JUN 2023 (1) 1 Setelah hampir 6 bulan menerajui ketumbukan Tentera Darat Malaysia (TDM), Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22. Sebagai simbol penghargaan terima kasih warga Gagah Setia kepada PTD Ke-29, Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 telah diadakan bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 5 Sep 2023. Perbarisan terdiri daripada 12 Detasmen berkekuatan seramai 46 pegawai dan 1,110 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang turut melibatkan 7 Panji – Panji Rejimen dan Kor antaranya Kor Perkhidmatan Diraja. Turut hadir ke acara perbarisan ini adalah Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD, Brig Jen Abd Hafiz bin Ahmad Ketua Pengarah Tadbir & Logistik PMBTD dan barisan pegawai kanan serta anggota KPD dari sekitar kawasan Lembah Klang. SUNGAI BESI - 5 SEPTEMBER 2023 ISTIADAT PERBARISAN PENGHARGAAN PTD KE - 29
JUN 2023 (1) 2 Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Wisma Perwira TD pada 5 Sep 2023. Pemakaian pangkat ini turut melibatkan dua orang Pegawai KPD iaitu Mej Hanisah binti Hashim yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel dan menjawat jawatan Pegawai Staf 1 BAKAT Darat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD dan Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli Kolonel Perkhidmatan Cawangan Perkhidmatan PMTTD. Seluruh warga KPD mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi Tentera Darat di atas prestasi dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini kepada perkhidmatan. Semoga ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuk terus memberikan khidmat bakti dengan penuh dedikasi dan cemerlang. SUNGAI BESI - 5 SEPTEMBER 2023 PEGAWAI KANAN KPD DINAIKKAN PANGKAT
JUN 2023 (1) 3 Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM. Majlis anjuran Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat ini diadakan sebagai tanda menghargai Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22. Turut hadir ke majlis ialah Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD, Brig Jen Abd Hafiz bin Ahmad Ketua Pengarah Tadbir & Logistik PMBTD, Timbalan Panglima MPLTD, Brig Jen Haji Abdul Jalil bin Haji Ramli, Kol Mohamad Haniff bin Mohamad Ramli Kolonel Perkhidmatan Cawangan Perkhidmatan PMTTD, barisan pegawai kanan KPD serta PW I Mohd Faizal bin Mohd Idris SMR KPD. SUNGAI BESI - 5 SEPTEMBER 2023 MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN PTD KE - 29
JUN 2023 (1) 4 SELANGOR - 9 SEPTEMBER 2023 KURSUS ICE CARVING DAN BUTTER SCULPTURE Jab KPD dengan kerjasama Kolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Ice Carving dan Kursus Butter Sculpture. Kursus di bawah seliaan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Selayang ini berlangsung selama satu hari bermula dari jam 7 pagi hingga jam 5 petang. Seramai 17 peserta yang terdiri daripada 10 peserta Kursus Ice Carving dan 7 peserta Kursus Butter Sculpture telah terlibat dimana semua peserta kursus ini adalah dari tred Chef Tentera. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap kemahiran dan seni ukiran dalam penyediaan arca ais dan mentega yang lazimnya akan digunakan di dalam majlis-majlis rasmi di peringkat Kor, TD dan ATM. Selain itu, kursus ini turut mensasarkan bakat-bakat baru untuk digilap dan dilatih serta diketengahkan dalam aspek kemahiran mengukir arca. Tenaga pengajar yang telah diundang adalah pengukir ais profesional, Chef Jafri bin Mohamad dan Chef Haizul Izuan bin Mat Yunan, Chief Artist Chef dari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Kesemua peserta telah didedahkan tentang penyediaan bahan mentah, pengendalian peralatan mengukir dan penyediaan arca ukiran. Para peserta turut melaksanakan latihan secara amali dalam menyediakan arca ais dan arca mentega. Penyampaian sijil kepada semua peserta telah disempurnakan oleh YBhg En Mohd Khidir bin Che Hassan, Ketua Program Sijil Asas Kulinari Kolej Komuniti Selayang. Sebagai penghargaan, penyampaian sijil penghargaan turut disampaikan kepada pihak Kolej Komuniti Selayang oleh wakil Jab KPD, Mej Muhd. Tarmizi Syafie bin Halimi.
