JUN 2023 (1) 1 Lawatan Kerja Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah dilaksanakan pada 3 hingga 4 Julai 2023 ke 71 Bn KPD. Lawatan kerja dimulakan dengan menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kuarter dan seterusnya diperkenalkan kepada barisan Pegawai dan PTT Kanan pasukan serta acara bergambar. Aturcara diteruskan dengan Sesi Dialog Pengarah KPD bersama Pegawai dan PTT Kanan KPD di bawah Formasi PMTTD dan 1 Div. Sesi Dialog ini diadakan untuk membincangkan secara dua hala mengenai kerjaya dan hala tuju Pegawai dan PTT Kanan KPD di Sarawak. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Memerintah 71 Bn KPD kepada Pengarah KPD. Pada 4 Julai 2023, lawatan diteruskan dengan Sesi Dialog Pengarah KPD bersama PTT Rendah KPD di bawah Formasi PMTTD dan 1 Div di Kompleks Sajian 71 Bn KPD. Antara pengisian semasa sesi dialog adalah mengenai aliran kerjaya anggota KPD dalam perkhidmatan tentera. Anggota dinasihatkan untuk mengambil tahu mengenai aliran kerjaya termasuk kursus masing-masing agar dapat mencapai peningkatan dari masa ke semasa dalam perkhidmatan. Sesi dialog sebegini secara dasarnya menyokong kepada Teras Kedua Perintah Ulung Tentera Darat ke -29 iaitu “Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan” yang menekankan pembentukan organisasi modal insan sejajar dengan aspirasi angkatan masa hadapan. KUCHING - 3 JUL 2023 LAWATAN KERJA PENGARAH KPD KE 71 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
JUN 2023 (1) 2 Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Brig Jen Abd Malek Othman membuat Kunjungan Hormat kepada Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) di Pejabat Panglima 1 Div pada 3 Jul 2023.Kunjungan Hormat ini adalah bersempena lawatan Pengarah KPD ke pasukan 71 Bn KPD. Selain itu bagi merapatkan lagi hubungan serta mendapatkan visi dan pandangan daripada Panglima 1 Div berkaitan perkhidmatan KPD dalam membantu pengoperasian 1 Div. Acara diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan dan bertukar cenderahati. KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KEPADA PANGLIMA 1 DIV SARAWAK - 3 Jul 2023
JUN 2023 (1) 3 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu Tentera Darat bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur hari ini. Seorang Pegawai Waran Dua (PW II) telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Satu (PW I) daripada Kor Perkhidmatan Diraja iaitu PW II Johan bin Ligip menjawat jawatan Penyelia Sajian Markas 1 Divisyen. PTD dalam ucapannya turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat serta menasihati agar mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi serta menjadi contoh yang baik kepada anggota dibawah tanggungjawab mereka. Turut hadir ke majlis ini adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN SATU TENTERA DARAT KUALA LUMPUR - 5 Jul 2023
JUN 2023 (1) 4 Mejar Faezah binti Mat Yamin telah berjaya menamatkan kursus United Nations Certified Military Observer Course di Hammelburg, Jerman bermula 6 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023. MEJAR FAEZAH BINTI MAT YAMIN BERJAYA MENAMATKAN KURSUS UNITED NATIONS CERTIFIED MILITARY OBSERVER COURSE HAMMELBURG - 5 Jul 2023
JUN 2023 (1) 5 Mantan Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja Ke-15, Mejar Jeneral Dato’ Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan pada hari ini sempena persaraan beliau. Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja Ke-16, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat. KUNJUNGAN HORMAT MANTAN PENGERUSI KPD KE-15 DAN PENGERUSI KPD KE-16 KEPADA PANGLIMA TENTERA DARAT KUALA LUMPUR - 7 Jul 2023
JUN 2023 (1) 6 Majlis Penutup Kursus Operator dan Teknikal Trak 5 Tan GS Kargo IVECO telah disempurnakan oleh Lt Kol Rahimi bin Ahmad, Komandan Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT), Kem Volturno, Taiping, Perak. Pihak syarikat High Point World Wide Sdn Bhd (HPWW) telah hadir memberi taklimat dan penerangan berkenaan Trak 5 Tan GS Kargo IVECO. PS 3 Alat Jab KPD, Kapt Muhamad Huzaifi Faiq bin Alias turut hadir sepanjang kursus ini. Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 3 hingga 7 Jul 23. Kursus yang disertai oleh 40 kali anggota bertujuan sebagai latihan familiarization kepada tatacara persiapan, pengoperasian dan senggaraan Trak 5 Tan GS Kargo IVECO kepada pasukan - pasukan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD). Selain daripada itu, kursus ini juga dilaksanakan secara teori serta praktikal pengoperasian termasuk senggaraan secara fizikal di Litar Memandu PULMAT dan Litar Merentas Halangan PULMAT. Kursus ini melibatkan 2 kali Trak 5 Tan GS Kargo iaitu varian Hydraulic Tailboard dan varian tanpa Hydraulic Tailboard dari PULMAT. MAJLIS PENUTUP KURSUS OPERATOR DAN TEKNIKAL TRAK 5 TAN GS KARGO IVECO YANG DIBEKALKAN OLEH HIGH POINT WORLD WIDE SDN BHD (HPWW) TAIPING - 07 Jul 2023
