NOVEMBER
JUN 2023 (1) 1 Pegawai KPD iaitu Mej Puteri Haati binti Mustappa telah terpilih untuk melaksanakan tugas sebagai Pegawai Staf Tentera (PST) di Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL). Turut hadir adalah wakil Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja, Mej Mohammad Shahir bin Ismail dan Mej Zaharah binti Osman. Semoga pegawai selamat menjalankan tugas di UNIFIL serta mengharumkan nama negara Malaysia yang tercinta. SEPANG - 1 NOVEMBER 2023 PENGHANTARAN PEGAWAI TUMPANGAN SEMENTERA DI MISI UNITED NATION INTERIM FORCE IN LEBANON (UNIFIL)
JUN 2023 (1) 2 SUBANG - 2 NOVEMBER 2023 PENGHANTARAN KUMPULAN PERTAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA KPD BAGI MALBATT 850-11 KE LUBNAN Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara (PU) Subang. Seramai 3 pegawai dan 11 anggota Lain-lain Pangkat dari Kor Perkhidmatan Diraja terlibat untuk Kumpulan Pertama. Penghantaran kumpulan seterusnya akan dilaksanakan pada 7, 12 dan 16 Nov 23.
JUN 2023 (1) 3 Kumpulan pertama yang terdiri daripada 11 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dari Kor Perkhidmatan Diraja yang baru selesai menjalani misi Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10, selamat tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. Ketibaan kumpulan Pertama ini disambut oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom, pegawai - pegawai kanan dari Markas Angkatan Bersama dan wakil dari Jab KPD. Dalam ucapan PAB, Beliau telah menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan syabas kepada semua anggota MALBATT 850 - 10. SUBANG - 3 NOVEMBER 2023 KEPULANGAN KUMPULAN PERTAMA ANGGOTA MALBATT 850-10
JUN 2023 (1) 4 Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Adly bin Zahari telah menyempurnakan penghantaran kumpulan kedua MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara (PU) Subang. Seramai 9 anggota Lain-lain Pangkat dari Kor Perkhidmatan Diraja terlibat untuk Kumpulan kedua. Dalam ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, beliau menasihati agar semua anggota SUBANG - 7 NOVEMBER 2023 PENGHANTARAN KUMPULAN KEDUA ANGGOTA KPD BAGI MALBATT 850-11 KE LUBNAN MALBAT 850-11 dapat memikul tanggungjawab yang di amanahkan semasa menjalankan misi ini. Penghantaran kumpulan ketiga dan keempat kan dilaksanakan pada 12 dan 16 Nov 23.
JUN 2023 (1) 5 Kumpulan kedua terdiri daripada 1 Pegawai dan 8 anggota Lain - lain pangkat (LLP) dari Kor Perkhidmatan Diraja yang baru selesai menjalani misi Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10, selamat tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. Ketibaan kumpulan kedua ini disambut oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dan pegawai - pegawai kanan dari Markas Angkatan Bersama serta wakil dari Jab KPD. Dalam ucapan PAB, Beliau telah mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada seluruh anggota MALBATT 850 - 10. SUBANG - 8 NOVEMBER 2023 KEPULANGAN KUMPULAN KEDUA ANGGOTA MALBATT 850-10
JUN 2023 (1) 6 Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah menyempurnakan penghantaran kumpulan ketiga ke MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara (PU) Subang. Seramai 15 anggota Lain-lain Pangkat dari Kor Perkhidmatan Diraja terlibat untuk Kumpulan ketiga. Dalam ucapan PAB, Beliau menasihati agar semua anggota MALBAT 850-11 dapat memikul tanggungjawab yang di amanahkan semasa menjalankan misi ini. Penghantaran kumpulan terakhir akan dilaksanakan pada 16 Nov 23. SUBANG - 12 NOVEMBER 2023 PENGHANTARAN KUMPULAN KETIGA ANGGOTA KPD BAGI MALBATT 850-11 KE LUBNAN
JUN 2023 (1) 7 Kumpulan ketiga yang terdiri daripada 1 pegawai dan 12 anggota Lain - lain pangkat (LLP) dari Kor Perkhidmatan Diraja yang baru selesai menjalani misi Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10, selamat tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. Ketibaan kumpulan ketiga ini disambut oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS MK AB), Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan pegawai - pegawai kanan dari Markas Angkatan Bersama serta wakil dari Jab KPD. Dalam ucapan KS MK AB, Beliau menzahirkan ribuan terima kasih dan syabas kepada seluruh anggota MALBATT 850 - 10 yang telah berjaya menamatkan misi dengan jayanya. SUBANG - 13 NOVEMBER 2023 KEPULANGAN KUMPULAN KETIGA ANGGOTA MALBATT 850-10
