The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL E LEARNING TINGKATAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cici Zack, 2020-08-27 23:43:42

PERNIAGAAN

MODUL E LEARNING TINGKATAN 5

PERNIAGAAN 3766

#Learning@home

BAB 1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TINGKATAN 5
TAHUN 2020

STANDARD RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN CATATAN
KANDUNGAN PERNIAGAAN
TINGKATAN 5

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
STANDARD

PEMBELAJARAN

3.1 Pengurusan Murid boleh: Nota:
Sumber Manusia
Menyatakan definisi pengurusan sumber manusia Peranan pengurusan sumber manusia
dalam sesebuah perniagaan. melibatkan proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal
Menjelaskan peranan dalam:
pengurusan sumber manusia dalam sesebuah
perniagaan. Keperluan pekerja, perekrutan pekerja,
kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas.
Mengaplikasikan peranan pengurusan sumber Membangunkan pasukan untuk mencapai
manusia dalam pembangunan perniagaan yang sasaran.
mampan. Prestasi pasukan.
Latihan peningkatan kemahiran
Menganalisis aspek Membentuk persekitaran kerja yang positif
pengelolaan sumber dan harmoni.
manusia dalam Pemantapan budaya profesional.
pembangunan Menggalakkan kreativiti dan inovasi.
perniagaan yang Pemberian insentif yang munasabah
mampan. pemberhentian pekerja.

Menilai hubungkait antara kemahiran Aspek pengelolaan sumber manusia dalam
kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan pembangunan perniagaan yang mampan
kejayaan sesebuah perniagaan. ialah dengan menyediakan:

Mencipta satu struktur organisasi dalam sebuah Penempatan pekerja dan fasiliti yang
perniagaan. berkaitan.
Standard prosedur operasi tugas
Mencadangkan idea Sistem penggajian.
baharu bagi satu Penghargaan dan hukuman.
sistem penggajian Penyelesaian masalah.
berpandukan struktur Struktur organisasi
organisasi yang dibina.
Kemahiran kebolehkerjaan:
Kelayakan yang bersesuaian.
Berpengalaman.
Berpengetahuan tentang produk dan
perkhidmatan.
Berpengalaman dalam industri tertentu.
Keberkesanan mencapai sasaran individu
dan pasukan/jabatan.

TAHAP STANDARD PRESTASI
PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Menyatakan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.

2 Menghuraikan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.

3 Mengaplikasikan peranan pengurusan sumber manusia yang berkesan untuk
meningkatkan prestasi sesebuah perniagaan.

4 Menganalisis keperluan sumber manusia dari segi kepentingan dan kesannya kepada
sesebuah perniagaan.

5 Menilai kemahiran yang perlu dikuasai oleh individu dengan keperluan pengurusan
sumber manusia bagi sesebuah perniagaan.

6 Merangka struktur organisasi dan menghuraikan deskripsi tugas setiap jawatan dalam
sebuah perniagaan.

NOTA BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DEFINISI : Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk
menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

https://www.slideshare.net/imannazura/pengurusan-sumber-manusia-54061818

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi
Memastikan sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini
Memastikan pengagihan sumber manusia secara berkesan
Memastikan kenajikan pekerja sentiasa dijaga
Memastikan prestasi sumber manusia sentiasa dipantau
Memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi

https://www.moa.gov.my/bahagian-pengurusan-sumber-manusia

PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN

FAKTA HURAIAN CONTOH
1. KEPERLUAN PEKERJA, Menggunakan teknik merekrut dan Menjalankan sesi
MEREKRUT PEKERJA, proses pemilihan yang boleh menarik temuduga dalam proses
KONTRAK PEKERJAAN calon berkelayakan menyertai sesebuah pemilihan pekerja.
DAN DESKRIPSI TUGAS perniagaan.
Menghuraikan bidang tugas dengan jelas Memaklumkan KPI
2. MEMBANGUNKAN supaya pekerja menjalankan tugas setiap kumpulan
PASUKAN MENCAPAI dengan cekap. pekerja yang perlu
SASARAN Mewujudkan semangat berpasukan dicapai untuk melihat
Setiap pekerja berusaha mencapai KPI kecemerlangan tugas
3. PRESTASI PASUKAN pasukan sebagai petunjuk prestasi Mengadakan Kursus
pencapaian kerja. Motivasi
4. LATIHAN PENINGKATAN
KENDIRI Prestasi pasukan akan mempengaruhi Menyediakan program
kuantiti dan kualiti pengeluaran latihan amali kepada
5. MEMBENTUK Meningkatkan prestasi dan motivasi pekerja baharu
PERSEKITARAN KERJA pasukan melalui latihan dan kursus.
YANG POSITIF DAN Program latihan dan pembangunan Kemudahan pejabat
HARMONI diberi secara berterusan yang lengkap dan
Program latihan dan pembangunan yang mesra pengguna
6. PEMANTAPAN BUDAYA dijalankan dapat meningkatkan menjadi keselesaan
PROFESIONAL kemahiran dan pengetahuan yang untuk bekerja
khusus Konsep pengurusan
Persekitaran kerja yang selesa dapat Jepun Kaizen
meningkatkan produktiviti, motivasi dan
kepuasan bekerja
Persekitaran kerja yang harmoni dapat
memberi ruang menjana idea yang baru
Amalan kerja yang beretika, berintegriti
dan mementingkan kecemerlangan dapat
wujudkan budaya profesional
Budaya profesional dapat menjamin

perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan

7. MENGGALAKKAN Menggalakkan pembangunan bakat Biasiswa pendidikan
KREATIVITI DAN INOVASI pekerja bagi menambahkan kepakaran untuk menyambung
Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi pengajian khusus dalam
8. PEMBERIAN INSENTIF ganjaran dan penghargaan sebagai bidang tugas mereka
MUNASABAH motivasi kerja mereka
Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah Caruman KWSP /
9. PEMBERHENTIAN untuk meningkatkan pencapaian PERKESO
PEKERJA prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja
Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan Penamatan kontrak
persekitaran yang harmoni perkhidmatan seperti
Perniagaan perlu ada sistem persaraan atau
pemberhentian yang sistematik supaya pemecatan
tiada pembaziran sumber manusia
Pekerja yang menamatkan perkhidmatan
atau diberhentikan perlu diberikan
ganjaran atau pampasan yang setimpal
sebagai tanda penghargaan atas
sumbangan khidmat mereka

ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

1. PENEMPATAN PEKERJA DAN FASILITI
H1 : Penempatan pekerja adalah mengikut kemahiran, kebolehan, minat dan pengalaman pekerja serta
keperluan perniagaan.
H2 : Menggunakan kemudahan yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan bekerja.
C : Tukang jahit memerlukan mesin jahit elektrik untuk mempercepatkan aktiviti menjahit

2. STANDARD PROSEDUR OPERASI TUGAS (SOP)

H1 : SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas.
H2 : SOP dapat memastikan kerja yang dilakukan mengikut piawaian dan mengurangkan risiko bahaya
kepada pekerja
C : Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan ketika berada di tapak projek.

3. SISTEM PENGGAJIAN
H1 : Sistem penggajian yang yang kompetitif dapat meningkatkan motivasi pekerja
H2 : Jika sistem penggajian tidak adil, kesetiaan pekerja akan terganggu.
C : Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan dapat gaji

yang yang lebih tinggi.

4. PENGHARGAAN DAN HUKUMAN
H1 : Pekerja yang berprestasi tinggi perlu diberli penghargaan
H2 : Pekerja yang bermasalah boleh diberi amaran dan diambil tindakan untuk

memperbaiki prestasi kerja.
C : Pekerja yang cemerlang di beri anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

5. PENYELESAI MASALAH
H1 : Menjadi orang tengah sekiranya berlaku masalah perselisihan faham

H2 : Sentiasa adakan perbincangan secara berterusan bagi menggalakan komunikasi
Berkesan
C : Jika berlaku konflik antara pekerja, pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab menyelesaikannya.
6. STRUKTUR ORGANISASI

H1 : Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab,
jawatan dan deskripsi tugas.
H2 : Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan mengikut keperluan setiap unit.
C : Carta Organisasi
KEBOLEHKERJAAN
DEFINISI : Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja yang membuatkan bakal majikan berminat
untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.
JENIS KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/627860/kenal-pasti-pekerjaan-sesuai-revolusi-industri-
40-kulasegaran

https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

KEPERLUAN KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

STRUKTUR ORGANISASI

JENIS2 STRUKTUR ORGANISASI

1. STRUKTUR Digunakan secara meluas kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan

ORGANISASI Menempatkan individu mengikut kemahiran @ kepakaran dalam fungsi

BERDASARKAN tertentu.

FUNGSI Cth :

2. STRUKTUR Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk
ORGANISASI Individu bekerja ikut pengalaman @ kemahiran dalam produk tertentu
BERDASARKAN Cth :
PRODUK

3. STRUKTUR Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat
ORGANISASI Memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi penyelarasan
BERDASARKAN jabatan @ bahagian di pelbagai wilayah.
GEOGRAFI/ Cth:

WILAYAH

4. STRUKTUR Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan
ORGANISASI Biasa wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan
BERDASARKAN Cth:
PELANGGAN

5. STRUKTUR Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
ORGANISASI Kombinasi struktur organisasi fungsi dan produk
BERDASARKAN Cth :
MATRIKS

SISTEM PENGGAJIAN BAGI SESEBUAH ORGANISASI

DEFINISI : Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang
tenaga dalam sesebuah organisasi.
TUJUAN GAJI : Menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman
dan memotovasikan pekerja

Penggajian melibatkan dua komponen iaitu GAJI dan FAEDAH

GAJI FAEDAH
Gaji Asas – Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa Caruman KWSP
Caruman Perkeso
melibatkan sebarang pembayaran tambahan Komisen
Biasiswa pendidikan
seperti elaun, bonus, komisen dll. Gaji asas Kemudahan Cuti
Kemudahan Perubatan
dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang Insurans Berkelompok

dibuat antara majikan dan pekerja.
Upah – Upah merupakan bayaran yang akan

dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam

bekerja @ hari bekerja.
Elaun – Bayaran tambahan yang akan dibayar

oleh majikan kepada pekerja. Pemberian elaun

bergantung kepada jenis jawatan yang disandang.

