PPEERRIINNGGKKAATT NNEEGGEERRII SSEEMMBBIILLAANN TTAAHHUUNN 22002244 12 JUN 2024 (RABU) STAJA & DEWAN ORANG RAMAI TAMAN TASIK JAYA 7.30 PAGI - 3.30 PETANG YBrs. PROFESOR DR. MOHD RADHI BIN IBRAHIM TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) Dirasmikan oleh:
SEKAPUR SIREH Assalamualaikum wa-Rahmatullahi Ta’ala wa-Barakatuh Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, dan Salam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program ExploreSTREAM 3.0 USIM-STAJA dapat direalisasikan pada tahun ini. Program ini menekankan pengajaran dan pembelajaran berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang diterapkan dalam kursus pengajian serta diaplikasikan melalui kerangka SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society). Gabungan pelbagai bidang kursus ini dalam satu karnival akhirnya membentuk satu konsep yang dinamakan STREAM. STREAM adalah integrasi antara ilmu Naqli (R-Religiosity) dan ilmu Aqli (STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan disokong dengan kemahiran kesenian (A-Artistry) bagi menghasilkan impak yang lebih holistik. Usaha ini juga adalah salah satu langkah bagi menyahut seruan kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 untuk menghasilkan pelajar dan graduan yang holistik, berkeusahawanan, dan seimbang. USIM percaya, pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja dan tidak semestinya di dewan kuliah atau di kampus universiti. Sehubungan itu, konsep SULAM ini menjadi keutamaan untuk diterapkan dalam setiap program akademik sarjana muda di USIM. Melalui konsep ini, pelajar USIM dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah dengan membawa elemen SULAM ke dalam komuniti. Ini bertujuan untuk meningkatkan tanggungjawab sosial dan melahirkan individu yang bertoleransi walaupun berbeza latar belakang sosial. Kerjasama antara pelajar USIM dan komuniti diharapkan akan dapat menyebarluaskan lagi ilmu yang dipelajari serta menepati keperluan golongan sasaran dan dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan. 1
Dalam menghadapi cabaran masa kini, Program ExploreSTREAM 3.0 USIMSTAJA menekankan elemen Sains (Science), Teknologi (Technology), Agama/Keagamaan (Religion/Religiosity), Kejuruteraan (Engineering), Kesenian (Artistry), dan Matematik (Mathematics). Elemen ini adalah sebahagian usaha untuk memastikan pendidikan dalam kalangan pelajar kekal relevan dan selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melahirkan masyarakat Malaysia MADANI iaitu mempunyai mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan. Justeru, proses pembelajaran melalui kursus SULAM yang dijalinkan dengan konsep STREAM melalui penglibatan masyarakat secara kolektif diharapkan dapat memupuk kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dalam diri pelajar serta masyarakat. Semoga usaha ini menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan. Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2
SEUNTAI MADAH Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana Karnival ExploreSTREAM 3.0. Kerjasama erat antara Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL), Universiti Sains Islam Malaysia bersama SK Taman Tasik Jaya telah berjaya merealisasikan satu karnival pembelajaran bagi menarik minat murid-murid dalam bidang STEM. Segala komitmen dan usaha murni semua pihak dalam menjayakan Karnival ExploreSTREAM diharap dapat membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berhemah tinggi, kreatif dan inovatif. Seterusnya dapat menarik minat murid-murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah, peringkat pengajian tinggi seterusnya di alam pekerjaan nanti. Penguasaan dalam bidang STEM dapat membantu generasi akan datang menangani cabaran dan lebih berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti STEM yang merangkumi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik akan lebih menarik dan seronok untuk diterokai oleh murid-murid jika disampaikan dengan cara yang lebih interaktif. Kepelbagaian