JUN 2023 (1) 8 Seramai 50 Pegawai Waran telah terlibat dalam Majlis Pembukaan Seminar Pegawai Waran Kor Perkhidmatan Diraja tahun 2023 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur. Seminar yang dilaksanakan selama 4 hari bermula 14 hingga 17 Nov 23 ini dianjurkan oleh Jab KPD bertujuan untuk melahirkan Pegawai Waran KPD yang berilmu serta berkemahiran dalam pengurusan sumber manusia dan rejimental. Selain itu, dapat meningkatkan tahap pengetahuan serta pemahaman terhadap polisi dan arahan semasa Kor dan TD. Majlis perasmian telah disempurnakan KUALA LUMPUR - 14 HINGGA 17 NOVEMBER 2023 MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PEGAWAI WARAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (KPD) TAHUN 2023 Turut hadir Pegawai Staf 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan dan Sarjan Mejar Rejimen KPD, PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris serta staf daripada Jab KPD. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan semua Pegawai Waran supaya menimba ilmu sebanyak yang mungkin dalam seminar ini untuk dipraktikkan apabila kembali ke pasukan kelak. oleh Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik MK PMBTD, Brig Jen Abd Hafiz bin
JUN 2023 (1) 9
JUN 2023 (1) 10 Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS MK AB), Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman telah menyempurnakan penghantaran kumpulan terakhir MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara (PU) Subang. Seramai 9 anggota Lain-lain Pangkat dari Kor Perkhidmatan Diraja terlibat untuk kumpulan terakhir ini. Dalam ucapan KS MK AB, beliau memberikan kata- kata semangat agar semua anggota MALBAT 850-11 terus bersemangat dan dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan semasa menjalankan misi ini. SUBANG - 16 NOVEMBER 2023 PENGHANTARAN KUMPULAN TERAKHIR ANGGOTA KPD BAGI MALBATT 850-11 KE LUBNAN
JUN 2023 (1) 11 Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS MK AB), Mejar Jeneral Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman telah menyempurnakan penghantaran kumpulan terakhir MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara (PU) Subang. Seramai 9 anggota Lain-lain Pangkat dari Kor Perkhidmatan Diraja terlibat untuk kumpulan terakhir ini. Dalam ucapan KS MK AB, beliau memberikan kata-kata semangat agar semua anggota MALBAT 850-11 terus bersemangat dan dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan semasa menjalankan misi ini. SUBANG - 16 NOVEMBER 2023 KEPULANGAN KUMPULAN TERAKHIR ANGGOTA MALBATT 850-10
JUN 2023 (1) 12 Majlis Konvokesyen The Chartered Institute of Logistic and Transport in Malaysia telah berlangsung di Grand Shah Alam, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini. Seramai 34 orang pegawai Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat di dalam konvokesyen tersebut dan telah dianugerahkan gelaran Chartered Member of The Chartered Institute of Logistic and Transport in Malaysia (CMILT). Mendahului senarai penerima sijil CMILT adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Abd Malek bin Othman dan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik PMB TD, Brig Jen Abdul Hafiz bin Ahmad. Seluruh warga Kor Perkhidmatan Diraja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai KPD di atas konvokesyen pada hari ini. Semoga penganugerahan ini akan menjadi pendorong untuk terus menabur bakti bagi memastikan kecemerlangan Kor Perkhidmatan Diraja khasnya dan Tentera Darat Malaysia amnya. SHAH ALAM - 18 NOVEMBER 2023 MAJLIS KONVOKESYEN THE CHARTERED INSTITUTE OF LOGISTICS AND TRANSPORT IN MALAYSIA 2023
JUN 2023 (1) 13
JUN 2023 (1) 14
JUN 2023 (1) 15
JUN 2023 (1) 16 Seramai 79 penuntut Kursus Anggota Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat bagi acara Penutup Kursus Anggota Kor Perkhidmatan Diraja Kelas 2 (DEC) Siri 4/2023 yang dianjurkan oleh 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja pada 21 November 2023. Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Haji Abdul Jalil bin Haji Ramli disaksikan oleh warga 93 Bn KPD serta jemputan lain. Turut hadir adalah PS 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan, PS 1 Teknikal Jab KPD, Lt Kol Adly bin Majid, dan PS 1 Pengurusan Jab KPD, Lt Kol Shamsol Nizam bin Mohamad Kasim. Kursus yang berlangsung selama 16 minggu ini memberi pendedahan tentang Kor Perkhidmatan Diraja dan sukatan pembelajaran tugas kor yang akan dijadikan bekalan kepada anggota untuk melapor ke pasukan baru kelak.Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Haji Abdul Jalil bin Haji Ramli dalam ucapannya, memberi peringatan dan nasihat kepada anggota agar terus menjaga disiplin sepanjang dalam perkhidmatan dan sentiasa memberi yang terbaik dalam melaksanakan tugasan demi menjaga nama baik Kor Perkhidmatan Diraja. Majlis ini diakhiri dengan jamuan makan di Kelab De’ Cantonment, 93 Bn KPD. BATU KENTONMEN - 21 NOVEMBER 2023 PERBARISAN PENUTUP KURSUS ANGGOTA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KELAS 2 (DEC) SIRI 4/2023
