The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sawittri.charun, 2021-04-07 10:28:45

Panduan Sketch Thinking

F3_PROJ_Oren_S11

PANDUAN SKETCH THINKING

ARAHAN: Terangkan konsep sketch thinking secara ringkas kepada pelajar.
Prinsip-prinsip Utama Sketch Thinking
1. Lukis dengan pantas
2. Lakar orang merasai sesuatu
3. Jadikan idea anda sebuah cerita
Kita melaksanakan ini dengan:
1. Menggunakan set simbol yang minima
2. Mengembangkan lakaran orang kayu (stick-man drawing)
3. Menunjukkan aliran dengan anak panah dan bingkai
Peralatan
Sharpie atau pen penanda adalah peralatan terbaik untuk melaksanakan tugas ini. Ia mudah
digunakan, membolehkan lukisan yang pantas dan lukisannya yang tebal boleh dilihat dari
seberang bilik.

Melukis Orang

Hak Cipta Terpelihara 2019 © Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Genovasi

F3_PROJ_Oren_S11

Mengembangkan orang kayu kepada orang bintang akan menjadikan lakaran anda lebih
menarik. Melukis orang bintang sebenarnya sangat mudah. Ianya hanya lukisan beberapa
bentuk segi tiga.
Dengan menggunakan kaedah ini, semua pihak dapat memahami masalah yang ingin anda
nyatakan. Anda juga boleh mengubah posisi kepala lakaran anda untuk melambangkan arah
(cth: halakan lakaran kepala ke kiri untuk menunjukkan pandangan ke arah tersebut) atau
emosi (cth: lakarkan kepala secara menunduk untuk menunjukkan perasaan hampa).

Anda boleh mengubah garisan melengkung
atau menambah prop untuk menunjukkan
sesuatu aksi, niat atau bahasa gerak-geri
lain.
Orang bintang sesuai untuk menunjukkan
emosi tetapi orang gigi lebih sesuai jika
anda ingin menunjukkan sekumpulan orang.
Orang gigi merupakan gabungan kepala dan
bahu sahaja maka menjadi lakaran senang
untuk mewakili orang ramai.

Hak Cipta Terpelihara 2019 © Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Genovasi

F3_PROJ_Oren_S11

Emosi juga boleh ditunjukkan dengan mata
atau mulut:

Anda boleh menggunakan kedua-duanya
sekali namun memilih satu bermaksud anda
boleh melakar dengan lebih cepat dan
menyampaikan lebih banyak idea dalam
masa yang ditetapkan.

Sketch Thinking bukan hanya untuk melakar manusia

Kadang-kadang, anda hanya ingin melukis peta
laluan atau melukis garis masa. Anak panah yang
mudah sudah cukup memadai untuk tujuan ini namun
terdapat beberapa cara untuk menambah
kepelbagaian.

Jika anda ingin membuat sebuah jalan cerita
daripada aliran kerja, bingkaikan setiap peringkat
dengan ruangan yang berlainan antara setiap
peringkat untuk menunjukkan peredaran masa yang
berbeza.

Anda juga boleh menggunakan tanda

pertuturan untuk mengungkapkan

perasaan dalam setiap peringkat aliran

kerja.

Hak Cipta Terpelihara 2019 © Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Genovasi

F3_PROJ_Oren_S11
Sumber:

https://blog.red-badger.com/blog/2017/2/27/from-stick-man-to-star-man-a-sketching-guide-for-design-thi
nking

Hak Cipta Terpelihara 2019 © Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Genovasi


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Bahan Ajar Handout Matematika
Next Book
PELANCARAN BULAN BAHASA, HIP DAN SUMUR -2021