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-faedah/jenis-jenis-faedah

FAKTOR PENENTU SISTEM PENGGAJIAN

• Kemampuan Organisasi-kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi banyak gajaran kepada
pekerja

• Bentuk dan Jenis Tugas-pekerja yang bertanggungjawab besar diberi ganjaran lebih tinggi
• Undang-undang dan Peraturan Kerajaan-kadar ganjaran minimum
• Ganjaran yang dibayar oleh pesaing-majikan beri ganjaran setara atau lebih tinggi berbanding

pesaing, ganjaran menarik memotivasi dan mengekalkan pekerja untuk berkhidmat, mengelak pusing
ganti pekerja.
• Permintaan dan dan penawaran buruh-menentukan upah dipasaran
• Faktor lokasi- kedudukan geografi kawasan, risiko lokasi dan kemudahan infrasktruktur

SOALAN OBJEKTIF

1. Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.

A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

2. Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi perniagaan?

I Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja
II Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja
III Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi di pasaran
IV Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pengurus sumber manusia.

• Mengenal pasti keperluan tenaga kerja dengan mengkaji sama ada organisasi mempunyai
bilangan pekerja yang mencukupi, berlebihan atau kekurangan pekerja

• Menempatkan pekerja di jabatan dan bahagian mengikut kemahiran dan kepakaran
masing-masing

Apakah proses pengurusan sumber manusia yang terlibat?

I Mengawal
II Memimpin
III Merancang
IV Mengorganisasi

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4. Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI)
kumpulan untuk memastikan hasil kerja yang ditetapkan dapat
dicapai.

Apakah peranan pengurusan sumber manusia?

A Menentukan diskripsi tugas
B Pemantapan budaya professional
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

5. Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?

I Menjamin kesetiaan pekerja
II Dapat meningkatkan imej syarikat
III Dapat meningkatkan motivasi pekerja
IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja

A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

6. Maklumat yang berikut menunjukkan dua peranan pengurusan sumber manusia

• Menggalakkan kreativiti dan inovasi
• Menyediakan program latihan peningkatan

Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka panjang?

A Produktiviti meningkat
B Pekerja bertambah mahir
C Motivasi pekerja meningkat
D Pemantapan budaya professional

7. Salah satu peranan pengurusan sumber manusia ialah memantapkan budaya professional.
Bagaimanakah pemantapan budaya professional dapat membantu organisasi?

I Dapat meningkatkan imej organisasi
II Dapat meningkatkan jualan perniagaan
III Dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi
IV Pekerja dapat menjalankan tugas dengan cekap

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8. Maklumat yang berikut boleh diperoleh dalam satu dokumen formal perancangan sumber manusia.

• Tajuk kerja
• Ringkasan kerja
• Tanggungjawab kerja
• Hubungan autoriti

Apakah dokumen berkenaan?

A Kontrak kerja
B Analisis kerja
C Diskripsi tugas
D Struktur organisasi

9. Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?

I Meningkatkan motivasi
II Meningkatkan kreativiti
III Meningkatkan kesetiaan
IV Meningkatkan kemahiran

A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

10. Antara yang berikut, manakah yang betul tentang kepentingan struktur organisasi?

I Melatih sumber manusia
II Menetapkan visi dan misi
III Mewujudkan rantaian arahan
IV Mengagihkan sumber organisasi dengan berkesan

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11. Antara yang berikut, kesalahan manakah yang dilakukan oleh kakitangan yang boleh disiasat dan
diambil tindakan oleh organisasi?

I Ingkar arahan penyelia
II Merompak orang awam
III Menyalahgunakan aset syarikat
IV Menerima rasuah daripada pembekal

A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

12. Berikut merupakan rekod kesalahan Encik Ahmad seorang kerani akaun.
Lewat datang kerja sebanyak dua kali

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

A Dipecat kerja
B Amaran bertulis
C Ditahan kenaikan gaji
D Tiada kenaikan pangkat

13. Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.

A Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja
B Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi
C Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi
D Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam organisasi

14. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Azma, seorang akauntan bertauliah.

• Pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali minyak
antarabangsa selama 10 tahun.

• Sekarang ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan gas.

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Puan Azma?

I Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan
II Berpengalaman tentang produk
III Berpengalaman dalam industri
IV Kelayakan yang sesuai

A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

15. Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

A Pengeluar kereta
B Institusi kewangan
C Kilang roti dan kek
D Agensi pengiklanan

16. Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

A Bilangan pelanggan bank adalah ramai
B Bank mempunyai cawangan di merata-rata tempat
C Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan
D Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

17. Apakah maksud gaji?

A Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat
B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam
C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
D Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

18. Faktor manakah yang bukan penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah organisasi?

A Kos sara hidup setempat
B Undang-undang dan peraturan kerajaan
C Latihan dan pembangunan yang disediakan organisasi
D Kemampuan organisasi dari segi kedudukan kewangan

19. Apakah contoh faedah yang diterima oleh pekerja daripada majikan?

I Elaun
II Insurans
III Gaji asas
IV Pinjaman kewangan

A I dan II C II dan III
B I dan IV D II dan IV

20. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Kilang pakaian Qhayla.

Kilang pakaian Qhayla mempunyai seramai
150 orang pekerja di bahagian operasi yang
dibayar gaji antara RM1200 dan RM4000.

Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?

A Bonus tunai
B Caruman PERKESO
C Kemudahan perubatan
D Kemudahan keselamatan

BAHAGIAN A

1 a) Jelaskan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi

perniagaan. [3 markah]

b) Mengapakah penghargaan dan hukuman menjadi salah satu aspek penting dalam

pengelolaan sumber manusia bagi sesebuah perniagaan ? [4 markah]

c) Maklumat berikut berkaitan iklan jawatan kosong di sebuah syarikat.

SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD [15432]

JAWATAN KOSONG

PEMBANTU AKAUN ( 2 KEKOSONGAN)

TARIKH TEMU DUGA TERBUKA:
Setiap Hari : Selasa dan Khamis

MASA :
9.00 Pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT / ALAMAT :
SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD
Lot 2552, Seksyen 25, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

KELAYAKAN

➢ Gaji RM1300 – RM1600 + KWSP + PERKESO

➢ Warganegara Malaysia
➢ Berumur antara 18 tahun sehingga 35 tahun
➢ Mempunyai kelulusan SPM/Diploma perakaunan atau yang setaraf

dengannya
➢ Berkebolehan menggunakan perisian komputer
➢ Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang percetakan /

perakaunan

➢ SILA HUBUNGI :
➢ 09-7656868 (Pn Sakinah / Pn Ella)

Email: [email protected]

TARIKH TUTUP : 5 September 2018

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan dua keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang

perlu ada pada seseorang calon untuk jawatan tersebut. [3 markah]

2 a) Nyatakan definisi pengurusan sumber manusia. [2 markah]

b) Senaraikan empat jenis kemahiran kebolehkerjaan [4 markah]

c)

Pecah amanah dan rasuah sering dilakukan oleh pekerja dalam sesebuah

organisasi.

Jelaskan jenis kesalahan kakitangan dalam sesebuah perniagaan. [4 markah]

3 (a) Maklumat berikut menunjukkan satu iklan jawatan kosong.

Jawatan kosong
Hotel Sutra

Chef ( Western Cook )
Syarat-syarat:

Warganegara Malaysia
Berumur tidak melebihi 35 tahun
Degree Food & Beverage Service Management
Tiga tahun berpengalaman dalam bidang ini.

Jelaskan kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang memohon jawatan tersebut. [ 3 markah ]

(b) Terangkan struktur organisasi yang sesuai digunakan bagi sebuah perniagaan berasaskan

perkhidmatan di sebuah bank. [ 4 markah ]

(c) Bagaimanakah pengurus sumber manusia menjalankan peranannya sebagai pemantap budaya

profesional. [3 markah]

4. Pernyataan berikut berkaitan syarikat kain terkenal Aramoda Trading.

Aramoda Trading telah memberi bonus tunai kepada pekerja kerana prestasi perniagaan yang yang
memberangsangkan untuk tahun 2018 selain gaji asas dan elaun.

(a) Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan peranan pengurusan sumber manusia. [ 4 markah ]

(b) Terangkan tugas pengurus sumber manusia dalam aspek pengelolaan sumber manusia.

(i). Standard prosedur operasi tugas. [ 3 markah ]
(ii) Penyelesaian masalah. [ 3 markah ]

5. (a) Pernyataan berikut berkaitan syarikat pembinaan, Alpha Trading.

Alpha Trading telah memperkenalkan program ‘Team Work Excellence Award’ pada
tahun 2018 dan mengumumkan bonus khas setiap tahun kepada pekerja-pekerja yang
telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh syarikat.

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan dua peranan pengurusan sumber manusia yang
dimainkan oleh Alpha Trading dalam pembangunan perniagaan yang mampan.

[4 markah]
(b) Gambar 2 menunjukkan jawatan baru yang akan diperkenalkan oleh Syarikat

Alam Bina Sdn Bhd.