JUN 2023 (1) 7 Tim Wanita Kor Perkhidmatan Diraja telah turut serta dalam Kejohanan Bola Tampar Tentera Darat (TD) Tahun 2023 melibatkan 11 pasukan Formasi TD Kategori Lelaki dan 10 pasukan Kor/Rejimen TD Kategori Wanita yang telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar bertempat di Kompleks Sukan Lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. KEJOHANAN BOLA TAMPAR TD TAHUN 2023 GOMBAK - 7 Jul 2023
JUN 2023 (1) 8 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-90 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Pegawai Kanan KPD yang turut hadir ke majlis ini ialah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan MATM merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, Pengarah KPD, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli dan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brigedier Jeneral Abd Hafiz bin Ahmad. Majlis yang penuh istiadat ini diadakan untuk meraikan Hari Tentera Darat Malaysia (TDM) yang telah mencapai tahun ke -90 pada tahun ini. Istimewanya, majlis pada hari ini diserikan lagi dengan kehadiran mantan-mantan PTD yang telah banyak menabur jasa dan bakti demi menaikkan nama TDM. MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE-90 KUALA LUMPUR - 8 Jul 2023
JUN 2023 (1) 9 Lawatan Ulung Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah dilaksanakan KE 91 DBP KPD. Lawatan kerja dimulakan dengan menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kuarter dan seterusnya diperkenalkan kepada barisan Pegawai dan PTT Kanan pasukan serta acara bergambar. Aturcara diteruskan dengan Sesi Dialog Pengarah KPD bersama Pegawai dan PTT Kanan KPD. Sesi Dialog ini diadakan untuk membincangkan secara dua hala mengenai kerjaya dan hala tuju Pegawai dan PTT Kanan KPD. Majlis diteruskan dengan jamuan dan juga sesi dialog Pengarah KPD dengan anggota PTTR. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Memerintah 91 DBP KPD kepada Pengarah KPD. LAWATAN ULUNG PENGARAH KPD KE 91 DEPOT BEKALAN PUSAT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA BATU CAVES - 10 Jul 2023
JUN 2023 (1) 10 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Perbarisan Penyerapan Pegawai dan Anggota Sukarela Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Ke Angkatan Tetap di Padang Kawad Kem Kementah hari ini. Perbarisan yang julung kali diadakan ini melibatkan seramai 26 Pegawai dan 468 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang dipertugaskan sepenuh masa Askar Wataniah dan diserap ke dalam 15 Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia setelah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) Ke - 608 yang bersidang pada 14 Jun 2023 lalu dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kor Perkhidmatan Diraja telah memperoleh 47 anggota Lain-lain Pangkat daripada jumlah tersebut. Perbarisan dimulakan dengan upacara tadbir sumpah dan upacara pertukaran beret Kor Askar Wataniah ke Kor-kor Tentera Darat. Tan Sri PTD dalam ucapannya turut menyatakan kepentingan Askar Wataniah dalam konsep pertahanan menyeluruh dan peranan Askar Wataniah untuk membantu ganti angkatan tetap semasa krisis, darurat atau perang. Konsep ini selari dengan objektif kedua Perintah Ulung PTD Ke - 29 iaitu kemampanan organisasi melalui pengukuhan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap luhur. Turut hadir ke perbarisan ini Pegawai Staf 1 Teknikal, Lt Kol Adly bin Majid dan SMR KPD, Pegawai Waran I Mohd Faizal bin Mohd Idris. PERBARISAN PENYERAPAN PEGAWAI DAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP KUALA LUMPUR - 12 Jul 2023
