BAB 2
BANTUAN KECEMASAN
MARIAH SANAJI - SMKA TUN JUHAR SANDAKAN
RENCANA SAINS
Talian Kecemasan 999
Talian kecemasan 999 ialah nombor kecemasan yang menggabungkan
lima agensi, iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis
DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memudahkan orang
awam mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera. Setiap panggilan
kecemasan yang dibuat melalui talian ini adalah percuma dan nombor
pemanggil akan direkod. Hal ini bertujuan supaya pemanggil yang
membuat panggilan palsu dapat dikesan. Sebagai seorang rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, hubungilah talian ini apabila anda benar-benar
memerlukan perkhidmatan kecemasan sahaja.
2.1 RESUSITASI
KARDIOPULMONARI
(CARDIOPULMONARY
RESUSCITATION, CPR)
DEFINISI CPR
Resusitasi Kardiopulmonari atau disebut CPR ialah
bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik
tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut
mangsa untuk mengembalikan degupan jantung dan
pernafasannya. Apakah situasi yang memerlukan CPR ?
SITUASI YANG MEMERLUKAN CPR
Hospital Laman web
Jika Keadaan Jika
seseorang individu seseorang
individu tidak
memberikan yang individu
memerlukan tidak
respon
terhadap CPR bernafas
rangsangan
Jika seseorang individu
tiada degupan jantung
atau nadi
Buku kesihatan
KEADAAN YANG MEMERLUKAN CPR
DISEBABKAN OLEH
SERANGAN JANTUNG PANAHAN PETIR
LEMAS RENJATAN ELEKTRIK
KAEDAH CPR
PERIKSA RESPONS MANGSA
Seseorang yang rebah atau pengsan periksa respons
mangsa
1. Tepuk bahu mangsa dan dan tanya “ Adakah anda
OK?”
2. Jika tiada respons minta bantuan orang sekeliling
hubungi talian kecemasan 999 .
KAEDAH CPR
BUKA SALURAN PERNAFASAN
1. Pastikan mangsa berbaring dan bahagian dada hadap ke
atas di permukaan rata.
2. Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat
dagunya untuk membuka saluran pernafasan.
3. Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan
mendengar bunyi hembusan nafas dari mulut, hidung atau
melihat pergerakan dada mangsa.
KAEDAH CPR
TEKANAN DADA
1. Jika nadi dan pernafasan tidak dikesan, teknik tekanan dada dilakukan
untuk membantu peredaran darah mangsa.
2. Letak sebelah tapak tangan di bahagian tengah dada dalam keadaan
lurus, tekup tangan satu lagi secara selang-selikan jari .
3. Bahu tegak dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang
5cm.
4. Biarkan dada mangsa kembang semula sebelum tekanan seterusnya.
5. Tekanan dada pada kadar 100 – 120 tekanan per minit.
KAEDAH CPR
BANTUAN PERNAFASAN
1. Jika masih tiada pernafasan, picit hidung dan hembuskan udara ke
dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.
2. Udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke peparu.
3. Berpandukan American Heart Association 2016, jika anda tidak selesa
bantuan pernafasan mulut ke mulut, kaedah tekanan dada boleh
membantu.
KAEDAH CPR
BANTUAN PERNAFASAN
1. Kemudian tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti 2 kali hembusan mulut
ke mulut secara berulang sehingga ambulans tiba atau mangsa sedar.
2. Jika mangsa bernafas tetapi belum sedar, ubah kedudukan badan
mangsa dalam keadaan mengiring.
KEPENTINGAN CPR
1. Kaedah tekanan dada – untuk menghasilkan peredaran darah
secara buatan dengan mengepam darah melalui jantung.
2. Kaedah ini dapat membantu mangsa yang mengalami serangan jantung
dan degupan jantung terhenti.
3. Hembusan mulut ke mulut - membolehkan mangsa menerima udara
beroksigen ke dalam peparunya
4. Oksigen akan diangkut ke otak dan seluruh tubuh mangsa agar otak
tidak mengalami kerosakan.
2. 2
HEIMLICH MANOEUVRE
DEFINISI HEIMLICH MANOEUVRE
1. Bantuan kecemasan untuk menyelamatkan
seseorang individu yang tercekik.
2. Tercekik berlaku apabila saluran pernafasan
tersekat disebabkan oleh makanan atau
bendasing.
Memegang SITUASI MANGSA Tidak boleh
leher dengan YANG MEMERLUKAN bercakap
KAEDAH HEIMLICH atau batuk
kedua-dua
tangan MANOEUVRE Sukar
bernafas
Kulit, bibir
dan kuku
kelihatan
kebiruan dan
kehitaman
Dr. Henry Heimlich tahun
1974, seorang pakar
bedah toraks, telah
menemui kaedah Heimlich
Manoeuvre
TERCEKIK MAKANAN ?????
1. Apabila menelan makanan,
epiglotis terlipat dan menutup
saluran pernafasan (trakea).
2. Makanan akan terus bergerak ke
dalam esofagus menuju ke perut.
3. Jika makanan menghalang
saluran pernafasan, seseorang
akan tercekik.
KEPENTINGAN HEIMLICH MANOEUVRE
1. Saluran pernafasan yang tersumbat boleh menghalang
oksigen ke peparu.
2. Individu yang tercekik seperti tercekik makanan tidak
dapat bernafas seperti biasa .
3. Oksigen yang diperoleh daripada udara akan disedut
masuk ke dalam peparu kemudian diserap ke semua sel
badan manusia termasuk otak.
4. Jika oksigen tidak sampai ke otak, kerosakan otak berlaku
dan mengakibatkan kematian.
KAEDAH HEIMLICH MANOEUVRE
1. Berdiri di belakang
mangsa.
2. Bongkokkan badan
mangsa sedikit ke
hadapan.
KAEDAH HEIMLICH MANOEUVRE
1. Kelilingkan
tangan dari
belakang.
2. Genggamkan
tangan kanan
KAEDAH HEIMLICH MANOEUVRE
1. Letakkan genggaman
tangan kanan di antara
pusat dengan bawah
rusuk mangsa.
2. Letakkan tangan kiri di
atas tangan kanan yang
digenggam.
KAEDAH HEIMLICH MANOEUVRE
1. Tekan dan sentak ke atas
dengan kuat dan cepat.
2. Tekanan yang diberikan akan
menambahkan tekanan di
dalam peparu.
3. Keadaan ini menyebabkan
bendasing tertolak keluar.
KAEDAH HEIMLICH MANOEUVRE JIKA
BERSEORANGAN
1. Letakkan tangan di antara
pusat dengan bawah rusuk.
2. Cuba berikan tekanan pada
bahagian tersebut dengan
membongkokkan badan.
3. Jika tiada tenaga, cari objek
separas pinggang seperti
kerusi atau meja.
4. Bongkokkan badan, tolak
badan dengan seluruh tenaga
kepada objek tersebut.