SESI TEMUDUGA PENGARAH KPD DENGAN PEGAWAI KPD PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA DINAIKKAN PANGKAT JUN 2023 (1) 1 Jun 2023 – KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Wisma Perwira TD pada hari ini. Pemakaian pangkat ini turut melibatkan seorang Pegawai KPD iaitu Mejar Zuraida binti Che Ghani yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel dan menjawat jawatan Pegawai Memerintah 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan dan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Seluruh warga KPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai kanan yang dipakaikan pangkat hari ini. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia di atas prestasi dan dedikasi yang dicurahkan selama ini untuk perkhidmatan. Semoga ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang. Kuala Lumpur, 1 Jun 2023 - Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja telah menemuduga dua Pegawai Kor Perkhidmatan Diraja di 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja hari ini. Pegawai tersebut ialah Mejar Zuraida binti Che Ghani yang bakal dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel dan Mejar Faezah binti Mat Yamin yang bakal menghadiri kursus United Nations Certified Military Observer Course di Hammelburg, Jerman.
PENGARAH KPD TURUT HADIR DALAM MAJLIS PENGHARGAAN KETUA STAF TENTERA DARAT KE - 22 JUN 2023 (2) SESI PERJUMPAAN PENGARAH KPD DENGAN TIM BOLA JARING KPD KUALA LUMPUR, 4 Jun 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD) Ke - 22 yang diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan isteri, Datin Erni Irawati binti Rosli. KS TD akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat dan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat yang baharu. 1 Jun 2023 - Kuala Lumpur: Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Pengarah KPD telah membuat sesi perjumpaan dengan Tim Bola Jaring Kor Perkhidmatan Diraja (KPD). 91 Depot Bekalan Pusat (DBP) yang merupakan Pusat Cemerlang Sukan Bola Jaring KPD telah berusaha dengan mengadakan latihan intensif sebagai persiapan dan persediaan menjelang Kejohanan Bola Jaring Inter Kor/Rej Tentera Darat (TD) yang bakal berlangsung pada 6 hingga 12 Jun 2023. Sesi perjumpaan ini berlangsung di 74 Batalion KPD, Kem Perdana Sungai Besi. Dalam perjumpaan tersebut, pengarah dengan tulus mengharapkan agar semua pemain memberikan komitmen sepenuh hati dan berusaha untuk mencapai kejayaan tertinggi. Dalam pertandingan ini, impian menduduki tempat pertama harus menjadi target setiap pemain. Kejohanan Bola Jaring Inter Kor/Rej TD akan menjadi satu kejohanan yang cukup sengit, namun dengan kesungguhan, usaha gigih, strategi yang mampan dan semangat juang yang tinggi, tim ini pasti mampu meraih kemenangan yang gemilang.
MEJAR FAEZAH BINTI MAT YAMIN BERLEPAS KE JERMAN BAGI MENGHADIRI KURSUS UNITED NATIONS CERTIFIED MILITARY OBSERVER COURSE PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA KOR/REJIMEN TENTERA DARAT (TD) MEMBUKA TIRAI JUN 2023 (3) SEPANG, 6 JUN 2023 - Wakil Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja telah hadir ke KLIA bagi menghantar Mejar Faezah binti Mat Yamin yang akan menghadiri kursus United Nations Certified Military Observer Course di Hammelburg, Jerman bermula 6 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023. KUALA LUMPUR, 6 Jun 2023 - Pertandingan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen Tentera Darat (TD) telah membuka tirainya pada hari ini serta telah dirasmikan oleh Brigedier Jeneral Shahir bin Abd Rahman, Panglima 11 Briged yang diiringi oleh Brigedier Jeneral Suhaimi bin Mat Isa, Pengarah Kor Ordnans Diraja (KOD)merangkap Pengerusi Persatuan Bola Jaring TD, di Dewan Serbaguna Kem Wardieburn. Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), turut hadir dalam majlis tersebut. Acara telah dimulakan dengan sesi memperkenalkan para pemain dari semua kontinjen kepada Panglima 11 Briged. Pertandingan ini melibatkan perlawanan-perlawanan di antara 9 Kor/Rejimen dalam TD yang bermula pada 6 hingga 13 Jun 2023. Antara Kor/Rejimen TD yang berentap merebut gelaran kejuaraan adalah Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Kesihatan Diraja (KKD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kor Risik Diraja (KRD), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD) dan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BORANG TENTERA DARAT (JKIBTD) SIRI 1/2023 KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KPD KEPADA PANGLIMA LOGISTIK TD KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023: Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Haji Rusni bin Saad di Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat, Kuala Lumpur. Aturcara bermula dengan Pengarah KPD menerima tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kuarters sebelum diperkenalkan kepada pegawai Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat. Lawatan diakhiri dengan acara serah terima cenderahati dan menandatangani buku lawatan. (4) KUALA LUMPUR : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Borang Tentera Darat telah diadakan pada 6 Jun 23 di Wisma Transit Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh PS 1 Teknikal, Lt Kol Adly bin Majid sebagai ahli tetap jawatankuasa. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Logistik Cawangan Logistik Markas Tentera Darat, Kol Azlan bin Mustaffa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah mengkoordinasi semula borang di bawah Markas Tentera Darat sebelum diangkat ke dalam Jawatakuasa Induk Percetakan Borang ATM dan awam.
JUN 2023 (5) KESIAGAAN TDM TERUS DIPERKUKUHKAN DENGAN PEROLEHAN ASET TERBAHARU KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini. Turut hadir adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu untuk kegunaan Tentera Darat bagi suku kedua tahun 2023. Perolehan baharu secara berperingkat sejak awal 2023 lalu menjadikan kesiagaan TDM sentiasa berada di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana. LATIHAN UKA SIRI KE-2 PENGGAL PERTAMA DIKETUAI OLEH JAB KPTD KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Staf Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) pada 08 Jun 2023 bertempat di Kem Wardieburn. Ujian ini melibatkan dua komponen iaitu larian 2.4km dan komponen kekuatan tubuh badan. Ujian tersebut telah diuji oleh jurulatih jasmani Tentera Darat. Objektif pelaksanaan ujian ini adalah untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal, mewujudkan kesedaran serta kefahaman berkenaan kepentingan kecergasan mental dan fizikal bagi setiap peringkat anggota serta menguji keupayaan dan kesiapsiagaan stamina seorang anggota.
(6) KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEMPENA KARNIVAL SUKAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 MEMBUKA TIRAI. JUN 2023 KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 - Kejohanan Sepak Takraw sempena Karnival Sukan Kor Perkhidmatan Diraja telah membuka tirainya pada hari ini yang telah dirasmikan oleh Brigedier Jeneral Abd Hafiz bin Ahmad, Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemer1intahan Medan Barat Tentera Darat bertempat di Dewan Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa (KPTOJ), Kem KEMENTAH. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Norhizuan bin Hassan, Pegawai Memerintah 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja. Kejohanan ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Jun 2023. KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KPD KEPADA PANGLIMA LATIHAN TENTERA DARAT PORT DICKSON, 12 Jun 2023: Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson hari ini. Atur cara bermula dengan Pengarah KPD menerima tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kuarters dan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan penyampaian cenderahati.
