The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syarifuddin Kamal, 2024-02-14 20:48:43

BULETIN JABATAN ARAH KPD JANUARI 2024

JANUARI 2024

JUN 2023 (1) 1 KUALA LUMPUR - 5 JANUARI 2024 MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 1/2024 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kor Perkhidmatan Diraja telah diadakan di Bilik Bincang, Jab Arah KPD. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Wanita KPD, Lt Kol Rosnita binti Ramlee. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil formasi dan pasukan. Mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara semasa berkaitan pelaksanaan aktiviti wanita dan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal wanita KPD.


JUN 2023 (1) 2 KUALA LUMPUR - 8 JANUARI 2024 ISTIADAT PERBARISAN MENJUNJUNG KASIH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DISAMBUT DENGAN GILANG GEMILANG Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Alallah Sultan Iskandar Shah Al-Haj berkenan bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Istiadat ini dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tanda penghargaan kepada KDYMM SPB YDP Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong sempena tamat tempoh pemerintahan selama 5 tahun bemula 2019 sehingga 2024. Perbarisan ini turut melibatkan 10 detasmen ATM terdiri daripada 6 detasmen TDM, 2 detasmen TLDM dan 2 detasmen TUDM dengan kekuatan seramai 40 pegawai dan 888 anggota LLP. Wakil detasmen Kor Perkhidmatan Diraja adalah dari gabungan pasukan 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja turut serta dalam Perbarisan yang diketuai oleh Mej Muhammad Khairul Hakim bin Katnin, Peg Pemerintah 2 Komp Angkut KPD. Pada istiadat ini juga, lima panji-panji Yang di-Pertuan Agong turut diarak oleh kontinjen-kontinjen dari ketiga- tiga perkhidmatan ATM iaitu Panjipanji RAMD, Panji-panji RRD, Panji-panji KAD, Panji-panji TLDM dan Panji-panji TUDM. Hadir bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat. Pegawai Kanan KPD yang turut hadir adalah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli dan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brigedier Jeneral Abd Hafiz bin Ahmad.


JUN 2023 (1) 3


JUN 2023 (1) 4 KUALA LUMPUR - 10 JANUARI 2024 PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA DINAIKKAN PANGKAT Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Wisma Perwira TD. Pemakaian pangkat ini turut melibatkan 3 Pegawai Kanan KPD yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel iaitu Mejar Zaharah binti Osman menjawat jawatan Pegawai Memerintah 4 Kompeni Angkut KPD, Mejar Mohd Suhaimi bin Abdul Samad menjawat jawatan Pegawai Staf 1 Kor Perkhidmatan Markas 5 Divisyen dan Mejar Kamarulzaman bin Abd Aziz menjawat jawatan Pegawai Staf 2 Kor Perkhidmatan Markas 4 Divisyen. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman. Seluruh warga KPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai KPD yang telah dinaikkan pangkat. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia di atas prestasi dan dedikasi yang dicurahkan selama ini. Semoga ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang.


JUN 2023 (1) 5 KUALA LUMPUR - 11 JANUARI 2024 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS STAF JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Pengarah KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah menyaksikan acara serah terima tugas Pegawai Staf 1 Kerjaya dan Pegawai Staf 2 Rancang di Bilik Bincang Jab KPD. Lt Kol Zaharah binti Osman telah menyerahkan tugas Pegawai Staf 2 Rancang kepada Mej Junaini binti Abdullah manakala Pemangku Pegawai Staf 1 Kerjaya, Mej Mohammad Shahir bin Ismail telah menyerahkan tugas kepada Lt Kol Hazmy bin Hassan. Sesi temuduga dengan Pengarah KPD turut diadakan selesai sahaja majlis serah terima tugas.


JUN 2023 (1) 6 KUALA LUMPUR - 19 JANUARI 2024 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS STAF JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Pengarah KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah menyaksikan acara serah terima tugas Pegawai Staf 2 Doktrin di Bilik Bincang Jab KPD. Mej Muhamad Rizauden bin Jamaludin telah menyerahkan tugas Pegawai Staf 2 Doktrin kepada Mej Suthan A/L Munusamy. Sesi temuduga dengan Pengarah KPD turut diadakan selesai sahaja majlis serah terima tugas.


JUN 2023 (1) 7 KUALA LUMPUR - 19 JANUARI 2024 AKTIVITI RIADAH STAF JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Jab KPD telah mengadakan perlawanan bola tampar antara pegawai dan staf Jab KPD bertempat di gelanggang bola tampar Wisma Bintara ATM.


JUN 2023 (1) 8 KUALA LUMPUR - 22 JANUARI 2024 PERBARISAN MARKAS TENTERA DARAT BAGI PENGGAL PERTAMA BAGI TAHUN 2024 Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan telah menyempurnakan Perbarisan Markas Tentera Darat (MK TD) Penggal Pertama bagi Tahun 2024 di Padang Kawad KEMENTAH pada 22 Januari 2024. Perbarisan ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rejimental di peringkat MK TD yang telah dirancang bagi tahun 2024 bertujuan memastikan keseimbangan motivasi, moral dan komitmen warga MK TD selari dengan hasrat pucuk pimpinan semasa. Ringkas dan padat, perbarisan telah diketuai oleh Pengarah Perisikan, Cawangan Perisikan MK TD, Kolonel Abdul Rahman bin Muhammad Salim serta melibatkan 414 pegawai dan 564 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah dari Markas Tentera Darat (BCJ MK TD). Seramai 9 pegawai 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja turut terlibat dalam perbarisan tersebut. Semasa perbarisan, KS TD turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada enam orang anggota LLP yang bertugas di bawah MK TD. KS TD semasa dalam ucapan, beliau berpesan kepada seluruh warga MK TD untuk terus meningkatkan usaha dalam mendepani cabaran di tahun 2024 dan perlulah berusaha mencapai kecemerlangan.


JUN 2023 (1) 9 TAIPING - 22 JANUARI 2024 LAWATAN ULUNG PENGARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE PUSAT LATIHAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abd Malek bin Othman telah melaksanakan lawatan ulung ke Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja, Kem Volturno, Taiping, Perak. Ketibaan Pengarah KPD ke PULMAT telah disambut oleh Komandan PULMAT Lt Kol Ahmad bin Abdul Hamid dan seterusnya melaksanakan pemeriksaan Kawalan Kuarter di Balai Pengawal pasukan. Pengarah KPD juga telah diperkenalkan kepada Pegawai dan PTTK Pasukan. Pengarah KPD juga telah melawat ke Simulator Six DOF untuk demonstrasi latihan Simulator dan Taklimat Perancangan Pembangunan PULMAT di foyer dewan simulator. Pengarah KPD juga turut meluangkan masa berdiskusi dalam sesi dialog bersama warga PULMAT. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati. Turut Hadir pada lawatan ini adalah Lt Kol Hazmy bin Hassan Pegawai Staf 1 Kerjaya dan Pegawai - Pegawai Staf Jab KPD .


JUN 2023 (1) 10 KUALA LUMPUR - 26 JANUARI 2024 AKTIVITI RIADAH STAF JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Perlawanan Persahabatan Futsal Antara Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja dan 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja telah diadakan di Gelanggang Futsal 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja melibatkan Pegawai dan Anggota LLP. Objektif perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai dan anggota Jabatan Arah KPD dengan pasukan 93 Bn KPD selain memupuk semangat kesukanan kedua-dua belah pihak.


Click to View FlipBook Version