The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ELIZEBERTH BETTY ANAK JIMBAT IPG-Pelajar, 2023-07-10 22:45:05

Penghasilan produk

Penghasilan produk

Mandi kerbau Mari belajar peribahasa 1.Apakah maksud mandi? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan binatang yang bernama kerbau? 3. Bagaimana kerbau mandi? Mandi ialah meratakan air ke seluruh badan atau merendamkan badan di dalam air dengan niat membersihkan kotoran. Kerbau merupakan sejenis haiwan bovid yang berasal dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan China serta mempunyai tanduk yang tidak bercabang. Kerbau akan berkubang dalam lumpur sehari sekali.


4. Mengapa kita tidak boleh mengamalkan cara mandian seperti kerbau? Mari belajar peribahasa 5. Apakah maksud peribahasa mandi kerbau? 6. Berikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Kita tidak boleh mengamalkan cara mandian kerbau kerana ia tidak bersih dan masih meninggalkan kotoran pada badan. Mandi kerbau bermaksud mandi yang tidak bersih. Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.


Bagai bulan dipagar bintang Mari belajar peribahasa 1. Apakah benda yang mengelilingi bulan tersebut? 2. Bulan dikatakan bintang paling terang pada waktu malam. Mengapa? 3. Jelaskan kaitan antara bulan yang dikelilingi bintang dengan seorang gadis yang cantik. Bintang. Walaupun bulan dikelilingi bintang, bulan tetap dilihat sebagai objek yang paling terang dengan mata kasar kerana permukaan bulan memantulkan cahaya matahari yang menyebabkan ia terang di malam hari. Kecantikan seorang gadis tiada bandingnya seperti keterangan bulan yang tidak dapat ditandingi oleh keterangan bintang.


5. Berikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Mari belajar peribahasa 4. Apakah maksud peribahasa bagai bulan dipagari bintang? Peribahasa tersebut bermaksud kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya. Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.


Bagai anjing dengan kucing Mari belajar peribahasa 1. Apakah yang selalu terjadi apabila kucing dengan anjing bertembung? 2. Mengapa kucing dengan anjing selalu bergaduh? 3. Apakah kaitan antara kucing dengan anjing ini dengan kehidupan manusia? Kucing dengan anjing selalu bergaduh apabila bertembung. Kucing dengan anjing selalu bergaduh kerana anjing menganggap kucing sebagai mangsa manakala kucing menganggap anjing sebagai ancaman. Pergaduhan atau permusuhan antara kucing dengan anjing diibaratkan sama seperti manusia yang saling bergaduh antara satu sama lain.


4. Apakah maksud peribahasa bagai anjing dengan kucing? Mari belajar peribahasa 5. Berikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Peribahasa tersebut bermaksud selalu bertengkar. Sikap Rahima dan Suzie tidak ubah seperti anjing dengan kucing. Walaupun mereka adik beradik, mereka sentiasa bertengkar setiap kali mereka bertemu.


Nasi sudah menjadi bubur Mari belajar peribahasa 1. Apakah beza antara dua gambar di atas? 2. Apakah yang akan terjadi sekiranya nasi telah menjadi bubur? 3. Apakah yang boleh kita lakukan sekiranya nasi telah menjadi bubur? Gambar pertama merupakan nasi manakala gambar kedua ialah bubur. Nasi yang telah menjadi bubur tidak dapat diubah untuk menjadi nasi kembali kerana nasi tersebut telah menjadi lunak. Kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi kerana buburi tidak dapat diubah bentuk untuk menjadi nasi semula.


4. Apakah maksud peribahasa nasi sudah menjadi bubur? Mari belajar peribahasa 5. Berikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Peribahasa tersebut bermaksud perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat kita sesalkan kerana tidak berguna lagi. "Tiada gunanya menyesali perbuatan itu kerana nasi sudah menjadi bubur dan jangan kamu ulangi kesilapan itu lagi," nasihat Mak Limah kepada anaknya.


Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Mari belajar peribahasa 1. Bagaimanakah ombak bergerak? 2. Apakah yang akan terjadi sekiranya rumah tersebut dilanda ombak? 3. Apakah kaitan antara ombak dan rumah yang terletak di tepi pantai itu. Ombak bergerak seperti gelombang. Rumah tersebut akan roboh sekiranya dilanda ombak yang mempunyai arus yang kuat. Sekiranya seseorang takut rumahnya roboh disebabkan oleh landaan ombak, maka janganlah tinggal di rumah yang berada di tepi pantai.


4. Apakah maksud peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai?? Mari belajar peribahasa 5. Berikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Peribahasa tersebut bermaksud sekiranya takut berhadapan dengan penderitaan, maka janganlah melakukan sesuatu yang susah. "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah terjadi kepada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu menanggung derita tersebut," kata Ahmad.


Celik Peribahasa Sekian, terima kasih . Penghasilan produk GKEB 1072


Click to View FlipBook Version