Gambar 2

Terangkan tiga aspek pengelolaan sumber manusia yang boleh dilaksanakan oleh Syarikat

Alam Bina Sdn Bhd bagi jawatan baru ditubuhkan. [6 markah]

BAHAGIAN B

1. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Netz Sdn. Bhd.

Syarikat Netz Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluaran dan penjualan komputer
untuk pasaran tempatan. Pengarah urusan syarikat ialah En. Weldan. Syarikat mempunyai
beberapa jabatan, iaitu jabatan pengeluaran, jabatan pemasaran, jabatan kewangan, dan
jabatan sumber manusia. Jabatan pengeluaran diketuai oleh En. Magesh, seorang jurutera
yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas dalam bidang kejuruteraan
elektrik & elektronik. Pengurus jabatan pemasaran ialah Puan Vivian dan dibantu oleh dua
orang eksekutif pemasaran iaitu Cik Manisah dan En. Rafiz. Jabatan Kewangan pula
diketuai oleh En. Anthony bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal kewangan
syarikat. Manakala, En. Rashdan bertugas sebagai Penyelia Pengeluaran. Permintaan yang
tinggi terhadap komputer dua bulan yang lalu menyebabkan jabatan sumber manusia
menambah lagi bilangan operator pengeluaran seramai 50 orang lagi pekerja sementara
secara kontrak.

(a). Lakar dan labelkan carta organisasi Syarikat Netz Sdn. Bhd. [6 markah]

(b). Tindakan jabatan sumber manusia menambahkan bilangan pekerja dalam [3 markah]
syarikat tersebut adalah wajar. Kemukakan alasan anda. [6 markah]

(c). Huraikan kepentingan struktur organisasi bagi Syarikat Netz Sdn. Bhd.

2. (a) Pengurusan sumber manusia merupakan sumber pembangunan tenaga kerja dalam organisasi

untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

Jelaskan kepentingan usaha tersebut kepada perniagaan. [3 markah]

(b) Terangkan tiga jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dikehendaki oleh majikan [6 markah]
daripada bakal pekerja.

(c) Rajah 1 menunjukkan struktur organisasi dalam sebuah perniagaan.

Rajah 1 [ 6 markah ]
Cadangkan sistem penggajian yang sesuai bagi struktur organisasi tersebut.

3 (a) Terangkan peranan pengurusan sumber manusia dalam aspek membangunkan

pasukan untuk mencapai sasaran [3 markah]

(b) Terangkan faktor penentu sistem penggajian [12 markah]

4 Maklumat berikut mengenai iklan jawatan kosong.

(a) Apakah maksud kebolehkerjaan. [2 markah]

(b) Berdasarkan iklan jawatan kosong di atas, huraikan kemahiran kebolehkerjaan yang

diperlukan oleh seorang calon pekerja untuk mendapatkan jawatan tersebut? [8 markah]

(c) Nyatakan lima faedah yang akan diperolehi seorang pekerja dalam sistem penggajian.
[5 markah]

5. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah restoran makanan laut milik Encik Rosman.

Restoran D’Kuala milik Encik Rosman merupakan sebuah restoran makanan laut yang beroperasi di
Kuala Kedah. Encik Rosman mempunyai lima orang pekerja tetap dan dibayar gaji sebanyak RM1500
sebulan bagi seorang pekerja. Beliau juga membuat caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan
bahagian majikan adalah 12%. Pekerja-pekerja beliau tinggal di asrama di bahagian atas premis
restoren dengan percuma. Restorannya kurang mendapat sambutan kerana kedudukannya yang agak
terpencil menyebabkan kurang dikunjungi. Restoran D’Kuala juga sering mengalami pusing ganti
pekerja yang tinggi kerana faktor gaji. Pekerja yang dibayar gaji yang diterima tidak mengikut
spesifikasi tugas yang ditentukan.

a) Hitung jumlah caruman KWSP yang perlu dibayar oleh Encik Rosman kepada lima orang pekerjanya.
[ 4 markah ]

b) Mengapakah Encik Rosman menawarkan tempat penginapan kepada pekerja secara percuma.

Kemukakan alasan anda. [ 3 markah ]

c) Terangkan mengapakah Restoran D’Kuala sering mengalami pusing ganti pekerja yang tinggi?
[ 8 markah ]

SKEMA JAWAPAN OBJEKTIF

1 D 11 C

2 B 12 B

3 D 13 D

4 D 14 B

5 B 15 A

6 A 16 D

7 B 17 D

8 C 18 A

9 B 19 D

10 D 20 B

SKEMA BAHAGIAN A

NO JAWAPAN MARKAH
SOALAN

1. (a). Kepentingan pengurusan sumber manusia:
H1 Sumber manusia sentiasa mencukupi
H2 Sumber manusia diberi latihan 1
H3 Pengagihan sumber secara berkesan 1
H4 Kebajikan pekerja sentiasa dijaga 1
H5 Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau 1
H6 Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi 1
1