aktiviti seperti eksperimen sains, pembinaan model dan coding sedikit sebanyak dapat membantu memupuk kemahiran kritikal, kreativiti dan penyelesaian masalah terutama dalam situasi ekonomi digital masa kini. Saya berharap, agar karnival yang berjaya direalisasikan ini dapat membudayakan STEM dalam kalangan murid-murid di sekolah. Secara tidak langsung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah meletakkan STEM sebagai satu agenda penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Akhir kata, syabas dan tahniah kepada SK Taman Tasik Jaya dan Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) Sekian, terima kasih. YBrs. Dato’ Dr Haji Roslan bin Hussin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 3
SEGUGUS BICARA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat ilahi, dengan izin-Nya program yang dirancang berjaya dilaksanakan hari ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga SK Taman Tasik Jaya terdiri daripada guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan murid-murid atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini. Seterusnya para pensyarah dan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menjadi tunggak utama bagi merealisasikan program ini. Semoga Program ExploreSTREAM 3.0 USIM-STAJA 2024 berjaya disempurnakan dengan cemerlang sekali. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak agensi kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah yang berhampiran dan komuniti setempat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Karnival ExploreSTREAM ini dapat melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing. Murid juga berpeluang menggunakan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin tahu bagi mendapatkan pengetahuan baharu dengan meneroka dunia di sekeliling mereka. Diharapkan agar program ini berjaya menjadi pemacu ke arah Pendidikan Science, Technology, Religiosity, Engineering, Arts and Mathematics (STREAM) dalam kalangan murid seawal sekolah rendah lagi. Saya berharap agar jalinan kerjasama erat ini tidak berhenti di sini sahaja dan semoga ia menjadi inspirasi kepada semua peserta yang terlibat untuk sama-sama membudayakan STREAM dalam kehidupan seharian mereka. Sekian. Terima kasih. En. Aziruddin bin Abdul Aziz Guru Besar SK Taman Tasik Jaya PMC, PJK 4
PENDAHULUAN Program ExploreSTREAM USIM - STAJA 3.0 adalah merupakan program anjuran kali ke-3 SK Taman Tasik Jaya (STAJA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran (CETL) untuk program, ”Service Learning Malaysia-University for society” (SULAM). Program Gabungan di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Buat julung kalinya juga Jabatan Pendidikan Neger Sembilan (JPNS) di bawah Unit Pembangunan Bakat Murid turut berkerjasama menjayakan program ini. Program ExploreSTREAM USIM - STAJA 3.0 digarap oleh CETL dan STAJA, supaya menjadi program yang bermakna kepada setiap murid di STAJA dan sekolah yang bertanding mewakili daerah di Negeri Sembilan, apabila subjek Science, Technology, Engineering, Mathematics(STEM) dan Religion, Arts (STREAM) di gabung bagi menerapkan integrasi ilmu Naqli danAqli (iNaQ) melalui pelbagai aktiviti STEM yang menarik. Bakat murid dalam STEM perlu dibangunkan dalam kalangan murid-murid di sekolah melalui pelbagai aktiviti membudayakan STEM. Secara tidak langsung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah meletakkan STEM sebagai agenda penting dalam transformasi Pendidikan bagi menyediakan generasi muda dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Program ini juga amat penting sebagai usaha melahirkan ramai pelajar yang berbakat besar dalam bidang STEM bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menyediakan tenaga mahir dalam pembangunan negara mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). 5
MATLAMAT Meningkatkan pembangunan bakat murid dalam bidang akademik dan kepimpinan khususnya. Mengembangkan bakat murid dalam bidang kepimpinan, penyelesaian masalah, berfikiran kritis dan kreatif. Meningkatkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan dalam pembelajaran. Meningkatkan tahap kognitif dan persekitaran murid. 6