JUN 2023 MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PARACUT TENTERA DARAT SIRI 1/2023 SUNGAI UDANG, 13 Jun 2023 : Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Paracut Tentera Darat Siri 1/2023 telah dihadiri oleh PS 1 Teknikal, Lt Kol Adly bin Majid dan PS 2 Alat, Mej Asriffudin bin Asmoe di Bilik Mesyuarat Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf OPLAT, Mej Jen Malek Razak bin Sulaiman. Dalam mesyuarat tersebut, PS 2 Alat telah membentangkan status semasa peralatan HU pasukan KPD dan keperluan perolehan peralatan pakai habis HU bagi mendokong keperluan minimum atur gerak operasi dan latihan pasukan KPD tahun 2023 dan 2024. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KPD 14 Jun 2023 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di antara Mejar Jeneral Dato’ Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Shamsudin dengan Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah berlangsung di Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat dan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Mejar Jeneral Dato’ Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Shamsudin merupakan Pengerusi KPD Ke-15 dan akan menamatkan perkhidmatan pada bulan Oktober 2023. Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi KPD yang Ke-16 berkuatkuasa pada 8 Jun 2023 yang lalu. (7)
(8) PENUTUP KARNIVAL SUKAN BOLA TAMPAR (WANITA) ANTARA FORMASI KPD DAN SUKAN SEPAK TAKRAW ANTARA FORMASI KPD Sungai Besi, 15 Jun 2023 – Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) telah merasmikan Penutup Sukan Bola Tampar (Wanita) Antara Formasi KPD dan Sukan Sepak Takraw Antara Formasi KPD Tahun 2023 pada 15 Jun 2023 (Khamis) di 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Kem Perdana Sungai Besi. Brig Jen Abd Malek bin Othman, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) turut hadir di majlis penutup tersebut. MEJAR MOHAMMAD HARRIS BIN YUSOP TELAH MENGHADIRI KURSUS UNITED STATES TRANSPORTATION COMMAND INTERNATIONAL LOGISTICS SYMPOSIUM DI AMERIKA AMERIKA SYARIKAT - Mejar Mohammad Harris bin Yusop telah menghadiri kursus United States Transportation Command International Logistics Symposium di Scott Air Forces Base, Illinois, Amerika Syarikat bermula 13 Jun 2023 hingga 15 Jun 2023.
JUN 2023 (9) MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT SUNGAI BESI, 16 Jun 2023 - Jasa dan budi tetap menjadi sanjungan dan tidak akan dilupakan meskipun sudah menamatkan perkhidmatan. Seorang pegawai kanan Kor Perkhidmatan Diraja iaitu Leftenan Kolonel Afiha binti Hussin turut diraikan dalam Majlis Penghargaan Persaraan Pegawai Kanan Tentera Darat, dilangsungkan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada hari ini. Majlis yang disempurnakan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan turut dihadiri Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) KOR PERKHIDMATAN DIRAJA NOMBOR 2 FORMASI 4 DIVISYEN KUALA LUMPUR: Seramai 63 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Koperal, Sarjan dan Staf Sarjan Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat dalam Lembaga Kenaikan Pangkat LLP Kor Perkhidmatan Diraja Nombor 2 Formasi 4 Divisyen bermula dari 19 hingga 22 Jun 2023 di Wisma Transit Kuala Lumpur. Lembaga Kenaikan Pangkat ini dilaksanakan bagi memilih bakal PTT Kanan yang berketerampilan dan komited untuk mengisi kekosongan perjawatan di pasukan. Lembaga Kenaikan Pangkat No 2 KPD dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pemeriksaan dokumen. Seterusnya calon telah menjalani UKA, Ujian Bertulis, Ujian Kawad Kaki dan diakhiri dengan Lembaga Akhir Kenaikan Pangkat. Lembaga akhir ini dipengerusikan oleh Pegawai Staf 1 Kerjaya, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan bersama panel iaitu Pegawai Staf 2 Kor Perkhidmatan 4 Divisyen, Lt Kol Mohd Nizam bin Mohd Yusop @ Mohamed, Pegawai Memerintah 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Lt Kol Zuraida binti Che Ghani, Pegawai Memerintah 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Lt Kol Rosli bin Abdul Hamid, PS 3 B Perjawatan Cawangan Sumber Manusia - Sel LLP, Kapt Hadi Harris bin Adnan Izan dan SMR Kor, PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris . Sebelum itu, Majlis Pembukan Lembaga Kenaikan Pangkat No 2 KPD ini telah dirasmikan oleh Pegawai Staf 1 KPD MK 4 Div, Lt Kol Nasarudin bin Mansor.