JUN 2023 (1) 17 PS 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan telah menemubual Pegawai Kor Perkhidmatan Diraja yang bakal terlibat dengan Lembaga Tauliah Tetap Pegawai Tentera Darat Siri 2/2023 di Bilik Mesyuarat, Jab KPD. Seramai 7 pegawai terlibat dengan temuduga bagi lembaga kali ini. Turut hadir dalam temuduga adalah PS 1 Teknikal Jab KPD, Lt Kol Adly bin Majid dan PS 2 Pegawai Jab KPD, Mej Mohammad Shahir bin Ismail. KUALA LUMPUR - 22 NOVEMBER 2023 SESI TEMUDUGA PEGAWAI STAF 1 KERJAYA JABATAN ARAH KPD DENGAN CALON LEMBAGA TAULIAH TETAP PEGAWAI TENTERA DARAT SIRI 2/2023
JUN 2023 (1) 18 Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Kor Perkhidmatan Diraja yang dihadiri PTTK Kor Perkhidmatan Diraja di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Majlis ini telah dihadiri seramai 389 PTTK dan pasangan. Dalam majlis ini turut diserikan dengan kehadiran PTTK yang bakal bersara seramai 15 orang. Majlis yang penuh istiadat ini diadakan untuk mengekalkan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Turut hadir ke majlis adalah Pengarah KPD, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman dan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brigedier Jeneral Abd Hafiz bin Ahmad. KUALA LUMPUR - 24 NOVEMBER 2023 MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PEGAWAI TIDAK TAULIAH KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
JUN 2023 (1) 19
JUN 2023 (1) 20
JUN 2023 (1) 21 Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brig Jen Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Kursus Induksi Penyerapan Anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke Angkatan Tetap bagi Kor Perkhidmatan Diraja tahun 2023 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 46 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang telah berjaya Dipertugaskan Sepenuh Masa ke dalam Kor Perkhidmatan Diraja. Kursus ini akan bermula 27 November 2023 sehingga 1 Disember 2023. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada anggota kursus mengenai Kor Perkhidmatan Diraja. Dalam ucapan Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, beliau menasihati semua anggota supaya dapat mengekalkan disiplin yang baik sepanjang perkhidmatan. Selesai sahaja majlis, turut diadakan jamuan ringan. Turut hadir ke majlis pembukaan adalah PS 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol KUALA LUMPUR - 27 NOVEMBER 2023 MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS INDUKSI PENYERAPAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP BAGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 Turut hadir ke majlis pembukaan adalah PS 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan, PS 1 Pengurusan Jab KPD, Lt Kol Shamsol Nizam bin Mohamad Kasim, PS 1 Teknikal Jab KPD, Lt Kol Adly bin Majid dan SMR Kor, PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris.
JUN 2023 (1) 22 Kursus induksi diteruskan dengan penyampaian syarahan oleh pensyarah jemputan. Penuntut kursus didedahkan dengan Tred KPD iaitu Pengurusan Pengangkutan Kenderaan B, Chef Tentera dan juga Pentadbir Logistik. Penuntut juga berpeluang untuk mengetahui fungsi kor yang lain iaitu Bomba dan Hantaran Udara. KUALA LUMPUR - 28 NOVEMBER 2023 KURSUS INDUKSI PENYERAPAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP BAGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 DI WISMA TRANSIT KL (HARI KEDUA)
JUN 2023 (1) 23 Kursus induksi diteruskan dengan penyampaian syarahan oleh pensyarah jemputan. Pada kali ini, penuntut kursus didedahkan dengan kerjaya dalam KPD dan juga dalam aspek rejimental. KUALA LUMPUR - 29 NOVEMBER 2023 KURSUS INDUKSI PENYERAPAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP BAGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 DI WISMA TRANSIT KL (HARI KETIGA)
JUN 2023 (1) 24 Kursus induksi diteruskan dengan penyampaian syarahan oleh pensyarah jemputan. Pada kali ini, penuntut kursus didedahkan dengan pengurusan gaji, undang-undang dan ceramah kerohanian. KUALA LUMPUR - 30 NOVEMBER 2023 KURSUS INDUKSI PENYERAPAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP BAGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 DI WISMA TRANSIT KL (HARI KEEMPAT)