik
1. Pegaga
2. Sambung nyawa
3. Misai kucing
4. Saderi
5. Pudina
6. Basil
7. Dill
8. Bawang

Pokok hiasan

KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN
HIDROPONIK

Kelebihan Hidroponik

Penanaman boleh Hasil tanaman lebih
berkualiti.
dilakukan di

kawasan tanah

yang bermasalah. Alatan yang

digunakan lebih

Hasil mudah dipasang.
pengeluaran
lebih tinggi. Kawalan rumpai

Penyakit tanaman dapat tidak perlu
dikawal dengan mudah.
dilakukan.

Kekurangan Hidroponik

Kos yang tinggi Nyamuk aedes Memerlukan
senang keperluan asas
Perlu kemahiran membiak yang sempurna
memasang
peralatan Penyakit cepat
merebak jika air
Jenis tanaman tercemar
yang terhad

GAMBAR ALATAN DAN
BAHAN UNTUK TANAMAN

HIDROPONIK

Berfungsi untuk menakung air
yang mengandungi larutan
nutrien

Berfungsi untuk
memegang raga tanaman.

Medium semaian

Dijadikan sebagai medium
percambahan biji benih.

Larutan nutrien
Sebagai sumber nutrien
kepada pokok.

Raga tanaman

Berfungsi untuk mengisi
medium semaian seperti
bebenang atau span.

Gunting dan pisau
Berfungsi untuk memotong
medium.

Biji benih

Menghasilkan anak
benih.

Air
Untuk melembapkan pan atau reja
benang ketika menyemai biji benih.

6 CONTOH BIJI BENIH

Timun
Peria

Bendi

Cili

Kailan
Sawi

5 GAMBAR TANAMAN
HIDROPONIK

Saderi
Salad

Sawi
Lada benggala
Strawberi

NOTA
TAMBAHAN

Kaedah Penanaman
Fertigasi di Malaysia

1. Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan
(SPH)

Penggunaan SPH dapat melindungi tumbuhan daripada
hujan lebat dan pancaran cahaya matahari yang terik.
Bumbung SPH biasanya diperbuat daripada bahan plastic
yang mempunyai lapisan perlindungan ultraviolet (UV).
Rangka bumbung boleh menggunakan kayu , paip besi,
plastic atau bahan – bahan kukuh yang lain. Saiz SPH
bergantung kepada kesesuaian tapak penanaman dan kos.
SPH akan lebih berkesan sekiranya jaring kalis serangga
dipasang sebagai dinding bagi mengawal serangan
serangga perosak. Kebaikan menggunakan SPH adalah
seperti yang berikut:

(a) Mengelakkan tanaman daripada cepat layu akibat
pancaran UV daripada cahaya matahari .

(b) Mengelakkan atau serangan penyakit yang disebabkan
oleh kulat.

(c) Mengurangkan penggunaan racun perosak

2. Penanamana tanpa Struktur perlindungan hujan

Tanaman fertigasi tanpa SPH boleh diletakkan di
tempat yang terbuka tanpa bumbung.
Semasa musim hujan, air hujan akan bercampur
dengan air baja dalam polibeg. Ini akan
mengakibatkan kandungan baja dalam media
tanaman menjadi cair. Penanaman perlu
menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk
melindungi tanaman mereka daripada serangan
penyakit.

Perbandingan Sistem
Fertigasi dengan

Sistem Konvensional

PERBANDINGAN SISTEM FERTIGASI SISTEM KONVENSIONAL
Jenis tanaman Tanaman jenis sayur
Semua jenis tanaman
Struktur perlindungan dan buah
pilihan Tidak perlu
Jaring kalis serangga
pilihan Tidak perlu
Sistem pengairan Titis dan baja Penyiraman biasa
Air Pelbagai sumber air
Air bersih
Modal Rendah
Tapak tanah tinggi Tidak perlu rata

Elektrik Mesti rata Tidak perlu
Pengetahuan teknikal Mesti ada perlu
Sangat perlu
Keadaan tanah Tidak penting Perlu tanah subur
Kos operasi Rendah Tinggi
Seragam
Kesegaraman pokok Rendah Tidak seragam
Risiko penyakit Tinggi

Komponen utama
sistem fertigasi

Sumber Medium Alur keluar

Tempat Laluan Tempat
bekalan penyampaian keluar
nutrien nutrient ke
nutrien tanaman


Click to View FlipBook Version