STRATEGI DAN TEKNIK
PENGAJARAN MURID MASALAH
PENGLIHATAN
Izzul Syahmin
Nur Hanisah
MASALAH PENGLIHATAN
● Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang
melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan.
● Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada
dua kategori yang utama iaitu ‘buta’ dan ‘rabun’ atau ‘berpenglihatan
terhad’.
● Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai
penglihatan langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun,
keadaannya amat terhad untuk digunakan sebagai saluran untuk
mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan pembelajaran.
TANDA-TANDA
MASALAH
PENGLIHATAN
CIRI FIZIKAL MATA
Mata merah, tiada anak mata, mata berair, mata juling, mata
kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas
PERLAKUAN
Selalu menggosok mata, baca dengan jarak terlalu dekat, tidak
berminat dengan bahan bacaan, tidak selesa melakukan kerja
yang memerlukan tumpuan penglihatan
MASALAH KESIHATAN
Rasa pening atau loya, panas, sakit di kepala, penglihatan kabur,
penglihatan berganda
STRATEGI DAN TEKNIK
PENGAJARAN MASALAH
PENGLIHATAN
MENGGUNAKAN TULISAN BRAILLE
● Menerusi Braille mereka boleh mendapat pelbagai informasi,
menambah ilmu dan membaca kisah-kisah menarik.
● Braille ibarat pengganti penglihatan bagi golongan bermasalah
penglihatan.
● Penggunaan Braille ini membolehkan mereka yang tidak dapat melihat
boleh membaca, menterjemah imej malah mengira.
● Kelebihan: membolehkan pelajar mencari bahagian tertentu dalam teks
/ ‘skimming’, mencatat nota, membaca ucapan, mencari perkataan
dalam kamus
MENGGUNAKAN PELBAGAI DERIA
● Pembelajaran melibatkan pelbagai deria seperti sentuhan, bau dan
pendengaran.
● Bahan bercetak dirakam supaya murid boleh mendengar dengan
jelas dalam bentuk lisan
● Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan
murid
● Mesti ada kesedaran tentang penggunaan istilah yang melibatkan
penglihatan
● Kerap melakukan aktiviti motor halus seperti mewarna,
menggenggam, memotong dan menekan
MENGUBAH SUAI BAHAN BANTU BELAJAR
● Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz
yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu
pembelajaran.
● Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai
perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang
terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.
● Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan
perkara yang ditulis untuk kemudahan murid-murid kurang dalam
penglihatan.
KEUTAMAAN DI DALAM KELAS
● Memastikan murid masalah penglihatan duduk di hadapan
berhampiran dengan guru
● Pasangkan murid masalah penglihatan dengan murid yang boleh
membantu dari segi penglihatan
TERIMA KASIH