JUN 2023 (1) 1 PORT DICKSON - 2 FEB 2024 KOR PERKHIDMATAN DIRAJA MENERIMA PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 198/23 Penyerahan Perajurit Muda (PM) lelaki siri 198/23 ke dalam Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) telah dilaksanakan bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Kor Perkhidmatan Diraja telah menerima seramai 130 anggota Perajurit Muda lelaki. Kesemua anggota Perajurit Muda tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada pasukan 93 Bn KPD, 74 Bn KPD dan 75 Bn KPD bagi mengikuti Kursus Anggota KPD Kelas II mulai 19 Feb 24 hingga 14 Jun 24.
JUN 2023 (1) 2 KUALA LUMPUR - 2 FEB 2024 HARI PENGAJIAN JABATAN ARAH KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Jabatan Arah KPD telah melaksanakan Hari Pengajian Pasukan yang bertajuk “Angkatan Masa Hadapan” bertempat di Auditorium Perpustakaan Kementah. Seramai 12 kali Pegawai dan 18 kali anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah hadir bagi mengikuti Hari Pengajian tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Kol Muzafar Shah bin Mosam Shah Pengarah Transformasi Angkatan Masa Hadapan (AMH).
JUN 2023 (1) 3 ALOR SETAR - 7 FEB 2024 SEMBAH MENGADAP KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH OLEH PUCUK PIMPINAN TERTINGGI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman selaku Kolonel Yang DiPertua Kor Perkhidmatan Diraja telah perkenan untuk menerima sembah mengadap oleh Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mej Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan, Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat, Brig Jen Hj Abdul Jalil bin Hj Ramli dan Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brig Jen Abd Hafiz bin Ahmad bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Pegawai Kanan KPD yang turut terlibat adalah Kol Mohammad Ismail bin Kamaruddin, Kol Muzafar Shah bin Mosam Shah, Kol Azraf bin Omar, Kol Muhamad Noor bin Jasmani, Kol Abdul Razak bin Hj Said, Kol Safarin bin Mohd Saad, Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli dan Kol Fissol bin Abd Hadi. Tujuan sembah mengadap pada hari ini adalah untuk memperkenalkan Pegawai Kanan KPD kepada Kolonel Yang DiPertua Kor dan sembah maklum berkenaan pengurusan dan pentadbiran terkini serta perancangan aktiviti Kor Perkhidmatan Diraja. KDYMM Tuanku Sultan turut perkenan menerima cendera kenangan daripada Kor Perkhidmatan Diraja di akhir sesi sembah mengadap.
JUN 2023 (1) 4 TAIPING - 18 FEB 2024 TINJAUAN SETIAUSAHA SULIT KEPADA KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH SEMPENA KEBERANGKATAN KOLONEL YANG DIPERTUA KPD KE COPRS HOME PULMAT Setiausaha Sulit (SUS) kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Encik Mohd Sofwan bin Mohd Khatib telah mengadakan tinjauan awal ke Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) sebagai persiapan awal sebelum KDYMM Tuanku Sultan Kedah mencemar duli untuk menghadiri Sambutan HUT KPD Ke-67 pada 15 Julai 2024. Encik Mohd Sofwan bin Mohd Khatib turut mengadakan lawatan dan melihat fasilitas di Villa Pedati, Wisma Perwira KPD, Anjung Kenari, Padang Kawad PULMAT dan Pusat Driving Simulator 6DOF PULMAT. Turut hadir mengiringi Setiausaha Sulit adalah Pegawai Staf 1 Pengurusan Jab KPD, Lt Kol Shamsol Nizam bin Mohamad Kasim, Komandan PULMAT, Lt Kol Ahmad bin Abdul Hamid dan Pegawai Memerintah 72 Bn KPD, Lt Kol Norhizuan bin Hasan.