JUN 2023 (1) 5 KUALA LUMPUR - 9 SEPTEMBER MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN PAT KE - 21 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Penghargaan kepada Panglima Angkatan Tentera Ke-21, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, mantan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Ke-16 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Ketibaan beliau dan isteri telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi diiringi bersama Panglima-panglima Perkhidmatan serta isteri masing-masing. Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada barisan jawatankuasa penganjur serta warga ATM yang hadir ke majlis yang diadakan khusus buat beliau dan isteri serta mendoakan agar ATM akan terus cemerlang di bawah tampuk kepimpinan yang baharu. Turut hadir Mej Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan Pengerusi KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD, serta barisan pegawai kanan KPD.
JUN 2023 (1) 6 KUALA LUMPUR - 14 SEPTEMBER UJIAN KECERGASAN ASAS (UKA) UJI TAHAP KECERGASAN JASMANI WARGA JAB KPD Staf Jab KPD telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) penggal kedua pada 14 Sep 2023 bertempat di Kem Wardieburn. Ujian ini melibatkan dua komponen iaitu larian 2.4 KM dan komponen kekuatan tubuh badan. Ujian tersebut telah diuji oleh jurulatih jasmani Tentera Darat. Objektif pelaksanaan ujian ini adalah untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal, mewujudkan kesedaran serta kefahaman berkenaan kepentingan kecergasan mental dan fizikal bagi setiap peringkat anggota serta menguji keupayaan dan kesiapsiagaan stamina seorang anggota.
JUN 2023 (1) 7 KUALA LUMPUR - 15 SEPTEMBER 2023 KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KPD KEPADA PANGLIMA LOGISTIK TD Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD, telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Mej Jen Haji Azelan bin Abu Bakar Panglima Logistik Tentera Darat di MPLTD, Kuala Lumpur. Aturcara bermula dengan ketibaan Pengarah KPD menerima tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kuarters. Seterusnya majlis dimulai dengan menandatangani buku lawatan dan acara bergambar pegawai kanan bersama Panglima Logistik Tentera Darat . Acara seterusnya dMesyuarat Penstrukturan Semula MPLTD di Bilik Jentera. Acara diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara Pengarah KPD dan Panglima Logistik Tentera Darat.
JUN 2023 (1) 8 BATU KENTONMEN - 22 SEPTEMBER 2023 PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK KARNIVAL SUKAN KOR PERKHIDMATAN DIRAJA TAHUN 2023 Perlawanan Akhir Bola Sepak Karnival Sukan Kor Perkhidmatan Diraja 2023 di antara Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) bertemu 2 Divisyen telah dilaksanakan di Padang Bola Kem Batu Kentonmen. Perlawanan ini telah disaksikan dan dihadiri oleh Mej Jen Abdul Aziz bin Abu Hassan Pengerusi KPD, Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah KPD, pegawai kanan KPD dan anggota di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 6 kumpulan mewakili formasi masing-masing mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pasukan KPD dibawah naungan Fomasi Pemerintahan Logistik Tentera Darat telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang Piala Pusingan Bola Sepak Karnival Sukan Kor Perkhidmatan Diraja bagi tahun 2023 dengan keputusan 1 - 0. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih bakat baru untuk mewakili Kor dalam pertandingan di peringkat yang lebih tinggi, selain meningkatkan semangat setia kawan kalangan anggota Kor Perkhidmatan Diraja.
JUN 2023 (1) 9 BATU KENTONMEN - 22 SEPTEMBER 2023 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TENTERA DARAT TAHUN 2023 Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brig Jen Abd Malek bin Othman telah dijemput ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Darat Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah di Dewan Serbaguna 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka. Turut hadir pegawai kanan KPD Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli Timbalan Panglima Logistik Tentera Darat dan Kol Azraf bin Omar Pengarah Logistik-MKTD. Pertandingan tahun ini bertemakan “Al Quran Teras Masyarakat Madani” yang telah disertai oleh 42 orang peserta terdiri daripada 7 kategori utama iaitu Kategori Qari Pegawai, Qari Lain-Lain Pangkat (LLP), Qari Saudara Muslim, Qariah Pegawai, Qariah LLP, Qariah Saudari Muslim, Qariah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap kalam Allah di kalangan warga muslim Tentera Darat. Brig Jen Abd Malek bin Othman Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta yang telah berjaya meraih kemenangan.