Mak= 3

1.(b). Kepentingan penghargaan dan hukuman bagi sesebuah perniagaan:
H1 Menghargai jasa / sumbangan pekerja / terima kasih dari majikan
H2 Meningkatkan motivasi / semangat bekerja / lebih inovasi / kreatif 1
H3 Anugerah / penghargaan menaikkan nama / imej pekerja 1
H4 Mudah diterima oleh majikan / syarikat lain untuk bekerja 1
H5 Contoh penghargaan : sijil / wang / barangan / cuti / melancung / 1
1
kenaikan gaji / kenaikan pangkat /
H6 Hukuman diberi kepada pekerja bermasalah / prestasi rendah / 1

tidak mematuhi prosedur / 1
H7 Hukuman bertujuan mendidik / mengajar / peringatan/ lebih
1
berdisiplin / bermotivasi / meningkatkan prestasi
H8 Contoh hukuman : amaran / potongan gaji / tiada kenaikan pangkat / Mak=3

tiada insentif / turun pangkat / pemberhentian kerja /

1.(c). Keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada seseorang bakal 1
pekerja 1
F1 Kelayakan yang bersesuaian
H1 mengikut keperluan perniagaan / melalui ujian kelayakan / SPM / 1
1
Diploma perakaunan atau yang setaraf
F2 Berpengalaman 1
H2 menjimatkan masa / kos / berkemahiran / cekap / sekurang-
1
kurangnya 2 tahun dalam bidang percetakan / perakaunan
F3 Berpengetahuan tentang produk / perkhidmatan / percetakan / 1
1
perakaunan
H3 boleh memasarkan perkhidmatan dengan berkesan / menggunakan Mak=4

perisian komputer
F4 Keberkesanan mencapai sasaran individu / pasukan / jabatan
H4 komitmen / daya usaha yang positif membentuk kesepakatan

Pilih mana-mana 2 F + 2 H

2.(a) Definisi pengurusan sumber manusia ialah:
2.(b)
2.(c) H1 Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi 1
H2 untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang 1
2.(d)
3. (a) berprestasi tinggi Mak=2

Kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi perniagaan ialah

H1 Sumber manusia sentiasa mencukupi 1
H2 Sumber manusia diberi latihan yang cukup dan terkini 1
H3 Pengagihan sumber manusia secara berkesan 1
H4 Kebajikan pekerja sentiasa dijaga 1
H5 Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau 1
H6 Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi 1

Mak=4

Kemahiran kebolehkerjaan

F1 Kemahiran berkomunikasi 1
F2 Kerja berpasukan 1
F3 Penyelesaian masalah 1
F4 Inisiatif dan keusahawanan 1
F5 Perancangan dan pengurusan diri 1
F6 Penggunaan teknologi terkini 1
F7 Keupayaan pembelajaran 1
1

Mak=4

Jenis kesalahan kakitangan dalam sesebuah perniagaan

H1 Tidak beretika 1
H2 Ingkar arahan tanpa sebab kukuh 1
H3 Ponteng kerja 1
H4 Salah guna aset syarikat 1

Mak=2

Kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang memohon jawatan tersebut :

H1 Kelayakan yang bersesuaian 1
H2 Mempunyai pengalaman 1
H3 Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 1
H4 Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan / jabatan 1
H5 Contoh : mahir dalam masakan barat 1

Mak=4

Struktur organisasi yang sesuai digunakan ialah

3.(b)

F1 Struktur organisasi berdasarkan pelanggan 1

H1 Diwujudkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pelanggan 1

syarikat

H2 Wujud dalam organisasi yang menawarkan aktiviti perkhidmatan 1

H3 Penempatan pekerja bergantung kepada kepakaran / ikut 1

perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan

Mak=3

3.(c) Pengurus sumber manusia menjalankan peranannya sebagai pemantapan

budaya profesional dengan

1

H1 mengamalkan amalan kerja yang beretika/integriti/mementingkan

kecemerlangan 1

H2 memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan 1

H3 mengikut konsep pengurusan Jepun 1

H4 contoh Total Quality Management/Kaizen/5s/Zero Defect

Mak=3

4. (a) Peranan pengurus sumber manusia ialah

H1 Pemberian insentif yang munasabah 1
H2 Meningkatkan pencapaian prestasi perniagaan 1
H3 Meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja 1
H4 Memastikan pekerja rasa dihargai 1

Mak=4

4. (b)(i) Peranan pengurus sumber manusia dalam standard operasi tugas ialah

H1 melaksanakan tugas mengikut keseragaman berdasarkan dokumen arahan 1
bertulis
H2 mengendalikan dokumen seperti pelan/peraturan/pematuhan/dasar 1
H3 memastikan kerja menigikut piawaian yang telah ditetapkan 1
H4 memastikan keselamatan pekerja/meminimumkan risiko 1
H5 Contoh yang sesuai/pekerja pembinaan memakai topi keselamatan 1
Mak=3