JUN 2023 (10) BENGKEL PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT KAPTEN KE MEJAR (BERTULIS) KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai telah terlibat dalam pelaksanaan Bengkel Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapten ke Mejar (Bertulis) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja bermula 19 hingga 21 Jun 2023 di Wisma Transit Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk membantu calon pegawai yang terlibat mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Selain itu, objektif utama yang digariskan adalah memberi tunjuk ajar serta garis panduan semasa menilai, memahami dan menjawab soalan. Pensyarah jemputan yang hadir adalah terdiri daripada pegawai KPD yang menyampaikan syarahan merangkumi subjek yang terlibat iaitu Undang-Undang Tentera, Sejarah Ketenteraan, Pengetahuan Am Ketenteraan dan Hal Ehwal Antarabangsa. Peperiksaan Kapten ke Mejar (Bertulis) yang sebenar dijadualkan akan berlangsung bermula 3 hingga 6 Julai 2023 melibatkan seluruh calon-calon pegawai Tentera Darat Malaysia. KURSUS PENYESUAIAN MOBILE FIELD KITCHEN (MFK) KUCHING, 21 Jun 2023 - Majlis Penutup Kursus Penyesuaian Mobile Field Kitchen (MFK) telah dilaksanakan oleh Lt Kol Kogilabalan Nair A/L Gunasekaran, PS 1 Perkhidmatan 1 Div di 671 Kem Transit Kuching, Kem Semenggo, Kuching, Sarawak. PS 3 Alat Jab KPD dan 2 kali PTTK dari PULMAT turut hadir bagi memberi taklimat dan penerangan berkenaan MFK. Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 19 hingga 23 Jun 23. Kursus yang disertai oleh 30 kali anggota daripada 1 Div bertujuan sebagai latihan familiarization kepada tatacara persiapan, pengoperasian dan senggaraan MFK yang dibekalkan di 1 Div. Selain daripada itu, kursus ini juga dilaksanakan secara teori dan praktikal pengoperasian secara fizikal di medan termasuk senggaraan. Kursus ini telah melibatkan 3 buah MFK dari 3 pasukan iaitu 11 RAMD, 10 RRD dan 8 RAD. Terima kasih kepada 71 Bn KPD kerana menyediakan persiapan kelas, makan termasuk penginapan sepanjang kursus ini berlangsung.
JUN 2023 (11) MESYUARAT SEMAKKAN PERJAWATAN DAN JOB DESRIPTION PASUKAN KPD KUALA LUMPUR : Mesyuarat semakan perjawatan dan Job description bagi pasukan pasukan KPD telah diadakan pada 20 dan 21 Jun 23. Mesyuarat yang telah dihadiri oleh 11 pegawai telah dipengerusikan oleh PS 1 Teknikal, Lt Kol Adly bin Majid di bilik mesyuarat Jab KPD. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membuat pemeriksaan berkaitan perjawatan dan juga diskripsi tugas setiap perjawatan yang dicadangkan di dalam kertas cadangan perjawatan (KCP) yang akan dimajukan kepada Cwg P&P. MESYUARAT AGONG TAHUNAN WISMA PERWIRA TD TAHUN 2023 KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Mesyuarat Agong Tahunan Ke - 7 Wisma Perwira Tentera Darat bertempat di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Wisma Perwira Tentera Darat Tahun 2022/2023, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan dan telah dihadiri oleh Pegawai Kanan dan pegawai - pegawai yang terdiri daripada wakil Kor, Rejimen dan Formasi masing - masing. Mesyuarat dimulai dengan membincangkan perkara berbangkit, pembentangan aktiviti wisma, perlantikan Yang Dipertua Wisma dan Ahli Jawatankuasa Wisma yang baru serta cadangan dan usul-usul baru dari Ahli. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman.
