JUN 2023 (1) 1 KUALA LUMPUR - 1 DISEMBER 2023 KURSUS INDUKSI PENYERAPAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP BAGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 DI WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (HARI KELIMA) Pada hari terakhir kursus, penuntut kursus didedahkan dengan sejarah dan fungsi kor oleh pensyarah jemputan. Kursus diakhiri dengan acara bergambar.
JUN 2023 (1) 2 KUALA LUMPUR - 1 DISEMBER 2023 SAMBUTAN HARI KELAHIRAN PENGARAH DAN STAF JABATAN ARAH KPD Jab KPD telah mengadakan sambutan ulangtahun hari kelahiran Pengarah KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman dan Staf Jab KPD bagi bulan Oktober hingga Disember. Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. Seterusnya acara diteruskan dengan bacaan doa dan acara memotong kek hari kelahiran. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada pegawai dan anggota staf yang telah dikurniakan cahaya mata dan dimasukkan ke hospital.
(1) 3
JUN 2023 (1) 4 KUALA LUMPUR - 6 DISEMBER 2023 LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Lawatan kebajikan daripada wakil Jab KPD iaitu PS 1 Pengurusan, Lt Kol Shamsol Nizam bin Mohamad Kasim, PS 3 Alat, Kapt Muhamad Huzaifi Faiq bin Alias, SMR KPD, PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris dan Penyelia Sel Pegawai, PW II Mohd Nadzrul Najmi bin Bakar kepada PS 3 Koord, Kapt Muhammad Rusydi bin Mustafa Kamal. Beliau telah dimasukkan ke HAT Mizan akibat demam denggi dan dihidrasi buah pinggang.
JUN 2023 (1) 5 KUALA LUMPUR - 12 DISEMBER 2023 MESYUARAT JAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG) KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Mesyuarat jawatankuasa sokongan pergerakan gaji KPD telah dipengerusikan oleh PS 1 Kerjaya Jab KPD, Lt Kol Asmadi bin Abu Hassan, dan dihadiri seramai 16 wakil daripada semua formasi dan seorang wakil daripada CSM. Mesyuarat ini diadakan bagi menerangkan mengenai kenaikan gaji dan juga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
JUN 2023 (1) 6 KUALA LUMPUR - 15 DISEMBER 2023 MESYUARAT JAWATANKUASA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 2/2023 Pengerusi KPD, Mej Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kor Perkhidmatan Diraja Siri 2/2023 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.Tujuan mesyuarat dilaksanakan adalah untuk membentangkan pencapaian dan membincangkan perkara aktiviti, dasar serta hala tuju KPD bagi tahun 2024. Sebelum mesyuarat bermula, Pengerusi KPD telah menyempurnakan pemakaian Lencana Kehormat Bomba Tentera Darat kepada Kol Fissol bin Abd Hadi.
JUN 2023 (1) 7
JUN 2023 (1) 8 MANTIN - 16 DISEMBER 2023 GOLF KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 Kor Perkhidmatan Diraja telah menganjurkan Golf Kor Perkhidmatan Diraja Tahun 2023 bertempat di Staffield Country Resort. Acara ini melibatkan seramai 124 orang pemain terdiri Pegawai KPD, Pegawai Kanan KPD, Pesara KPD dan juga jemputan daripada Pegawai Kanan Tentera Darat iaitu Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap. Turut hadir adalah Pengerusi KPD, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan dan Pengarah KPD, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Kejohanan ini telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan acara penyampaian hadiah.
JUN 2023 (1) 9
JUN 2023 (1) 10 KUALA LUMPUR - 22 DISEMBER 2023 KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KPD KEPADA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada TPTD dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah sebagai Pengarah KPD. Kunjungan hormat ini dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara TPTD dan Pengarah KPD.
JUN 2023 (1) 11 KUALA LUMPUR - 23 DISEMBER 2023 MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI STAF JAB KPD BERTUKAR KELUAR Sel Kerjaya Jab KPD telah mengadakan majlis meraikan pegawai staf bertukar keluar iaitu PS 1 Kerjaya, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan di Bilik Mesyuarat Jab KPD. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan dari pegawai dan staf Jab KPD selama beliau menjawat jawatan sebagai PS 1 Kerjaya di Jab KPD. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada PS 1 Kerjaya, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan dan PS 2 Anggota, Mej Azrul bin Hairudin yang akan bertukar keluar bagi menyambung pengajian ke MPAT dan MTAT.
JUN 2023 (1) 12 KUALA LUMPUR - 23 DISEMBER 2023 HARI KELUARGA JABATAH ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Jab KPD telah melaksanakan Sambutan Hari Keluarga di The Grand Beach Resort Port Dickson.Sambutan Hari Keluarga ini telah dihadiri oleh Pengarah KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman sekeluarga dan Pegawai serta staf bersama keluarga. Acara ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan seterusnya sesi bergambar. Sambutan Hari Keluarga Jabatan Arah KPD pada tahun ini dilaksanakan dengan berkonsepkan makan malam BBQ dan disusuli dengan acara sukan pantai dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan sukaneka staf dan keluarga. Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Penghargaan turut diberikan pasukan 1 Kompeni Angkut KPD kerana turut membantu dalam persiapan Hari Keluarga pada kali ini.
JUN 2023 (1) 13
JUN 2023 (1) 14 KUALA LUMPUR - 29 DISEMBER 2023 ACARA SERAH MENYERAH PS 2 ANGGOTA JAB KPD PS 1 Kerjaya Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan menyaksikan acara serah menyerah tugas PS 2 Anggota Jab KPD diantara Mej Azrul bin Hairudin dan Mej Muhd Tarmizi Shafie bin Halimi. Pengarah dan warga staf Jab KPD mengucapkan selamat maju jaya kepada PS 2 Anggota yang akan menyambung pengajian ke MTAT.
JUN 2023 (1) 15 KUALA LUMPUR - 29 DISEMBER 2023 ACARA SERAH MENYERAH PS 1 KERJAYA Pengarah KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah menyaksikan acara serah terima tugas diantara Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan dengan Pemangku PS 1 Kerjaya, Mej Mohammad Shahir bin Ismail di Bilik Mesyuarat Jab KPD. Pengarah dan warga staf Jab KPD mengucapkan selamat maju jaya kepada PS 1 Kerjaya yang akan menyambung pengajian ke MPAT.