OBJEKTIF Memenuhi Falsafah Pendidikan Negara menuju Revolusi Industri 4.0. Ke arah pembudayaan dan amalan STEM dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bagi pencapaian akademik dan koakademik. Meningkatkan pencapaian murid di dalam PAJSK. Kemenjadian dan bakat murid dalam bidang Sains dan Teknologi. 7
PENGLIBATAN 8 Staja 597 orang USIM 267 orang Sekolah Rendah Jemputan 196 orang Sekolah Menengah Jemputan 90 orang JPN/PPD/ LAIN-LAIN 74 orang
SEKOLAH TERLIBAT 9 SK Taman Tasik Jaya SK Datuk Amar Penghulu SK Undang Jelebu SK (F) Serting Hilir SJKC Chi Wen SK (F) Raja Alias SK Pusat Juasseh SJKT Ladang Juasseh SJKC Kuala Pilah SK Tunku Laksamana Nasir SK Kuala Pilah SJKT Kuala Pilah SK Tunku Munawer SK Pelangai SK Kg. Baru Si Rusa SK Jimah SK Jimah Baru SJKC Yik Chiao SJKT Ladang Tanah Merah SK Dato’ Raja Melana SK Panchor SK Taman Tuanku Jaafar SMA Persekutuan ,Labu (SMAP) SMKA Sheikh Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) SMK Taman Seri Pagi SM Agama Nilai SMKA Dato’ Klana Petra ,Ampangan SK Sikamat SK Desa Chempaka SK Kompleks KLIA SK KGV SK St Paul SK Keru SK Tuanku Abdul Rahman SK Rokan SK Gemas SK Dr. Sulaiman SK Semerbok SK Tun Hj. Abdul Malek SK Sawah Raja SK Lenggong Ulu SK Kota
ATUR CARA MAJLISPERASMIAN 8.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat. : Nyanyian Lagu Negaraku. : Persembahan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid Tahap 1. 8.40 Pagi: Ucapan Aluan Pengerusi majlis. : Bacaan Doa : Ucapan Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. YBrs. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin : Ucapan Perasmian Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) YBrs. Profesor Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim 8.50 Pagi : Gimik Perasmian, Universiti Sains Islam Malaysia : Penyampaian cenderahati program. 9:00am : Lawatan ke Reruai Explorestream. 10
ATUR CARA KARNIVALEXPLORESTREAM 3.0 11
12 TENTATIF “ MODUL DAKWAH DAN KEMPEN DIGITAL: AYUH INTEGRASIKAN ILMU NAQLI DAN AQLI” MODUL 1, MODUL 2 DAN MODUL 3 PROGRAM EXPLORESTREAM STAJA - USIM 2024 MODUL DAKWAH & KEMPEN DIGITAL
SEKALUNGPENGHARGAAN Jawatankuasa EksploreSTREAM USIM- STAJA 2024 mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada: YBrs. Profesor Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) YBrs. Dato’ Dr. Haji Roslan Bin Hussin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Tuan Haji Norazam Bin Haji Nayan A.N.S Pegawai Pendidikan Daerah Seremban En. Aziruddin Bin Abdul Aziz PMC, PJK Guru Besar SK Taman Tasik Jaya Profesor Madya Dr. Siti Salhah Binti Othman Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) En. Azis Jakfar bin Soraji Ketua Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan Pn. Peteri Alauyah Binti Megat Jalaluddin Pengarah Program ExploreSTREAM STAJA Profesor Madya Dr. Najwa Hayati Binti Alwi Pengarah Program ExploreSTREAM USIM En. Mohd Khairil Bin Said Yang Dipertua PIBG SK Taman Tasik Jaya Barisan Penolong Kanan, Guru-guru dan staff SK Taman Tasik Jaya. Para Pensyarah dan staff USIM, guru-guru pengiring sekolah jemputan, mahasiswa mahasiswi USIM, murid-murid peserta pertandingan. Rakan-rakan Strategik: 13 Yayasan Negeri Sembilan (YNS) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan Pejabat Menteri Besar Ahli Parlimen Rembau Pusat Wakaf dan Zakat, USIM Majlis Bandaraya Seremban Sutra Tropical Bioessences Nestle Malaysia Bank Rakyat Cawangan Senawang My Balloon RF Resources Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd AEON Big Putrajaya Econsave Forest Heights Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) FaSTLaB USIM Klinik Guaman USIM SugarBomb Hong Leong Bank Cawangan Seremban 2 Balai Polis Kg. paroi Pritilulu Nozoly Food Industry Serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Explorestream USIM-STAJA 2024. TERIMA KASIH
USIM - STAJA