4. (b)(ii) Peranan pengurus sumber manusia sebagai penyelesaian masalah ialah

H1 mewujudkan hubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja 1
H2 memastikan tempat kerja yang baik dan kondusif 1
H3 pihak pengurusan perlu mengadakan sesi perbincangan menggalakkan
komunikasi berkesan 1
H4 Contoh yang sesuai/ masalah pekerja boleh dibincang dan dirunding 1
bersama-sama dengan pihak pengurusan
Mak=3

5. (a) Dua peranan pengurusan sumber manusia yang dimainkan oleh Alpha
5. (b) Trading dalam pembangunan perniagaan yang mampan ialah

F1 Membangun pasukan untuk mencapai sasaran. 1
H1 Mewujudkan kerjasama melalui perkongsian pengetahuan,pengalaman 1

dan kemahiran untuk mencapai sasaran pasukan. 1
F2 Pemberian insentif yang munasabah 1
H2a Meningkatkan pencapaian prestasi perniagaan 1
H2b meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja 1
H2c memastikan pekerja rasa mereka dihargai. Mak=4

[Mana-mana 2F+2H]

Tiga aspek pengelolaan sumber manusia yang boleh dilaksanakan oleh 1
Syarikat Alam Bina Sdn Bhd bagi jawatan baru ditubuhkan ialah 1

F1 Penempatan pekerja dan fasiliti 1
H1a Penempatan pekerja mengikut aspek kemahiran, kebolehan,minat
1
kerjaya dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan. 1
H1b Fasiliti yang bersesuaian dapat membantu Meningkatkan kecekapan
1
dan prestasi kerja.
F2 Standard Prosedur Operasi Tugas 1
H2a Dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan 1
1
tugas dan fungsi tertentu. 1
H2b SOP dalam pengurusan perniagaan melibatkan pengendalian dokumen 1

seperti pelan, peraturan, pematuhan dan dasar Mak=6
H2c bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan,
H2d meminimumkan risiko
H2e memelihara keselamatan pekerja.
F3 Struktur Organisasi
H3 Memberi penjelasan tentang tanggungjawab,jawatan,jalur hubungan

komunikasi dan deskripsi tugas.

SKEMA BAHAGIAN B MARKAH
NO JAWAPAN
1. (a). Lakar dan labelkan carta organisasi syarikat ABC. 1

1
1
1
1

1
1
Mak= 6

1. (b). Tindakan jabatan sumber manusia menambahkan bilangan pekerja dalam
syarikat tersebut adalah wajar.
Alasannya 1
H1 syarikat memerlukan lebih ramai pekerja bagi menambahkan pengeluaran
1
komputer
H2 syarikat perlu mengekalkan imej perniagaan supaya terus kekal dalam 1

industri 1
H3 memberi keyakinan kepada pihak pelabur/berkepentingan 1
H4 meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat
1
Tidak wajar 1
H1 menambahkan kos operasi perniagan 1
H2 perlu jalani program orientasi kepada pekerja baru 1
H3 mengambil masa untuk memahami budaya organisasi
Mak=3

1.(c). Kepentingan struktur organisasi bagi Syarikat Netz Sdn. Bhd
2.(a)
2.(b) H1 mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan/ mengikut keperluan 1
jabatan/unit
1
H2 menyelaras antara fungsi bahagian mempunyai objektif yang berlainan/ 1
H3 menentukan aktiviti selaras dengan matlamat organisasi 1
H4 menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab kepada setiap pekerja 1
H5 melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan
1
kompetensi/pengetahuan/kepakaran Mak=6
H6 mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi antara bahagian

Kepentingan usaha tersebut kepada perniagaan

H1 Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi 1
H2 Memastikan sumber manusia diberikan latihan yang cukup / terkini 1
H3 Mengagihkan sumber manusia secara berkesan / mengikut kemahiran / 1
kepakaran 1
H4 Sentiasa menjaga kebajikan pekerja 1
H5 Sentiasa memantau prestasi sumber manusia 1
H6 Memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi 1

Mak=3

Tiga jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dikehendaki oleh majikan daripada
bakal pekerja :

F1 Kemahiran berkomunikasi 1
H1 kebolehan bakal pekerja untuk menyampaikan maklumaN secara cekap dan 1

berkesan kpd orang lain sama ada secara lisan, bukan lisan, dan secara 1
bertulis. 1
F2 Kerja berpasukan 1
H2 Bakal pekerja harus dapat bekerja dalam satu kumpulan di mana ahlinya 1
bekerjasama untuk menjalankan tugas untuk mencapai matlamat organisasi
F3 Penyelesaian masalah Mak=6
H3 bakal pekerja harus mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yg dihadapi secara kreatif dan inovatif dalam mencapai matlamat
organisasi.