JUN 2023 (1) 5 KUALA LUMPUR - 22 FEB 2024 MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur. Pemakaian pangkat ini turut melibatkan seorang Pegawai Kanan KPD yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel iaitu Mej Jackson ak Rinya menjawat jawatan Pegawai Staf 2 Kor Perkhidmatan Diraja Markas 1 Divisyen. Pegawai Kanan KPD yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Kol Mohamad Ismail bin Kamaruddin dan Pemangku Pengarah KPD, Lt Kol Adly bin Majid. Seluruh warga KPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai KPD yang telah dinaikkan pangkat. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia di atas prestasi dan dedikasi yang dicurahkan selama ini. Semoga ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh kredibel dan cemerlang.
JUN 2023 (1) 6 KUALA LUMPUR - 22 FEB 2024 LEMBAGA PERLANJUTAN PERKHIDMATAN 21 TAHUN KE 26 TAHUN SIRI 1/2024 KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (KPD) Seramai 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Lembaga Perlanjutan Perkhidmatan 21 Tahun Ke 26 Tahun Siri 1/2024 yang diadakan di 93 Batalion KPD, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur bermula 21 Feb 2024 hingga 22 Feb 2024. Lembaga ini diadakan bertujuan untuk memilih anggota KPD yang berpotensi untuk meningkat dalam kerjaya dan berhasrat untuk meneruskan sumbangan bakti kepada kor khasnya dan TD amnya. Antara ujian-ujian yang dilaksanakan adalah Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Ujian Bertulis yang melibatkan pengetahuan am dan teknikal sebelum sesi temuduga akhir. Sesi temuduga akhir telah dipengerusikan oleh Pegawai Staf 1 Kerjaya Jabatan Arah KPD Lt Kol Hazmy bin Hassan serta ahli-ahli panel iaitu Pegawai Memerintah 93 Bn KPD Lt Kol Rosli bin Abdul Hamid, Pegawai Staf 2 Anggota Mej Mohammad Harris bin Yusop, SMR KPD PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris.
JUN 2023 (1) 7 ALOR SETAR - 28 FEB 2024 PENGANUGERAHAN LENCANA KEPAKARAN (KEHORMAT) BOMBA TENTERA DARAT DAN HANTARAN UDARA (KPD) SERTA JURULATIH TINJAU INFANTRI (RAMD) OLEH PANGLIMA TENTERA DARAT KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah telah pekenan menerima Sembah Mengadap oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dengan diiringi Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) merangkap Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri dan Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit. Acara sembah mengadap ini bertujuan sebagai Sembah Ucapan Menjunjung Kasih dan Sembah Kenal PTD kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah. KDYMM Tuanku Sultan Kedah turut memberi pekenan kepada PTD bagi penganugerahan dan penyematan Lencana Kepakaran (Kehormat) kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Kolonel Yang DiPertua RAMD dan KPD iaitu Lencana Kepakaran (Kehormat) Bomba Tentera Darat, Lencana Kepakaran (Kehormat) Hantaran Udara daripada KPD dan Lencana Kepakaran (Kehormat) Jurulatih Tinjau Infantri daripada RAMD. Turut hadir di dalam acara ini, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Azhan bin Hj Md Othman dan Panglima 6 Briged, Brig Jen Saipol Anuar bin Jaafar.
JUN 2023 (1) 8 KUALA LUMPUR - 28 FEB 2024 SESI SYARAHAN BERSAMA PENGERUSI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KEPADA PENUNTUT KURSUS PEGAWAI PEMERINTAH PASUKAN KPD SIRI 29/24 Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja, Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan telah menyampaikan syarahan bertajuk Command and Leadership kepada penuntut Kursus Pegawai Pemerintah Pasukan KPD Siri 29/24 di Dewan Dahlia, Wisma Transit Kuala Lumpur. Seramai 11 penuntut pegawai berpangkat Kapten terlibat dalam syarahan tersebut. Turut hadir bersama Komandan PULMAT, Lt Kol Ahmad bin Hamid dan Pegawai Staf 1 Kerjaya Jabatan Arah KPD, Lt Kol Hazmy bin Hassan. Syarahan tersebut berkisarkan tentang stail dan kualiti kepimpinan untuk dijadikan rujukan bagi penuntut. Pengerusi juga turut berkongsi pengalaman dan pendekatan beliau dalam penugasan dan budaya kerja harian.