JUN 2023 LAWATAN KEBAJIKAN WAKIL JABATAN ARAH KPD KEPADA ISTERI VETERAN KPD KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – Wakil Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Zaharah binti Osman melakukan lawatan kebajikan dan menyantuni isteri Veteran KPD iaitu Datin Hamidah binti Abd Malek isteri kepada Brigedier Jeneral Dato’ Abdul Majid bin Daudsha (B) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Mejar Zaharah binti Osman turut menyampaikan sumbangan kepada isteri Veteran KPD semasa lawatan tersebut. (12) BAND D’SEMENGGOS TEMPAT KETIGA BATTLE OF THE BANDS TENTERA DARAT 2023 MELAKA, 25 Jun 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah hadir ke Pertandingan Akhir Battle Of The Bands Tentera Darat Tahun 2023 bertempat di Dataran Sejarah, Ayer Keroh. Turut hadir adalah Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan dan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Acara yang telah bermula sejak 21 Jun 2023 yang lalu ini menyaksikan pertempuran 4 kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir bagi Kategori Jabatan Arah/Kor dan 4 kumpulan bagi Kategori Formasi. Kesemua kumpulan menyampaikan dua buah lagu iaitu sebuah lagu patriotik ciptaan sendiri dan sebuah lagu semasa yang digubah susunan muziknya. Kombo Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah berjaya muncul Juara bagi Kategori Jabatan Arah/Kor manakala Naib Juara disandang Band De Electras dari Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dan di tempat ketiga Band D’Semenggos dari Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).
JUN 2023 (13) MESYUARAT JAWATAN KUASA SUKATAN ALAT TULIS TENTERA DARAT LAWATAN PENGHARGAAN MANTAN PENGERUSI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA YANG KE -15 KE 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (73 BN KPD) TERENDAK, 27 Jun 2023 : Mantan Pengerusi KPD yang ke-15, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin telah mengadakan lawatan penghargaan ke 73 Bn KPD pada 27 Jun 23 sempena persaraan beliau dan sebelum menamatkan perkhidmatan. Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah 73 Bn KPD iaitu Lt Kol Wan Suhaimi bin Wan Yaacob. Acara dimulakan dgn Pemeriksaan Kawalan Kuarter sebelum diperkenalkan kepada pegawai dan PTT Kanan pasukan. Acara diteruskan dgn Sesi Dialog Pengerusi KPD Ke-15 bersama Warga 73 Bn KPD di Dewan Salim. Seramai 9 Pegawai dan 93 Lain-lain pangkat dalam sesi dialog ini termasuk jemputan peg KPD dari pasukan yang berada di Kem Terendak. Mesyuarat Jawatankuasa Sulatan Alatan Tentera Darat (JSATD) telah diadakan pada 27 Jun 23 telah dihadiri oleh PS 1 Teknikal, Lt Kol Adly bin Majid di Bilik Mesyuarat Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Logistik Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah. Antara perkara yang telah diputuskan adalah Tajaan memperbaharui Jadual Peralatan Tentera Darat (JPTD) bagi Komp KPD (AW), Pasukan Transit dan Pasukan Pelabuhan telah diperakui dan diluluskan. JSATD turut memperakui dan meluluskan Jadual Peralatan Stor Sementara (JPSS) bagi pasukan Komp KPD GAPU, Pl Bek GAPU dan SBTD Bera.
JUN 2023 (14) KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KEPADA PANGLIMA 3 DIVISYEN MELAKA, 27 Jun 2023: Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid di Markas 3 Divisyen hari ini. Aturcara bermula dengan Pengarah KPD menerima tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kuarters dan kunjungan hormat diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan menandatangani buku lawatan. KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KEPADA PANGLIMA 10 BRIGED PARA MELAKA, 27 Jun 2023: Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal di Markas 10 Briged Para hari ini. Aturcara bermula dengan Pengarah KPD menerima tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kuarters dan kunjungan hormat diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan menandatangani buku lawatan.
JUN 2023 (15) MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA MANTAN PENGERUSI KPD & PENGARAH KPD KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – Majlis Makan Malam Bersama Mantan Pengerusi dan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja telah diadakan di D’Teratai, Wisma Transit Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan khusus untuk meraikan anggota veteran KPD yang terdiri daripada mantan-mantan Pegawai Kanan Kor Perkhidmatan Diraja yang telah bersara. Turut hadir ke majlis adalah Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, Pengarah KPD, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brigedier Jeneral Abd Hafiz bin Ahmad dan pegawai-pegawai Kanan Kor Perkhidmatan Diraja.