JUN 2023 (1) 11 Pegawai Staf 1 Kerjaya, Lt Kol Asmadi bin Abu Hasan telah melaksanakan perjumpaan bersama dengan anggota sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke angkatan tetap bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur. Seramai 47 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang dipertugaskan sepenuh masa Askar Wataniah dan diserap ke dalam Kor Perkhidmatan Diraja setelah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) Ke - 608 yang bersidang pada 14 Jun 2023 lalu dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. PERJUMPAAN PEGAWAI STAF 1 KERJAYA JABATAN ARAH KPD DENGAN ANGGOTA SUKARELA YANG DIPERTUGASKAN SEPENUH MASA KE ANGKATAN TETAP KUALA LUMPUR - 13 Jul 2023
JUN 2023 (1) 12 Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Wisma Perwira TD pada hari ini. Pemakaian pangkat ini turut melibatkan seorang Pegawai KPD iaitu Mejar Syaiful Bahri bin Kamar yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel dan menjawat jawatan Pegawai Staf 1 Perkhidmatan, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat. Seluruh warga KPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai kanan yang dipakaikan pangkat hari ini. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia di atas prestasi dan dedikasi yang dicurahkan selama ini untuk perkhidmatan. Semoga ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang. PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA DINAIKKAN PANGKAT KUALA LUMPUR - 13 Jul 2023
JUN 2023 (1) 13 Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menyempurnakan Majlis Tahlil, Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) KPD Ke-66 bertempat di Surau An-Nur, Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja, Taiping, Perak. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang dilaksanakan bersempena dengan HUT KPD Ke-66. Seterusnya, sesi ceramah ringkas dan Solat Jumaat.Majlis diakhiri dengan Jamuan Tengahari di Wisma Perwira KPD. MAJLIS TAHLIL, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-66 TAIPING - 14 Jul 2023
JUN 2023 (1) 14 Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Pegawai KPD Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) KPD Ke-66 bertempat di Wisma Perwira KPD, Taiping, Perak. Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli dan Pegawai Kanan KPD. MAJLIS RAMAH MESRA PEGAWAI KPD SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-66 TAIPING - 14 Jul 2023
JUN 2023 (1) 15 Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KPD Ke-66 bertempat di Padang Kawad PULMAT, Taiping, Perak. Perbarisan HUT KPD terdiri daripada 12 pegawai dan 193 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD). Selesai perbarisan, Jamuan turut diadakan di Dewan Rampaisari PULMAT. Turut hadir ke majlis ialah mantan Pengerusi KPD, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Aziz Samsi @ Hj Shamsudin dan Timbalan Panglima Logistik TD, Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli. PERBARISAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE-66 TAIPING - 15 Jul 2023
JUN 2023 (1) 16 Wakil Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja telah hadir bagi menghantar Mantan Pengerusi KPD, Mejar Jeneral Dato’ Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin dan isteri bagi menunaikan umrah di Mekkah. MAJLIS PENGHANTARAN MANTAN PENGERUSI KPD KE-15 BAGI MENUNAIKAN UMRAH SEPANG - 19 Jul 2023
JUN 2023 (1) 17 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 dan 24 Julai 2023. Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Pada istiadat ini, seramai 5 orang anggota lain-lain Pangkat (LLP) dari Kor Perkhidmatan Diraja telah dikurniakan pingat Pingat Pangkuan Negara (PPN) iaitu PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris, PW I Mohd Shaifudin bin Abd Jalil, PW I Mohd Shafari bin Mat Isa, PW I Sarah binti Ab Majid dan PW I Muhamad Noor Ismail bin Imam Abd Rahman. ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN ISTANA NEGARA - 20 HINGGA 24 Jul 2023
JUN 2023 (1) 18 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPB YDP Agong) XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bertempat di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Istiadat perbarisan melibatkan seramai 228 Pegawai Kadet ATM yang terdiri daripada tiga (3) cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Mohamad Norizzaini bin Norizam. Setelah Istiadat Perbarisan di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan selesai, KDYMM SPB YDP Agong XVI turut berkenan untuk mengurniakan watikah tauliah kepada semua 228 Pegawai Kadet ATM yang berlangsung di Dewan Tun Templer (DTT), Akademi Latihan Ketenteraan yang kemudiannya disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira serta penyerahan skrol ikrar oleh Pegawai Muda yang baru ditauliahkan. Seramai 12 pegawai telah ditauliahkan di dalam Kor Perkhidmatan Diraja. Turut hadir pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. KDYMM SPB YDP AGONG SEMPURNAKAN PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET ATM TAHUN 2023 SUNGAI BESI - 22 Jul 2023