2. (c) Sistem penggajian yang sesuai

F1 Gaji asas 1
H1 Dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang telah dibuat antara pihak 1

majikan dan pekerja 1
H2 Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran
1
tambahan seperti elaun / bonus / komisen / dll. 1
H3 Elaun
H4 Bayaran tambahan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja

H5 Pemberian elaun bergantung kepada jenis jawatan yang di sandang. 1
Mak=6

3. (a). Peranan pengurusan sumber manusia dalam aspek membangunkan pasukan
3.(b). untuk mencapai sasaran ialah

4. (a) H1 Mewujudkan semangat kerja berpasukan 1
4. (b) H2 Kerjasama pekerja dari aspek pengetahuan , pengalaman dan kemahiran 1
H3 Setiap pekerja perlu berusaha untuk mencapai Indeks Pencapaian 1

Utama(KPI) Mak=3

Faktor penentu sistem penggajian ialah

F1 Kemampuan organisasi 1
H2 Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mampu 1

memberikan lebih ganjaran kepada pekerja 1
F2 Bentuk tugas 1
H2 Pekerja yang menganggung tugas yang rumit, berat, memikul
1
tanggungjawab yang tinggi dan tugas memnerlukan kenmahiran yang lebih 1
tinggi 1
F3 Undang-undang dan peraturan kerajaan 1
H3 Pihak kerajaan menetapkan gaji minimum untuk melindungi hak pekerja
F4 Ganjaran yang diberi oleh pesaing 1
H4 Majikan perlu memberi ganjaran setara atau lebih tinggi daripada pesaing 1
untuk mengelak pekerja bertukar organisasi
F5 Permintaan dan penawaran buruh 1
H5 Jika permintaan tenaga kerja yang tinggi maka penawaran ganjaran juga 1
turut meningkat.
F6 Faktor lokasi Mak=12
H6 Kos sara hidup setempat yang tinggi, kedudukan geografi dan risiko lokasi
akan mempengaruhi ganjaran pekerja

Kebolehkerjaan ialah

H1 Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja 1
H2 kemahiran berkomunikasi/ kerja berpasukan/penyelesaian 1
masalah/perancangan dan pengurusan diri/keupayaan pembelajaran/penggunaan
teknologi terkini/berinisiatif dan keusahawanan Mak=2

Kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh seorang calon pekerja untuk
mendapatkan jawatan tersebut ialah

F1 Kelayakan yang bersesuaian 1
H1 Majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelayakan mengikut 1

keperluan perniagaan

H2 supaya tugas dilakukan dengan berkesan 1
H3 Pelbagai ujian diperlukan untuk menilai personaliti dan kebolehan calon 1
H4 seperti ujian fizikal dan ujian kecederasan 1
H5 Contohnya, berdasarkan iklan tersebut, kelayakan umum yang dikehendaki 1

adalah kelulusan akademik 1
H6 SPM / DIPLOMA 1
H7 Kelayakan lain seperti - mempunyai lesen memandu kereta
Mak=8

4.(c) Lima faedah sistem penggajian ialah
5. (a)
5.(b) H1 Caruman KWSP 1
5.(c) H2 Caruman PERKESO 1
H3 Komisen 1
H4 Kemudahan cuti 1
H5 kemudahan pengangkutan 1
H6 kemudahan penginapan 1
H7 Bonus tunai 1

Mak=5

Jumlah caruman KWSP yang perlu dibayar oleh Encik Rosman ialah

RM1500 x 12%= 1
RM 180 1

RM180 x 5 orang pekerja= 1
RM900 1

Mak=4

Encik Rosman menawarkan tempat penginapan kepada pekerja secara percuma
kerana

H1 pekerja dapat sampai ke tempat kerja tepat pada masa 1
H2 dapat mengekal pekerja sedia ada/kesetiaan pekerja 1
H3 meningkatkan motivasi/bersemangat untuk bekerja 1
H4 memastikan pekerja rasa dihargai 1
H5 menjamin keselamatan pekerja 1

Mak=3

Sebab Restoran mengalami pusing ganti pekerja yang tinggi

F1 Kemampuan organisasi 1
H1 Gaji rendah / kedudukan kewangan perniagaan tidak stabil / tidak untung 1
F2 Bentuk dan jenis tugas 1
H2 Pekerja di bayar gaji yang rendah tidak sepadan dengan tugas yang 1

dilakukan. 1
F3 Ganjaran yang dibayar oleh pesaing 1
H3 Majikan memberi gaji yang rendah berbanding dengan tempat lain / tidak
1
membayar gaji dengan setara 1
F4 Permintaan dan penawaran buruh
H4 Permintaan dan penawaran dari perniagaan lain yang sangat tinggi / 1
1
permintaan dan penawaran menetukan kadar upah dipasaran
F5 Faktor lokasi Mak=8
H5 Kedudukan restoran yang agak jauh daripada penduduk setempat / geografi

/ kemudahan infrastruktur / risiko lokasi


Click to View FlipBook Version