JUN 2023 (1) 19 Aktiviti Riadah pertandingan Badminton Staf Jabatan Arah KPD telah dilaksanakan melibatkan staf Jabatan Arah KPD di Pro Badminton Centre. Program Riadah ini dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan antara staf Jabatan Arah KPD serta memupuk semangat kesukanan dengan amalan gaya hidup sihat. AKTIVITI RIADAH STAF JABATAN ARAH KOR PEKHIDMATAN DIRAJA KUALA LUMPUR - 22 Jul 2023
JUN 2023 (1) 20 Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman, Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja telah menemuduga Pegawai Kor Perkhidmatan Diraja yang akan bersara pada tahun 2023, temuduga menyambung pengajian tinggi dan temuduga kerjaya di Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. 8 orang pegawai yang bakal bersara pada tahun 2023 yang telah ditemuduga iaitu, Lt Kol Mohd Zaidi bin Hassan, Lt Kol Kamalluddin bin Johar, Lt Kol Zailey Farizal bin Mohamed Zakaria, Mej Mohd Zainuddin bin Kasmuni, Mej Wan Sabri bin Wan Hamat @ Wan Safie, Mej Noor Izzani binti Mahmad Nasir, Mej Mohd Khairulnizam bin Ramani dan Kapt Baljit Singh Sandhu. Bagi temuduga pengajian tinggi, melibatkan 2 orang pegawai iaitu Mej Muhd Hafizi bin Awang @Kamaruddin dan Mej Mohd Rahimi bin Abdullah manakala temuduga kerjaya melibatkan 2 orang pegawai iaitu Mej Zanizan bin Md Ghoib dan Mej Norazuan bin Mohamad. SESI TEMUDUGA PENGARAH KPD DENGAN PEGAWAI KPD KUALA LUMPUR - 25 Jul 2023
JUN 2023 (1) 21 Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Haji Rusni bin Saad di Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja, Wisma Pertahanan. PENGARAH KPD MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA LOGISTIK TD KUALA LUMPUR - 27 Jul 2023
JUN 2023 (1) 22 Seramai 83 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Koperal, Sarjan dan Staf Sarjan Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat dalam Lembaga Kenaikan Pangkat LLP Kor Perkhidmatan Diraja Nombor 2 Formasi 3 Divisyen bermula dari 24 hingga 27 Julai 2023 di 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja. Lembaga Kenaikan Pangkat ini dilaksanakan bagi memilih bakal PTT Kanan yang berketerampilan dan komited untuk mengisi kekosongan perjawatan di pasukan. Lembaga Kenaikan Pangkat No 2 KPD dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pemeriksaan dokumen. Seterusnya calon telah menjalani UKA, Ujian Bertulis, Ujian Kawad Kaki dan diakhiri dengan Temuduga Akhir Lembaga Kenaikan Pangkat No 2 LLP KPD. LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) KOR PERKHIDMATAN DIRAJA NOMBOR 2 FORMASI 3 DIVISYEN PORT DICKSON - 24 HINGGA 28 Jul 2023
JUN 2023 (1) 23 Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah mewakili Ketua Staf Markas ATM bagi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komandan Akademi Latihan Ketenteraan di antara Mejar Jeneral Dato’ Haji Saadon bin Hasnan TUDM dengan Brigedier Jeneral Idris bin A. Wahab TUDM di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan, Kem Sg Besi hari ini. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN SUNGAI BESI - 26 Jul 2023
JUN 2023 (1) 24 Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah mempengerusikan Temuduga Akhir Lembaga Perlanjutan Perkhidmatan 21 Tahun Terus ke 26 Tahun pada 27 Julai 2023 di 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja. Seramai 11 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Perkhidmatan Diraja telah terlibat dalam Lembaga tersebut. Calon sebelum ini telah menjalani ujian bertulis dan UKA pada 26 dan 27 Julai 2023. PENGARAH KPD TELAH MEMPENGERUSIKAN TEMUDUGA AKHIR LEMBAGA PERLANJUTAN PERKHIDMATAN 21 TAHUN TERUS KE 26 TAHUN PORT DICKSON - 28 Jul 2023
JUN 2023 (1) 25 Wakil Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja, Kapt Noremiliana binti Mohd Zulkifli telah hadir ke Istana Negara untuk menghantar kek sempena Hari Keputeraan Rasmi ke-64 RASMI KE-64 Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. PENGHANTARAN KEK SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI KE-64 SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG ISTANA NEGARA - 30 Jul 2023